Saturday, July 6, 2013

Pergolakan di Mesir, Rakyat Malaysia Mahu Tiru Cara Ini? Tolak Tangan Asing!!

Pergolakan di Mesir yang jadi untuk kali kedua seharusnya dijadikan iktibar untuk kita semua rakyat Malaysia. Adakah dengan cara demontrasi jalanan yang merosakkan harta benda awam dapat diselesaikan dengan baik?

Apakah ini sebenarnya rakyat Malaysia mahukan? Paling penting inikah budaya rakyat Malaysia yang terkenal di seluruh dunia yang mempunyai adab sopan santun yang baik.

Budaya 'Arab Spring' yang cuba dibawa Anwar dan pakatan haprak tidak diterima secara keseluruhannya oleh rakyat Malaysia. Bukti sudah jelas kita lihat, kesemua demo haram yang dianjurkan Anwar tak dapat sambutan hangat dari rakyat Malaysia.

Jika betul rakyat mahu gulingkan Kerajaan sedia ada sudah pasti seluruh akan turun protes. Tapi yang hadir jumlahnya alahai kesian betul. Adakah rakyat yang hadir ni ciput jumlahnya boleh dikatakan inilah 'suara majorit' rakyat Malaysia? Akal letak kat mana Bang Non..??

Di Malaysia kita amalkan sistem demokrasi. Pemimpin silih berganti bukannya parti yang bertanding mahu diganti. Di Mesir, pemimpinnya sama berpuluh tahun memerintah. Adakah sistem pentadbiran dan matlamat mereka sama di Malaysia? Confirm takkan...dari situ kita boleh menilai.

Rakyat gulingkan kerajaan Mesir untuk kali kedua tapi apa hasilnya? Adakah keamanan rakyat dan negara terjamin? Kenapa mereka hidup bergolak dan tak selamat. HARUS kita ingat, demo jalanan mahu jatuhkan Kerajaan Islam adalah misi dan agenda Yahudi yang tak mahu lihat negara Islam bersatu.

Umat Islam harus bersatu dan jangan biarkan 'Tangan Asing' campuri pemikiran kita. Siapa lagi yang mahu pertahankan agama, bangsa dan negara, kalau bukan kita sendiri...

Baca petikan di bawah:

Rakyat Malaysia perlu mengambil pengajaran daripada pergolakan politik yang berlaku di Mesir kerana ia menunjukkan perubahan yang ingin dituntut tidak semestinya menjamin kemakmuran dan kesejahteraan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, perubahan politik yang tidak diuruskan dengan baik boleh mengakibatkan penderitaan kepada rakyat dan merosakkan negara seperti yang berlaku di Mesir apabila terjadi kenaikan harga barangan, peningkatan pengangguran dan industri pelancongan menjadi lumpuh.

Akhirnya, ia membawa kepada rakyat sendiri yang menuntut kepada perubahan sekali lagi yang mana perubahan itu tidak memenuhi kehendak dan apa yang diharapkan," katanya kepada wartawan Malaysia pada sidang akhbar di Hotel Dorchester di sini semalam pada akhir lawatan kerja empat harinya ke United Kingdom.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pergolakan di Mesir yang menyaksikan negara itu terjerumus dalam ketidakstabilan politik dan digugat siri tunjuk perasaan yang dianjurkan oleh kumpulan-kumpulan politik.

Ketika Najib berada di London untuk lawatan kerja dan mengadakan mesyuarat bilateral dengan Perdana Menteri Britain, David Cameron, di Mesir berlaku demonstrasi selama berhari-hari yang menyebabkan Presiden Mesir, Mohamed Mursi digulingkan oleh tentera.

Bagaimanapun, Najib menegaskan, peristiwa yang berlaku di Mesir adalah soal dalaman negara Islam Afrika tersebut.

Dalam masa terdekat ini, kita berharap mereka akan mengadakan proses pilihan raya yang adil dan inklusif.

Apa yang berlaku itu adalah soal dalaman Mesir... (tetapi) ia sudah terjadi. Walaupun kita tidak sokong tindakan ketenteraan, tetapi ia sudah terjadi.

Selepas ini kita harap kerajaan yang baharu dapat diwujudkan, yang mencerminkan hasrat dan aspirasi rakyat Mesir.

Inilah saja jaminan kestabilan jangka panjang dan keharmonian di negara itu," kata Najib.

Mesir ialah sebuah negara yang politiknya sejak akhir-akhir ini dicorakkan oleh demonstrasi dan tunjuk perasaan.

Rakyat negara itu keluar ke jalanan dan merusuh selama 18 hari pada Februari 2011 menuntut Presiden Mesir ketika itu, Hosni Mubarak digulingkan, dan kelmarin sekali lagi selepas mereka berdemonstrasi, tentera memaksa Presiden Mohamed Mursi yang menggantikan Mubarak selepas pilihan raya Jun 2012 meletakkan jawatan.

Ditanya mengenai tindakan segelintir rakyat di beberapa negara termasuk di Malaysia yang enggan menerima keputusan pilihan raya umum selepas pemimpin dan parti yang menang dipilih secara sah melalui proses demokrasi, Najib memberitahu, apa yang penting ialah ketidakpuasan hati perlu disuarakan mengikut lunas undang-undang dan perlembagaan.

Inilah yang akan menjamin apa juga yang kita lakukan itu berdasarkan kepada undang-undang dan perlembagaan negara kita," katanya.

Najib yang berada di London untuk lawatan kerja sejak 1 Julai lalu berlepas pulang ke tanah air malam tadi. Beliau sebelum itu menghadiri Dialog Perkongsian Pintar Global di Dar es Salam, Tanzania. - UTUSAN


GR kata: Rakyat harus TOLAK Anwar Spring!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment