Sunday, February 24, 2013

Urus Ekonomi Negara Untuk Rakyat! Anwar Tabur Air Liur JAHANAMKAN Negara!!

Kewibawaan dan keupayaan kerajaan dalam menguruskan ekonomi negara akan menjadi satu daripada faktor penyumbang utama kepada kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, ekonomi Malaysia yang diurus dengan baik membuka peluang ekonomi dan pekerjaan kepada rakyat jelata.

"Rakyat akan menilai keupayaan kerajaan mengurus ekonomi negara. Program transformasi yang dilaksanakan selama beberapa tahun kini telah menyumbang kepada pertumbuhan pesat ekonomi (di Malaysia) berbanding negara lain di rantau ini," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis pecah tanah projek perumahan mampu milik di sini hari ini.

Beliau berkata, pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah antara yang tertinggi berbanding negara lain di rantau ini dengan mencatat 6.4 peratus dalam suku keempat tahun lepas, 5.6 peratus dalam suku kedua dan kadar lebih tinggi dijangka tahun ini seperti diramal pakar ekonomi.

"Manfaat daripada kedudukan ekonomi yang positif ini sedang dirasai rakyat. Lebih banyak peluang pekerjaan dan pelaburan besar terus tiba, selain pertumbuhan ekonomi dan pengembangan perniagaan yang mengambil tempat dengan membawa pulangan tinggi," katanya.

Beliau berkata, pendapatan per kapita rakyat yang kini berjumlah hampir AS$9,800 lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya dan ini merupakan petanda baik bagi ekonomi negara.

Muhyiddin berkata, jika momentum ekonomi yang positif ini berterusan dan jika trend itu kekal sehingga 2020, pendapatan per kapita rakyat akan berada pada AS$15,000.

"Oleh itu, faktor ekonomi seringkali diutamakan dalam bila-bila masa di mana-mana negara yang menghadapi kemelesetan ekonomi atau krisis ekonomi seperti di Eropah tetapi Malaysia mampu menjana pertumbuhan ekonomi. Ini akan menjadi satu kelebihan dan membawa kesan berganda kepada negara dengan pelaburan besar akan masuk ke dalam negara. Bagi saya, ini akan menjadi satu trend yang amat penting," katanya.

Beliau berkata, keadaan itu boleh dilihat di Labuan, selaku hab minyak dan gas negara dengan menerima kemasukan pelaburan yang besar ke pulau ini.

Mengenai ramalan Economic Intelligence Unit berhubung kemenangan BN pada pilihan raya umum akan datang berikutan pertumbuhan positif ekonomi Malaysia, beliau berkata, bukan hanya unit itu yang meramalkan sedemikian, bahkan juga penganalisis politik dan ahli akademik. - BERNAMA

GR kata: Bang Non bab jahanamkan negara memang POWER RANGER!!

No comments:

Post a Comment