Friday, July 12, 2013

ASTAGA...APA NAK JADI, ARTIS PEREMPUAN KANTOI TAK PUASA? BERJUDI LAGI PULAK TU?


Ketibaan Ramadhan Al Mubarak yang baru tiba ada juga yang tidak menghayatinya malah dibuat seperti tiada apa keistimewaan seperti bulan lain.

Adakah kita tidak percaya dan tidak takut dengan hukum hakam Allah SWT yang mewajibkan hambaNYA berpuasa pada bulan yang mulia. Susah sangat ke untuk kita berpuasa dan tidakkah kita tahu bulan ini lah kita nak buat amal ibadat.

Tapi apa kan daya, manusia lebih pentingkan nafsu dari pahala yang Allah SWT nak berikan pada kita. Kes orang ditangkap makan dan buat dosa-dosa lain sering kali kita dengar bila tiba bulan Ramadhan. Sampai bila nak macam ni?? Susah sangat ker nak berpuasa???

Baca lagi artis yang kantoi tak puasa nie...

Kesucian 1 Ramadan yang sepatutnya dihormati, dicemari dua wanita Islam termasuk seorang pelakon drama apabila dicekup bermain mahjung di sebuah pusat siber di Bandar Puteri di sini, semalam.

Pelakon yang pernah diberi jolokan nama seorang artis seksi luar negara itu kelihatan resah dan berjalan mundar-mandir dalam bilik berkenaan apabila wajahnya dirakam.

Difahamkan, kedua-dua wanita itu dipercayai tidak berpuasa, menghisap rokok serta menikmati minuman yang terhidang dan memberi alasan sakit perut ketika dicekup di bilik VIP di tingkat tiga premis terbabit.

Ketika serbuan, wanita berusia lingkungan 30-an itu leka bermain mahjung bersama dua lelaki bukan Islam di dalam sebuah bilik kecil yang terletak di sebalik ruang permainan snuker.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Mejar (B) Mohd Rasip Rasul berkata, hasil risikan dan pemantauan, pihaknya melakukan serbuan ke pusat siber yang turut menjalankan aktiviti permainan snuker itu, petang semalam.

Hasil pemeriksaan mendapati perniagaan pusat siber yang turut menawarkan aktiviti perjudian itu tidak mempunyai lesen sah daripada MPSJ.

Dalam serbuan diketuai Penolong Pegawai Penguat Kuasa MPSJ, R Ravinthran bersama 23 anggota, premis itu dikenakan tindakan sitaan manakala peralatan dirampas.

Mohd Rasip berkata, premis terbabit sudah beroperasi sejak enam bulan lalu dan menawarkan pelbagai aktiviti hiburan kepada pengunjung.

“Kami bertindak merampas 42 set komputer mengandungi perisian perjudian atas talian dan dua televisyen.

“Tindakan diambil di bawah UUK 3 Undang-undang kecil Pusat Siber MPSJ 2007 kerana menjalankan perniagaan pusat siber tanpa lesen daripada MPSJ,” katanya.

Beliau berkata, pelakon berkenaan bersama tiga rakannya kemudian dibebaskan selepas butir keterangan diri diambil.
- SH


GR kata: Manusia zaman sekarang dah tak heran dosa pahala....astagfirullah hal'azim

No comments:

Post a Comment