Tuesday, March 12, 2013

HARUAN MAKAN ANAK! DUIT PUNYA PASAL AKU SANGGUP GADAIKAN MARUAH KELUARGA!


Inilah lumrah hidup manusia, kadang kala kita berada di atas kadang kala kita berana di bawah. Tapi apa yang penting maruah yang harus kita pertahankan kerana maruahlah yang menunjukkan ciri-ciri kita sebagai manusia yang berpendirian tinggi atau tidak.

Insiden Lahad Datu telah memukul segala usaha Anwar dalam sekelip mata UNTUK MENDAPATKAN SOKONGAN RAKYAT apabila sokongan terhadap dirinya sudah jatuh bagaikan nangka busuk. Penglibatan Anwar dengan penceroboh militan Sulu terbukti satu komplot berbahaya kerana Anwar sanggup mengadai keselamatan negara demi cita-cita politiknya.

Anwar kini mencari jalan untuk melepaskan diri penglibatannya DALAM INSIDEN isu Lahad Datu dengan mereka-reka cerita bahawa tuduhan liwat oleh bekas pegawainya Saiful Bukhari adalah kerja politik kotor lawanya dengan menawarkan RM1 juta kepada bapa mangsa liwatnya.


Betul kata-kata orang-orang tua dulu, kerana duit manusia sanggup lakukan apa saja. Jangan kata kawan-kawan boleh bergaduh pasal duit, anak beranak pun sanggup. Di manakah letak perasaan seorang bapa yang mendidik dan menjaga seorang anak dari kecil sampai besar, akhirnya diperlakukan sebegini.

Kenyataan yang diberikan oleh bapa Saiful juga pelik. Pada peringkat awal kata kes anaknya 'DIDALANGI' oleh pihak tertentu yang ingin menjatuhkan Anwar Ibrahim. Siapa yang MELIWAT dan DILIWAT nie yer?? Menurut sumber, bapa Saiful telah lama berstatus “penanam anggur”, yang mengakibatkan masalah kewangan yang runcing. Tidak diketahui GR samada dia seorang yang pemalas, atau sebaliknya. Namun yang pasti, kereta yang dia kerap gunakan sebelum ini (sehinggalah pengakuan U-Turn darinya dibuat) adalah pinjaman dari kenalannya.

Dan kenyataan beliau hari ini lain pula dan di mana akuan SUMPAH LAKNAT yang beliau kata berani buat demikian?
Azlan mendakwa beliau sudah lama meminati Anwar dan “ berjuang sejak 1998 sebagai penyokong di peringkat akar umbi PKR.”

“Saya amat meminati PKR dan hari ini saya menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan saya mendoakan agar kepimpinan PKR dan PR akan mencapai kejayaan cemerlang dalam PRU13 nanti berbanding keputusan PRU12.”

Kalau meminati Anwar sudah sekian lamanya kenapa dulu beria-ia PERTAHANKAN anaknya yang DIJUBO Anwar? Atau pun sekarang beliau sendiri yang telah DINODAI oleh Anwar Ibrahim? Musykil-musykil....

Antara kenyataan akhbar yang dibuat oleh Saiful Bukhari Azlan:

1. Amat sedih dan dukacita dgn bapa beliau kerana telah menjadi mangsa kerakusan politik, makhluk yang bernama DSAI

2. Demi Allah, agama, bangsa dan negara tercinta, Saiful menyatakan beliau Ingin menegaskan bahawa beliau tidak sama sekali akan berganjak dgn dakwaan bhw beliau telah menjadi mangsa liwat DSAI. Saiful akan terus Istiqamah dan berpegang teguh pd dakwaan sebelum ini.

3. Segala keterangan di Mahkamah sebelum ini, termasuk sumpah laknat yg telah lafaskan sebelum ini akan pegang sehingga akhir hayat.

4. Kepada Anwar Ibrahim bertaubatlah, telah 5 tahun bertahan dan berdiri teguh walaupun sukar. Saiful pasti Allah akan balas apa yg AI telah lakukan. Sungguh terdesak dan jijik sekali.

5. Saiful juga memberi amaran kepada Anwar Ibrahim, walaupun terrdesak jgn membabitkan bapa kandung beliau utk memutar belitkan keadaan sebenar semata-mata hendak mencapai matlamat politik PR

6. Walauapun berlaku, Saiful yakin pd ALLAH, kebenaran tidak dpt dihapuskan walau apa sekali pun

7. Percaya isu ini sengaja ditimbulkan bagi mengalih perhatian isu ‘ pengkhinat negara’ yg sedang berlaku. Walaupun berlaku, yakin pd Allah yg benar tetap benar

8. Akan terus berdoa agar Allah bukakan hati bapa kandung beliau utk kembali pd jalan kebenaran, pertahankn anak kandungnya yg menjadi mangsa liwat

9. Sebagai seorg anak, kasih sayang dan hormat kepada seorang ayah akan kekal hingga ke akhir hayat

10. Pd seluruh Malaysia, Saiful menyeru agar tidak terpedaya dgn permainan jijik DSAI

11. Kedaulatan negara kini sedang diancam musuh, ditambah pengkhianat musuh dlm selimut membantu, sudah ramai wira kita telah terkorban, marilah sama2 kita berdoa dan pertahankan Negara kita

12. Akan terus berdoa, sabar dan istiqamah.





GR kata: Kesian Saiful dapat bapa yang macam nie...isk isk isk

1 comment:

  1. KALAU BOLEH SAIFUL NI PUN BAPAK DIA NAK JUAL KAT ANWAR IBRAHIM.

    ReplyDelete