Saturday, July 13, 2013

#PKRKualaBesut: CALON PAS BAIK PUNYA KEMPEN, PENTINGKAN SENDIRI DARI PERUT RAKYAT!


Calon ‘Cari Makan’ Azlan endut makin di kecam oleh beberapa akhbar & media selepas kenyataan panas beliau yang tidak mahu berkhidmat untuk rakyat jika diberi mandat sebagai wakil rakyat.

Malahan beliau menyatakan juga wakil rakyat akan diserahkan pada orang lain dan digajikan wakil rakyat yang akan dilantik olehnya sendiri.

Kerana beliau sibuk dengan urusan kerja dan perniagaan sebagai Kontraktor klass A dan juga mempunyai pelbagai perniagaan lain untuk di uruskan berbanding berkhidmat untuk rakyat.



GR kata: Sape sebenarnya yang jadi Wakil Rakyat nie? Kena lagi lah rakyat yang pilih puak Pakatan nie..!!

Friday, July 12, 2013

Latest Update PRK Dun Kuala Besut

Berikut merupakan perkembangan terkini proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut yang berlangsung di Kompleks Rakan Muda Daerah Besut pada Jumaat.

10 pagi: Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Kuala Besut, A. Rahim Jusoh mengumumkan proses penyerahan borang pencalonan ditutup.

9:24 pagi: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tiba di pusat penamaan calon.

9:15 pagi Calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman masuk ke dewan pusat penamaan calon.

9:01 pagi: Calon BN, Tengku Zaihan diarak ke pusat penamaan calon diiringi Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Turut bersama Muhyiddin ialah, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said; Timbalan Pengarah PRK Kuala Besut, Datuk Seri Idris Jusoh; Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin dan Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

9:00 pagi: SPR mengumumkan proses penyerahan borang calon PRK Kuala Besut dibuka.

8:41 pagi: Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di lokasi penyokong BN berkumpul.

8:35 pagi: Calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berada di lokasi penyokong BN menunggu ketibaan Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum berarak ke pusat penamaan calon.

8:25 pagi: Penyokong BN semakin ramai walaupun dalam keadaan hujan.

7:50 pagi: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tiba di lokasi penyokong BN berkumpul.

7:40 pagi: Hujan renyai-renyai mula turun di Kuala Besut.

7:30 pagi: Penyokong parti politik mula berkumpul di tempat yang dikhaskan untuk mereka sebelum berarak mengiringi calon ke pusat penamaan calon.

7:00 pagi: Laluan utama memasuki kawasan Kompleks Rakan Muda Daerah Besut mula ditutup.

Di pusat penamaan calon, kelihatan dua buah khemah disediakan untuk pengiring dan pemimpin Barisan Nasional (BN) dan PAS berkumpul.

6:30 pagi: Polis mengadakan sekatan jalan raya memasuki ke Kuala Besut dari arah Pasir Puteh, Kelantan.


GR kata: Hormat sikit bulan Ramadhan masa kempen tu nanti yer....

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PRK BESUT: Calit Susah, Celup Pun Susah..Mandi Jelah Lepas Nie..!!


Pepatah Melayu, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga, demikian nasib yang terpaksa ditanggung Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) susulan penggunaan dakwat kekal pada PRU13 lalu yang didakwa tidak berkesan sehingga kebaikan lain dilakukan badan bebas itu tidak dihargai.

Pensyarah Kanan Politik Islam dan Minoriti Muslim Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Samsu Adabi Mamat berkata, SPR cuba memenuhi kehendak rakyat dalam menambah baik sistem pilihan raya di negara ini namun usaha yang dilakukan badan itu sering kali dipandang negatif.

"Dakwat kekal itu rakyat yang minta, tapi kebaikan SPR memberi respon kepada kehendak rakyat itu tidak dihargai.

"Kalau timbul lagi tidak puas hati dakwat tidak kekal itu, nampaknya terpaksalah SPR kena guna dakwat mati pula,”katanya kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof semalam yang memutuskan untuk menggunakan kaedah mencelup jari telunjuk kiri ke dalam dakwat kekal pada PRK Kuala Besut, 24 Julai ini, berbanding kaedah mencalit jari pada PRU13 lalu.

Abdul Aziz berkata, peraturan tambahan itu bertujuan mengelakkan sebarang percubaan mengundi dua kali oleh pengundi yang tidak bertanggungjawab dan ia akan digunakan untuk pengundian awal pada 20 Julai serta pengundian biasa pada 24 Julai ini.

Dalam pada itu, Samsu Adabi berkata, masalah yang timbul melibatkan dakwat kekal itu hanyalah di kawasan yang dimenangi oleh BN, sedangkan bagi kerusi dimenangi pembangkang pula, dakwat kekal itu nyata tidak membawa sebarang masalah.

"Perkara sebegini rakyat kena berpada-pada, sebenarnya ejen calon sudah ada dalam bilik mengundi, itu pun sudah cukup untuk memuashatikan orang bahawa pilihan raya itu tiada penipuan.

"Bila kalah, mereka (pembangkang) salahkan sistem, tapi di negeri yang mereka menang, calit jari OK saja.

"Inilah masalah dalam demokrasi, kita kena faham betul-betul, kalau dalam perjalanan itu berlaku dakwat cair dan sebagainya, inikan pula melibatkan 13 juta pengundi itu,” tegasnya.

Sementara itu, menurut Pensyarah Kanan Sains Politik dan Kajian Politik Malaysia, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin, langkah yang diambil SPR dengan memperkenalkan kaedah mencelup jari telunjuk itu perlu dilakukan dengan teliti bagi mengelakkan insiden lalu berulang kembali.

"SPR kene buktikan penggunaan dakwat kekal kali ini benar-benar berkesan, jika ada aduan lagi mengatakan boleh tanggal beberapa jam seperti PRU13 lalu, ia akan memalukan dan menjejaskan nama baik SPR sekali lagi.

"Jangan pula kali ini SPR mengulangi kesilapan yang sama dengan menggunakan pewarna makanan, sudah pasti kandungannya tidak kekal seperti yang dikehendaki,” katanya.

Ditanya jika masalah dakwat tidak kekal berulang kembali selepas PRK Kuala Besut, 24 Julai ini, beliau menegaskan dakwat kekal bukan perkara pokok, sebaliknya SPR perlu fokus untuk mengelakkan daripada orang mengundi dua kali yang perlu diberi keutamaan.

"Nyatakan apa jua kaedah untuk elak penipuan, saya rasa pengundi tidak membantah, asalkan sistem pilihan raya negara kita bersih dan adil,” katanya.


GR kata: Pakatan haprak mana tau makna bersyukur...sebab tu tak guna otak!

ASTAGA...APA NAK JADI, ARTIS PEREMPUAN KANTOI TAK PUASA? BERJUDI LAGI PULAK TU?


Ketibaan Ramadhan Al Mubarak yang baru tiba ada juga yang tidak menghayatinya malah dibuat seperti tiada apa keistimewaan seperti bulan lain.

Adakah kita tidak percaya dan tidak takut dengan hukum hakam Allah SWT yang mewajibkan hambaNYA berpuasa pada bulan yang mulia. Susah sangat ke untuk kita berpuasa dan tidakkah kita tahu bulan ini lah kita nak buat amal ibadat.

Tapi apa kan daya, manusia lebih pentingkan nafsu dari pahala yang Allah SWT nak berikan pada kita. Kes orang ditangkap makan dan buat dosa-dosa lain sering kali kita dengar bila tiba bulan Ramadhan. Sampai bila nak macam ni?? Susah sangat ker nak berpuasa???

Baca lagi artis yang kantoi tak puasa nie...

Kesucian 1 Ramadan yang sepatutnya dihormati, dicemari dua wanita Islam termasuk seorang pelakon drama apabila dicekup bermain mahjung di sebuah pusat siber di Bandar Puteri di sini, semalam.

Pelakon yang pernah diberi jolokan nama seorang artis seksi luar negara itu kelihatan resah dan berjalan mundar-mandir dalam bilik berkenaan apabila wajahnya dirakam.

Difahamkan, kedua-dua wanita itu dipercayai tidak berpuasa, menghisap rokok serta menikmati minuman yang terhidang dan memberi alasan sakit perut ketika dicekup di bilik VIP di tingkat tiga premis terbabit.

Ketika serbuan, wanita berusia lingkungan 30-an itu leka bermain mahjung bersama dua lelaki bukan Islam di dalam sebuah bilik kecil yang terletak di sebalik ruang permainan snuker.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Mejar (B) Mohd Rasip Rasul berkata, hasil risikan dan pemantauan, pihaknya melakukan serbuan ke pusat siber yang turut menjalankan aktiviti permainan snuker itu, petang semalam.

Hasil pemeriksaan mendapati perniagaan pusat siber yang turut menawarkan aktiviti perjudian itu tidak mempunyai lesen sah daripada MPSJ.

Dalam serbuan diketuai Penolong Pegawai Penguat Kuasa MPSJ, R Ravinthran bersama 23 anggota, premis itu dikenakan tindakan sitaan manakala peralatan dirampas.

