Tuesday, August 13, 2013
TTPA - DILEMA ANTARA MENAKLUK ATAU DITAKLUK? @NajibRazak @Mustapa_Mohamed @MITIMalaysia @PMOMalaysia
ISU Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) yang akan disertai oleh Malaysia kini semakin hangat dibincangkan memandangkan ia mendapat bantahan daripada sebahagian ahli perniagaan tempatan.
Pelbagai alasan diberikan, termasuk isu perbincangan itu yang diadakan secara tertutup dan penuh kerahsiaan yang menimbulkan kecurigaan ahli perniagaan tempatan.
Isu tersebut diperbesarkan mereka yang tidak bersedia menghadapi kerjasama perniagaan yang akan disertai 12 buah negara, termasuk Malaysia.
Menurut pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan dan antarabangsa, TPPA dikatakan akan lebih menguntungkan syarikat-syarikat multinasional (MNC) dan negara berekonomi kukuh seperti Amerika Syarikat (AS), berbanding syarikat kecil.
Sedar atau tidak, rundingannya telah memasuki pusingan ke-18 dan dijangka dimuktamadkan pada Oktober tahun ini. Perjanjian itu bakal membentuk satu jaringan perdagangan bebas terbesar di dunia, jika dimuktamadkan.
Akibat kurangnya pendedahan kerajaan mengenai TPPA kepada rakyat, kerana terikat dengan peraturan kerahsiaannya, membuatkan beberapa NGO dan usahawan tempatan bangkit menyuarakan perasaan kurang senang perjanjian itu.
Kerajaan yang diwakili oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), membalasnya dengan menyatakan unsur-unsur kerahsiaan diperlukan memandangkan beberapa isu menyentuh kepentingan strategik negara.
Bagaimanapun, MITI secara kebetulan mendedahkan isi rundingan kepada umum hasil desakan tanpa henti pelbagai NGO, selain mula menjadi perhatian rakyat biasa.
MITI sendiri mengakui bahawa topik keterbukaan kontrak kerajaan kepada syarikat asing, kebenaran syarikat asing mengambil tindakan mahkamah ke atas kerajaan serta lanjutan perlindungan hak cipta ubat-ubatan, diperbincangkan dalam beberapa siri rundingan.
Bagaimanapun, jika dilihat secara positif, TPPA berpotensi mengurangkan larangan eksport Malaysia selama ini. Sebagai contoh, Proton boleh memasarkan keretanya ke Jepun yang selama ini agak sukar untuk dilakukannya.
Faktor lain yang mendorong Malaysia menyertai TPPA ialah perjanjian perdagangan bebas tanpa cukai kepada pasaran bersaiz 800 juta penduduk dengan keluaran dalam negara kasar (KDNK) terkumpul bernilai RM70 trilion.
MITI menjelaskan, sebelum menyertai rundingan itu pada 2010, kerajaan telah mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak berkepentingan.
Malah, menerusi beberapa kenyataannya sebelum ini, kementerian itu menjelaskan segala kepentingan awam akan diutamakan khususnya di dalam soal keterbukaan kontrak kerajaan, lanjutan hak cipta dan perlindungan ke atas perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Microelectronic Solution, Shafiq Akmal Ismail melihat TPPA sesuatu yang positif kepada usahawan bumiputera apabila perjanjian itu menawarkan pasaran seluas 800 juta dalam kalangan penduduk di negara-negara anggota TPPA.
"Sebagai contoh perniagaan kami mengeluarkan cip elektronik yang mempunyai potensi pasaran yang baik di luar negara.
"Selama ini, lebih 70 pengeluaran kami adalah untuk tujuan eksport. TPPA bakal membuka peluang kepada kami untuk memasuki pasaran asing dengan lebih mudah," kata beliau.
Apapun, penglibatan Malaysia di dalam TPPA dianggap sesuatu yang mencabar baik kepada kerajaan dan rakyat. Sukar hendak diramalkan sejauhmana topik yang diperbincangkan di dalam TPPA memenuhi hati semua negara terlibat.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed pernah menegaskan, jika Malaysia tidak berpuas hati terhadap topik yang diperbincangkan, kebarangkalian TPPA dimuktamadkan Oktober ini bakal tertangguh.
Ini kerana jika kerjasama ini lebih banyak memberi faedah kepada syarikat luar berbanding syarikat tempatan, mungkin ia perlu dikaji semula.
GR kata: Jangan terlalu yakin dan taksub dengan negara luar. Ramai anak Malaysia yang boleh maju hingga ke negara luar.
TPPA ini bukan shj pasal ekonomi, tetapi PENGUASAAN politik Barat-Zionis ke atas Dunia Ketiga dan Dunia Islam!
ReplyDeleteDah cukup Bumiputera Islam/Melayu dan Bumiputera lain, MERANA, akibat tanah-tanah/kpg-kpg pusaka, dijual/dipajak kpd bangsa asing di bawah "Rumah Kedua", termasuk kpd. rakyat Cina Singapura, yg ramai BONGKAK dan TAMAK! Dan oleh kerana Barat-Israel sekutu kuat S'pura (banyak syarikat S'pura terutamanya sy. hartanah, dikuasai Barat-Israel), maka CENGKAMAN PENJAJAHAN rejim Cina PAP S'pura (dgn sekutu kuat mereka dari Cina DAPBIAWAK/PKR - si kuan yew berpura mengkritik PR dlm bukunya), juga akan makin kuat M'sia ini.
