Saturday, March 9, 2013

UPDATE NEWS #lahaddatu: VIDEO NUR MISUARI UGUT PM NAJIB PERANG! KENAPA TIDAK ANWAR?


Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari memberi amaran kepada Malaysia agar tidak membunuh adik Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III, Raja Muda Agmibuddin Kiram dan pengikutnya di Sabah kerana ia dianggap mengisytiharkan perang ke atas kaum Tausug dan bekas kumpulan pemisah itu.

Portal berita Filipina, abs-cbnnews.com. melaporkan beliau sebagai memberi nasihat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak :





”Apabila anda membuat demikian, ia akan diibarat pengisytiharan perang ke atas orang kita dan MLNF. Ia adalah kewajipan suci kita melindungi orang kita."

“Setiap titik darah mereka suci kepada kita,” Misuari, dilaporkan berkata.


Pengasas MNLF itu yang menandatangani perjanjian perdamaian dengan kerajaan Ramos pada 1997, menganggap sebagai “spekulasi liar” sebarang insinuasi (pertuduhan secara tidak langsung) bahawa beliau sebagai dalang bagi tindakan diambil oleh pengikut Sulu Sultan Jamalul Kiram III di Sabah.

Sehingga ke hari ini, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim masih belum menjelaskan apakah motif beliau berjumpa dengan dengan Nur Misuari.

Banyak juga persoalan timbul berbagai cerita yang pelik-pelik dan kenapa Nur Misuari tak berani nak cabar Anwar jika benar Anwar tidak berkompromi dalam pencerobohan di Lahad Datu. Renung-renungkanlah yer....


GR kata: Banyak Nur Misuari belajar ilmu putar alam dengan Bang Non yer....

UPDATE NEWS #lahaddatu: 1 LAGI LANUN SULU DITEMBAK MATI


Pasukan keselamatan menembak mati seorang lelaki bersenjata Sulu pada Sabtu yang cuba untuk meloloskan diri daripada kepungan keselamatan ketat di Kampung Tanjung Batu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, lelaki bersenjata itu mati ditembak kira-kira pukul 8.00 pagi.

Ini membawa kepada jumlah lelaki bersenjata Sulu yang terbunuh kepada 53, di dua perkampungan pantai di mana mereka berkurung dan dalam tembakan di Semporna.

Ismail berkata kawasan operasi di Kampung Tanjung Batu adalah 3 km persegi dan Kampung Tanduo 4 km persegi.

Beliau berkata baki kumpulan bersenjata dipercayai akan bergerak berpasangan atau dalam unit-unit kecil.

"Kami percaya mereka cuba mengelak daripada pasukan keselamatan dengan bergerak di antara kedua-dua kampung," katanya.

Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata lelaki bersenjata berjaya menyelinap dari Kampung Tanduo ke Kampung Tanjung Batu kerana kawasannya yang tidak sekata dan berpaya.

Anggota polis dari Unit Tindakan Khas (UTK) bersiap siaga ketika melakukan pemeriksaan sekitar Kampung Simunul bagi mengesan saki baki pengganas Sulu di Semporna, Sabtu. -foto BERNAMA


Zulkifeli berkata pasukan keselamatan telah menjalankan operasi pembersihan di Kampung Tanduo.

Ditanya sama ada masih terdapat lelaki bersenjata Sulu di Kampung Tanduo, beliau berkata operasi masih diteruskan untuk membawa mereka keluar dan mereka mungkin bersembunyi di dalam belukar dan hutan sekunder di sana.

Ismail berkata nasib Raja Muda Azzimudie Kiram, pemimpin kumpulan bersenjata, masih tidak diketahui.

"Masih terdapat mayat di kawasan itu yang kita tidak pasti," katanya.

PELANCARAN #PR1MA ALAM DAMAI BERSAMA PM @NajibRazak ESOK


PR1MA Alam Damai merupakan salah satu projek pembangunan PR1MA yang ditubuhkan selaras dengan Akta PR1MA 2012 bagi merancang, membangun, membina dan menyenggara perumahan mampu milik untuk mereka yang berpendapatan sederhana di pusat bandar utama.

Ia merupakan sebuah inisiatif kerajaan Malaysia yang telah dilancarkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak pada Julai 2011 bagi menyahut permintaan rakyat yang inginkan kediaman mampu milik, biarpun nilai hartanah masa kini semakin meningkat.

Oleh itu, PR1MA membuka peluang kepada individu atau keluarga yang berpendapatan isi rumah antara RM2,500 – RM7,500 serta tidak memiliki lebih daripada satu rumah untuk memohon. PR1MA Alam Damai menjanjikan lokasi strategik yang terletak di Cheras, sebuah kawasan sentral dengan pelbagai kemudahan. Dengan adanya lebuhraya MRR2 dan Cheras-Kajang, penduduk PR1MA Alam Damai boleh menikmati akses yang lebih mudah ke bandar-bandar lain.

Sebanyak 8 blok apartmen PR1MA Alam Damai akan dibina dengan 2,078 unit rumah disediakan. Perumahan mampu milik berkonsepkan gaya hidup ini mempunyai keluasan binaan dalaman dari 670 hingga 1,055 kaki persegi.

Pelbagai kemudahan disediakan di PR1MA Alam Damai seperti surau, dewan komuniti, dek terbuka yang dikelilingi tumbuhan hijau, tadika serta taman rekreasi yang menepati keperluan setiap lapisan masyarakat.

Jangan tunggu lagi, jom bersama-sama di Majlis Pelancaran Rumah PR1MA Alam Damai :

Tarikh : 10 Mac 2013 (Ahad)
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Alam Damai, Cheras (berhadapan SK Alam Damai)




Perumahan mampu milik berkonsepkan gaya hidup ini mempunyai keluasan binaan dalaman dari 670 hingga 1,055 kaki persegi. Pemohon yang berkelayakan boleh mendaftar di www.pr1ma.my dan permohonan yang sah dan memenuhi semua syarat akan dipilih secara adil melalui cabutan undi terbuka.

Pelbagai kemudahan disediakan di PR1MA Alam Damai seperti surau, dewan komuniti, kawasan terbuka yang dikelilingi tumbuhan hijau, tadika serta taman rekreasi yang menepati keperluan setiap lapisan masyarakat. Kemudahan seperti ini memberi peluang untuk penghuni di sini menyemai gaya hidup yang aktif, sihat dan selesa.

Seiring dengan objektif PR1MA yang memberi kelebihan kepada rakyat Malaysia berpendapatan sederhana, PR1MA Alam Damai menyediakan keluasan binaan dalaman dari 670 hingga 1,055 kaki persegi dan kemudahan seperti :

• Kedai 1Malaysia
• Klinik 1Malaysia
• Surau
• Gimnasium
• Dewan Komuniti


GR kata: Jom turun ramai-ramai esok ke Alam Damai

UPDATE NEWS #lahaddatu: AJARAN PAS PADA LANUN SULU, KALIMAH ALLAH PAKAI CELAH BONTOT!


Ops Daulat yang memasuki hari kelima beberapa mayat lagi telah dijumpai oleh pihak keselamatan dan lebih mengejutkan terdapat pada mayat tangkal bertulis kalimah al-Quran dan amat menyedihkan lagi kerana tangkal itu turut dipakai di celah kelangkang pengganas tersebut. Astagfirullah Hala'zim...

Menurut sumber pihak keselamatan, tangkal itu ditemui pada mayat pengganas yang ditembak ketika bertempur dengan pasukan keselamatan negara di Kampung Tanduo, pada jam 6.45 pagi tadi.

“Apabila pemeriksaan dilakukan, anggota pasukan keselamatan terkejut menemui tangkal dengan kalimah al-Quran yang dipakai di celah kelangkang serta di pinggang".

“Kemungkinan pemakaian tangkal itu bertujuan menjadikan mereka kebal, namun terbukti perbuatan itu sebenarnya sekadar amalan syirik kerana dia akhirnya terbunuh akibat terkena tembakan,” katanya.

