Pilihan Raya Umum kali ini banyak tercetusnya sejarah, keputusan yang amat mengejutkan semua pihak selepas proses penamaan calon pada 20 April 2013. Adakah ini suatu fenomena yang bakal merubah negara ke arah yang lebih baik atau sebaliknya. Sama-sama kita fikir dan lihat, paling penting pengundi perlu membuat keputusan yang bijak pada 5 Mei 2013.
Artikel kali ini GR ingin meluahkan kekesalan dengan sikap bangsa Melayu sendiri. Sebagai contoh kita ambil senario di Bdr Tun Razak. Apakah ikrar dan bai'ah yang mereka pikul selama ini hanya mainan dibibir saja? Sejak beberapa tahun yang lepas sepakat gah sana sini untuk usir Khalid Gagap dari Bdr Tun Razak. Kenapa perlu ingkar dengan keputusan pucuk pimpinan yang meletakkan calon yang bukan pilihan mereka?
GR tidak ingin menyebut siapa nama-nama mereka ini, korang tengok gambar di atas dan mungkin ramai yang kenal. Apakah perjuangan mereka selama ini semata-mata untuk parti? Benarkah mereka ini perjuangkan nasib orang Melayu di Bdr Tun Razak? Benarkah perjuangan mereka ikhlas atau ada pihak lain yang 'CUCUK JARUM' untuk memecahbelahkan bangsa sendiri? Tepuk dada tanyalah hati.
Rakyat BTR masih sayangkan PM Najib
Pada pandangan GR ini bukannya suatu kejutan yang besar di Bdr Tun Razak. Seharusnya keputusan yang dibuat oleh PM Najib adalah yang terbaik untuk rakyat. PM Najib pun kata "Saya lebih risaukan kekecewaan rakyat". Adakah sebab mereka ini protes pada parti yang mereka naungi selama ini atas dasar ikhlas atau ada udang sebalik batu?
#Fakta yang disembunyikan Mohd Sukeri Abdul Samat :
2. Takut dikatakan hilang maruah dan kalah PRU13 kerana calon yang PM Najib letak bukan pilihan rakyat Bdr Tun Razak.
3. Mendakwa kononya peluangnya cerah kerana terlalu memberikan perkhidmatan yang terbaik pada rakyat Bdr Tun Razak selama ini.
4. Mohd Sukeri berasa dirinya bakal mendapat sokongan kuat tanpa ada jentera parti yang membantu sedangkan dia tahu tanpa jentera parti yang membantu sudah pasti dia sukar untuk menang hanya mengharapkan undi simpati terhadapnya semata-mata.
Pandangan GR senang saja, jika selama 5 tahun ini Khalid Gagap menjadi Ahli Parlimen Bdr Tun Razak tiada sebarang perkhidmatan dan pembangunan yang dibuat, kenapa perlu berikan sokongan pada dia. Penamaan calon pun tak berani nak tunjuk muka. Makan pasir lagilah korang lepas nie.
Pada rakyat Bdr Tun Razak, buatlah keputusan yang bijak. Usah dilayan mereka yang tunjuk protes dengan bertanding BEBAS. Lihat parti mana yang selama ini membantu korang selama 5 tahun ini. Pelbagai bantuan yang diberikan untuk korang, adakah calon BEBAS ini yang berkhidmat untuk Bdr Tun Razak. Mereka ini GR gelarkan "Hanya pandai bermain dibibir"....perangai lebih kurang sama macam Anwar Ibrahim. Nasib rakyat tergadailah jawabnya!!
GR kata: Banyak duit Sukeri bertanding PRU13 yer. Datang mana duit tu semua yer?? Jeng jeng jeng...Perahu ke laut jawabnya!!
Saya percaya dia di sponsor oleh seorang Datuk dalam BTR sendiri.
ReplyDelete