Mohd Rasip berkata, premis terbabit sudah beroperasi sejak enam bulan lalu dan menawarkan pelbagai aktiviti hiburan kepada pengunjung.

“Kami bertindak merampas 42 set komputer mengandungi perisian perjudian atas talian dan dua televisyen.

“Tindakan diambil di bawah UUK 3 Undang-undang kecil Pusat Siber MPSJ 2007 kerana menjalankan perniagaan pusat siber tanpa lesen daripada MPSJ,” katanya.

Beliau berkata, pelakon berkenaan bersama tiga rakannya kemudian dibebaskan selepas butir keterangan diri diambil.
- SH


GR kata: Manusia zaman sekarang dah tak heran dosa pahala....astagfirullah hal'azim

Wednesday, July 10, 2013

GOBIND TUNJUK PANDAI, CUBA BELA 'ANAK MELAYU BODOH' TAPI KENA BATANG HIDUNG SENDIRI! @Zahid_Hamidi @GobindSinghDeo


Pertama sekali GR ingin ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada seluruh umat Islam yang menjalankan ibadah wajib di bulan yang mulia ini. Semoga amalan kita di bulan yang mulia ini diberkati Allah SWT.

Percakapan kita di bulan yang mulia ini juga harus dijaga kerana jika berlebihan dengan keluar kata-kata kesat akan mengurangkan pahala ibadah puasa kita. Sama-samalah kita hayati  demi kebaikan kita bersama.

GR tak ingin mengulas panjang dengan apa yang kecoh di Parlimen semalam. Tapi ternyata cubaan anak Karpal Singh ini nak 'bela' anak guamannya makan diri sendiri. Di Parlimen tempat ke semua Ahli Parlimen membahaskan apa yang diinginkan oleh rakyat dan juga kepentingan untuk mereka dan juga negara. Bukannya menggunakan kuasa yang ada untuk kepentingan peribadi.

Pada 'Anak Melayu' terbabit mesti sebelum tu dah suka bahawa nasib dia akan 'terbela'....betul tak? Tapi apakan daya, Allah SWT Maha Kuasa. Dalam video yang disiarkan portal menipu Malaysiakini, GR lihat Gobind cakap pasal kekuasaan Allah SWT, "Jawab kepada Tuhan terhadap kamu".

Lihat video di bawah, walaupun video ini sudah diedit untuk menunjukkan pakatan haprak yang betul tapi korang tengok sendiri dan nilaikan siapa yang betul dan salah:



Apa yang Gobind cuba buat jelas nak malukan Islam. Permainkan nama Allah SWT demi kepentingan peribadinya sebab dia dah tersepit nak jawab. Jelas kes yang cuba dibangkitkan oleh Gobind tak ada kena mengena dengan isu yang dibahaskan dalam Parlimen. Kes yang sudah difailkan di mahkamah perlulah diselesaikan di mahkamah bukannya di Parlimen. Manalah akal fikiran seorang pemimpin macam anak Karpal Singh ni dia letakkan?

Pada mamat yang bernama Amir Bazli Abdullah tak payah nak harap sangat lah yer. Jangan cuba menegakkan benang yang basah. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Ingatlah yer Allah S.W.T bersama dikalangan orang yang benar dan taat pada perintahnya. Berani kerana Benar, Takut kerana Salah!



GR kata: Puak pakatan dah cuak dengan Zahid sebab tu cuba serang peribadi tapi akal mereka pendek sangat.....Selamat Berpuasa Semua.

Monday, July 8, 2013

HOT: Guan Eng Jadi 'Mufti' Keluarkan Fatwa Baru Pada Rakyat! @Zahid_Hamidi @cmlimguaneng

Kenapa perlu Akta Hasutan dimansuhkan? Adakah dengan mansuhkan akta ini, rakyat dan negara akan hidup dengan lebih aman?

Kenapa pakatan haprak makin gelabah beruk dengan akta ini? GR gelak bila Guan Eng si Cina komunis ni keluarkan 'fatwa' baru kononnya Kerajaan tidak tepati janji.

Apa cerita lu LGE mau pusing cerita ka??

Kenapa pakatan haprak nak sangat mansuhkan Akta Hasutan ni? Adakah Kerajaan BN selama ini tidak tepati janji pada rakyat? Seharusnya LGE tanya pada diri mereka sendiri, siapa yang Tepati Janji dan siapa yang Tak Tepati Janji pada rakyat? Boleh jawab ka..??