Tangkal itu juga umpama untuk menaikkan semangat kepada pengganas Sulu yang mereka ibaratkan pasukan keselamatan adalah musuh yang halal darahnya.

Sementara itu keadaan di Felda Sahabat adalah terkawal terdapat bunyi beberapa siri letupan bom dilepaskan di kawasan zon merah dalam Op Daulat selepas 24 jam tiada pertempuran berlaku antara pasukan keselamatan dan penceroboh militan Sulu yang menjadikan Kampung Tanduo dan Tanjung Batu, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu, sebagai kubu sejak 12 Feb lalu.

Malah di bandar Lahad Datu dan bandar Semporna, yang terletak 150 kilometer dari sini adalah terkawal dan tenang dengan aktiviti masyarakat serta premis perniagaan berjalan seperti biasa.

Di Felda Sahabat 16, kedengaran beberapa bunyi dentuman bom yang datang dari kawasan zon merah Ops Daulat pada 1 pagi dan 7.30 pagi.

Selain itu pada pagi ini turut kedengaran pesawat helikopter berlegaran di ruang udara Felda Sahabat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang meninjau markas Op Daulat di Felda Sahabat, Khamis lalu berkata Malaysia menolak sebarang tawaran gencatan senjata dan menegaskan satu-satunya pilihan bagi penceroboh itu ialah letak senjata dan serah diri tanpa bersyarat.

Gerakan Op Daulat yang memasuki hari kelima hari ini mengesahkan 52 penceroboh militan terbunuh.


GR kata: Ajaran sesat Pok Nik semakin meluaskan. Isk isk isk....

Friday, March 8, 2013

ANWAR DAN IBLIS SAMA ACUAN! NAK SAMAN, SAMANLAH!!

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan tidak ada semangat patriotik berhubung kejadian serangan pengganas Sulu di Sabah malah sanggup mempersenda Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presiden Kelab Suara Anak Muda 1Malaysia, Armand Azha Abu Hanifah berkata, tindakan Anwar berulang kali menyanyikan bait- bait lagu Tanya Sama Pokok yang mengaitkan Najib dengan kejadian di Sabah dalam siri ceramahnya sebelum ini menggambarkan pemimpin berkenaan sanggup menggadai maruah negara demi kuasa.

"Ketika seluruh rakyat sedang bersedih, pemimpin pembangkang tanpa langsung menunjukkan semangat patriotik menjadikan isu pencerobohan itu sebagai modal politik dan menyalahkan kerajaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Anwar sebelum ini menyanyikan lagu tersebut berulang kali sejak 2 Disember tahun lalu termasuk dalam ceramahnya pada 29 Januari dan 14 Februari lalu iaitu dua hari selepas Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah diceroboh kumpulan pengganas Sulu.

Antara lirik lagu itu berbunyi, "Tanya sama Najib apa sebab goyang, nanti jawab Najib Sabah nak hilang."

Sementara itu, Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, Anwar perlu menjelaskan kepada rakyat berhubung pelbagai dakwaan yang mengaitkannya dengan kejadian pencerobohan di Sabah.

"Anwar juga perlu berani menyangkal dakwaan media asing yang secara jelas menyebut penglibatan pemimpin pembangkang di negara ini dalam kejadian itu," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mendesak Anwar menyaman portal berita Filipina, Inquirer News dan akhbar dalam talian, The Manila Times yang turut menyiarkan laporan mengenai pembabitan pembangkang negara ini dalam kejadian tersebut.

GR kata: Nak jadi pemimpin tapi rosakkan negara. Binatang apekah ini??

NILAI ANWAR IBRAHIM DI MATA RAKYAT MALAYSIA

Gambar ini menceritakan seribu satu tafsiran dan mampu menceritakan segalanya.

Pemimpin diangkat dan dihormati kerana kemuliaan akhlak dan kerja kerasnya. Pemimpin disegani kerana jika ia mampu menjadikan dirinya sebagai tempat untuk rakyat bergantung harap dan mengadu untung nasib mereka. Rakyat mahu pemimpin yang bersih hati dan jiwanya.

Rakyat tidak memerlukan petualang sebagai pemimpin apa lagi yang sanggup menjadi barua kepada kuasa asing. Rakyat mahukan pemimpin yang mampu menjaga kedaulatan dan keamanan negara dan bukannya pemimpin yang menjadikan rakyat hidup dalam keadaaan huru hara. Kita tidak mahu pemimpin yang senang lenang tidur di waktu malam sedangkan rakyat dikejar ketakutan da hidup umpama pelarian.

Rakyat bukanlah buah catur pemimpin yang boleh dirancang serta diatur nasib mereka. Rakyat mahukan sebuah negara yang aman dan damai serta terjamin kedaulatannya.
kalau tidak ada angin, masakan pokok bergoyang? Reuters telah mengesahkan pembabitan Anwar Ibrahim dalam isu pencerobohan Lahad Datu, Sabah. Allah akan tunjukkan kebenaranNya. Tunggu dan lihat saja nanti siapakah sebenarnya dalangnya.

Anwar jangan jadikan nyawa rakyat sebagai galang ganti kepada nafsu serakah politik kamu..Kamu jangan jadikan rakyat sebagai perisai untuk kamu neik ke atas takhta nafsu politik kamu. Kamu boleh berdolak dalik dan bercakap seumpama biawak yang lidahnya bercabang tetapi rakyat tidak lagi bodoh untuk menilai siapakah "Anwar Ibrahim" sebenarnya...

Kepada seluruh umat Islam di negara ini..yang cintakan keamanan dan sayangkan negara ini, marilah kita sama2 bersolat hajat meminta Allah tunjukkan kebenaran dan mohon Allah memberikan pembalasan yang setimpal kepada sesiapa sahaja yang menkadi pengkhianat kepada negara ini.


GR kata: Al-fatihah buat wira-wira negara yang telah terkorban dan menjadi mangsa kekejaman penceroboh di Lahad Datu. Doakan mohon Allah S.W.T berikan kekuatan dan permudahkan urusan wira negara yang sedang berjuang mempertahankan negara.

Thursday, March 7, 2013

UPDATE NEWS #lahaddatu: JUMLAH TERKINI 52 ORANG PENGGANAS SULU TUMPAS!

LAHAD DATU: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan jumlah pengganas Sulu yang terbunuh dalam Op Daulat sehingga kini ialah seramai 52 orang.

Menerusi sidang media pada petang Khamis, Ismail berkata anggota keselamatam berjaya menembak mati seramai 31 lagi pengganas bersenjata dalam operasi mopping-up yang dijalankan pada Khamis.

Menurut Ismail, kesemua 52 musuh yang mati itu adalah termasuk sejak pertempuran pertama setelah pasukan keselamatan Malaysia diserang hendap Jumaat minggu lalu di Kampung Tanduo di sini.

Antara yang terbunuh ialah pemimpin pengganas yang berpangkat jeneral namun belum dipastikan sama ada mangsa ialah adik kepada Sultan Sulu iaitu Raja Muda Agbimuddin Kiram yang mengetuai kumpulan itu menceroboh Sabah.

GR kata: Hapuskan pengganas...cari sampai lubang cacing.

UPDATE NEWS #lahaddatu: JAMALUL KIRAM MINTA SIMPATI, 'SULTAN' PALING MISKIN DALAM DUNIA!


Insiden pencerobohan pengganas Sulu ini masuk minggu yang ke-3 dan dari hari ke hari kita mula nampak pelbagai wayang yang timbul untuk menunjukkan mereka ini tidak bersalah. Sejak awal lagi pencerobohan mereka sudah pelbagai nasihat dan rundingan diberikan tapi diendahkan oleh mereka. Nak menunjukkan mereka ini benar-benar kesultanan Sulu yang diiktiraf.

Jika kita lihat sandiwara ini biasa kita lihat di Malaysia. Siapa yang dikira CHAMPION dalam berlakon filem pelbagai adegan ini, korang tau sendirilah yer. Nampaknya agenda buruk Anwar Ibrahim demi kepentingan politik peribadi beliau mengundang bencana buruk pada negara.

