Wednesday, February 12, 2014

BERANI KER SPRM NAK DAKWA PEMIMPIN DAP DAN PEMBANGKANG? @SPRMMalaysia @teresakok @NajibRazak @PDRMsia


Baru-baru ini, Teresa Kok diangkat lagi menjadi ‘hero’ DAP hanya kerana berjaya menjadikan Tahun Baru Cina sebagai platform untuk mengejek kepimpinan negara. Video Tahun Baru Cina Teresa membuatkan rakyat lupa tentang hakikat bahawa kedudukan CEC DAP masih belum sah dan bahawa kepimpinan DAP telah memanipulasi ahli-ahli dan perwakilan mereka sendiri.

Munculnya video CNY ini juga, kita harus lihat bagaimana jahatnya puak pakatan haprak untuk menutup isu PRK Dun Kajang. PRK Kajang yang bakal diadakan pada bulan Mac nanti menunjukkan Anwar gilakan kuasa dan tidak menepati janji sehingga sanggup ketepikan pilihan yang telah dibuat oleh rakyat pada PRU13 lepas.

Sekarang nie kepemimpinan tertinggi DAP sibuk membela Teresa dan gembira apabila isu mengejek pemimpin berjaya menutup isu CEC. Hujah pembelaan DAP ialah video Teresa tidak rasis dan ungkapan ‘Malay-sie’ telah disalah-terjemahkan dan tidak bermaksud untuk menghina Melayu.

Jika DAP ingin bermain dengan hujah ini, maka kita juga boleh berhujah bahawa memandangkan Perdana Menteri adalah Melayu, maka ejekan Teresa Kok tetap dianggap sebagai penghinaan terhadap semua orang-orang Melayu.

Dengan itu, isu ini pun akan berterusan tanpa ada penyelesaian. Manakala, sejumlah kecil wang yang ditawarkan untuk menampar Teresa Kok hanya akan menjadikan beliau sebagai hero yang lebih besar bagi Chauvinis DAP dan tidak akan menyelesaikan ‘pertengkaran’ ini.

Baru-baru ini blog DAP Insider mendedahkan tentang siapa itu Teresa Kok. Di sebalik kontroversi video Tahun Baru Cina yang mempersoalkan integriti kepimpinan Kerajaan yang memerintah, Teresa Kok sebenarnya menyembunyikan sampah yang lebih busuk lagi di dalam beg tangannya sendiri.

Menurut blog tersebut, Teresa mempunyai proksi perniagaan dan melakukan korupsi yang besar di Selangor. Projek yang berkenaan adalah berjumlah RM1 billion di dua bidang tanah milik Yayasan Selangor di Dengkil PT39693 yang disewakan pada kadar RM25,000 sebulan kepada sekolah agama swasta, dan di Kuala Kubu Bahru PT521 yang disewakan kepada PLKN dengan kelengkapan 2 kem, pada kadar RM700,000. Kedua-duanya dianggarkan seluas 40 – 50 ekar.


Pada 14 Disember 2011 Yayasan Selangor secara tiba-tiba menerima surat dari Goldsino Investment Development Limited dari Zhuhai China untuk membina Solar Photovaltaic Power Plant di atas kedua-dua tanah tersebut. Dari surat itu yang turut dilampirkan oleh DAPInsider, jelas dinyatakan bahawa syarikat itu telah terlebih dahulu berbincang dengan Teresa Kok mengenai projek tersebut.

Pada 19 Disember 2011, Yayasan Selangor mengeluarkan memo untuk melakukan ‘company search’ ke atas syarikat Goldsino.

Pada 22 Disember 2011, Yayasan Selangor mengeluarkan ‘Letter of Intent’ (LOI) kepada Goldsino.

Pada 27 Disember 2011 Memorandum Persefahaman (MOU) mengenai urusan dengan TNB ditandatangani oleh pihak Yayasan dan Goldsino.

Apa yang berlaku membuktikan ada sesuatu yang tidak kita dalam projek ini. Antara yang paling jelas ialah ia diberikan secara ‘runding terus’ iaitu tanpa tender terbuka.

Bayangkan dengan jumlah projek yang menjangkau RM1 billion, keputusan untuk menandatangani MOU hanya dibuat selepas beberapa hari menerima LOI. Malah, difahamkan ketika upacara menandatangani MOU tersebut, hanya seorang dari pihak Goldsino yang hadir.

Lazimnya, bagi sesebuah projek sebesar ini, apatah lagi yang melibatkan pelaburan dari negara luar, proses perundingan sahaja memakan masa bertahun-tahun. Ia juga seringkali melibatkan berbagai pihak termasuk dari kerajaan kedua negara, selain dari pakar-pakar yang berkaitan dengan projek terbabit.

Begitu juga dengan bukti yang telah diberikan oleh 'orang kanan' Teresa Kok. Mereka sedar dan sudah kembali ke pangkal jalan dan berani mendedahkan penyelewengan yang telah dibuat oleh Boss lama mereka...seperti video di bawah :



Persoalannya di sini, adakah SPRM berani untuk membuka kertas dakwaan ke atas mereka ini? Adakah SPRM berani untuk menangkap mereka seperti kerja-kerja mereka sebelum ini? Adakah SPRM benar-benar menyahut saranan PM Najib yang mahu membanteras budaya rasuah??


Apa yang kita lihat kes-kes rasuah hanya tertumpu pada kakitangan awam dan juga pemimpin Kerajaan BN. Adakah benar lontaran dari puak pakatan mengatakan pemimpin kerajaan ini memang 'kaki rasuah'?

Agak musykil juga pemimpin dari pakatan haprak yang hidup mewah. Ada yang kata beli bas pakai duit sendiri, malah ada juga yang boleh pakai kereta mewah. Berapa gaji dan elaun mereka hingga mampu untuk pakai kereta seperti ini??




GR kata: Pikullah amanah yang diberi dengan penuh tanggungjawab...jangan asyik nak 'sedap' jer yer!!

1 comment:

  1. SAPA KATA SPRM TAK BERANI??? DIORG MCM PDRM JUGAK SGT BERANI .... BERANI MENGAMBIL KETERANGAN SAHAJA" LEPAS TU DIORG BOLEH BALIK RUMAH . SENANG KAN MENGHADAPI KEBERANIAN SPRM DAN PDRM .... TAHNIAH !!!

    ReplyDelete