Saturday, September 21, 2013

#PemilihanUMNO: DS @Zahid_Hamidi Layak Kekal Calon No.1 Naib Presiden UMNO!


PRU 13 telah pun melabuhkan tirainya dan keputusannya telah pun kita perolehi walaupun bukan dengan keputusan majoriti yang diinginkan, UMNO & BN masih menjadi pilihan rakyat untuk memerintah negara. Apa yang terjadi sebelum ini biarlah ianya berlalu, tsunami kaum lain yang beralih arah untuk meruntuhkan Kerajaan...biarkan ianya menjadi teladan.

Buku baru HARUS DIBUKA demi memantapkan lagi kepimpinan UMNO untuk masa hadapan. UMNO sebuah parti keramat dan ia memerlukan pemimpin yang tegas serta berani.

Ramai yang mengatakan #PemilihanUMNO kali ini adalah yang sengit dikala jawatan Naib Presiden yang dilihat 6 penjuru. Semua yang mengesahkan pendirian mereka yang bertanding sememangnya layak. Tapi kepada semua perwakilan harus melihat dari sudut mana mereka ini layak diangkat sebagai Naib Presiden UMNO.

Secara jujurnya GR ingin katakan DS Zahid Hamidi layak KEKAL sebagai Naib Presiden UMNO (No.1). Ini adalah pencapaian sepenggal beliau sebelum ini yang sentiasa memartabatkan agenda untuk memajukan bangsa Melayu. Sikap ketegasan dan keberanian beliau dalam memikul tanggungjawab yang diberi sejak berada dibarisan Kabinet harus dicontohi.

Seorang pemimpin yang GR lihat merendah diri dan senang untuk bergaul dengan masyarakat membolehkan beliau disenangi oleh semua orang. Pemimpin yang tidak mementingkan protokol dan membantu siapa saja, DS Zahid Hamidi layak DIKEKALKAN sebagai Naib Presiden UMNO (No.1).

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah membuktikannya. Semenjak mengetuai Kementerian Dalam Negeri, kita sudah boleh saksikan sendiri pihak PDRM kembali tegas, garang dan digeruni. Dalam tempoh 3 bulan sahaja sudah 8,439 tangkapan dibuat terhadap ahli ahli kumpulan kongsi gelap yang selama ini bermaharaja lela dengan pelbagai jenayah seperti merompak, menyamun, membunuh, mengugut sebagai aktiviti harian mereka.

Ketegasan Zahid juga mengundang keresahan juak juak murahan Pakatan Pembangkang. Mereka tahu bahawasanya KDN di bawah kepimpinan Zahid bukanlah boleh diperkotak-katikan. NO MERCY!!

Begitu juga ketegasan dan kebijaksanaan beliau ketika memegang jawatan Menteri Pertahanan. Pelbagai Transformasi yang dibuat untuk kebaikan dan kebajikan anggota Tentera diberikan manfaat untuk dirasai bersama. Anggota Tentera diberikan penghargaan secukupnya kerana tugas yang dipikul adalah amat besar kerana mempertahankan negara.


Benchmark kekuatan UMNO akan bergantung kepada keputusan menyaksikan siapakah yang akan terpilih dan sudah pastilah jawatan tertinggi memberikan gambaran sebenar. Sekiranya DS Zahid Hamidi memenangi jawatan Naib Presiden sebagai 1st winner, tidak mustahil UMNO dan nasib bangsa Melayu akan berada on the right track...

Perwakilan UMNO harus bijak membuat keputusan!

Setelah dibariskan calon calon yang menawarkan diri bertanding dan mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO, terserlah wajah DS Ahmad Zahid Hamidi adalah pilihan utama sebagai Naib Presiden UMNO (No.1).


GR kata: Sokongan padu pada DS Zahid Hamidi kekal mempertahankan Naib Presiden UMNO.