Pakatan Haprak beria-ia nak mansuhkan Akta Hasutan sebab diaorang memang nak ubah Perlembagaan Persekutuan. Beberapa perkara utama akan diubah dan niat mereka untuk jadikan Malaysia sebagai negara bukan Islam boleh dicapai.

Rakyat harus tahu, siapa yang selalu menghasutkan dengan pelbagai provokasi dan fitnah dengan niat rakyat benci pada Kerajaan dan sistem Kesultanan Melayu. Kalau semua orang boleh cakap sesuka hati, negara tak ada undang-undang...apa guna Malaysia jadi sebuah negara.

GR yakin dengan pendirian tegas DS Zahid Hamidi, keselamatan rakyat dan kestabilan negara dapat dijaga dengan baik. Tak payah dengar sangat cakap puak pakatan, diaorang ni bukan boleh buat apa pun. Janji pada rakyat pun tak boleh tunaikan, inikan sibuk nak ubah Perlembagaan negara.


GR kata: Penang pun tak boleh jaga rakyat sama rata...jangan duk bisingla LGE oii!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, July 7, 2013

Puak Pakatan Makin Pening Bila Kena SMACK DOWN Dengan Menteri KDN @Zahid_Hamidi !!


Manusia bila dah mula buat salah, macam-macam lah alasan yang akan diberikan untuk mengelak diri mereka dijatuhkan hukuman. Dengan erti kata lain, KANTOI. Kenapa perlu kita takut kalau kita tak ada buat salah....betul tak??

Puak pakatan haprak sebelum ini dengan selamba badak diaorang mencadangkan pihak Kerajaan mansuhkan Akta Hasutan. Kenapa perlu dihapuskan? Negara ini tidak perlu ada undang-undang kah? Kalau semua dihapuskan apa nasib yang rakyat akan terima?

Jika Akta Hasutan dihapuskan, masyarakat boleh cakap dengan sedap mulut tanpa melihat sensitiviti seseorang atau pun masyarakat tersebut. Ini yang pakatan mahukan? Ini namanya perjuangkan nasib rakyat? Menjahanamkan rakyat lagi adalah!!

Hari ini kenyataan Menteri KDN memang tepat pada masanya. Ada pihak yang panas telinga, lantak diaorang lah. Siapa yang makan cili dia yang terasa pedasnya. Berani kerana benar, takut kerana salah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyelar sikap sesetengah pihak yang mendesak supaya Akta Hasutan 1948 dimansuhkan tanpa memikirkan impak negatifnya.

Beliau menarik perhatian bahawa atas desakan pihak tertentu sebelum ini, kerajaan telah memansuhkan Ordinan Darurat 1969 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Sekarang mereka bagaimanapun (desak) nak mansuhkan Akta Hasutan juga... saya tidak fikir ada perlunya, sebab apa lagi yang kita tinggal (ada) untuk melindungi rakyat dan ketenteraman negara," katanya.

Ahmad Zahid ditemui pemberita selepas merasmikan pelepasan konvoi kembara bermotosikal sempena ulang tahun ke-75 Utusan Melayu (Malaysia) Berhad di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata: "Tambahan, bila ia dihapuskan, semua fitnah, tohmahan dan kutukan yang dilakukan penghasut boleh dianggap dihalalkan walhal demokrasi kita tidak menuntut begitu."

Ahmad Zahid berkata, pemansuhan undang-undang tertentu sebelum ini dilihat telah menjurus kepada peningkatan kadar jenayah dalam kalangan masyarakat.

"Malah, jika ditangkap dengan pertuduhan (pun), mereka (penjenayah) akan mencari aspek-aspek teknikal untuk melepaskan diri dan pihak polis tidak dapat berbuat apa-apa biarpun mempunyai bukti kukuh," katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, perbincangan terperinci akan dibuat berhubung undang-undang menggantikan Ordinan Darurat.

"Bagi melaksanakan dasar keterbukaan berhubung perkara ini, Kementerian Dalam Negeri, polis dan Jabatan Peguam Negara akan mengadakan majlis dialog bersama badan-badan bukan kerajaan, individu dan masyarakat umum untuk mengetahui maklum balas, input dan komen-komen," jelasnya.

Konvoi selama tiga hari disertai 28 motosikal berkuasa tinggi dan empat kenderaan lain itu akan melalui perjalanan sejauh 400 kilometer dari Kuala Lumpur ke Queen Street, Singapura untuk menjejaki sejarah penubuhan Utusan Melayu. - BERNAMA


GR kata: Siapa yang kaki hasut sana sini sebelum ni yer? Dia pulak yang gelabah...Akta Hasutan tak perlu dihapuskan!