Kita lihat tiada seorang pun pemimpin dari kalangan pakatan haprak yang berjiwa patriotik sanggup menolak fahaman politik masing-masing dan tetapkan satu pendirian iaitu mempertahankan negara dari pihak musuh. Yang kita lihat hanyalah cacian dan fitnah yang sanggup mereka lemparkan pada anggota keselamatan negara tak kira yang terkorban dan masih menjalankan tugas demi negara.

MANILA  -  Sultan Sulu Jamalul Kiram III mengakui beliau adalah sultan paling miskin di dunia.

Istana Kiram hanyalah rumah dua tingkat di kota Manila, Filipina.

Lahir di Sulu pada 1938,  Kiram merupakan seorang pemimpin yang cukup disayangi dan penggemar sukan tenis. Tanpa disadari, Sultan Sulu itu pernah bekerja sebagai juruhebah  radio.

Beliau mencalonkan dirinya  sebagai seorang senator pada 2007 dengan sokongan mantan Presiden Gloria Macapagal Arroyo.

Namun beliau kalah dan kerana itu hartanya pun habis kerana kempen pilihan raya tersebut.

“Saya adalah sultan termiskin di dunia ini,” ujar sultan berusia 74 tahun itu, seperti dilapor Associated Press hari ini.

Anak perempuannya, Jaycel  menceritakan bagaimana kisah masa kecilnya. Jaycel sendiri mengaku terkejut ketika mendengar khabar bahawa dirinya adalah seorang puteri raja.

“Ketika saya masih kecil, saya kira nama ‘Puteri’ adalah nama depan saya. Seorang puteri (raja) umumnya mengenakan mahkota, memiliki istana dan kereta kuda,” ujar Jaycel yang  berusia 35 tahun.

Derita buah pinggang dan jantung

Salah satu hal yang menunjukan kejayaan Kiram  hanyalah gelaran sultan yang ada di depan nama panjangnya. Selain itu, Kiram tidak memiliki apapun, selain pengikutnya yang sedang menduduki Sabah.

Kesihatan Kiram  juga mula memburuk, menderita buah pinggang  dan penyakit jantung. Kiram pun sulit untuk bercakap. Biaya rawatan sultan itu ternyata cukup mahal, keluarga Kiram dikhabarkan lupa membayar sewa rumah.

Di masa muda, Kiram mengaku sering berkunjung ke Sabah. Ketika berada di wilayah itu, Kiram merasa seperti berada di kampung halamannya sendiri.

Sabah dan Sulu dipisahkan oleh sebuah selat di Laut Sulu. Perjalanan dari Sabah ke Sulu juga hanya memakan waktu 30 minit dengan menggunakan kapal. Dua wilayah itu memiliki banyak kesamaan, warga-warga dari Sulu mahupun Sabah juga saling mengunjungi.

Kesultanan Sulu ingin melihat kerajaan Filipina menuntut kembali wilayah Sabah. Menurut Kiram, tuntutan itu penting kerana banyak pengikut Kesultanan Sulu yang diburu oleh polis Malaysia di Sabah. Kiram cukup khuatir akan tindak balas para pengikutnya.  -  FMT


GR kata: Sakit Kiram sama jer macam Bang Non...sakit pinggang yer. Tapi boleh nak pergi perang sana sini. Menipu jerlah. Anwar elok jadi 'Sultan Sulu' kan!!!

UPDATE NEWS: PM @NajibRazak TIBA DI LAHAD DATU


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah pun tiba di Lahad Datu. Sekarang diberikan taklimat khas oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia dan Ketua Polis Negara. Taklimat khas ini diberikan berkenaan segala operasi yang dijalankan memburu pengganas berjalan dengan lancar mengikut seperti apa yang dirancangkan.

Turut serta bersama Datuk Seri Najib Razak ialah Menteri Pertahanan Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi. Walaupun sibuk dengan tugas mentadbir negara, PM Najib Razak masih dapat meluangkan masa untuk melihat dengan mata sendiri perkembangan terkini di Lahad Datu.

Dalam pada itu juga, Jamalul Kiram cuba untuk memutarbelitkan pendirian beliau bahawa inginkan gencatan senjata. GR tabik hormat dengan pendirian Menteri Pertahanan yang berani menyatakan Jangan Percaya Dengan Tipu Helah Jamalul Kiram. Tiada seorang pengganas pun akan terlepas dalam insiden pencerobohan ini. Akan dibersihkan serta merta demi keselamatan rakyat dan negara.


Pesanan dan kenyataan ini diberikan oleh Menteri Pertahanan melalui laman Twitternya. Tiada rundingan lagi antara pengganas dan Kerajaan Malaysia kerana peluang diberikan sudah cukup lama dan diendahkan oleh pengganas.

GR dan semua rakyat Malaysia doakan pejuang negara selamat dan beroleh kejayaan dalam misi mempertahankan negara.


GR kata: Wayang Jamalul Kiram sama macam Drama King Anwar Ibrahim kan....

#lahaddatu: TAKTIK GELABAH ANWAR - "YOU ULANG LAGI, I SAMAN"


Perisikan tentera mengesahkan terdapat pertemuan antara Anwar Ibrahim dengan bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari beberapa bulan sebelum pencerobohan berlaku di Lahad Datu.

Itu hari reuters ini hari akhbar mingguan. Kita tengok apa tindakan Anwar, adakah beliau akan SAMAN akhbar-akhbar di Malaysia yang melaporkan berita mengenai pencerobohan di Lahad Datu.

MARCH 2 – This is disappointing by Malaysian standards.

It has taken more than a couple of weeks before someone and the mainstream media accused Datuk Seri Anwar Ibrahim of being architect of the land grab by the Sultan of Sulu. Of course, he is involved and these are the reasons.

1) Anwar Ibrahim is manipulator par excellence and so skilled that he convinced several hundred fighters from Philippines to hide out in Lahad Datu and die for his cause.

2) Anwar Ibrahim wanted Sabahans and Malaysians to understand how lethargic our defences are that he persuaded a ragtag army to enter Malaysia and occupy the land.

3) Besides being an agent for the US and Zionists, he also shares a bloodline with the Sultan of Sulu.

4) Anwar Ibrahim predicted that Hishammuddin Hussein and gang would be so inept in handling the saga that he thought it worthwhile to persuade the Sultan of Sulu and family to make the jaunt and create diplomatic discord between Malaysia and Philippines.

5) Anwar Ibrahim wanted to show Sabahans how reckless the government has been in allowing hundreds of thousands of Filipinos to become legal residents of the state.

6) Why wouldn’t Anwar Ibrahim be behind this invasion? The man is incorrigible, a true enemy of the BN state.

7) Anwar Ibrahim knows the government’s response is to always extend the deadline and this will affect the elections when it is finally held and he will win.

Anwar Ibrahim has found out that the ministers in charge of internal security and defence will be more interested in dishing cash handouts rather than make national defence a priority.

9) Anwar Ibrahim has links with all the world media and get them to write bad things about Malaysia although their journalists are in the pay of public relations experts hired by the government.

10) Everything is Anwar Ibrahim’s fault because you can’t trust him although he was UMNO deputy president and Malaysia’s deputy prime minister.



Korang lihat kenyataan dari media Filipina di atas yang terang-terang menyatakan pencerobohan di Lahad Datu ada hubungannya dengan Anwar Ibrahim. Takkan media asing yang letaknya di luar Malaysia pun nak dikatakan ini konsprasi UMNO. Takkan media asing ini 'DIBAYAR' UMNO? Akal tu biarlah waras sikit Bang Non.

Dari membazir duit rakyat berikan pada media asing, lebih baik duit tersebut diberikan pada rakyat seperti yang Kerajaan lakukan sekarang. Kerajaan Malaysia bukan sekejam sifatnya seperti Anwar Ibrahim yang sanggup memperjudikan nyawa dan nasib rakyat demi kepentingan peribadi.

