Wednesday, June 19, 2013
Prosedur Ambil Pekerja Asing Dikaji Semula - @Zahid_Hamidi @imigresenmy
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengkaji semula prosedur pengambilan pekerja asing bagi memastikan tiada penindasan terhadap mereka.
Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata prosedur baharu nanti akan turut menyentuh soal pelindungan insurans secukupnya, serta bayaran gaji yang setara dengan kerja yang dilakukan.
"Pekerja asing (ketika ini) berhutang RM26 juta dengan hospital kerajaan bagi khidmat perubatan, dan perkara ini juga kami akan tekankan dalam kajian semula itu," katanya pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan KDN di sini hari ini.
Beliau berkata kajian juga akan melihat mengenai bon dalam pengambilan pengawal-pengawal keselamatan dari kalangan rakyat asing agar pihak majikan lebih bertanggungjawab dalam memastikan kehadiran pekerja mereka dalam negara tidak melebihi tempoh yang dibenarkan.
Pelbagai aspek berkaitan perkhidmatan pekerja asing tidak seharusnya dipandang ringan kerana Malaysia memerlukan khidmat mereka untuk membangunkan ekonomi negara, katanya. Ahmad Zahid berkata kerajaan akan mengambil contoh sistem pengambilan pekerja asing yang diguna pakai di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Singapura untuk dibuat perbandingan dalam menampilkan sistem terbaik buat negara.
Beliau berkata UAE adalah contoh negara yang dapat mengawal kehadiran warga asing dengan baik, apabila negara yang mempunyai penduduk sekitar 500,000 orang itu memiliki kira-kira 4.6 juta pekerja asing ketika ini.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid meminta masyarakat tidak menyalah tafsir pertemuan tertutupnya dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng semalam.
"Kami berjumpa untuk berbincang atas alasan kemanusiaan, dan kepentingan politik harus ditolak ke tepi. Saya ada membaca komen di laman sosial Twitter, Facebook dan blog, ada yang positif dan ada juga negatif," katanya.
Semalam Ahmad Zahid mengadakan pertemuan tertutup dengan Lim dan anggota keluarga seorang lelaki yang hilang dipercayai tertimbus dalam kejadian ribut di Jalan Macalister, Pulau Pinang, untuk berbincang mengenai inkues serta bantuan yang boleh diberi kepada keluarga mangsa.
Dalam kejadian angin kencang Khamis lepas, seorang penjual nasi Lim Chin Aik, 44, dikhuatiri tertimbus apabila sebuah kereta Honda City berwarna kelabu dipercayai miliknya ditemui terbenam di kawasan runtuhan pada Sabtu. - BERNAMA
GR kata: Lepas ni mestilah 'bapak ayam' payah nak bawa 'ayam' masuk Malaysia...padan muka diaorang!!
X yah sistem2 lg datok sri dn kdn..tangkap hantar balik.mask dlm semua system ajensi kerajaan nama2 PATI yg kene tangkap .sure x akn ada lps lg mcm sblum2 ni.
ReplyDeleteAmat baik untuk mengkaji semula peraturan dan kita ingin mencadangkan supaya langkah perlu diambil oleh KDN seperti berikut:
ReplyDelete1. Majikan boleh megambil seberapa banyak bilangan pekerja asing HANYA untuk tujuan pekerja am sahaja d dalam industri yang mana pekerja tempatan tidak mahu bekerja : dirty work , dangerous work, hot area work , dust area work
(kajian telah dibuat memangnya pekerja tempatan tidak tahan bekerja dalam kawasan berkaitan)
2. Kadar bayaran levi hendaklah di naikkan sekali ganda keatas majikan yang masih mahu menggajikan pekerja asing yang sama selepas tahun ke 3 kerana perjanjian pengambilan pekerja asing yang ditandtangani majikan dan agensi luar negara termasuk pekerja asing adalah 3 tahun dan mereka hendak pulang setelah selesai kontrak. Akibat sambungan terlalu lama dan bertahun tahun , pekerja bangladesh khususnya tidak mahu pulang kerana mereka percaya selepas 5 tahun bekerja , mereka tidak akan dapat pendapatan yang sama jika pulang ke negara asal.
3. Majikan hendaklah disyaratkan 'membeli polisi insuran kesihatan dan rawatan hospital bagi penyakit biasa , maksudnya bukan rawatan dimasukkan ke wad dan mengikut perincian wanghutang bil rawatan hospital adalah dari pekerja asing indonesia yang bersalin dll kerana dasara kerajaan yang tidak menyusahkan pesakit sepatutnya warga asing yang datang mendapatkan rawatn boleh dilayan sekiranya dapat memberi wang pendahuluan tidak kurang dari kos rawatan sebenar.
Banyak lagi nak tulis , akan ada sambungan