Tuesday, May 14, 2013

ANWAR SEMBANG LEBIH, DENGAN PM @NajibRazak PUN TAKUT!!


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau bersedia menerima sebarang keputusan mahkamah sekiranya Pakatan Rakyat membawa ke mahkamah kes yang didakwa sebagai penipuan dalam keputusan pilihan raya umum ke-13.

Beliau berkata, sehingga hari ini, tiada sebarang bukti sahih yang dibawa oleh Pakatan mengenai dakwaan penipuan keputusan pilihan raya tersebut.

“Mereka menggembar-gemburkan satu pembohongan dalam media sosial dan cerita yang dibawa dari mulut ke mulut. Mengenai “blackout” di satu kawasan yang dikatakan sebagai cara untuk menipu dalam pilihan raya, walhal senarai daftar pemilih ada dalam tangan mereka, setiap pusat pengundian ada agen yang menyaksikan proses.

“Sehingga akhirnya, belum ada bukti sahih mengenai penipuan yang dijalankan. Maka, kalau ada satu dua kes, bawalah ke mahkamah. Mahkamah akan tentukan dan kita sanggup menerima apa jua keputusan mahkamah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di majlis sambutan ulangtahun ke-67 Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini.

Turut hadir ialah mantan perdana menteri, Tun Mahathir Mohamad dan isteri Tun Siti Hasmah Mohd Ali.

Selain itu, Najib juga menggesa Pakatan untuk mengemukakan bukti tentang dakwaan wujudnya usaha untuk mengimport 40,000 warga Bangladesh untuk mengundi dalam pilihan raya lalu.

Beliau juga berkata, sebagai sebuah parti yang sebelum ini kerap melaungkan tentang demokrasi, Pakatan sepatutnya menerima keputusan pilihan raya yang ditentukan oleh rakyat Malaysia sendiri.

“Yang anehnya mereka yang banyak bersuara tentang demokrasi yang menyatakan rakyat yang menentukan segala-galanya, setelah pilihan raya berakhir enggan menerima keputusan demokrasi parlimen yang ditentukan rakyat Malaysia sendiri.

“Pelbagai alasan diberikan kononnya telah berlaku penipuan dalam pilihan raya. Mereka bawa cerita kononnya kita import 40,000 mat bangla untuk mengundi.

“Saya nak tanya, kalau nak bawa 40,000 mat bangla, sebuah (kapal terbang) Jumbo muat seramai 400 dan bererti 100 buah Jumbo terpaksa mendarat di lapangan terbang. Saya nak tanya pada pembangkang, tunjuk di mana ada 100 buah jumbo yang mendarat di lapangan terbang,” katanya lagi.


GR kata: Mana Rafizi? Mana Nurul Izzah yer..?? Hi hi hi....

No comments:

Post a Comment