Sultan Sulu yang ada sekarang tidak diiktiraf kenapa perlu diprovokasikan lagi. Kalaulah PRU13 nanti Pakatan Haprak menang dalam pilihanraya, janji Anwar nak berikan Sabah kepada Kesultanan Sulu benar terjadi ker? Kita lihat JANJI-JANJI MANIS dia PRU12 pun tak ditunaikan, inikan janji nak bagi pada orang luar. Anwar buat macam ni sebab air liur dia pada rakyat Malaysia tak jalan sebab tu gunakan orang luar.

GR CABAR Bang Non, saman media asing kalau anak jantan. Jangan hebat cakap atas pentas, atas katil dan lain-lain lagi. Berani kerana Benar, Takut kerana Salah!!





GR kata: Takut sikit saman, itu jelah Anwa Ibrahim tau. Ingat orang takut agaknya. Jantan Kaberet!!

UPDATE NEWS #lahaddatu: PM @NajibRazak AKAN TURUN KE LAHAD DATU


Menteri Pertahanan Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak akan berada di Sabah hari ini untuk meninjau sendiri perjalanan OPS Daulat di Lahad Datu.

DS Zahid Hamidi berkata beliau yakin kehadiran PM Najib Razak akan memberi semangat baharu kepada semua anggota pasukan keselamatan yang terlibat dalam OPS Daulat, terutama setelah apa yang dilalui sepanjang operasi itu.

Selain itu, beliau juga akan meninjau keadaan dari segi keperluan logistik, kebajikan dan kemudahan yang disediakan sepanjang OPS Daulat operasi.

DS Zahid Hamidi juga menyatakan PM Najib Razak akan tiba di Sabah pada waktu petang.


GR kata: Terima kasih PM Najib kerana prihatin dan semangat juang yang kental dalam diri.

Wednesday, March 6, 2013

UPDATE NEWS #lahaddatu: ATM DIFITNAH BAZIRKAN DUIT RAKYAT RM16 JUTA!!


Hari ini masuk hari kedua pihak keselamatan melancarkan serangan habis-habisan terhadap musuh negara. Dalam pada itu juga semua rakyat Malaysia mendoakan agar semua pasukan keselamatan negara dilindungi dan selamat dalam perjuangan mereka.

Seluruh rakyat Malaysia mendoakan keselamatan dan kesejahteraan pejuang negara yang berjuang mempertahankan negara, ada pula mulut-mulut sumbang yang mempertikaikan apa yang dilakukan oleh pihak keselamatan negara.

Malah ada juga pemimpin dan pencacai Pakatan Haprak yang menghina anggota polis yang terkorban dan operasi mempertahankan negara. Mereka ini dikategorikan sebagai manusia yang tak ada otak dan tak berperikemanusiaan, malah sanggup menyatakan ini adalah sandiwara untuk menakutkan rakyat.

Cuba dalam hal ini, ibu bapa atau saudara mereka yang MATI atau ditimpa malapetaka. GR rasa mereka sudah tentu tak ada otak dan sanggup mempolitikkan perkara sebegini rupa. Sepatutnya kita tidak kira apa pun fahaman politik seharusnya bersatu demi mempertahankan negara dari dimusnahkan oleh pengkhianat dan musuh negara.

Terbaru, GR lihat ada pula pihak tak bertanggungjawab yang cuba menambah garam dalam insiden pencerobohan Sulu di Lahad Datu. Apakah pencacai Pakatan Haprak ini tak ada otak ker? Menabur fitnah kononya pihak ATM membazirkan duit rakyat. Habis tu pihak musuh dah bunuh seramai 8 orang anggota keselamatan takkan kita sebagai rakyat mahu pun di pihak kerajaan nak duduk diam saja. Cakap tu gunakanlah akal jangan duk hentam keromo jer....

Entah dari mana pemikir angkatan tentera kita mendapat idea, untuk menumpaskan sekumpulan kecil pasukan gerila seumpama pasukan tentera diraja Sulu ini perlu menggunakan pesawat pejuang?

Itulah yang memeranjatkan laman ini bila dimaklumkan bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggunakan 3 buah pesawat pejuang F/A18D Hornet dan 5 buah pesawat Hawk MK 108/208 untuk menyerang kedudukan tentera diraja Sulu di Kampung Tandao.

Bukankah itu satu pembaziran? Serang sebuah kampung dengan menggunakan jet pejuang?

Setiap pesawat F/A18D Hornet dan Hawk MK 108/208 mampu membawa sekurang-kurangnya 2 buah bom jatuhan bebas (free fall) seberat 500 lbs atau 250 lbs setiap satu.

Setiap sebiji bom ini berharga sekitar RM 2 juta dan dengan 16 biji yang digunakan, ia bermaksud kerajaan membelanjakan wang rakyat sebanyak RM 16 juta untuk bom (belum termasuk operasi pesawat) – dan itu hanya untuk operasi di udara sahaja.

Kita masih ada lagi operasi moping dan tempur di darat oleh pasukan Gerak Khas Komando, tentera dan polis, menggunakan pelbagai jenis kenderaan dan senjata yang turut menggunakan kos yang tinggi.

Selain itu, penggunaan bom berkuasa tinggi seperti itu turut menjadi persoalan dari segi kewajaran, memandangkan tentera diraja Sulu berkenaan hanya menggunakan senjata pegangan tangan (hand held weapon) seperti rifle M-16, RPG, mortar dan pelancar grenad.

Wajarkah kuasa tembakan sebesar itu digunakan untuk menghapuskan ancaman kecil seperti ini?

Adakah ia wajar?  Inikah yang dinamakan ‘jantan’?

Selain wang yang dibazirkan, ia juga menunjukkan hilangnya kemanusian kita kerana laman ini yakin dengan bom sebesar itu, hancur berkecailah mayat tentera diraja Sulu tersebut dan ini adalah merupakan satu bentuk kekejaman yang amat dahsyat!! - Suara Pakatan

Dalam hal ini, sudah pun kita ketahui bahawa Kerajaan Malaysia sudah pun mengajak puak tentera sultan sulu wannabe ni berunding tetapi tentera sulu wannabe ni tembak polis Malaysia. Ertinya, puak tentera sulu ni dah bagi jawapan iaitu mereka enggan berunding. Jikalau polis berdegil juga mahu teruskan usaha rundingan, maka mereka akan menembak polis.

Tawaran untuk berunding sudah tamat, tiba masanya untuk bertindak.

Kalau dah ada peralatan canggih ketenteraan, adalah wajar digunakan. Tetapi kalau tak digunakan juga, puak-puak pembangkang yang ultra terencat ni pun akan pertikaikan juga.

Puak pengganas Filipina ini perlu di ajar. Jangan sesuka hati masuk negara orang nak tunjuk lagak. Rakyat Malaysia tak sanggup negara ini dijajah semula oleh pihak yang tak bertanggungjawab.


GR kata: Pencacai Pakatan Haprak tak ada otak!!

UPDATE NEWS #lahaddatu: GAMBAR SEKITAR KUBU PENCEROBOH SULU DITAWAN DAN MAYAT DITEMUI!

Operasi ATM dan PDRM masuk hari yang kedua. Operasi pembersihan seperti yang dikatakan oleh Menteri Pertahanan masih diteruskan sejak serangan semalam.

Menteri Pertahanan juga mengarahkan operasi pembersihan penceroboh ini dijalankan besar-besaran dan jangan biarkan seorang pun musuh negara ini terlepas.

Tahniah GR ucapkan pada ATM dan PDRM kerana berjaya menawan musuh negara serta mempertahankan negara dari dimusnahkan musuh-musuh durjana.

GR kata: Kasi bersih sampai licin....

UPDATE NEWS #lahaddatu: FASA KEDUA SERANGAN KE ATAS MUSUH HABIS-HABISAN!!


Peringkat pertama serangan pihak ATM dan PDRM pagi semalam bermula dengan serangan bom yang dilancarkan TUDM melalui jet pejuang milik mereka.

Kini fasa kedua serangan apabila UAV (Unmanned Air Vehicle) commonly knows as a drone digunakan bagi melihat kemusnahan lokasi musuh yang telah dibom bagi membuat susulan yang selanjutnya. Pesawat UAV ini merupakan pesawat kawalan jauh tanpa juruterbang.

