Saturday, May 11, 2013

HARGA TONG GAS NAIK..KENAPA, TAK BOLEH KER??


Beginilah perangai manusia yang tak boleh terima kekalahan. Sudah menjadi adat dalam suatu pertandingan, ada yang menang dan juga ada yang kalah. Ada ker dalam pertandingan ade pihak yang menang jer...kalau macam tu pihak penganjur buatlah hadiah kemenangan sama rata yer tak?? Hi hi hi...

Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya seolah tak boleh terima kenyataan, kemenangan BN dalam PRU13 ditentukan oleh rakyat Malaysia sendiri. Begitu juga kemenangan Pakatan Haprak yang mengekalkan kepimpinan mereka di Selangor, Penang dan Kelantan. Kalau bukan yang mengundi mereka siapa lagi..???

Dalam pada meroyan tu, pelbagai cara yang digunakan oleh Anwar dan kuncu-kuncunya demi meraih simpati rakyat. Kononnya Pakatan Haprak sudah menang dalam PRU13, tapi 'bukti-bukti' yang diberikan oleh mereka hanya dengan cakap kosong saja. Di mana bukti yang sah? Mana laporan Polis dibuat kalau benar BN main tipu ada pengundi hantu dan sebagainya?? Manaaaaaa...???


Terbaru fitnah dan penipuan pakatan haprak kononya harga barang keperluan harian naik selepas BN menang dalam PRU13. Mana buktinya? Takkan dengan hanya penyebaran di laman Twitter rakyat sudah percaya. Jangan BODOHKAN rakyat lagi wahai Anwar Ibrahim. Rakyat tak nak ikut bodoh macam hangpa semua pakatan haprak.

Kebetulan di rumah GR kehabisan gas masak, baru tepon gas memasak Petronas... katanya harga tidak berubah, itu hanya khabar angin harga bagi tong gas 14kg = RM26.60 kalau campur kos delivery barulah kena tambah cas RM3.00 kalo tak percaya korang tepon  sendiri Petronas Home Delivery (GPHD) melalui hotline 1-300-888-427.

GR nak tanya pada Anwar Ibrahim, beliau pernah kata yang dia ada ilmu dalam ekonomi sebab tu dia pernah jadi Menteri Kewangan dulu. Kalau korang berniaga tak kiralah apa jenis perniagaan pun, korang nak untung ker rugi?? Mengenai tong gas nie, kalau kita beli dari kedai runcit biasanya diaorang akan hantar ke rumah kan? Ramai ke di antara kita ni nak keluar dan beli gas sendiri di mana-mana kedai? So...kalau penjual tong gas ni kena cas penghantaran ada masalah ker? Penjual tong gas ni dilabel orang UMNO ker? Kalau dia kaum lain selain bangsa Melayu macam mana?? Senang citerlah...Anwar dan cacai-cacai PR ni nak ke angkat tong gas yang berat tu..?? Simple question...tolong jawab!!

Sibuk kata harga barang naik...kenapa tak nak tolong hebohkan SUBSIDI KERAJAAN berikan untuk barang-barang keperluan harian kita. Tengok sini untuk pengetahuan kita semua :

 
Terimalah qada dan qadar Allah SWT dan bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan pada kita semua. Jangan cuba menolak ketentuan Allah SWT, kelak menyesal nanti tak ada gunanya. Mana orang bijak pandai pakatan haprak dalam bidang ekonomi? Takkan perkara yang mudah macam ni pun tak boleh nak fikir dan huraikan...asyik tabur fitnah dan penipuan jerk, boring laaaa.

Setuju dengan pendapat Ustaz Harun Din nie...korang cam ner??



GR kata: Anwar dan cacai PR masak kat rumah pakai dapur letrik kot. Masyuk la katakan!!

No comments:

Post a Comment