Friday, January 3, 2014

SANA SINI RAKYAT BERCAKAP PASAL HARGA BARANG NAIK! PM @NajibRazak MASIH DIBUAI MIMPI? @HasanMalekKP @PMOMalaysia


Semalam adalah hari paling best buat GR. Dalam kerja-kerja yang perlu diselesaikan lebih kurang 7 orang GR jumpa dengan rakyat yang secara tak sengaja. Mereka ini kebanyakkan golongan berpendapatan sederhana dan juga rendah...sama macam GR.

Bila mendengar cerita mereka semua tak lari dengan tajuk yang sama "Harga Barang Naik". Adakah PM Najib dan menteri-menteri kabinet sedar akan perkara ini? Adakah respon yang mereka terima hanya diberikan oleh 'Penasihat' mereka saja, atau mereka sendiri mendengar denyut nadi rakyat.

Ini luahan yang GR sendiri ingin utarakan pada PM Najib. Sejak PRU13 mandat yang diberikan oleh rakyat pada beliau adakah beliau sedar atau masih nyenyak tido? Apa bezanya kerajaan BN yang dipimpin oleh beliau sekarang sama dengan di zaman Pak Lah. Terus terang GR katakan, zaman PM Najib adalah lebih teruk.

GR faham seorang perdana menteri mempunyai beberapa orang penasihat. Tapi sedarkah wahai PM Najib, penasihat yang bersama anda sekarang sebenarnya mahu mengadaikan negara. Jangan ingat demontrasi jalanan yang dianjurkan oleh pembangkang tak dapat sambutan itu bukannya datang dari suara majoriti rakyat Malaysia.

Kenaikan harga kos!! Rakyat sebenarnya dah makin menyampah dengan kerajaan BN. Mereka sampai luahkan menyesal mengundi BN pada PRU13. Semua menda nak dinaikkan dengan serentak. Janganlah berikan alasan bodoh dengan menyatakan ekonomi negara stabil, tapi hakikatnya masih ada rakyat yang hidup merempat. Sedihkah kita dengan golongan seperti ini?

Kenapa kerajaan BN takut untuk mengawal harga keperluan harian? Bukankah barang keperluan harian seperti beras, gula, ayam, tepung dan lain-lain adalah makanan utama rakyat Malaysia. Jika semua ini naik sudah tentulah perkhidmatan lain juga akan naik secara automatiknya. Kenapa kerajaan BN masih takut dengan taukey-taukey pemborong pembekal nie semua? Bukankah kerajaan sudah wujudkan Kedai rakyat 1Malaysia tapi kenapa masih dianggap GAGAL?


Kalau betullah apa yang PM Najib umumkan sebelum ini mahu mewujudkan 50buah lagi KR1M rasenya itu semua hanya omong kosong. Harga kawalan makanan boleh dikawal, jika pembekal CINABENG atau pun bangsa lain berdegil...bukankah senang untuk mereka yang berkelayakan boleh memohon untuk buka KR1M. KPDNKK perlulah buat secara tender terbuka, rakyat Malaysia yang mampu dan layak boleh memohon.

Kenapa perlu ada RM600ribu baru boleh bukak KR1M? Takkan kerajaan tak boleh bantu sedikit pun. Jangan asyik nak bagi kenyang perut 'kawan-kawan' sendiri saja. Paling mudah, KPDNKK boleh turun padang cari kedai-kedai runcit di kawasan kampung, upgrade mereka jadi KR1M. Sudah tentulah mereka boleh maju kerana mereka sudah mempunyai pelanggan yang tetap. Ingat wahai PM Najib, orang lebih suka beli barang yang murah atau mahal tapi kualitinya entah ke mana. Jangan ingat rakyat nie semua golongan bangsawan.


Sistem aduan KPDNKK nie apa fungsinya? Adakah rakyat perlu masuk website dulu nak buat aduan? Macam mana pula rakyat yang tak berkemahiran IT contoh di kampung-kampung? Bukankah boleh wujudkan sistem SMS atau pun perkhidmatan whatsapp untuk lebih mudah rakyat berkomunikasi. Dunia makin canggih...PM Najib sibuk laungkan IT sana sini tapi kerajaan masih di zaman batu.


Komen-komen di Facebook seperti di atas adakah pihak kementerian amik kisah atau hanya sebagai hiasan nak menunjukkan media sosial kementerian ini aktif?

Ingat lah, zaman sekarang bukannya nak tunggu rakyat datang mengadu pada kita. Kita nie sebagai di kementerian atau pun pemimpin turun padang cari mereka-mereka ini. Malaysia masih ada rakyat miskin. Program TV pun ada buat untuk berikan bantuan pada golongan miskin ini, tapi kenapa Kerajaan masih tido dan buat tak tau. Masih sibuk dengan projek-projek mega yang entah ke mana hala tujunya. Pembangunan itu penting tapi perlulah selari dengan kehidupan rakyat yang mereka juga mahukan pembangunan dalam hidup mereka.

Pada penasihat-penasihat PM Najib cukup-cukuplah korang nak tunjuk pandai, kononnya korang nie membela nasib rakyat. Apa yang jadi sekarang kalau rakyat Malaysia sendiri bertanya pada korang sudah tentu korang tak boleh jawab. Kononnya korang nie hebat dalam ekonomi, tapi itu semua hanyalah kiraan matematik.

Apabila kita mahu menegur bukan bermakna kita membenci. Sebaliknya kita sayangkan kerajaan BN yang dipimpin  oleh UMNO. Kita tidak pernah yakin dan percayakan puak-puak PKR, DAP dan PAS. Kita tidak mahu UMNO hilang tahta, hilang kuasa!!!



GR kata: Wahai pemimpin UMNO/BN turunlah ke bawah tengok sendiri rakyat korang tu masih ada lagi yang miskin macam video di atas. Tolong bukak mata, jangan asyik tido sampai mata terbuka. Amanah Allah S.W.T perlulah dijalankan dengan penuh tanggungjawab!!

No comments:

Post a Comment