Difahamkan apabila selesai UAV melaksanakan misi pasukan VAT69 PDRM akan masuk menggempur musuh dan menghabiskan saki baki penceroboh. Manakala RMD akan membuat backup.

Kerjasama antara ATM dan PDRM setakat ini berjalan dengan lancar dan memberikan impak yang cukup ketara dalam misi menyelamatkan negara.

Laporan kematian pihak musuh belum lagi diperolehi sepenuhnya dan dijangkakan akan diketahui selepas selesai UAV membuat intipan.

Laporan lanjut akan GR susulkan lagi selepas ini....


GR kata: Cari musuh sampai lubang cacing jangan biarkan sorang pun terlepas!!

SIAPA SEBENARNYA RAJA MUDA AZZIMUDIE? DI MANA DIA DISEMBUNYIKAN?

KESULTANAN SULU KIRAM sebenarnya sudah lama tidak wujud sejak kematiannya Sultan Muhamad Jamalul Kiram ke-2 terakhir pada tahun 1936 kerana selepas itu tiada zuriat.

Yang ada sekarang ialah keturunan-keturunan dan kerabat-kerabatnya yang mendiami beberapa wilayah seperti di kepulauan Jolo, Mindanao, Palawan dan sebagainya. Mereka masih mengaku diri mereka sebagai keturunan Sultan Kiram dan keturunan-keturunannya yang lain.

Keturunan Kiram ini ada di mana-mana, seperti di Washington, Jakarta dan di seluruh Sabah terutama di Lahad Datu dan Kota Kinabalu. Di Sembulan keturunan Sultan Kiram ini masih ramai.

Mereka ini sentiasa berperang dengan Kerajaan Filipina kerana mereka menuntut Wilayah pemerintahan sendiri. Mereka tidak hendak berada di bawah pemerintahan Kerajaan Filipina. Pada masa yang sama mereka juga masih menuntut sebahagian wilayah Sabah yang mereka sebut sebagai North Borneo sehingga ke hari ini.

Namun demikian, ketika North Borneo dijajah oleh British dan Jepun, apakah mereka berusaha berperang dengan British dan Jepun? Jika Sabah milik mereka, mereka langsung tidak ada inisiatif merampas negeri Sabah selepas Perang Dunia Kedua. Sejarah moden Sabah sehingga ke hari ini ialah Sabah sebuah negeri yang merdeka di dalam Malaysia.

RAHSIA RAJA MUDA AZZIMUDIE

Selepas serangan pihak tentera dan polis ke atas ketumbukan pengganas di Kg. Tandou, belum ada pengumuman rasmi jumlah yang terkorban di pihak pengganas. Namun, media Filipina mendapat maklumat lebih kurang 27 angka korban. Angka ini sudah pasti diperolehi dari kumpulan Raja Muda Azzimudie di Kg. Tandou.

Di mana lagi bakinya yang dikatakan mencecah 250 orang itu?

Pasukan Keselamatan negara kita mesti memahami budaya dan kehidupan masyarakat Sulu ini. Selepas ketiadaan Sultan yang sah dan ketiadaan negara yang sah, mereka hidup di dalam suasana perjuangan. Perjuangan mencari wilayah, kekuasaan dan martabat.

Mereka berperang dengan kerajaan Filipina yang tidak mengiktiraf mereka. Dan mereka juga berusaha mendapatkan negeri Sabah yang mereka dakwa sebagai milik mereka.

250 ORANG PENGAWAL ELIT

Raja Muda Azzimudie dikawal oleh hampir 250 orang yang sanggup mati untuk mempertahankannya.

Mereka terlatih dengan perang Gerila, khususnya ketika menentang penjajah Sepanyol, Amerika dan kerajaan Filipina sejak turun temurun.

Mereka boleh menyelam dalam laut selama 30minit hingga 60minit tanpa bantuan alat pernafasan. Mereka boleh hidup dalam hutan, hutan bakau, bukit-bukau atau di laut tanpa bekalan makanan. Tanpa beras mereka boleh hidup dengan hanya memakan putu dan sigup.

Mereka di atas laut dengan bot pancung, yang boleh dinaiki hanya 8 hingga 10 orang. Kelajuannya tidak akan termampu dikejar. Sekelip mata mereka sudah berada di dalam hutan di Tanjung Labian, Tandou dan sekitarnya. Jaraknya pun hanya kira-kira 40km dari kepulauan Jolo, Tawi-Tawi dan sekitarnya.

Mereka belajar Ilmu Kebal dan memakai Tangkal. Mereka boleh hilang sekelip mata. Mereka ada yang tidak lut oleh senjata. Nur Misuari sendiri dikawal beratus-ratus pengikutnya.

Mereka boleh membuat kubu di bawah tanah, dalam dan sederhana dalam, bersiap sedia di dalamnya dan berbulan-bulan. Mereka boleh berjalan kaki dari Kg Tandou mengikut jalan hutan ke Gua Madai dan bersembunyi di dalamnya. Atau mereka menaiki bot, bersampan, berjalan di atas bakau hingga sampai ke Kunak.

PERSOALANNYA

1. Perancangan mereka sangat teliti, membawa lebih kurang 250 orang bukan satu kerja yang mudah?

2. Raja Muda Azzimudie sentiasa bercakap menggunakan telefon radio dengan Sultan Jamalul Kiram III di Tausug City? Maknanya, sistem perhubungan dan logistik mereka sudah diatur lebih awal?

3. Senjata mereka menggunakan senjata moden, bukan parang atau pun senapang patah! Siapa memberi wang kepada mereka untuk membeli semua ini?

4. Mereka membawa wanita, makanan, wang yang banyak. Khabarnya mereka mampu membeli rokok dengan harga RM50.00 sekotak?

5. Gerakan mereka bersepadu, hampir serentak pergerakan mereka di Lahad DAtu, Kunak dan Semporna.

6. Anwar Ibrahim masih tidak mahu mengaku penglibatannya dalam insiden di Lahad Datu. Walaupun Raja Muda Azzimudie mahu bertemu dengan Tokoh Pembangkang Malaysia! Siapa lagi? Perisikan Manila juga mengesahkan penglibatan Anwar Ibrahim! Apakah bantuan yang Anwar Ibrahim telah berikan kepada mereka? Wang Ringgit? Harapan? Janji? Kerjasama? Win-Win Situation?

LESSONS

1. Pasukan Keselamatan khususnya 7 Batalion yang dihantar baru-baru ini tidak seharusnya dikembalikan ke Semenanjung. Batalion ini mesti menetap dan berada di sepanjang pantai Sabah.

2. Di Tungku, Lahad Datu salah satu tempat batter-trade orang-orang Sulu Filipina dengan penduduk tempatan hendaklah dikawal dengan mewujudkan sebuah pos kekal.

3. Program Pemutihan mesti dijalankan semula, kerana sudah lama program ini tidak dijalankan di Sabah.

4. Kami berterima kasih dan gembira dengan operasi Tentera Malaysia dengan harapan semua ini segera ditamatkan. Kami mahu keamanan, ketenangan dan kegembiraan dan semua ini ada di Malaysia, kami tidak mahu berada di naungan negara lain atau apa yang disebut kesultanan sulu yang ramai sangat itu.

Sekian, Assalamualaikum.

Orang Suluk tempatan.
Lahad Datu.

Sumber: MyMassa

UPDATE NEWS #lahaddatu: GAMBAR SEKITAR SERANGAN ATM PADA PENGGANAS SULU!!

Seperti yang GR janjikan dalam artikel sebelum ini, akan cuba siarkan gambar sekitar suasana perang dengab musuh negara di Lahad Datu.

GR ucapkan tahniah kepada anggota Tentera dan pasukan Polis kerana berjaya menumpaskan musuh negara yang sudah kita ketahui KEDEGILAN mereka yang betul menguji tahap kesabaran kita.

