Monday, June 17, 2013

#PAU2013: Kalau Tak Sedar Diri Lagi, Alamatnya UMNO/BN Akan Bungkus! @NajibRazak @PMOMalaysia @MuhyiddinYassin


PRU12 dan 13 menyaksikan situasi perjuangan serta kemenangan BN yg berbeza. Di PRU 12, BN kehilangan 5 negeri (dengan Perak pulang kembali ke pangkuan BN menjadikan PR menguasai 4 negeri sehingga menjelangnya PRU 13) disebabkan ketidaksedaran jentera BN dgn kewujudan Cybertroopers PR yang begitu agresif mengaplikasikan perang saraf melalui alam Siber.

Dan kini baru kita tahu bahawasanya Cybertrooper PR ini telah wujud sekian lamanya seawal sekitar tahun 2008 lagi dan barulah kita kini didedahkan dengan kewujudan Red Beans Army tajaan penuh Parti DAP.

Menyingkap kembali PRU12, kerajaan kita gagal di 5 negeri. Dari titik perubahan itu, jentera & generasi tegar BN mulai sedar bahawa mereka juga perlu menggunakan media baru iaitu siber untuk menyerangbalas Cybertrooper PR/RBA ini utk memastikan kemenangan berpihak kepada BN.

Namun, kita tahu kemenangan tipis BN di Perak dan Terengganu banyak memberi kesan yang dramatik. Kerja keras perlu dilaksanakan bagi memastikan kedua negeri tersebut dapat dikekalkan dalam penguasaan Parti BN.

Sementara ketua-ketua bahagian dan juga ketua-ketua cawangan haruslah mengenepikan rasa ego dan kepentingan masing-masing bagi menyelaraskan kerja-kerja yang masih tidak pernah selesai untuk rakyat yang sudah memilih mereka sebagai wakil mereka di PRU13 baru-baru ini.

Jika tidak keterlaluan, kepada ketua-ketua bahagian mahupun ketua-ketua cawangan berganding bahu dan bekerja samalah dengan generasi muda BN bagi memastikan kesenimbungan kerja di DUN atau kawasan masing-masing berjalan dengan lancar.

Elakkan hasad-dengki, cantas-mencantas atau pun main tikam belakang sesama sendiri. Budaya sedemikian tidak patut dipraktikkan malah ianya wajib sekali dihapuskan dalam minda kesemua ahli UMNO/BN yang sayangkan parti dan juga negara.

Peringatan juga pada orang lama atau veteran dalam UMNO dan komponen BN yang lain, lepaskanlah tanggungjawap kalian dengan rela hati kepada generasi muda. Mereka ini memerlukan sokongan serta tunjuk ajar kalian untuk memastikan roh parti keramat ini terus hidup serta masih relevan untuk kami bangsa melayu di bumi Malaysia ini.


Bersiap-sedialah menghadapi PRU14 walaupun ianya lagi 5 tahun ke hadapan. Ini adalah kerana perjuangan kali ini adalah suatu perjuangan yang lebih mencabar daripada yang lepas-lepas. Perjuangan di zaman siber ini menyaksikan pertembungan musuh di alam maya yang sangat agresif dan buas serta amat rakus membaham apa saja yang berkaitan dengan Melayu dan Islam.

Malah PRU14 ini menjadi semakin mencabar dengan adanya anasir-anasir dari luar negara yang hanya menunggu masa untuk mencampuri urusan pentadbiran serta mengugat kedaulatan undang-undang negara kita.

Lebih memeranjatkan lagi, terdapat pula musuh-musuh tersembunyi yang tidak disangka. Yakni, musuh dalam selimut dikalangan ahli parti UMNO-BN sendiri. Maka, UMNO-BN perlu bergerak pantas, berfikiran lebih ke hadapan, lebih efektif-agresif-konklusif dan berfikir di luar kotak.

Jangan hanya berfikir di bawah kepompong kita sendiri. Ambil pandangan semua pihak tak kira dari pelbagai lapisan masyarakat sekali pun demi mempertahankan agama, bangsa dan negara serta ke arah mencapai Wawasan 2020.

Perjuangan UMNO-BN tiada noktah, tiada berpenghujung selagi bangsa Melayu masih bertapak di muka bumi ini. Fikir-fikirkanlah....


GR kata: Jangan asyik syok sendiri jer yer..Buka mata, buka hati!

No comments:

Post a Comment