Wednesday, August 28, 2013

#PemilihanUMNO: DRAMA MELAYU BEREPISOD SUDAH BERMULA! SIAPA HERO DAN SIAPA TUKANG CUCUKNYA? @NajibRazak @Zahid_Hamidi @umnoonline


Semakin rancak GR lihat sekarang orang-orang UMNO sekarang buat kerja. Ada yang buat kerja mengalahkan ketika waktu PRU13 lagi. Adakah pemilihan UMNO kali ini lebih hebat dari PRU13? Ramai yang berkata begitu, tapi pada GR medan seperti inilah yang boleh menjatuhkan bangsa Melayu itu sendiri. Kenapa dan bagaimana hasilnya, kita lihatlah sendiri.

Diperingkat cawangan dan bahagian yang GR lihat ada yang tidak boleh mempunyai kata sepakat. Malah ada pemimpin di cawangan dan bahagian tersebut bercakap depan GR, sepakat membawa berkat. Berkat apa yang dia bawa? Berkat lauk kendurikah. Janganlah pandai bercakap tapi diri sendiri ke laut jawabnya. Persoalannya, masih ada lagikah selepas ini 'cawangan/bahagian tidur'?

Sibuk bertanding mengalahkan nak bertanding jawatan MT dan juga peringkat lebih atas. Tapi diri sendiri tidak layak sebenarnya dipanggil pemimpin. GR menulis artikel ini bukannya untuk membela mana-mana pemimpin yang ingin bertanding ke peringkat lebih tinggi. Itu hak mereka dan tiada kena mengena dengan GR. Cuba lihat print screen di bawah:


Beginikah sikap seorang pemimpin Melayu? Sampai bila Melayu itu nak maju, kalau dalam diri kita ada perasaan iri hati atau pun benci satu sama lain. Apa yang GR ingin beritahu, GR tak salahkan sesiapa pun tapi siapa yang makan cili dia yang terasa pedasnya. Berbicara soal perjuangan sampai berbuih mulut, tapi diri sendiri tidak mencerminkan keperibadian Melayu itu sendiri. Kenapa perlu nak menghentam sesama sendiri? Jika benar anak jantan Melayu, hentam cukup-cukup pakatan haprak baru betulkan? Kih kih kih....

Inilah drama sinetron Melayu yang bakal kita lihat sepanjang beberapa bulan ini. Budaya tikam sana tikam sini, adakah ianya lumrah dalam diri orang Melayu atau hanya semata-mata untuk poket sendiri atau berjuang demi agama, bangsa dan tanahair. Persoalanya lagi, sampai bila kita mahukan pemimpin seperti ini? Fikirlah sendiri....

Fikirlah sendiri, sebab yang nak bertanding korangkan. Tak kiralah apa jawatan sekali pun, baik peringkat orang muda jangan ikutkan perasaan muda yang membuak-buak. Gunakan akal fikiran, berganding bahulah dengan semua peringkat agar UMNO dapat diperkasakan. Paling penting masyarakat boleh menerima semula UMNO seperti pada zaman dahulu.

Orang-orang UMNO harus ingat kata-kata Tun M :

"MELAYU mudah lupa, kata Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi Perdana Menteri. Oleh sebab Melayu mudah lupa, termasuklah Melayu dalam UMNO"....

Bukan saja Melayu mudah lupa, malah banyak yang kurang berminat menerokai ilmu. Justeru itu, GR tak hairan kalau banyak Melayu dalam UMNO sudah lupa kepada Sulaiman Palestin, Harun Idris dan Hang Tuah Arshad. Kenapa perjuangan mereka dulu begitu telus tak macam sekarang? Fikirkan sejenak sebelum mahu jadi pemimpin yang dipandang baik oleh masyarakat.

Kepada semua yang bertanding, buatlah yang terbaik. Jangan asyik kata jangan terlibat dengan politik wang, tapi akhirnya nanti kantoi juga. Beri sesuatu depan atau belakang perumpamaannya sama dengan rasuah. Bertandinglah dengan cara berani.

Paling PENTING kepada semua perwakilan dan akar umbi, PILIHLAH pemimpin yang berani, tegas dan tidak takut akan sebarang perkara demi mempertahankan agama, bangsa dan negara serta membela nasib Melayu agar lebih terjamin.


GR kata: Tak sabar nak tengok drama Melayu yang ramai pelakonnya. Pelakon extra pun ramai tau. Hi hi hi....

No comments:

Post a Comment