Apa yang mereka buat ini, rakyat Malaysia berterima kasih kerana tanggungjawab mempertahankan negara dipikul dengan baik. Rata-rata GR lihat banyaknya ucapan tahniah dan terima kasih rakyat ucapkan buat pasukan keselamatan negara melalui FB dan Twitter.

Korang lihat beberapa keping gambar keadaan sebenar yang GR dapat melalui sumber di Lahad Datu. Iringan doa rakyat Malaysia yang sayangkan keamananan negara amat dihargai. Jangan biarkan pengkhianat merosakkan negara yang kita cintai.

GR kata: Saya sayang Malaysia....

Tuesday, March 5, 2013

UPDATE NEWS: KETUA DAN PENGGANAS SULU DAN TKO 'DISAPU BERSIH'!!


Maklumat terkini, di beritakan adik kepada kepala lanun sulu tajaan Anwar, Agbimuddin (Azzumudin) Kiram telah terbunuh dalam serangan pagi tadi.

Kini hanya tunggu pengesahan dan gambar mayatnya sahaja di keluarkan. Syabas dan tahniah kepada anggota keselamatan negara yang berjaya laksanakan tugas dengan baik demi mempertahankan agama, bangsa dan negara.

LAHAD DATU 5 Mac - Kira-kira 20 mayat pengganas Sulu setakat ini sudah ditemukan beberapa jam selepas serangan dilakukan oleh pasukan keselamatan ke atas kumpulan penceroboh itu di Kampung Tanduo di sini awal pagi.

Sumber Utusan Online memberitahu, operasi pembersihan masih diteruskan bagi mencari saki-baki pengganas. - UTUSAN

LAHAD DATU 5 Mac - Ketua Polis negara mengesahkan sehingga kini pasukan keselamatan masih tidak menemui mayat ketua penceroboh, Raja Muda Azzumudie dan pimpinan lain dalam serangan udara yang dilancarkan ATM di Kg Tanduo pagi ini. - UTUSAN



GR kata: Tahniah ATM dan Polis. Doa rakyat Malaysia mengiringi anda sekalian berjuang untuk negara. Jangan biarkan sekor pun pengganas di Lahad Datu dan Semporna terlepas.

UPDATE NEWS: KEADAAN TENANG DIKEDUA BELAH PIHAK @Zahid_Hamidi


Alhamdulillah keadaan terkini di Lahad Datu beransur pulih. Puak musuh penceroboh Lahad Datu telah pun 'DISENYAPKAN' oleh pihak keselamatan.

Kenyataan yang dipetik dari laman Twitter Menteri Pertahanan, DS Zahid Hamidi yang menyatakan :

"Kami di ground zero, keadaan tenang dikedua belah pihak. Doakn terus kejayaan pasukan kita dan moga-moga semuanya di bawah lindungan Allah SWT"

Tahniah diucapakan kepada pasukan ATM dan Polis kerana berjaya memberikan yang terbaik dalam mempertahankan negara dari pihak musuh.

Kepada rakyat Malaysia, marilah kita sama-sama berdoa agar Allah SWT melindungi pasukan keselamatan kita dari sebarang ancaman dan serangan dari pihak musuh serta kita doakan Malaysia sentiasa dalam keadaan aman dan damai.


GR kata: Hapuskan musuh negara adalah tanggungjawab kita bersama...


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

UPDATE NEWS: TEMBAKAN SERANGAN, LETUPAN BOM PATAHKAN SERANGAN MUSUH DI LAHAD DATU


Berikut adalah kronologi serangan yang dilancarkan oleh pasukan keselamatan Malaysia sejak awal pagi Selasa bagi mengusir baki kumpulan bersenjata Sulu :

11.26 pagi: Panglima Angkatan Tentera Malaysia berkata, bom digunakan ke atas musuh bagi memastikan keselamatan tentera Malaysia.

11.23 pagi: KPN: Zon pertempuran seluas 4 kilometer di Kampung Tanduo.

11.16 pagi: Operasi membanteras kumpulan bersenjata sulu diteruskan. Pasukan keselamatan melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah. Status kematian atau kecederaan musuh pada ketika ini masih belum diketahui.

11:15 pagi: Ketua Polis Negara berkata, tiada kematian atau kecederaan yang berlaku di kalangan tentera Malaysia dalam serangan terhadap “pengganas” Sulu.

10.58 pagi: Media diberitahu bahawa ia adalah taklimat media. Ketua Polis Negara tidak akan menjawab sebarang soalan.

10.50 pagi: Ketua Polis Negara tiba di Hotel Felda Residence. Media bersedia untuk sidang akhbar.

10.50 pagi: Kudat daerah di utara Sabah masih selamat daripada penceroboh dan keadaan terkawal. Bagaimanapun, polis mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan pegawainya dan orang awam di sana.

10.45 pagi: Perniagaan di Kota Kinabalu berjalan seperti biasa walaupun sebahagian pasar raya telah kehabisan bekalan beras. Polis bandar mengingatkan orang ramai supaya tidak mendengar khabar angin kerana “ia semuanya adalah penipuan” dan situasi di sini sejak beberapa hari lalu adalah terkawal tanpa sebarang insiden yang berlaku berkaitan dengan kes di Lahad Datu.

10.45 pagi: Kira-kira pekerja ladang dilihat di tepi jalan di Felda Sahabat. Mereka berada di sana selepas mendengar letupan sejak pukul 7 pagi.

10.40 pagi: Perniagaan di Sandakan berjalan seperti biasa dan polis memberitahu orang awam untuk tidak mendengar khabar angin dan mendapatkan pengesahan daripada polis dengan menghubungi 089 212 222.

10.34 pagi: Ketua Polis Negara dan Pesuruhjaya Polis Sabah telah menunda sidang media dari pukul 9.30 pagi ke 11 pagi di Felda Sahabat di mana pengamal media sedang menunggu kenyataan mengenai apakah yang berlaku di kampung Tanduo.

10.20 pagi: Unit polis forensik memasuki kawasan Felda Sahabat dari Lahad Datu.

10.00 pagi: Hospital di Tungku tutup dan seorang penduduk kampung berkata, satu halangan telah diletakkan bagi melarang orang ramai memasuki bandar itu.

9.50 pagi: Banyak ambulans dihantar dari Tawau. Pengamal media dilarang memasuki kawasan Felda 16 dekat bandar Cenderawasih.

9.45 pagi: Kira-kira 300 penduduk kampung di balai raya Tanjung Labian meminta makanan apabila mereka tidak mendapatkannya sejak malam Isnin. Mereka menyelamatkan diri dari Tanjung Batu selepas mendengar terdapat laporan mengenai penceroboh bersenjata.

8.30 pagi: Trak tentera dilihat memasuki kawasan itu. Skuad elit tentera dan polis berada di darat dan dipercayai terlibat dalam tembak-menembak dengan lelaki bersenjata.

7.30 pagi: Sekurang-kurangnya enam letupan berterusan didengari dan wartawan di resort Sahabat 16 berkata, jet kembali terbang rendah.

7 pagi: Beberapa jet pejuang melalui kampung Tanduo, diikuti dengan tembakan meriam.



 LAHAD DATU: Serangan pada waktu subuh dilakukan bagi mengusir baki kumpulan bersenjata Sulu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa, dalam satu kenyataan ringkas.

Jet pejuang pada awal pagi Selasa mulai terbang rendah melalui kumpulan bersenjata yang mengepung kampung Tanduo sejak 9 Februari.

Letupan berterusan didengari apabila polis dan tentera mengambil langkah menentang lelaki bersenjata yang dilaporkan membuat tembakan kembali.

Keadaan di sekitar Tanjung Labian, kira-kira 7 kilometer dari kampung Tanduo di Felda Village 17 begitu tegang dengan lebih 300 penduduk kampung berkumpul di balai raya yang mendengar letupan. 

sumber -Mstar

LATEST NEWS: DEMO HARAM, BAKAR GAMBAR NAJIB DI FILIPINA



Sedang pejuang negara kita sibuk bertugas mempertahankan negara dari penceroboh Sulu di Lahad Datu lain pula keadaannya di Filipina.

