PATI ini makin hari makin naik tocang, disebabkan mereka sebelum ini hanya diberikan 'amaran' supaya jangan lakukan sebarang perkara yang tidak baik. Asyik diberikan amaran semua orang naik lemak betul tak?
Kali ini tiada maaf bagi mu wahai PATI. Tahniah di atas tindakan tegas yang diarahkan Menteri KDN, DS Zahid Hamidi supaya pihak Imigresen segera lakukan operasi besar-besaran pada PATI ini. Sapu bersih semua kegiatan haram mereka harus dipatahkan. Terima kasih pada Imigresen dan KDN serta Menterinya yang sentiasa mengambil berat tentang keselamatan rakyat Malaysia.
Satu gerakan operasi bersepadu bagi memburu pendatang asing tanpa izin (Pati) di negara ini akan dilakukan secara besar-besaran selepas Hari Raya Aidilfitri ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata, gerakan itu akan melibatkan Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Rela, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta agensi-agensi penguatkuasaan lain.
"Operasi bersepadu secara besar-besaran ini bertujuan supaya Jabatan Imigresen dapat melaksanakan operasi yang lebih efektif dan menyeluruh.
"Ia bukan sahaja untuk mencari kesalahan berkaitan Akta Imigresen tetapi merangkumi kesalahan undang-undang di Malaysia. Selain kesalahan jenayah, antara masalah lain yang menjadi fokus Kementerian Dalam Negeri (KDN) adalah dadah dan Pati," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Berbuka Puasa anjuran Jabatan Imigresen di sini, Isnin.
Turut hadir ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Timbalan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Alwi Ibrahim dan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad.
Zahid berkata, Jabatan Imigresen telah menjalankan operasi secara besar-besaran, termasuk pada bulan Ramadan bagi mengesan Pati yang menjalankan perniagaan di bazar-bazar Ramadan.
"Setakat ini, sebanyak 120 tangkapan telah dibuat yang melibatkan Pati di bazar-bazar Ramadan.
"Di musim perayaan nanti kita akan terus memantau termasuk pihak majikan yang menggaji Pati ini tanpa mempunyai permit dan majikan yang melindungi Pati, juga akan dikenakan tindakan," katanya.
Menurut Zahid, antara lokasi gerakan operasi bersepadu bagi memburu Pati itu adalah di pusat-pusat hiburan, kawasan perladangan dan perkilangan.
Beliau menambah, menerusi Program Penyelesaian Menyeluruh Pati (Program 6P) yang dilaksanakan oleh KDN sebelum ini, seramai 1.3 juta Pati telah didaftarkan dan daripada jumlah itu, 500,000 Pati telah menjalani proses pemutihan serta 330,000 telah pulang ke negara asal mereka secara sukarela.
"Sepanjang operasi (Ops) 6P yang dijalankan sejak 20 Oktober 2011 sehingga 18 Julai tahun ini, kita telah membuat penangkapan seramai 40,730 Pati dan hampir 1,000 majikan.
"Daripada jumlah tersebut, 318 majikan telah didakwa dan 46 majikan telah dipenjarakan," katanya. - mStar
GR kata: Jangan kasi chan...kasi pulun habis depa ni semua. Menyusahkan rakyat Malaysia saja! Cari rezeki biar cara yang betul.
PATI akan membantu yang susah jadi senang dan yang kaya bertambah kaya. Amat positif.
ReplyDeleteNamun, keseimbangan perlu ada. kalau sampai PATI menyakitkan mata orang awam dan meskipun ianya menyejukkan mata segelintir Tauke dan Hartawan, hak awam jangan di abaikan.
Terdapat juga PATI dari Negara China/India dan jumlahnya lebih ramai dari yang kita sangka berdasarkan laporan pihak berwajib jumlah masuk ke negara ini tetapi jumlah yang meninggalkan negara adalah kurang.
ReplyDeletedia org ni kalaudpt pr lg teruk wei.demand tinggi bila pegi klinik kerajaan.x tahu le kot2 kt negara asal dpt perkhidmatan 5 bintang kot.dah lyn baik2 pun,x cukup bagi mereka
ReplyDeleteRAMAI JUGA PATI MENJUAL ROKOK SELUDUP DIMERATA RATA TEMPAT DI NEGARA NI DAN MENJADI PEMBEKAL ROKOK KERETIK UNTUK PASARAN DALAM NEGARA..
ReplyDeletejangan lupa 'PATI'..juga ada di kawasan2 kg..felda..sila cari dan tangkap mereka ni semua..
ReplyDelete