Friday, March 15, 2013

PANAS: KUASA ALLAH, RAHSIA ANWAR SATU PERSATU DIBAYAR 'CASH' UNTUK PENGETAHUAN SEMUA!


Gambar ini telah dirakam di rumah Anwar Ibrahim di Bukit Damansara Kuala Lumpur pada tahun 1993 sebaik sahaja selesai Perhimpunan Agung Umno.

Anwar membuat majlis meraikan perwakilan yang telah mengangkat beliau menjadi Timbalan Presiden Umno dengan menewaskan Allahyarham Tun Ghafar Baba.

Tetamu mula memenuhi rumah banglo seawal Anwar seawal jam 7 petang lagi, selepas magrib hujan lebat mula turun mencurah-curah seluruh Bukit Damansara.

Keadaan cuaca semakin buruk, angin ribut dan kilat sabung menyabung di langit, makanan yang disediakan dalam di khemah-khemah habis bercampur dengan air hujan.

Tetamu mula melarikan diri. Lebih kurang jam 8 lebih Tun Mahathir sampai di perkarangan rumah Anwar dan dengan pantas Azmin Ali menyambut Tun Mahathir dan sambil memayungi Tun Mahathir. Anwar keluar dan menyambut Tun.

Sebaik sahaja kedua-dua pemimpin UMNO itu bersalam, satu kilat yang amat kuat bergegar di langit dan menyebabkan seluruh Bukit Damansara bergelap. Anwar terus memegang payung dan membawa Tun Mahathir masuk ke dalam rumah.

Dalam khemah-khemah lilin dinyalakan untuk menerangi suasana gelap. Penulis berkata kepada rakan yang sama-sama datang dalam sebuah kereta " Tengok, apa petanda yang ditunjukkan oleh Allah pada malam tu", Apakah ini petanda satu perkara buruk akan berlaku dalam UMNO?

Pada ketika itu kumpulan yang kalah seperti Tun Sanusi, Tun Ghafar dan ramai lagi berada di satu lokasi lain meratapi kekalahan mereka. Cuma penulis agak tergamam apabila dalam ucapan penutup Tun Sanusi telah membawa beberapa helai note RM1, RM10, RM50, RM100, RM500 dan RM1000 sambil menyindir Anwar yang menggunakan wang dan merasuah perwakilan untuk menjadi Timbalan Presiden UMNO. Ucapan Tun Sanusi boleh didapati dalam buku karangan beliau.

Sumpahan petir pada malam tersebut diikuti pula beberapa tahun kemudian dengan terjadinya fenomena asap keluar dari bumi dan satu lagi petanda bahawa negara akan dilanda masalah besar.

Tak sampai sepenggal menjadi Timbalan Presiden UMNO, krisis Anwar dan Mahathir mula memuncak. Anwar mula mengatur strategi untuk menjatuhkan Tun Mahathir. Penulis terlibat dalam rancangan-rancangan mengangkat Anwar untuk menguasai seluruh kepimpinan UMNO semua peringkat.

Anwar juga menggunakan Pusat Islam, Abim dan tenaga-tenaga pengajar dari UIA untuk merealisasikan hasrat beliau.

Allah Maha Kaya , dajal bernama Anwar tidak mendapat restu, satu persatu tembelangnya pecah. akhirnya Tun Mahathir tidak dapat menahan sabar dan dajal dipecat.

LKY pernah membisikan sesuatu ke telinga Tun Mahathir mengenai tingkah laku Anwar dan menyebabkan Tun merah padam mukanya menahan marah dan malu. Sampai ke hari ini Anwar masih berdendam dengan LKY sehinggakan sewaktu isteri LKY meninggal dunia Anwar enggan menziarahinya. Hanya Nik Aziz yang tak tahu apa-apa cerita telah hadir untuk majlis pengebumian isteri LKY.

Dajal yang bernama Anwar hampir membuatkan Malaysia hampir jatuh muflis dan pada masa yang sama Anwar telah menyorok berbilion wang kertas RM500 dan RM1000 di luar negara.

Akhirnya Anwar sekali lagi kecewa kerana Tun Mahathir enggan menerima wang IMF dan Tun menambat nilai ringgit kepada RM3.80 kepada 1 USD dan Tun menghapuskan wang kertas bernilai RM500 dan RM1000 di pasaran.

Itulah serba sedikit kisah lama krisis Anwar Mahathir yang berlaku antara tahun 1994 hingga 1998 yang masih terpahat dalam ingatan penulis.

Anwar hari ini menceritakan kepada anak-anak muda bahawa beliau adalah menteri kewangan yang terbaik di dunia dan pemecatan beliau adalah kerana keengganan beliau meluluskan pinjaman sebanyak RM2 billion kepada anak Mahathir yang menghadapi krisis kewangan dalam perkapalan.

Yang peliknya ramai anak-anak muda percaya dengan kelentong beliau.

Petunjuk yang sebenar ialah tanda pembangkang akan gagal menawan Putrajaya.


Hasil nukilan sahabat baik Anwar

9 comments:

  1. kawan baik tidak akan kutuk kawan depan org ramai... ko ni jenis kawan yg bukan nak menegur tapi nak menjahanamkan kawan.. bahaya dibuat kawan.. pengkhianat..

    ReplyDelete
  2. pembetulan..kawan baik ialah kawan yg berani menegur dan menyatakan kebenaran perihal kawan yg buat silap..walau pun akibat itu menjadi dendam.

    ReplyDelete
  3. Jika cerita INI benar, Allah jua yang maha adil menbalasnya...jika INI fitnah, moga Allah bayar cash jug a kepada yang berkenaan...sekian..

    ReplyDelete
  4. Senang sangat nak menulis...kemudian tak bertanggung jawab pada penulisan, buat cerita penglipur lara boleh lah, fitnah sana sini.

    ReplyDelete
  5. bank negara rugi forex exchg pd 1993 siapa menteri kewangan ketika itu kerugian xbanyak 3b sahaja siapa bolih jawab?ini bukan fitnah

    ReplyDelete
  6. Allah swt telah bayar cash tp ramai lg tk percaya pelbagai cerita kisah yg telah diberi tp ada yg tk percaya sebab apa..sebab anda semua memandang anwar lebih mulia sehinggakan mata telinga hati tertutup utk menerima rahsia hidup dia..InsyaAllah Allah lebih mengetahui...sy berharap dapat hidup seperti dahulu tanpa ada manusia pemusnah keamanan bg kepenting diri sendiri...hanya mulut mengatakan utk rakyat hakikatnya menyusahkan rakyat...buat perhimpunan kerosakkan hasutan pecah belah...kita sepatutnya waras berfikir bukan mengangkat manusia yg merosakkan perpaduan utk diri sendiri...walau apa yg terjadi bn/umno terbaik!!

    ReplyDelete
  7. Allah dah bayar cash sebenarnya tetapi masih ada segelintir rakyat yang tak nampak dan sedar. Lihat kehidupan Anwar Ibrahim yg tak pernah tenang dgn pelbagai isu dan kejadian. Bandingkan pula dgn kehidupan Tun M dan pemimpin BN yg lain. Allah cuba tunjukkan satu persatu kebobrokan Anwar namun kamu kamu dan kamu masih taat dan taksub menyokong insan ini. Rush Murad

    ReplyDelete
  8. fuckimak lu r blogger bodoh..apa citer mengarut ko karang ni r fuckimak..

    ReplyDelete