Sekarang di hadapan Kedutaan Malaysia di Filipina rakyat yang berkurun Sulu membuat demo haram membantah apa yang Kerajaan Malaysia buat pada puak mereka. Inilah sentimen buruk Anwar dan kuncu-kuncunya berjaya tanamkan dalam masyarakat di luar negara.

Mereka gambarkan negara Malaysia adalah jahat dan tidak selamat diduduki. Pemikiran jenis binatang atau iblis pada Bang Non ni GR pun tak tau. Seorang pemimpin sanggup memburukkan negara sendiri demi kepentingan peribadi yang GILA KUASA.

Lihat gambar-gambar yang GR kongsikan, gambar PM Najib Razak DIBAKAR kerana ketidakpuashatian mereka. Apakah sumbangan PM Najib Razak selama ini yang MENYELESAIKAN sengketa mereka yang bertahun-tahun tidak diambil peduli.




GR kata: Ya Allah, bukalah hati Bang Non semoga dia sedar atas dosa-dosanya. Selamatkan Malaysia yang kami cintai.

UPDATE NEWS: PENCEROBOH KECUT PERUT BERLAWAN SERANGAN ATM!!

Ini maklumat terbaru GR terima dari lokasi Lahad Datu, serangan terhadap pemberontak Sulu telah pun bermula demi mempertahankan negara yang kita cintai :

10.09am: Pihak polis telah menubuhkan pusat pemeriksaan di jalan utama di Tanjung Labian, iaitu kira-kira 5km dari medan pertempuran. Tiada siapa dibenarkan masuk ke kawasan itu.

Bunyi letupan telah berhenti sejak sejam yang lalu. Tidak jelas sama ada tentera darat telah dikerah masuk ke Kampung Tanduo.

10.05am: Di Manila, pasukan polis dan wartawan berkumpul di luar kedutaan Malaysia. Mereka menjangka satu kumpulan penunjuk perasaan akan tiba di sana.

9.55am: Azzimudie Kiram mengesah dalam temubual dengan radio dzMM ABS-CBN bahawa pasukan Malaysia menggunakan jet pejuang dalam serangan terbaru itu ke atas kedudukan mereka di Lahad Datu.

Pemimpin tentera diraja itu juga melahirkan kekecewaan terhadap pendirian Presiden Filipina Benigno Aquino berhubung krisis tersebut.

Beliau berkata kerajaan Malaysia dan Filipina jelas telah berhenti mendengar gesaan mereka untuk menyelesaikan krisis tersebut secara aman.

GR kata: Selamat berjuang wira negara.

UPDATE NEWS: IBU ALLAHYARHAM L/KPL AZRUL SEDIH, ANAK SENDIRI 'RASMI' RUMAH BARU


"Dulu mak minta Ayun ubah suai rumah sebab nanti senang bila mak meninggal dunia, tetapi tidak sangka Ayun pula yang akan rasmikan dulu," kata Azrian Tukiran, kakak sulung L/Kpl Mohd Azrul, 27, dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau yang terkorban dalam kejadian serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Seri Jaya, Simunul, Semporna Sabtu lepas.

Azrian, 36, berkata ibu mereka, Sadiah Mohd Amin, 58, sebelum ini meminta arwah mengubah suai rumah mereka di Jalan Telok Kapas, Kampung Rantau Panjang di sini supaya lebih selesa untuk urusan pengebumian apabila ibu mereka meninggal dunia, sebaliknya pengebumian Mohd Azrul pula yang akan diurus di situ.

"Setiap kali arwah pulang bercuti, saya dan suami akan ambil dan menghantarnya ke lapangan terbang. Disember lepas adalah kali terakhir kami menghantarnya, dan dia tidak akan balik lagi selepas ini. Dia insan terpilih, jadi kami sekeluarga reda dengan pemergiannya," katanya yang gagal menahan tangisan.

Azrian berkata beliau mendapat berita kematian adiknya secara rasmi pada kira-kira 9.30 malam tadi melalui seorang anggota polis yang ke rumah mereka.

Katanya, kali terakhir Mohd Azrul menelefon bapa mereka ialah pada Jumaat lepas memaklumkan beliau akan menyertai operasi di Semporna dan memberitahu bahawa dia tidak akan dapat menghubungi semula kerana perlu mematikan telefon bimbit sepanjang operasi.

Beliau berkata apabila mendapat maklumat melalui laman sosial Facebook milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bahawa ada anggota polis terbunuh di Semporna, keluarganya tidak senang duduk dan bimbang memikirkan nasib arwah sehinggalah menerima berita kematiannya semalam.

"Arwah memang minat jadi anggota pasukan keselamatan lebih-lebih lagi bapanya, Tukiran Ahmad, 65, seorang bekas askar. Selepas menamatkan latihan di Pulapol (Pusat Latihan Polis), Allahyarham ditugaskan ke Semporna pada 2006," katanya.

Azrian berkata Mohd Azrul, yang merupakan anak keenam dari tujuh beradik, memang rapat dengan semua adik beradik serta enam anak saudaranya.

"Bila dia balik rumah, semua akan berkumpul. Dia sepatutnya pulang Jun ini sempena kenduri akikah anak saya. Arwah adalah adik yang nakal, rajin serta anak yang baik. Selepas ini, kami semua pasti akan merinduinya," katanya.

Adik Mohd Azrul, Nuur Ain, 25, berkata bapa mereka ada berpesan ketika arwah menghubunginya Jumaat lepas supaya menjaga diri, berhati-hati dan tidak tinggal solat.

"Abang juga cakap jangan risau, operasi yang disertainya memang normal dan apa-apa hal dia akan telefon semula sebab dia kena matikan telefon bimbit.

Bagaimanapun, selepas itu dia tidak hubungi semula kami," katanya sambil menambah arwah merancang menamatkan zaman bujangnya dengan Amira hujung tahun ini.

Abang ipar Mohd Azrul, Musa Abdullah, 35, pula menyifatkan arwah sebagai penyeri keluarga dengan sikapnya yang ceria, kuat berlawak dan 'loyar buruk'.

Sementara itu, usaha menemu bual ibu Mohd Azrul gagal kerana beliau enggan ditemui pemberita manakala Tukiran kelihatan tenang menyambut kedatangan tetamu yang menziarahi mereka sekeluarga. - BERNAMA


GR kata: Al Fatihah...semoga roh mereka ditempatkan dikalangan para Syuhada

Monday, March 4, 2013

UPDATE SEMPORNA: MAKLUMAT TERPERINCI ANGGOTA POLIS YANG TERKORBAN DISERANG PENCEROBOH SULU!


Barisan perwira yang gugur dalam mempertahankan keamanan dan keselamatan negara :

Allahyarham Supt Ibrahim bin Lebar, 52 tahun berasal dari Besut, Terengganu dan bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, beliau meninggalkan seorang balu Puan Rosiah bt Dahlan, 52 dan 3 orang anak masing-masing berusia 22, 20 dan 17 tahun. Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 20, Subang Jaya pada jam 9.00 malam ini.

Mendiang ASP Michael Padel, 36 tahun berketurunan Bidayuh dan berasal dari Serian, Sarawak. Bertugas di Cawangan Khas IPD Semporna dan meninggalkan seorang balu Puan Jabah a/p Mingku serta seorang anak lelaki berusia 1 tahun. Jenazah mendiang akan dibawa pulang ke Kg Bidayuh, Tebakang, Serian untuk disemadikan.

Allahyarham Sarjan Baharin bin Hamit, 49 tahun berasal dari Alor Gajah, Melaka dan bertugas di Cawangan Khas IPK Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Sumati binti Suarah, 50 tahun dan dua orang anak berusia 16 dan 11 tahun. Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Nur Islam IPK Sabah dan akan dikebumikan di Jalan Tuaran, Kota Kinabalu pada jam lebih kurang 3.00 petang ini.

Allahyarham Sarjan Aziz bin Sarikon, 52 tahun bertugas di PGA Batalion 14 Semporna, Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Sitti Banddorah Bt Mahalil, 39 dan 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan yang masing-masing berusia 18, 15, 12 dan 7 tahun. Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di IPD Semporna untuk dikebumikan.

Allahyarham L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, 27 tahun berasal dari Klang, Selangor dan bertugas di Batalion 14, PGA Tawau. Beliau yang masih bujang merupakan anak keenam daripada tujuh adik beradik. Jenazahnya akan dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di Jalan Teluk Kapas, Kampung Rantau Panjang, Klang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Shapadu, Kg Panjang, Klang.

Allahyarham Kpl/S Salam bin Togiran, 42 tahun berasal dari Sandakan, Sabah dan bertugas di IPD Tawau. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Marlinah binti Utan dan 4 orang anak berusia 16, 13, 11 dan 1 tahun. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas, Tawau.

Pemergian perwira-perwira negara ini akan dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia.

Jasamu, baktimu, pengorbananmu akan teguh di sanubari rakan seperjuangan dan menjadi azimat untuk terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara.


GR kata: Jasa dan pergorbananmu mempertahankan negara akan dikenang sampai bila-bila.

UPDATE: KENYATAAN MEDIA TERKINI DI LAHAD DATU


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi hari ini berada di Lahad Datu untuk mendapatkan taklimat terkini berhubung Ops Sulu di Kg Tanduo.

Hishammuddin dan Zahid tiba diLahad Datu jam 9.30 pagi menaiki pesawat TUDM dari Kota Kinabalu.
Setiba-nya di Lahad Datu mereka terus ke Pengkalan Marin PDRM bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan yang di sambut oleh Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Dato Sri Zulkifli Zain untuk taklimat bersama PDRM dan ATM.

Pada jam 11.40pagi kedua-dua menteri berlepas dari Lahad Datu menaiki pesawat Nuri TUDM ke lapangan 'Ground Zero' di Felda Sahabat 130 km dari Lahad Datu.

Jen Tan Sri Zulkifli Zain - pembetulan


GR kata: Doakan yang terbaik untuk negara kita. Doakan pejuang negara selamat berjuang mempertahankan negara.

UPDATE LAHAD DATU, SEMPORNA: ATM LANCARKAN SERANGAN HABIS-HABISAN! ISTERI DAN ANAK REDHA PEMERGIAN PEJUANG NEGARA!!

Kelengkapan tentera dipunggah ke dalam pesawat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, semalam untuk misi ketenteraan di Lahad Datu. - UTUSAN/ROSNI MASRI

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka melancarkan serangan besar-besaran dalam masa 24 jam bagi menamatkan pencerobohan tentera Kesultanan Sulu di beberapa daerah di Sabah.

Difahamkan kawasan yang menjadi fokus utama serangan adalah Kampung Tanduo, Lahad Datu di mana ketua penceroboh, Raja Muda Azzumudie iaitu adik kepada Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III bersama lebih 100 pengikutnya berkubu.

Ketika ini, anggota penembak tepat Tentera Darat ditempatkan di beberapa lokasi strategik dan difahamkan, tiada lagi sebarang rundingan bakal dibuat sebaliknya misi kali ini adalah menumpaskan ke semua musuh. - UM

Nurul Ain Atirah Zainl, 4, (tengah) bersalaman dengan bapanya, Kpl Zainol Said, 37, (kiri) sambil diperhati oleh ibunya, Zamzilawati Khamis, 35, dan kakaknya, Nurul Ain Najwa, 7, (kanan) ketika menghantar bapa mereka yang ditugaskan ke Sabah bagi menangani krisis pencerobohan. - Foto Bernama

Isteri kepada seorang anggota tentera tidak dapat menahan sebak ketika menghantar suaminya yang ditugaskan ke Sabah untuk menangani krisis di Sabah ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra hari ini - Foto Bernama


GR kata: Mari kita doakan keselamatan pejuang negara demi mempertahankan negara yang kita cintai. Semoga Allah S.W.T memudahkan segala-galanya. Amin

UPDATE SEMPORNA: PENCEROBOH BERGAMBAR DULU SEBELUM SERANG HENDAP POLIS

Foto Penceroboh di Kg Sri Jaya Simunul, 6 diantaranya maut. Ikhsan Rakan FB Ahmad Lakim. Mereka sempat mengambil gambar kenang-kenangan sebelum menyerang hendap pasukan Polis malam semalam.

Seorang lagi anggota polis terkorban dalam serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah semalam, menjadikan jumlah terkini anggota polis yang terkorban dalam insiden tersebut kepada enam orang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Hj Omar berkata enam anggota kumpulan bersenjata itu juga terbunuh dalam kejadian pukul 8 malam di perkampungan atas air itu. Dalam operasi ‘menyelamat’ yang dilancarkan hari ini dan berakhir kira-kira 7 malam, Tan Sri Ismail berkata polis turut berjaya mengeluarkan 19 anggota polis dengan selamat dari Kampung Sri Jaya Simunul itu.

Dalam sidang media kira-kira 9 malam ini di Felda Sahabat, Kampung Tanduo di sini, Ismail berkata enam mayat anggota polis yang terkorban itu dihantar ke Hospital Semporna.



Berikut adalah senarai nama 6 orang anggota yang telah terkorban semasa serangan di Semporna :

1. Supritendan Ibrahim Lebar (Cawangan Khas E1, Bukit Aman)
2. ASP Michael, (KCKD Semporna)
3. Sarjan Aziz, (PGA Btn 14 Semporna)
4. Koperal Azrul, (PGA Btn 14 Semporna)
5. Sarjan Baharin, (Cawangan Khas E1, IPK Sabah)
6. Koperal Salam, (Cawangan Khas, IPD Tawau)


GR kata: Al Fatihah

Sunday, March 3, 2013

Penceroboh Sulu Lari Ke Semporna, 2 Anggota Polis Mati Ditembak!!

LAHAD DATU: Dua anggota polis ditembak dan cedera dalam serangan hendap yang dilakukan oleh kumpulan bersenjata di Kampung Simunul, Semporna pada pukul 7 petang Sabtu.

Pesruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamzah Taib berkata sepasukan anggota polis telah pergi ke kampung berkenaan untuk mencari beberapa individu yang dilaporkan memiliki senjata api.

"Anggota polis memasuki kampung itu dan ketika mereka sedang berjalan di atas titi gantung mereka tiba-tiba ditembak dan menyebabkan dua daripada anggota kita cedera.

"Buat masa ini, kami percaya insiden ini tidak ada kaitan dengan keadaan yang berlaku di Lahad Datu," katanya," kata Hamzah.

Jelasnya, kejadian itu telah menyebabkan orang Semporna dan Tawau menjadi takut apabila kumpulan bersenjata itu menyerang pasukan keselamatan.

Beliau turut menafikan mana-mana balai polis di daerah itu telah diserang oleh kumpulan bersenjata berkenaan.

Situasi di pantai timur Sabah semakin meruncing apabila kumpulan bersenjata yang mendakwa Tentera Diraja Sultan Sulu menyerang pasukan keselamatan Malaysia, dalam insiden tersebut dua anggota polis komando terkorban sementara 12 pengikut kumpulan berkenaan dilaporkan terbunuh.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengesahkan berlaku kejadian tembak-menembak di Kampung Sri Jaya Siminul, Semporna, Sabah.

Menurut Ismail di dalam laman sosial Facebook Polis Diraja Malaysia, kejadian itu susulan daripada pemeriksaan pihak polis ke atas sebuah premis di situ. "Pemeriksaan tersebut bertujuan mengesahkan penglibatan kejadian pencerobohan di Lahad Datu. "Pihak polis masih belum dapat mengesahkan jumlah mereka yang terlibat dalam kejadian terbabit. Bagaimanapun jumlah yang terlibat dipercayai tidak melebihi 10 orang," katanya.

Beliau berkata dalam kejadian itu beberapa anggota polis dilaporkan tercedera.

GR kata: Cukuplah, jangan bagi peluang lagi. Takkan nyawa orang ramai dah melayang baru nak bertindak. Pihak bertanggjawab perlu tegas buat keputusan. Jangan lembik!!!