Saturday, March 9, 2013

UPDATE NEWS #lahaddatu: 1 LAGI LANUN SULU DITEMBAK MATI


Pasukan keselamatan menembak mati seorang lelaki bersenjata Sulu pada Sabtu yang cuba untuk meloloskan diri daripada kepungan keselamatan ketat di Kampung Tanjung Batu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, lelaki bersenjata itu mati ditembak kira-kira pukul 8.00 pagi.

Ini membawa kepada jumlah lelaki bersenjata Sulu yang terbunuh kepada 53, di dua perkampungan pantai di mana mereka berkurung dan dalam tembakan di Semporna.

Ismail berkata kawasan operasi di Kampung Tanjung Batu adalah 3 km persegi dan Kampung Tanduo 4 km persegi.

Beliau berkata baki kumpulan bersenjata dipercayai akan bergerak berpasangan atau dalam unit-unit kecil.

"Kami percaya mereka cuba mengelak daripada pasukan keselamatan dengan bergerak di antara kedua-dua kampung," katanya.

Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata lelaki bersenjata berjaya menyelinap dari Kampung Tanduo ke Kampung Tanjung Batu kerana kawasannya yang tidak sekata dan berpaya.

Anggota polis dari Unit Tindakan Khas (UTK) bersiap siaga ketika melakukan pemeriksaan sekitar Kampung Simunul bagi mengesan saki baki pengganas Sulu di Semporna, Sabtu. -foto BERNAMA


Zulkifeli berkata pasukan keselamatan telah menjalankan operasi pembersihan di Kampung Tanduo.

Ditanya sama ada masih terdapat lelaki bersenjata Sulu di Kampung Tanduo, beliau berkata operasi masih diteruskan untuk membawa mereka keluar dan mereka mungkin bersembunyi di dalam belukar dan hutan sekunder di sana.

Ismail berkata nasib Raja Muda Azzimudie Kiram, pemimpin kumpulan bersenjata, masih tidak diketahui.

"Masih terdapat mayat di kawasan itu yang kita tidak pasti," katanya.

2 comments:

  1. Gambar Operasi ini menujukkan keadaan sebenar di Kg. Simunai. Rumah-Rumah di bina Denham pad at sekali sahinggamenjadi halangan Dan bahaya buka kepada Pasukan Keselamatan tetapi penghuni. Mereka tidal Kesihatan munchkin tel ah di keluarkan Olin Pasukan Keselamatan semoga tidak tercedera sekiranya berlaku tembak menembak.

    ReplyDelete