Monday, August 19, 2013

PEMILIHAN AGUNG UMNO: DILEMA UMNO MAHUKAN TRANSFORMASI ATAU MASIH DALAM KEPOMPONG SENDIRI? @NajibRazak @MuhyiddinYassin @Zahid_Hamidi @HishammuddinH2O @mohdshafieapdal


Ramai cakap-cakap, keluhan dan pandangan dari ahli UMNO terutama sekali perwakilan kali ini mereka menyuarakan UMNO perlu lakukan perubahan. Adakah mereka ini faham dengan maksud perubahan tersebut?

Adakah perubahan dengan menukar kesemua pucuk pimpinan yang ada sekarang akan membawa perubahan besar dalam UMNO? Adakah mengekalkan pucuk pimpinan tertinggi dalam UMNO kali ini boleh membawa Transformasi yang sering diwar-warkan oleh Presidennya sekarang? Tepuk dada tanyalah hati...

Di kalangan pandangan masyarakat luar pula mereka mahukan UMNO terus bersatu dari peringkat atasan hinggalah ke akar umbi. Ini adalah kerana masyarakat mahukan UMNO terus kekal sebagai parti yang memerintah di Malaysia ini. Perkara yang paling utama sekali hak keistimewaan orang Melayu terus terbela dan terjamin, begitu juga agama, bangsa dan negara terus dipertahankan.

Dalam pemilihan UMNO kali ini senarionya tidak kurang hebatnya seperti PRU13, malah ada dikalangan ahli UMNO kata ianya lebih hebat lagi. Pandangan GR senang saja, perkara yang paling utama adalah diri mereka sendiri (pemimpin). Adakah mereka sedia untuk membuat sebarang perubahan yang drastik dalam UMNO?

Ada yang GR lihat pemimpin UMNO mereka berjuang atas dasar perjuangan yang sejati. Pendek kata semangat juang mereka seperti pada zaman awal penubuhan UMNO dahulu. Bagaimana kita lihat waktu itu bangsa Melayu begitu kuat. Perjuangan mereka adalah benar-benar untuk negara dan bangsanya sendiri. Bukan seperti sekarang, ada segelintir pemimpin yang masih 'membela' poketnya sendiri begitu juga orang disekelilingnya.

GR setuju 100% dengan pandangan Tun M:
Para pemimpin UMNO mesti komited membersihkan imej parti daripada tuduhan penyelewengan dan amalan 'cantas' sekiranya ingin menarik sokongan golongan muda serta profesional.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, segelintir individu menyertai UMNO semata-mata untuk kepentingan peribadi dan sikap itu memberi imej kurang baik kepada parti.

Menurut beliau, amalan 'cantas' juga sering berlaku apabila pihak yang tidak dicalonkan untuk jawatan yang diingini berusaha menjatuhkan lawan mereka.

"Pada pandangan saya, bukan UMNO yang bermasalah tetapi mereka yang menguruskannya," katanya dalam sidang akhbar Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau di The Mines, Seri Kembangan dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


Kenyataan Tun M jelas menunjukkan UMNO perlukan perubahan. Pemilihan dengan cara baru kali ini menunjukkan generasi muda mahukan sesuatu yang baru dalam UMNO. UMNO perlu kembalikan sokongan rakyat pada parti keramat ini. UMNO tidak perlukan lagi pemimpin yang syok sendiri. UMNO tidak perlukan lagi pemimpin yang lembik dan tak berani menyuarakan pandangan yang tegas. UMNO tidak perlukan parti yang didominasikan dikalangan anak beranak.

Jawatan UMNO di bahagian dan juga cawangan tak perlulah dipenuhi oleh anak beranak atau sedara mara. Tak perlulah GR nyatakan cawangan dan bahagian mana yang dikatakan cawangan anak beranak, apa yang penting mereka ini perlu ditukar sebab tak ada sebarang hasil yang mereka buat. Akhirnya cawangan TIDUR.

Jika ahli UMNO baik yang mempunyai jawatan atau tidak faham erti Transformasi, lakukan dengan segera demi kebaikan dan nama baik UMNO. Kalau masih ada yang tak faham, hanya pandai cakap mulut saja....hentikanlah. Ramai lagi individu yang layak memegang jawatan tersebut dan paling penting MEREKA INI BOLEH BUAT KERJA.

Pada 150 ribu perwakilan UMNO, buatlah pilihan yang bijak. Bukannya memilih pemimpin atas sebab dia 'jaga' atau 'bela' ketua bahagian dan ahlinya. Pilihlah pemimpin yang benar-benar Ultra Melayu dan buat kerja. Pilihlah pemimpin yang tegas dan berani demi mempertahankan agama, bangsa dan negara. Fikir-fikirkanlah....


GR kata: Perwakilan jangan asyik fikir nak masyuk jer yer....

No comments:

Post a Comment