Turun padang bantu rakyat bukan saja musim nak pilihanraya, inilah nilai murni yang ada pada diri pemimpin BN. Perkara ini jugalah yang harus dicontohi oleh semua pihak tidak kira apa perbezaan politik sekali pun.
Rakyat yang ditimpa masalah seharusnya semua pihak turun dan tampil memberikan bantuan. Bantuan yang diberikan jangan pula dianggap sebagai atas kepentingan politik. Tapi ada pihak yang cuba mempolitikkan tindakan Menteri KDN turun padang melihat sendiri proses pasukan keselamatan dalam misi mencari mangsa yang masih lemas. Pelbagai fitnah dan tomahan yang mereka lontarkan demi mengaburi pemikiran rakyat. Pemimpin apakah perangai macam nie..??
Dalam insiden bot karam di Sarawak, pujian harus diberikan kepada kerajaan BN yang telah bertindak pantas untuk memberi bantuan seberapa segera kepada mangsa-mangsa serta penduduk penduduk yang terlibat. Kerajaan Pusat dan negeri akan membantu mengapungkan bot ekspress yang karam dengan kadar segera.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sarawak akan membantu usaha pasukan penyelamat mengapungkan bot ekspres yang karam di Giam Bungan, Sungai Rajang, Selasa lepas.
Beliau berkata kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sarawak memberi perhatian serius terhadap masalah yang dihadapi pasukan penyelamat, justeru, usaha giat dilakukan untuk membawa kren bagi membantu operasi itu.
"Ini hari keenam, secepat mungkin yang boleh pihak kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri akan berikan pertolongan serta bantuan dan juga akan terus memberi keprihatinan terhadap dua lagi mangsa yang masih hilang... dikhuatiri terperangkap di dalam bot," katanya pada sidang akhbar selepas melawat pusat operasi di sebuah pulau di tengah Sungai Rajang, Ahad.
Ahmad Zahid berkata satu perbincangan antara beliau dan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan diadakan malam ini.
"Perbincangan malam ini, kita akan cari jalan untuk bawa aset (kren) itu, saya juga akan berbincang dengan Ketua Menteri ialah mengenai pembiayaan, kos pengendalian dan kos membawa kren itu," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata semua agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri seperti polis dan Rela akan terus berusaha sebaik mungkin dalam gerakan mencari dan menyelamat mangsa melalui kerjasama dengan beberapa pihak lain seperti Lembaga Sungai-Sungai Sarawak serta penduduk kampung.
"Saya ingin menyatakan lawatan ke sini adalah mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau amat bersimpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa bot karam yang meninggal dunia dan juga kepada mangsa terselamat namun tidak dapat merayakan Hari Gawai dengan penuh kegembiraan," katanya.
Terdahulu, Ahmad Zahid mendengar taklimat Ketua Polis Daerah Belaga DSP Bakar Sebau dan Timbalan Pengarah Bomba Negeri Mohd Ali Bahudin sebelum bergerak ke lokasi nahas yang terletak dua kilometer dari pusat operasi.
Beliau turut menyumbang sejumlah RM10,000 bagi melicinkan perjalanan operasi mencari dan menyelamat dari segi penyediaan makanan serta bantuan logistik selain RM2,000 kepada John Soon Hock Chiong, yang isterinya masih hilang dalam tragedi itu.
Ahmad Zahid turut menyumbang makanan segera 'McDonald' sementara Anggota Dewan Undangan Negeri Belaga Liwan Lagang membawa 'Pizza Hut' sebagai menghargai penat lelah pasukan mencari dan menyelamat serta petugas agensi kerajaan yang melakukan pelbagai tugasan seperti menyediakan makanan dan khemah, serta petugas media yang berkampung di lokasi kejadian sejak Selasa lepas. - BERNAMA
GR kata: Ini bukan sandiwara dan lakonan tau..!!
HAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAA...
ReplyDeleteselepas 50tahun. majunya malaysia.
puiii!
ok laa tu....baru 50thn... negara barat beratus tahun ngok nk maju... macai pr...haakk ptuihh... mane korang punya pemimpin...x nak sumbang derma ke??..ke sibuk nk politikkan sume benda...hhaakk ptuihh...pr bodo
ReplyDeletenak maju cuba pegi kelantan..air paip bau tengik..selangor & penang pun pasal BN dah kasi maju..pastu claim aku yang kasi bikin ini kemajuan..bodo punya macai PR..
ReplyDeletehalo carlos konon n..gkau ni parang panjang je habuan ngkau yg belagak macam pandai memang tak tau bersyukur..tak suka duk malaysia berambus
ReplyDeletePR boleh bangunkan negara sekelip mata,Tanpa Kemalangan,Tanpa Orang sakit,tanpa macam2lagi.Pendekkata semua malapetaka ketentuan ALLAH akan dihindarkan oleh PR sekiranya memerentah!betul x Santiagooooooooo
ReplyDeleteweh, jgn la sbab politik nak kate cmtu, tu dah melawan kuasa tuhan bro. kalau Allah dah ckap kun fayakun tetap karam. bukan tgk siapa perintah.
ReplyDelete