Monday, February 24, 2014

PENERBANGAN @AirAsia JENIS TAK DER HATI PERUT, SEBAB DAH BESAR KEPALA KOT? @NajibRazak @HishammuddinH2O


Siapa tak kenal dengan penerbangan AirAsia, rasanya serata dunia penerbangan Malaysia ini telah pun mencipta nama di persada dunia.

Tapi apakah mutu perkhidmatan mereka masih boleh dianggap 'World Class'?? Jawapannya hanya mereka yang pernah atau biasa menggunakan perkhidmatan AirAsia tau macam mana perkhidmatan yang diberikan.

Isu penerbangan lewat dari masa yang ditetapkan dalam tiket itu mungkin perkara biasa pada AirAsia. Tapi adakah mereka fikir dan ada perasaan tolak ansur pada pelanggan mereka? Adakah pelanggan juga tiada mempunyai masa yang ingin dikejar atau pun diuruskan?

GR juga pernah kena cara perkhidmatan yang diberikan AirAsia. Rasenya agak tidak adil, perlu diingat dalam perniagaan Customer Always Right. GR yakin CEO AirAsia seorang yang pandai berniaga dan rasanya tahu mana yang baik dan buruk untuk pelanggannya.

Memang dalam setiap perjalanan pelanggan perlu menunggu lebih awal tak kiralah kita naik bas atau pun apa saja perkhidmatan awam. Tapi perlukah kita bertindak kejam sampai tak beri peluang langsung.

Dan pada pelanggan pula, jangan asyik nak lambat jer. Kita mestilah pandai menguruskan masa kita, jangan asyik ikut kepala masing-masing jer yer.

Pada staff AirAsia pula, janganlah berlagak sangat. Ingat gaji korang dibayar pun atas hasil pelanggan yang menggunakan perkhidmatan AirAsia. Kalau ramai dah tak guna, korang pun boleh lingkup gak...walaupun muka korang tu cantek.

*Luahan Hati seorang daripada pelajar IPTA di laman sosial*

Hati-hati dengan promosi murah AirAsia!

Ini teguran ikhlas aku kepada semua orang supaya lepas ni taklah korang pun terkena tipu dengan perniagaan KOTOR AirAsia ni. Walaupun aku bangga dia sebagai company tempatan yang Berjaya di pesada dunia tapi bagi aku layanan pelanggan yang TERANAYAI tak wajar berlaku!

Begini kisahnya, aku dan lapan orang kawan-kawan dah membeli sebuah tiket promosi AirAsia ke Medan. Nak dijadikan cerita kami dah tiba awal dekat LCCT untuk naik flight tapi punyalah ramai orang beratur tambah pula dengan pekerja AirAsia sendiri yang layan kteorang lambat nak masuk luggage terhegeh-hegeh. Tak pe boleh sabar lagi ye la excited first time nak pergi Medan.

Lepas melepasi Kastam, kami pun berjalan ke pintu kaunter 3 untuk ke Medan pada 12 Februari 2014. Depan mata aku seorg mamat staf AirAsia ni tutup pintu setelah 4 daripada kami Berjaya masuk. Terkejut beruklah kami berlima yang tertinggal ni eh kenapa dah tutup pintu kami dahlah datang berkumpulan bagilah masuk. Alasannya masa dah tamat mereka akan menutup pintu 20 MINIT SEBELUM PENERBANGAN dan waktu penerbangan pukul 6.45 pagi dan masa tu jam pukul 6.25 pagi. Consider la sikit tak payahlah nak RIGID sangat.

Kejadah giler! Nego punya nego dia kata “Maaflah encik kami tak boleh bukak sbb ini akan menganggu schedule penerbangan”. Aku mcm tak boleh terima sebab depan mata kami dia tutup pintu. Nak dijadikan cerita bukan kami berlima je ada lagi 10 orang yang menimpa nasib yang sama macam kami. KIRANYA ADA 15 ORANG DIA TAK BAGI MASUK DENGAN SENGAJA!

Daripada runding elok2 sampailah bergaduh kami kat situ sebab jawapan yang dia berikan sangat KURANG AJAR DAN TAK MASUK AKAL. Akhirnya dia suruh kami beli tiket baru di kaunter servis. Senang je kan nak kaut untung.

Tak cukup dengan tu kawan kami yang Berjaya naik flight kata, “Eh flight tak gerak pun pukul 6.45 TEPAT. Flight delay!!! Sebab apa plak delay. So apa masalah tak nak bagi kami masuk. NOT MAKE SENSE AT ALL!

Selepas urusan dengan kastam selesai kami pun pergi ke kaunter servis. Kami disuruhlah ambil bagasi kami kembali, menurut staff AirAsia tu kalau kami MISS FLIGHT, bagasi pun takkan naik sekali. OK LAA.. so masa ambil bagasi, kami terperasan pula ada dua beg bagasi kawan kami yang dah berlepas fly ke Medan tertinggal sekali.

Eh apalah pulak ni kan. Check punya check rupanya dia letak nama berbeza-beza setiap beg. Beg aku nama kawan aku, beg kawan aku nama aku.. BERCELARU! SENANG JE KAN!!

Kalau kami tak perasan beg kawan kami tu macam mana? Kalau ada harta berharga dalam bagasi kemudian ada orang ambil macam mana? Macam mana staff dorg kerja letak nama beg lain2. Bila report kat kaunter servis dia kata kami kena beli luggage baru sebab tak ada insurans cover… Dah makan duit orang lagi!!!

