Kebanjiran terlalu ramai pendatang asing dan pelawat dari negara luar ke Malaysia banyak mengundang masalah kepada rakyat dan negara. Ada yang mengatakan ini berpunca dari sikap tidak bertanggungjawab agensi pekerja asing yang membawa masuk mereka ke negara ini.
Bagaimana pula dengan pelancong asing yang masuk ke Malaysia yang ada di antara mereka ingin memperluaskan kegiatan jenayah mereka? Persoalannya bagaimana mereka ini boleh LOLOS dengan begitu saja?
Banyak kita lihat di dada akhbar memberikan berita tentang kemasukan mereka ini dengan menggunakan pas lawatan sosial dan akhirnya kegiatan lain mereka buat. Pelik juga proses yang mereka buat untuk memasuki Malaysia macam kacang saja. Kalau macam tu bagaimana pula dengan pelancong lain yang ingin ke Malaysia dengan tujuan makan angin?
GR agak berasa pelik, apa tugas Dato' KP Imigresen dan juga DS KSU KDN. Tiadakah tindakan susulan dari pihak atasan ini kepada anak buah mereka. Soal keselamatan negara harus diambil berat kerana ia melibatkan negara dan juga rakyat. Perkara ini sudah semakin menjadi sejak akhir-akhirnya ini dan usah lagi asyik berikan amaran, lama-lama orang NAIK LEMAK. Betul tak?
GR berasa kesal bila baca keratan di Berita Harian semalam, seorang pelancong Jepun yang mempunyai rekod jenayah boleh lepas masuk Malaysia macam tu saja. Baca DI SINI
Berpandukan maklumat daripada pasport milik Nobuhiro, dia dilaporkan masuk ke negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 20 Mac lalu dan keluar semula pada 18 April lalu, namun tiada sebarang cop atau daftar masuk semula direkodkan daripada pasport miliknya. - BH
Persoalannya macam mana mereka ini boleh BOLOS masuk Malaysia? Masuk tanpa sebarang rekod? Pegawai Imigresen dan keselamatan yang bertanggungjawab harus lebih peka, jangan asyik dengan 'Kautim' saja dilepaskan masuk.
Pada DS KSU KDN tolong berikan arahan yang lebih tegas pada semua Ketua Pengarah di bawah jagaan anda. Tugas yang dipertanggungjawabkan harus dilaksanakan dengan penuh hikmah jangan pula bodek sana sini dan dapat nama perkara seperti ini boleh selesai. Jika perlu siasat diseluruh pintu masuk Malaysia terutama bahagian Imigresen, ada tak pegawai yang menerima 'duit poket'. Jika mereka ini perlu ditukar, itu tindakan disokong demi keselamatan negara dan harus sentiasa pantau jangan Malaysia ini jadi sarang jenayah antarabangsa.
GR kata: Pegawai Kerajaan jangan makan gaji buta
salam...just nak tanye...hope...GR yg budiman dapat mnjawap,
ReplyDelete1.apa bukti yg mengatan tiada endosmen dlam pasport miliknye?
2.siapa yg mlaporkan tiada maklumat direkodkan?
3.siapa yg mndakwa dia masuk ke malaysia pada bulan 3 dan keluar pada bulan 4?apa bukti dia masuk melalui klia?
4.kalo dia dah keluar pada bulan 4,bagaimana dia boleh ditangkap ketika cuba mnceroboh sebuah universiti?
5.adakah anda tahu syarat2 kemasukkan seorng pelancong dari jepun?
6.adakah anda mmbuat segala ulasan dan hujah anda ini hanya semata2 laporan dari sebuah akhbar yg jelas tiada bukti dinyatakan atau sumber diperoleh?
tq ....setiap jawapan mncerminkan keperibadian anda sendiri....tq swkali lagi....
Jawab2...entri anda mcerminkn diri sendiri!
ReplyDeleteAyah kau...ko ingat semua org kat pintu masuk tue batu kayu ker...ko kalu hebat sgt pergi jaga sendiri n tgk prosedur and SOP org keje mcm mana.jgn nak main ckp jer.
ReplyDeleteNk provok la tu... Suruh dier jaga lg jahanam
ReplyDeleteSembang tanpa bukti = fitnah...
ReplyDeleteGR, NAK TAHU PINTU MASUK MALAYSIA DIKAWAL KETAT ATAU TIDAK, CUBALAH BAWA MASUK WARGA ASING MANA-MANA NEGARA YANG KO SUKA TANPA DOKUMEN YANG SAH MELALUI KLIA ATAU LCCT.... KALAU BENARLAH BAWA MASUK WARGA ASING SESENANG BAWA MASUK ORANG KE FUN FAIR, KO X ADA MASA NAK BERBLOG SEBALIKNYA KO AKAN SIBUK DGN TUGAS KO SEBAGAI TEKONG DARAT...TOKEY² LADANG DAN KILANG MASIH RAMAI LAGI YG PERLUKAN TENAGA KERJA WARGA ASING DAN SEDIA MENYAMBUT WARGA ASING YG KO BAWAK MASUK..KALAU DAH RASA SENANG SANGAT, CUBALAH...
ReplyDeleteWarga asing berlambak2 dh kt malaysia pn :(
ReplyDeleteDulu kabinet setuju VOA (Visa On Arrival) ... maksudnya bila sampai kat airport/sempadan Malaysia org tu boleh dapat visa ... tak perlu proses approval kat kedutaan dinegara masing-masing ... menteri tersenyum lebar sebab KPI dia bilangan pelancong terbanyak masuk nagara tercapai.
ReplyDeleteYg masih menangis adalah polis/immegresen sebab buat serbuan 'pelancong' yg overstay ... dah lebih sepuluh tahun tak habis-habis buat serbuan.
Harap Menteri baru ambil tindakan -
1) hapuskan VOA sertamerta.
2) ubah akta skg utk masukkan mana-mana warga asing yg ditangkap kerana overstay atau/dan melanggan undang-undang negara akan dihantar pulang dan kos dibayar 100% oleh negara terbabit. Kalau jenayah bunuh/dadah/rogol - hukuman mati adalah mandatori terhadap mereka.
3) kemudian buat operasi dgn meluas.
Tak de lagi pemutihan.
Harap GR bersifat matang dan jgn bersifat kebudak2an atas setiap penulisannya. Tolong jgn main tulis je. Di kuatiri mendatangkan fitnah. Walaupun kehendak mantan perdana menteri kita melaksanakan clearance 10 min di pintu masuk. Tp malaysia tidak pernah mengabaikan setiap aspek keselamatan dengan begitu mudah. Buktinya sy cabar GR bawak masuk pelancong asing tanpa dokumen yg sah atau palsu masuk ke malaysia melalui mana2 pintu masuk terutama klia dan lcct. Cuba lah kautim dan sy nak tgk ada x pegawai kerajaan yg dituduh makan rasuah tu nak bersetongkol dgn anda.
ReplyDeleteNama pon dah gosip...ntah apa apa ntah
ReplyDeletekalau tak ada endosmen masuk atau keluar,mcm mana bileh tau tarikh dia keluar masuk. si jepun tu ke yg cakap. dia dh takut,fakta pn dia putar belitkan
ReplyDelete