Mengambil kira saranan Tun M dan demi menjaga kestabilan dan keharmonian dalam UMNO sebagai sebuah parti tunjang orang Melayu, maka perlulah dikekalkan dan tidak dipertandingkan jawatan Presiden dan Timb Presiden.
Bagaimana pula dengan jawatan Naib Presiden? Adakah mereka ini perlu dikekalkan? Dari pandangan yang GR ambil kira cakap-cakap dari orang politik, mereka rata-rata mahukan perubahan yang drastik dalam pucuk pimpinan 3 Naib Presiden ini. Mahukan yang tegas dan telus dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan.
Kalau akar umbi mahukan pertandingan untuk jawatan 3 Naib Presiden ini, apa masalahnya? Begitu juga kalau ada yang ingin bertanding biarkanlah ahli-ahli UMNO yang menentukannya. Jika Presiden dan Tim. Presiden 'super good' In Sha Allah mereka akan menang.
GR mohon mana-mana pemimpin UMNO yang nak bertanding 3 jawatan Naib Presiden ini kena membuat 'Aku Janji' untuk mendahulukan dan mengutamakan orang Melayu.
Ramai lagi pemimpin UMNO yang layak untuk menang jawatan tersebut kerana UMNO perlukan Transformasi besar demi kemajuan dan pertahanakan hak orang Melayu. Gandingan golongan muda dan lama perlu ada dalam 3 jawatan Naib Presiden ini.
GR setuju sekiranya Datuk Mukhriz Tun M mahu bertanding jawatan tersebut dan ramai lagi pemimpin UMNO yang layak seperti DS Ali Rustam, DS Khaled Nordin, Dato NurJazlan dan juga DS Noh Omar. Mereka ini dilihat mempunyai power dan idea masing-masing yang bernas demi membawa perubahan yang besar dalam UMNO.
Ramai ahli UMNO yang GR temui menyokong jawatan 3 Naib Presiden ini dibuka untuk pertandingan. Pemimpin yang menghargai jentera parti dan jentera alam maya seperti DS Zahid Hamidi harus dikekalkan kerana perdiriannya yang tegas tidak seperti pemimpin yang hanya mampu beri amaran dan kuat bodek. Hasilnya habuk pun tak ada.
Kata nak dengar suara akar umbi....inilah masanya. Tengok akar umbi nak pemimpin yang macam mana memimpin parti. Pemimpin yang liberal, lembik atau pemimpin yang tegas memperjuangkan agama, bangsa dan negara.
Ingat!! Orang Melayu yang memenangkan kerajaan BN pada PRU13 dan pemimpin-pemimpin UMNO dan orang Melayu jugalah yang berhak menurunkan pemimpin-pemimpin ini sekiranya tidak memenuhi kriteria yang orang Melayu tetapkan dan mereka jugalah yang menaikkan pemimpin-pemimpin yang boleh memikul tanggungjawab yang diberikan dengan sempurna.
Kenapa tak perlu ada pertandingan? Takut berpecah? Kalau benar anak jantan dan bertanggungjawab, perpecahan tak akan berlaku....yang berpecah hanyalah golongan yang jiwanya kecil dan kuat merajuk seperti kebudak-budakan. 3 jawatan Naib Presiden ini harus dilakukan pertandingan!!
GR kata: Sayangkan UMNO dan tidak mahu ada parasit dalam parti. Perubahan harus dibuat..!!
Kalau takut UMNO berpecah, yg kat atas tu pandai pandailah letak jawatan. Tak perlu orang nak cabar dan kalah baru turun. Kalau setakat bini pun tak boleh control, macamna nak jaga UMNO dan NEGARA!
ReplyDeleteha apa lagi,pastikan nama2 mcm mudin kalah
ReplyDeleteApe kata Najib pon wat proses peralihan kuasa pada TSMY...jemula asik terlalu mengalah dgn CIna....jadi xyahla ada pertandingan utk jwtn Presiden...
ReplyDeleteAku setuju giler....cari pemimpin yg hard core Melayu...ini kan Tanah Melayu..
DeleteApe pun PAS boddo...
Sepatutnya dari presiden sampai ajk cawangan jangan bertanding takut berpecah lak nanti
ReplyDeleteRamai penyokong UMNO dan mungkin ahli UMNO sendiri boleh terima Shafie Afdal dan Zahid Hamidi. Tapi Hishamuddin tak layak duduk di peringkat Naib Presiden. Biar ada pertandingan sekiranya Hishamuddin tak reti tak step-down.
ReplyDelete