Saturday, February 23, 2013

Konvoi Anak Muda Labuan Siap Siaga Pertahankan W.Persekutuan Dari Dirampas Pembangkang

Sejak jam 7.00pagi, anak-anak muda dan masyarakat W.Persekutuan Labuan bersama-sama berkumpul meraikan Karnival Penutup Hari Wilayah Persekutuan.

Anak-anak muda mula berkumpul seawal pagi membuat aktiviti yang menyihatkan badan bersenamrobik. Selepas itu anak-anak muda berkonvoi ke 27 buah kampung sekitar WP Labuan. Konvoi diketuai oleh Ketua Pemuda UMNO Labuan, Sdr Rafi Hasan dan disertai oleh Ketua Pemuda WP dan Ketua Pemuda Bahagian-bahagian WP.

Konvoi juga memberikan bantuan-bantuan kepada masyarakat disetiap kampung mereka singgah. Bantuan diberikan dapat meringankan sedikit beban dalam keperluan harian mereka.

Tahniah pada anak muda Labuan kerana semangat juang yang tinggi sentiasa menyokong Transformasi Kerajaan yang dipimpin oleh DS Najib Razak.


GR kata: Anak Muda Sokong PM Najib

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment