Wednesday, November 27, 2013
RAKYAT MALAYSIA PERLU TUKAR MYKAD BARU -- @Zahid_Hamidi @jpnm_official @KDNPUTRAJAYA
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesyorkan rakyat Malaysia menukar MyKad baru yang lebih berkualiti dan mempunyai ciri-ciri keselamatan untuk mengelak ia dipalsukan.
MyKad baru dibuat menggunakan teknologi terkini dan memiliki ciri-ciri keselamatan dikatakan mudah untuk dikesan jika dipalsukan.
Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin MyKad baru itu dapat melumpuhkan sindiket pemalsuan kad pengenalan Malaysia.
Saya mahu dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) ini, seluruh rakyat Malaysia sudah memiliki kad pengenalan berciri baru ini, katanya pada sidang media Majlis Sambutan Hari Inovasi KDN 2013 di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, semalam.
Teliti kaedah lain
Beliau berkata, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) juga sedang meneliti kaedah lain yang boleh membantu mengesan perbezaan MyKad tulen dengan MyKad palsu tanpa perlu ke ibu pejabatnya.
Katanya, KDN turut bercadang mengintegrasikan semua agensi di bawah seliaannya untuk membantu melaksanakan penguatkuasaan dalam membanteras sindiket pemalsuan MyKad.
Polis Diraja Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia turut membantu dalam menangani masalah MyKad palsu di seluruh negara dan ia akan dijalankan secara berterusan, katanya.
Semalam, BH melaporkan KDN akan meminda Akta Fi 1951 supaya kadar denda lebih tinggi dikenakan untuk kehilangan MyKad.
Arahan itu dibuat Ahmad Zahid berikutan kehilangan lebih 500,000 MyKad seperti yang dilaporkan JPN baru-baru ini.
Zahid Hamidi menyifatkan jumlah kehilangan MyKad amat serius dan tidak boleh berkompromi.
GR kata: Masih ramai rakyat Malaysia yang jenis 'Pemalas'!!
Bekalkan semua unit bergerak penguatkuasaan dengan alat imbasan kad pengenalan. Paparan maklumat termasuk gambar dan cap jari.
ReplyDeleteHM the recommendation to change the new MyKad ... (KDN) recommends Malaysians convert new MyKad ... JAIP to investigate lewd pictures of students.
ReplyDeleteMinistry of Home Affairs recommends Malaysians to change the new MyKad with better quality and has excellent security features to ...
Britain media exposure picture Malaysians who are so ha .. Photo Malaysians ... Malaysians need to change a new mykad Zahid Hamidi jpn .. KPN Confirm ...