Disebabkan tak nak mengecewakan impian nak pergi juga Medan, ditambah pula rasa tanggungjawab nak kena tanggung lagi beg kawan kami yang dah berlepas ke Medan tu, kami pun beli je la next flight yang kos RM200 seorang(termasuk luggage BARU).. melayang macam tu je duit kan!!

Flight seterusnya pukul 1.10 tengahhari. Tak nak perkara sama berulang pukul 12.30 kami dah mula tunggu depan pintu kaunter. Ok MAMAT AIRASIA KURANG AJAR YANG SAMA PAGI TADI JUGA JAGA KAUNTER… yang kelakarnya punya penat kami tunggu dan beratur, dalam tiket tertera kuanter buka pukul 1.10 tapi pukul 1.20 baru dia buka dan flight kata nak terbang pukul 1.45. Kiranya pukul 1.25 dia akan tutup pintu..

HANYA ADA 5 MINIT JE KITA NAK BEREBUT MASUK DALAM FLIGHT OTHERWISE AKAN JADI MACAM KES AKU TADI DIA TERUS TUTUP PINTU DAN SURUH BELI TIKET BARU!!!

Bayangkan betapa bengang ye aku sebagai seorg pelangan rasa sangat sangat teranayai dengan layanan sebegini seakan-akan sengaja je nak kaut untung lebih lagi-lagi tiket promosi yang tidak menawarkan insurans jadi sebab tu dia rigid tapi bila nak buka pintu tak ikut masa yang ditetapkan pula!

So nasihat aku, plzzz la kawan-kawan lepas ni lebih berjaga-jaga. Mungkin salah aku juga kot sebab tak tunggu pukul 5 pagi depan kaunter tu kan..!!

Semoga Tony Fernandes boleh baca dan plzz laa improve servis AirAsia ni sebelum kami rakyat Malaysia sendiri beralih ke penerbangan murah yang lebih berkualiti dan BERHATI PERUT.

Yes Now Everyone can fly but not necessary with you AIRASIA..!!! #BYE #HateAirAsia

p/s: ayat kelakar masa gaduh dengan mamat AirAsia kaunter tu kawan aku cakap ingat NASI LEMAK KORG DAH LENGKAP KORANG DAH CUKUP BAGUS.. #ehh rare giler hahaha #suddenly

*Post ini pun atas keizinan mamat staf AirAsia yang kurang ajar tu. Dia kata kalau nak masukkan kat media pun SILAKAN.. (masa bergaduh mulut dengan dia)

GR kata: Mr Tony Fernandes please do something. If not, AirAsia will be like MAS soon becoz orang dah MENYAMPAH!!

10 comments:

  1. Pengalman yang baik untuk dijadikan iktibar.....

    ReplyDelete
  2. Elok mention nama mamat poyo tu, biar kena buang keje.

    ReplyDelete
  3. Pernah kne dgn staf air asia jugak...LCCT..mmg salah kalo kte lambt tp dia leh plak ckp dgn costumer 'kurg ajar' dan bla..bla..bla..sbb lmbt ckit jer .macam nak tampar jer...sampai dalam flight delay jg.... then sampai skrg x nek air asia sbb staff dia temberang nak mampossss mkn gaji bjuta...

    ReplyDelete
  4. Low cost low services.to lower class people.low cut sckirts. Low fare but lebih byr bila lmbt... Tak de perasaan kerja buat muka tembok. Menjawab adalah kebiasaan dr mencari penyelesaian.... Time not u set but airlines does. Silap sikit pax yg tk betul.... AA terus ambil duit extra...

    ReplyDelete
  5. Jangan mengalah, tunjukkan kuasa pengguna. Lapor ke PPIM, lapor ke KPDNKK, lapor ke Kem.Pengangkutan.. kami sokong....

    ReplyDelete
  6. Why must be like MAS. I like MAS service, slalu naik okay je, skali je naik AA, taubat tknk naik dah. Tak best, sempit, srabut.

    ReplyDelete
  7. sekali lagi berlaku di LCCT ..kuala lumpur..kami sekluarga balik dari KL ke Sandakan...kami mengejar masa dengan anak dan bagasi yang mencapai 4 orang..setiba di kaunter kami di marah kerana lambat check in..kami disuruh masuk juga dengan keadaan kelam kabut masuk ke ruang menunggu untuk naik ke kapal terbang...penat dan letih tak terkata,,,padahal flight tersebut di tangguhkan selama 1 jam....alhamdulilah mudah2an airsia lingkup.

    ReplyDelete
  8. pada pada disember lalu kami sekeluarga balik ke kota kinabalu melalui Senai, Johor Baharu. Kebetulan ada kawan nak balik sabah dengan kami tapi bagasinya dikhuatirinya mungkin over weight. kami berbincang agar chechk in bersama dan sebahagian daripada bagasinya masukkan dengan bagasi kami sekeluarga...setiba dikaunter check in,,pekerja airasia seroang wanita bertudung pula tu..agaknya dia terdengar perbincangan kami dia tidak mahu menerima cara kami untuk check in bersama ..dia meminta agar masing2 check in dengan bagasi masing2....apakah dia sebagai pekerja dapat keuntungan besar selain daripada gaji dan pekerjaan berbanding dengan CEO airasia tu...tidak ada pertimbangan langsung dengan penumpang....masih lagi terbaik untuk MAS..tapi airasia juga diutamakan..

    ReplyDelete
  9. Abang dan kakak ipar saya pernah jadi kes sama, lepas kes tu taubat dah nak naik airasia, that was the first and the last they flying with airasia

    ReplyDelete