Thursday, April 25, 2013

TERKINI #lahaddatu: 35 Macai Kiram Ditembak Mati Tak Sempat Masuk Sabah! @Zahid_Hamidi

GEORGE TOWN: Kira-kira 35 askar militan Sulu yang cuba memasuki Sabah ditembak mati oleh tentera laut Filipina dan pengawal pantai pada Rabu, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, kesemua mereka ditembak sebelum dapat memasuki perairan Malaysia selepas enggan berpatah balik.

Zahid berkata, menurut laporan perisikan, kumpulan tersebut cuba memasuki Sabah untuk mencetuskan huru-hara pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

"Jika mereka sudah memasuki perairan kita, kita akan mengusir mereka keluar. Kita akan mempertahankan negara ini," katanya pada sidang media di sini Khamis.

GR kata: Bang Non makin pening kepala idea jahatnya semua berjaya dipatahkan. Allah SWT masih sayangkan Malaysia. amin...

No comments:

Post a Comment