Thursday, June 20, 2013

Alahai Artis Malaysia, Masa 'SEDAP' Pandai Simpan! Bila KANTOI Macam-Macam Alasan..!!


Benda sedap, sapa yang tak nak betul tak? Apatah lagi benda sedap yang kita buat tu kadang-kadang dibuat dengan rela hati atau pun dengann senyap-senyap. Senang cerita semua benda yang ada nikmatnya pasti SEDAP kan?

Bila GR terbaca kisah artis yang kantoi ditangkap basah oleh pihak jabatan agama, ada saja alasan mereka berikan kononnya mereka tak bersalah. Pokok takkan bergoyang kalau ditiup angin, betul tak? Tak mahulah GR huraikan lagi perangai artis lelaki yang kantoi baru-baru nie, walaupun mengenali sikap peribadi beliau. Apa yang GR mampu GR katakan, kesian pada tunangnya yang begitu terguris bila tahu balaknya kantoi dengan perempuan lain. Semua perempuan macam tu kan??

Tak kisah lah pasangan yang kantoi nie bercinta atau tidak, pokoknya walau tinggal serumah tanpa ikatan yang sah dan bukan muhrim pun itu salah disisi agama Islam.
Namun Farah berkeras bahawa dia dan Shah sudah sebulan bergelar kekasih dan Shah sendiri pernah berjanji mahu meninggalkan tunang deminya.

” Justeru perlu dijelaskan puncanya adalah kami berdua memang sudah bercinta dan kerana itu saya yakin. Shahz sendiri memberitahu tunang itu bukan pilihannya. Malah segala SMS dan saksi yang tahu kami bercinta ada dengan saya,” kata Farah.

Bagi menyokong kenyataan itu Farah tidak ragu-ragu mahu menampilkan saksi dan bukti lain seperti kandungan SMS sepanjang mereka bersama.

Sementara itu, Shahz pula mendakwa yang dia tidak pernah menyebut nama sesiapa sewaktu mendakwa dirinya diperangkap.

” Justeru saya tidak faham kenapa Farah perlu tampil menegakkan kisah kononnya kami bercinta dan tidak henti dan tiba-tiba mempersoalkan saya seakan menuduh saya kawan serumahnya pula. Kami hanya kawan biasa yang kebetulan kenal di set penggambaran,” kata Shah.



Apa pun setiap hubungan ada pasang surutnya, yang penting kita perlu hargai setiap pasangan kita. Apa yang kita lakukan niat semata-mata kerana Allah SWT dan minta dijauhkan dari kita lakukan perkara yang dilarangNYA.

Pertunangan antara Shahrizal Jaszle, dengan pelajar jurusan perubatan, Redzwani Puteri Ismail, 25, sudah pun berakhir sejak 10 hari lalu.

Bagaimanapun, berita putus tunang itu dirahsiakan pelakon lelaki terbabit.
Perkara itu disahkan keluarga terdekat pihak perempuan, yang menghubungi HIP, semalam. Wanita yang enggan namanya didedahkan itu mendakwa, dia diamanahkan keluarga Redzwani untuk berbuat demikian bagi mengelakkan gadis terbabit diganggu media dan terus menjadi bahan cemuhan masyarakat.

Menurutnya, ikatan pertunangan itu diputuskan sendiri ibu bapa Redzwani, yang berkunjung ke rumah keluarga pelakon drama bersiri, Asmara, itu pada 10 Jun lalu.

Apa saja yang ingin kita lakukan fikir dulu buruk baiknya, jangan fikir sedap. Dan jika yang sudah menjalin ikatan pertunangan sanyangilah pasangan anda. Berdoalah semoga ikatan pertunangan itu berkekalan hingga jinjang pelamin seterusnya berkekalan hingga akhir hayat. Amin....


GR kata: Ada sorang pemimpin tu dah kantoi banyak kali 'Main Depan Belakang'...anak bini dok TAKSUB lagi cam no tu??

2 comments:

  1. Berani buat berani tanggung, artis mcm ni patut dipaku atau welding, bkan digam.. Contoh yg xbaik pada anak2 bangsa.

    ReplyDelete
  2. Masa "sodap" dok dendiam.Pas kena kasi ler alasan.Biar aperpun main seks mmg sedap.Kena lak lagi artis wat mcm2 style.Eeeee

    ReplyDelete