Tuesday, February 12, 2013
PERHATIAN!! INFO DARI @PDRMsia - CARA BARU CURI KERETA!!
Sila ambil perhatian pembaca yang budiman..
AMARAN - BERHATI-HATI PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA
-- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN ) Sedarlah semua! Tolong sebarkan. Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk ke dalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.
Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yang melekat ditengah-tengah cermin belakang menghalang pandangan kita. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.
Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk ke dalam kereta dan memecut pergi. Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.
Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih di dalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan segala kunci kita. Rumah kita dan kesemua identiti kita telah diperolehi!
BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN!!
Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca peringatan ini.
GR harap korang akan sebarkan kepada kawan-kawan dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.
GR kata: Sentiasa beringat dan berhati-hati....
No comments:
Post a Comment