Sunday, May 19, 2013

DS @Zahid_Hamidi AKAN HENTIKAN PERTUNJUKAN SARKIS HARAM..!!


Pertunjukan Sarkis dengan segala badut nya akan menemui jalan penghujung tidak berapa lama lagi.

Pihak berkuasa yang diterajui oleh No Nonsense punya Boss akan mencari jalan menghentikan pertunjukan sarkis ini dengan serta merta.

Bersama DS Zahid Hamidi adalah reputasinya di dalam UMNO. Malah reputasinya di dalam negara juga sedang di scrutiny. Jika dia gagal untuk menangani isu sarkis tanpa permit ini maka reputasinya akan terseret bersama dan pasti nya akan tercalar.

Umum sudah ketahui reputasi orang yang mengetuai KDN sebelum DS Zahid Hamidi, ianya total failure (hanya bermain dengan amaran). Sudah tentu DS Zahid Hamidi tidak mahu reputasinya di sama bariskan dengan predecessor nya. Lihat insiden pencerobohan Lahad Datu.

Pada ketua sarkis merangkap kepala badut, tentu sekali akan mencari jalan keluar. Maksud keluar ini termasuk juga keluar negara. GR yakin mereka ini tidak akan terlepas. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

Sehingga ini badut badut sarkis berjaya "hoodwink" rakyat dan juga pengikut sendiri yang sedia untuk diperdaya. Sehingga kini juga sarkis dapat mengelak menjawap banyak pertanyaan.


Rakyat yang jahil tentu sekali tidak pernah bertanya rombongans sarkis berbaju hitam ini di mana black-out terjadi, berapa ramai bangla berjaya mengundi dan di lokasi mereka megundi. Juga soalan di mana pertambahan kotak peti undi berlaku.

Jika di tanya mana-mana calon yang menang ke semua mereka menafikan kejadian BLACKOUT kerana khuatir mereka akan terpaksa mengundi semula. Jadinya semua tidak ada yang mengaku di kawasan mereka ada black out.

Kumpulan sarkis ini mula menjadi gusar apabila PDRM bertukar kepala. Masing-masing pastinya mahu menunjuk bakat bersama Boss baru juga. Jika sebelum ini PDRM sentiasa dikekang oleh pihak tertentu yang mahu stay popular dan enggan mahu melakukan sesuatu yang EXTREME.

Selain menjadi badut di dalam sarkis, ketua badut juga akan diseret kerana kes Lahad Datu. Ini berkemungkinan kes Lahad Datu akan menjadikan dia penghuni di liang lahad jika semua bukti dipaparkan. Tuduhan pastinya mengadakan peperangan dan melawan Yang Di Pertuan Agong, sama dengan kes Al-Maunah.

Apa pun kita semua tunggu dan lihat, kita doakan semoga DS Zahid Hamidi berjaya menguruskan sarkis haram ini. Rakyat dah jemu asyik-asyik badut yang sama dengan lawak yang sama. Program Raja Lawak di Astro pun bertukar wajah dan rupa setiap musim.


GR kata: Doakan Malaysia sentiasa berada dalam keadaan selamat dan aman. Amin

No comments:

Post a Comment