Saturday, February 22, 2014

HINA NABI DI FACEBOOK, SAMPAI BILA ISLAM DIPERMAINKAN MACAM NIE! @dsjamilkhir @PDRMsia


Betul kata orang "Dulu masa kecil cerdik, bila besar jadi bangang". Apa nak jadi semakin hari umat Islam dipesongkan akidah mereka kerana terpedaya dengan dakyah agama lain. Adakah mereka sedar dengan menjadi murtad bertukar agama dapat menyelesaikan masalah mereka, boleh memberikan kesenangan kekal abadi pada mereka??

Mungkin benar masalah yang dihadapi di dunia boleh selesai tapi masalah di alam kubur di akhirat adakah boleh selesai begitu saja? GR lihat sudah menjadi trend zaman ini Islam dihina macam tiada jalan penyelesaiannya.

Apakah pihak berkuasa dari pihak jabatan agama tiada sebarang undang-undang yang boleh dikenakan pada mereka ini? Apakah dengan cadangan tubuhkan Polis dalam bidang syariah dapat membantu pihak jabatan agama mengambil tindakan yang sewajarnya pada mereka berkelakuan seperti di atas.


Adakah umat Islam sekarang sedar dengan maksud tiada paksaan dalam Islam? Adakah umat Islam yang sememangnya lahir sebagai Islam boleh menukar agama dengan sesuka hati. Adakah mereka ini tau dengan dosa pahala yang mereka dapat dan hukuman yang akan diterima mereka balasan dari Allah S.W.T.

Selain mendakwa dirinya kafir kerana sudah murtad, pemilik sebuah akaun Facebook (FB) dikenali sebagai Murtads in Pantai Timur (MPT) turut biadab apabila mengatakan Allah SWT tidak wujud serta mengeji Nabi Muhammad SAW.

Itu antara pos pengendali FB berkenaan yang mendapat kecaman hebat orang ramai yang mahu laman itu segera ditutup, namun tidak diendahkan pemiliknya malah mencabar pihak terbabit melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa serta akhbar termasuk Harian Metro.

Berdasarkan pemerhatian Harian Metro, laman memperjuangkan murtad di negeri Darul Naim, Darul Iman dan Darul Makmur sebagai motonya, baru dimulakan pada 12 Februari lalu dan sehingga kini sudah mengumpul lebih 2,000 ‘likes’.

Malah dalam satu pos, pemilik akaun terbabit turut menyatakan ‘Majulah Murtad untuk Pantai Timur’ dan mendakwa penganut agama Islam adalah bodoh.

Hampir keseluruhan pos pemilik FB biadab itu adalah provokasi kepada umat Islam dan menggunakan loghat Pantai Timur dalam tulisannya.

Pemerhatian juga mendapati, pemilik FB berkenaan mendakwa dia adalah anak jati Kelantan dan sudah murtad serta memperkenalkan diri sebagai Che Awe Donde atau Pok Nik.

Katanya, memandangkan usia sudah meningkat dan tua selain mempunyai ilmu tinggi, dia sedar Islam yang dianuti selama ini sebenarnya adalah agama palsu. Pemilik FB berkenaan turut mendakwa semakin tinggi belajar mengenai agama, baru diketahui Islam adalah agama bodoh dan dia kini berjuang untuk murtad.

Menurutnya, dia akan berjuang menyedarkan masyarakat Islam bahawa agama rekaan Nabi Muhammad (dipanggilnya Muhammad babi) akan dihapuskan dari muka bumi Kelantan, lapor Hmetro.

Bangga sangat ker menjadi kafir? Bangga sangat ker bantuan yang diberikan oleh pendakwah yahudi kristian dan agama lain berikan pada mereka yang keluar dari Islam? Bantuan yang mereka berikan boleh janjikan Syurga bila dah mati nanti ker?

Semua pihak harus memain peranan penting dalam perkara ini. Jika pihak berkuasa tidak boleh mengambil tindakan sewajarnya, kita sebagai umat Islam harus memberikan dakwah Islam pada mereka ini. Apa yang penting taati perintah Allah S.W.T, ikutilah sunnah Nabi Muhammad S.A.W pasti kita berjaya dunia akhirat.


GR kata: Kehidupan dunia hanyalah sementara, kehidupan akhirat kekal abadi.

No comments:

Post a Comment