Maka, TPPA bukan shj akan MENINGKATKAN penguasaan ekonomi Barat-Israel-PAP ke atas TANAH MELAYU ini, malah meningkatkan PENGUASAAN politik mereka, dgn menghapuskan hak umat Islam/Bumiputera di dlm ekonomi, yg berkait rapat dgn isu sosial terutamanya agama dan budaya Islam/Melayu.
Bukan seperti sistem Kapitalisma Barat-Zionis yg amat TAMAK/BONGKAK dan sebenarnya bertuhankan SYAITAN. Kuasa dan kemewahan dunia dan kebendaan, yg MAKSIMA adalah falsafah hidup mereka - rakyat miskin hanya hamba abdi buat mereka, bukan hanya sbg buruh murahan, tetapi untuk diperdagangkan sbg hamba abdi seks (termasuk kebebasan seks yg termasuk kehidupan homoseksual, pelacuran dan pornografi), dadah, perjudian dan alkohol. Lihat contohnya Thailand; Cambodia, Filipina dan Vietnam di mana kegiatan pelacuran/pornografi (termasuk kanak-kanak), yg makin GLOBAL, di'biasakan' (normalized), di mana sindiket-sindiket tempatan bergabung dgn sindiket Barat-Zionis. Yg terus menghancurkan tradisi Timur mereka yg. berzaman, sehingga ibubapa dari kpg-kpg, terpaksa menjual anak perempuan mereka, utk jadi mangsa pelacuran/pornografi. Di Barat sendiri, negara Eropah yang miskin seperti Romania dan Bulgaria,selepas membuka negara mereka kpd perdagangan bebas dalam EU; wanita /kanak-kanak mereka diperdagangkan dgn bebas ke negara Eropah yang kaya terutamanya negara Jerman, Belgium dan Belanda.
Maka negara-negara ini telah jadi HAMBA Barat-Zionis - sebab itu Bumiputera Islam selatan Thailand/Cambodia/Mindanao harus diselamatkan!
Sebab itu juga makin banyak gereja di Barat sampai boleh kahwinkan golongan homoseksual dan ramai pemimpin Kristian/Yahudi di Barat-Israel, tiada masalah membunuh umat Islam sesuka hati dgn menjajah Dunia Islam yg. kaya minyak-gas, contohnya rejim Blair, Bush, Cameron, yg semuanya mengagungkan agama Kristian mereka; Obama lebih tersembunyi tetapi selalu ke gereja walau nama tengahnya 'hussein' , yg berjaya memperdayakan umat Islam.
Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM/UMNO/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (dulu saya MAKCIK Tempurung; tapi saya asyik mimpi sambal belacan dgn ikan masin, dan ulam petai/jering, yg. adalah masakan kegemaran saya).
cerita pasal azeez rahim ni memang banyak dah diperkatakan , kes dia sakau duit memang banyak , harap SPRM siasat pasal kes DBKL bagi diskaun RM26 juta tu, mana duit diskaun ? Dengar kata azeez pun terlibat .... macam ni ke Pengerusi Tabung Haji !! Azeez wajib turun , aku memang tak puas hati bila isu ni jadi sejuk . Azeez tak boleh beli semua orang dengan duit laaa
ReplyDeleteKata mereka: salah satu perkara yang baik jika menandatangani TPPA ialah kereta kita boleh diekpot ke Jepun dan juga negara lain . Soalan cepumas untuk kerajaan :
ReplyDeleteAdakah negara seperti Jepun , German , china akan menerima dan mejual kereta proton sedangkan didalam negera sendiri proton kurang berjaya dijual kerana masaalah kualiti yang masih dipertikaikan oleh pembeli rakayat tempatan
Entah lah .. mungkin Jepun akan berbangga bila proton dijual dinegara mereka.
ReplyDeletejangan pandang lekeh idris jalang ni ...
akalnya tinggi ...
bijaksananya tak terjangkau ...
pemikirannya tajam amat ...
pintarnya hebat amat ...
daya fikirnya elbert eistein pun kalah ...
luarbiasa ...
kalau tidak ... kenapakah ah jib gong telah melantik idris jalang menjadi antara pemikir yang menerajui permasalahan kes jenayah berat ...
polis yang kerja hari-hari melawan jenayah pun tak mampu berfikir dengan baik dan sehebat berbanding dengan idris jalang ...
sebab itulah selepas medengar nasihat dari idris jalang agar ISA diwafatkan ... Ordinan darurat dilupuskira ...
ah jib gong lantik pulak idris jalang sebagai ketua think thank untuk menghadapi masalah jenayah berat yang kian meruncing ...
Negara bakal dijual ...
aku tengok TV3 tadi ...
dan aku dapati ...
TPPA kini sedang dijernihkan oleh kerajaan ...
promosi sedang dibuat oleh kerajaan ...
kononnya meluaskan perdagangan ...
dan malaysia mendapat banyak manfaatnya ...
hem nampaknya TPPA akan ditandatangani oleh ah jib gong ...
selepas mewafatkan ISa dan Ordinan Darurat ...
menyebabkan penjenayah berat bermaharajalela ...
kini Ah Jib Gong beria-ia memusnahkan negara lagi dengan menandatangani TPPA ...
dan Akta Hasutan pun khabarnya kini sedang dipinda ...
mungkin akan berfungsi seperti APA ...
dimana tugas polis hanyalah sebagai faslitator ... untuk memudahkan para pendemontrasi membuat onar ...
seperti kata ah jib gong ... umno sedang menerima perubahan yang sedang dilaksanakannya ...
nasibkaulah labu oii ...
dapat pm pun berpenyakit down sindrom ...
ketua pembankang pung berpenyakit gila termakan sumpah ...