5 comments:

  1. Saya amat bersetuju DS Zahid harus di kekalkan dalam senarai Naib President dan DS Hishammuddin harus digantikan dengan muka baru yang lebih bersemangat danberjiwa melayu. Dilahirkan sebagai anak perdana menteri maka dari kecil lagi di asuh oleh tokeh-towkeh cina , maka sebab itulah sehingga sekarang kawan rapat DS Hishammuddin dari golongan cina, hanya bermuka membela nasib melayu setelah memasuki UMNO. Sebab itu towkeh2 cina besenang lenang semasa DS Hishammuddin menjadi menteri KDN, jenayah berleluasa kerana menteri "Tidur" . Selepas tugas diambil oleh DS Zahid, lihat bagaimana perkasanya pihak polis sekarang dalam mengambil tindakan tegas terhadap penjenayah dan kumpulan kongsi gelap. Hidup DS Zahid, pejuang sebenar untuk bangsa Melayu !!

    ReplyDelete
  2. SETUJU GR! DS Zahid Hamidi kita memang antara pejuang Islam/Melayu yg. BERANI dan TULEN, seperti zaman KEMERDEKAAN dulu!

    SYUKUR ALHAMDULILLAH juga dgn. perjuanganBERANI MB Johor kita, DS Mohamed Khaled Nordin, utk. mengetatkan udg-udg perumahan Negeri dan Persekutuan, di Johor (patut dibuat di setiap negeri) supaya yg. miskin/sederhana (harapnya diutamakan Bumiputera Islam/Melayu dan Bumiputera lain, supaya mampu MILIKI rumah sendiri)! Seperti yg. dilapurkan (seolah dgn. GELABAH) oleh EVANGELIS Star di http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/09/21/Johor-to-confiscate-lands-of-developers-who-fail-to-build-affordable-homes.aspx, Johor to confiscate lands of developers who fail to build affordable homes, By ZAZALI MUSA, September 21, 2013:

    JOHOR BARU: The state government will confiscate the lands of Johor property developers who fail to build affordable homes costing about RM150,000.

    The Housing and Local Government chairman Datuk Abd Latif Bandi said the right to take the land was provided under the National Land Code 1965.

    He said the Johor State’s new state Housing Enactment to be implemented early next year would also allow the state government to confiscate their lands.

    “Once, we get the lands back from them, we will take over the affordable housing scheme projects to ensure Johoreans can afford to own houses,’’ said Abd Latif.

    He said the state government had several options to redevelop the confiscated land, including giving it to the state-linked companies or a joint-venture basis with new developers.

    Abd Latif said this when met at the launch of Iskandar Malaysia Comprehensive Development Plan (2006-2025) Open Day at Aeon Bukit Indah shopping complex on Saturday.

    He said the state government had also set up a task force chaired by Mentri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin to look into housing issues in the state.

    He said 28,000 units of affordable houses were to be built in Johor within the next five years of which 20,000 would be in Iskandar Malaysia and 8,000 units in areas outside the economic growth corridor.

    Abd Latif said among the areas identified in Iskandar were Larkin, Pasir Gudang, Skudai, Gelang Patah and Nusajaya with 10,000 houses to be built in the latter.

    “Under the new state Housing Enactment, developers have to start their affordable housing projects together with the high-end residential properties,” he added......

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM/UMNO/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.

    ReplyDelete
  3. Yang sepatutnya menang.
    DS Hishamuddin - groomed to be next PM
    DS Zahid - memang pilihan DS Najib
    DS Shafie - untuk negeri Sabah yang telah banyak menolong DS Najib

    ReplyDelete
  4. Tetapi pada tahun 1998 Zahid adalah anjing Anwar......anjing yg makan tahi tak akan menolak tahi.....fikir2kan.....jgn mudah lupa....ini politik.
    Anwar menjadi Zahid siapa beliau hari ini..... Zahid juga seorang pelakon politik yg hebat.
    Utk mendapatkan kedudukan dan sokongan org Melayu, Zahid sanggup buat apa saja dgn duit yg diperolihi disaman Anwar.
    Lihat saja sekarang org yg dulu kominis masih lagi masih lagi menunjukan sifat kominis mereka hari ini.
    Maksud aku pilihlah pemimpin yg punya pendirian politik yg bukan seperti lalang demi kesinambungan survival perjuangan UMNO.

    ReplyDelete
  5. Anon 1:17AM & 11:05 AM adalah penyokong hisham yg tak mau ds zahid undi tertinggi. mereka mau hisham undi tertinggi atas alasan dia bakal PM. selama ni pun mereka memandang rendah kpd zahid kononnya dia bukan PM material, cakap omputih pun terabor. tak mustahil last minit penyokong hisham buang undi.

    ReplyDelete