Sunday, April 14, 2013
#PRU13: HUSAM MUSA TAK LAKU DI KELANTAN, LARI PUTRAJAYA TEMPAH MAUT DIRI SENDIRI!
Sebelum penulis membuka bicara, eloklah rasanya penulis ucapkan tahniah kerana Calon PAS ini seperti diduga berjaya 'diKeldaikan' oleh PKR dan DAPig apabila bertanding di Parlimen P125 Putrajaya.
Bukan mendabik dada, tapi semua sedia maklum Parlimen Putrajaya ini antara kubu kuat Barisan Nasional (BN) dan mangsa keldai PRU13 kali ini ialah Dato Husam Musa. Ada suara dikalangan PAS sendiri yang kurang senang apabila calon 'heavyweight' mereka diletakkan dikubu kuat BN..ibarat membunuh karier politik beliau tetapi apakan daya, ini semua strategi Anwar Ibrahim. Kenapa tidak diletakkan calon PKR sahaja? PRU12 sudah jelas calon PAS tewas di tangan Calon BN YB.DS Tengku Adnan Tengku Mansor ketika itu dan mungkin BN mengekalkan calon yang sama..Tungguuuu..
Melayu jangan lupa! Sudah hampir lebih 10 tahun Putrajaya ini dibuka. Kalau dulu puak² pembangkang menyifatkan "Putrajaya projek pembaziran…Putrajaya penyebab kerugian Negara…Putrajaya projek kronisma…" tetapi sekarang lain pula ceritanya. Putrajaya kini menjadi tumpuan puak² pembangkang pula? Apa sudah jadi?? Ludah jilat balik??
Selain itu selama ini juga, penduduk² Putrajaya ini tidak pernah pun didatangi, dibantu apatah lagi diberi pertolongan oleh PAS mahupun PKR.. Semua kesulitan/kesusahan/ segala permasalahan telah diselesaikan sendiri oleh Ahli Parlimen Putrajaya YB DS.Tengku Adnan dan dibantu oleh agensi² kerajaan & swasta yang sedia ada. Diulang, 'TIDAK PERNAH' wakil PAS/PKR/DAP yang datang membantu.
Tetapi apabila menjelang Pilihanraya, barulah nampak puak² ini datang dengan Harakahnya, bendera dan sekarang Husam Musa pula cuba menyakinkan penduduk Putrajaya bahawa beliau mahu mendengar dahulu permasalahan penduduk Putrajaya sedangkan masalah itu telah dibawa oleh YB Tengku Adnan ke peringkat atasan dan beberapa masalah telah pun berjaya diselesaikan.
Sudahlah Husam, rasanya YB kami telah bekerja keras selama ini dan perkhidmatan serta jasa yang beliau lakukan(berterusan) amatlah dihargai oleh kebanyakkan penduduk Putrajaya ini. Kalau ada yang tidak berpuas hati pun hanya segelintir sahaja yang memang telah diajar untuk menentang kerajaan dan berhijrah ke Putrajaya. Selebihnya ramai yang menyayangi beliau.
Pergilah ke pelusok Presint mana sekalipun, tanyalah mereka baik dikalangan orang muda, golongan berumur mahupun mereka yang duduk di kuarters ini rata-rata mengenali hati budi dan menyayangi beliau.
(Tunggu penulis akan paparkan lagi edisi ke-2 bukti Husam tidak peka dan sengaja mengada-adakan isu yang tiada di Putrajaya)
GR kata: Bawa pelajar madrasah tahfiz dalam ceramah Husam nak citer pasal kambing ke?
No comments:
Post a Comment