Sunday, June 23, 2013

HOT: Anwar Ibrahim Mohon Maaf Pada Timb Pengerusi SPR, Biar Betul..??

LawaKing apa Anwar Ibrahim buat nie, berani ker dia MOHON MAAF pada SPR atas kesalahan besar pakatan haprak tabur fitnah sana sini demi kepentingan sendiri?

GR pun cabar 89 Ahli Parlimen pakatan haprak, kalau betul berjuang demi rakyat Malaysia esok tak payah turun angkat sumpah di Parlimen. Amacam ade bran ker? Apa pun rakyat lihatlah sendiri, mana Bangla Undi BN? Mana tempat pengundian BlackOut? Mana dan di mana???? Lupa lagi satu, mana bukti pemimpin BN rasuah masa berkempen PRU13?? Manaaaaaaaa...???

Seterusnya baca di bawah:

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mencabar 89 Ahli Parlimen Pakatan Pembangkang supaya tidak hadir majlis angkat sumpah di Dewan Rakyat pada 24 Jun ini jika benar mereka menuduh keputusan Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU-13) suatu penipuan.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, tindakan itu amat wajar dilakukan bagi membuktikan mereka pemimpin berprinsip serta tidak hipokrit agar selari dengan tindakan penganjuran perhimpunan jalanan semata-mata bagi membantah keputusan yang telah dibuat oleh rakyat itu.

Menurut beliau, tiga tuntutan yang diuar-uarkan menerusi perhimpunan terbabit iaitu mendesak peletakan jawatan serta-merta anggota SPR, pilihanraya diadakan semula di 30 kawasan yang dikenal pasti dan menghentikan kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya selagi anggota baru SPR tidak dilantik adalah mustahil untuk ditunaikan kerana jelas bertentangan dengan Perlembagaan.

''Kalau mereka tolak keputusan PRU-13 lalu, buat tuntutan macam-macam, maka kita cabar mereka jangan hadir majlis angkat sumpah di Dewan Rakyat Isnin ini.

''Jika tidak, ini bermakna tidak ada guna mereka mengheret rakyat di jalan raya dengan menyebar dakyah dan pembohongan tetapi dalam hati masing-masing berkobar-kobar ingin pergi ke Dewan Rakyat bagi mengisytiharkan bahawa akulah wakil rakyat," katanya.

Jelas beliau lagi, rakyat perlu sedar sikap hipokrit pembangkang itu bahawa mereka seolah-olah mempermainkan kepercayaan rakyat apabila prinsip mereka tidak sama dengan perbuatan.

Hipokrit terbesar Pembangkang ialah ketika mereka menyatakan sistem pilihanraya negara tidak adil tetapi tetap menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding serta berkempen dengan cara sebar fitnah dan sebagainya, sedangkan mereka sebenarnya mengakui bahawa kemenangan itu adalah di tangan rakyat," katanya.


GR kata: Cakap dia jelah yang betul, manusia apa macam nie? Maksum sangat ke pakatan haprak ni??

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

  1. ANUWAR LU MINTA MAAF KE
    LAWWAK LA LU

    ReplyDelete
  2. nak mampos apa? nuar gila je yg mintak maaf. dh hampir sakaratulmautpun belum tentu ingat nk mintak maaf. chehhhh!!!!

    ReplyDelete