Friday, April 19, 2013

TERKINI #PRU13: ANWAR TAK NAK SPONSOR PUNCA MAHASEWEL SMM TARIK DIRI LAWAN @NajibRazak DI PEKAN!

Akta AUKU yang telah dipinda oleh Kerajaan membolehkan mahasiswa di IPTA/IPTS berpolitik. Malah mereka juga dikatakan boleh mempunyai jawatan dalam parti politik yang mereka ceburi.

Tujuan AUKU dipinda adalah untuk golongan muda terutama mahasiswa berpolitik secara bijak, bukannya berpolitik mengikut hawa nafsu dan menyebelahi pihak yang tak bertanggungjawab. Golongan muda adalah pelapis dan pemangkin negara demi membantu memajukan negara lebih maju pada masa depan.

Disebabkan terlalu taksub dan dijadikan kambing hitam pakatan haprak, segelintir mahasewel buat perkara yang tak mendatangkan faedah. Nak mansuhkan PTPTN, berdemo haram sana sini tanpa arah tujuan, hakikat sebenarnya mereka ini tak berfikir secara matang dan tak melihat sejarah sebenar.

Ingin bertanding PRU13 boleh tak jadi masalah. Persoalannya mana datang dana untuk mereka bertanding, bukankah ingin bertanding memerlukan wang deposit yang telah ditetapkan oleh pihak SPR. Lawak GR lihat mahasewel yang jadi kambing hitam Anwar, disuruh lawan PM Najib di Pekan. Kononya dapat sokongan hebat dari rakyat tapi sebenarnya HABUK PUN TAK ADA!

Baca lagi di bawah:

Petaling Jaya: Pelajar jurusan sains politik Universiti Malaya (UM), Mohamed Bukhairy Sofian, 23, menarik diri daripada menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen Pekan.

Bukhairy yang mewakili Gerakan Mahasiswa PRU-13 (GM13) mengumumkan keputusan itu awal pagi Jumaat dengan memberitahu pemimpin Pakatan Rakyat telah meluluskan manifesto Mahasiswa.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Safwan Anang berkata, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjanji untuk melaksanakan manifesto itu sekiranya Pakatan berjaya membentuk kerajaan Persekutuan.

"Bukhairy ingin bertanding di Pekan kerana pada awalnya Pakatan tidak memberi maklum balas mengenai manifesto itu," kata Safwan.

Kumpulan mahasiswa itu kini akan memberikan sokongan kepada Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa yang akan bertanding di Pekan.


GR kata: Mahasewel bertanding guna air liur, makan minum pun mintak mak bapak lagi. Ada hati nak jadi Ahli Parlimen. Haktuihhhhh!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment