Wednesday, February 20, 2013
HOT: TERESA KOK DIANGGAP SUNDAL OLEH DAP, DIGUNAKAN SANA SINI SEBAGAI 'PENYEDAP'!!
Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok didesak meletak jawatan sebagai Pengerusi DAP Selangor ekoran didakwa gagal melaksanakan tugas dengan baik selain mengamalkan sikap pilih bulu dalam menangani masalah rakyat.
Desakan itu dibuat bekas Ketua Cawangan DAP Pantai Sepang R.Vellasamy yang mendakwa banyak masalah rakyat, terutamanya masyarakat India di Selangor yang tidak dapat diselesaikan oleh beliau.
Selain tugasnya sebagai anggota Parlimen Seputeh, Kok juga merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kinrara yang dilantik sebagai Exco kanan kerajaan Selangor sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan kerajaan negeri.
"Semua jawatan dia mahu, tetapi tidak boleh buat kerja, sebab itu sekarang banyak masalah di Selangor," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.
Teresa Kok dituntut, didesak dan disuruh meletak jawatan kerana sikapnya yang tidak bertanggungjawab sebaliknya sangat suka bermain politik dan beretorik dalam segala hal. Pada masa yang sama, Teresa Kok juga sangat alergik dengan perkataan 'masalah rakyat' walaupun dia sebenarnya berjawatan selaku Wakil Rakyat.
Beliau berkata tahun lepas, Kok mengadakan pertemuan bersama masyarakat Cina di Sungai Pelek, Sepang bagi menyelesaikan masalah rumah ibadat dan sekolah, tetapi tidak mengadakan pertemuan serupa bagi menyelesaikan masalah masyarakat India.
"Sebelum ini, saya telah hantar 11 memorandum minta bantuan bagi kebajikan masyarakat India di Sungai Pelek, Sepang tetapi sehingga kini masih tiada maklum balas," katanya.
Vellasamy yang dipecat daripada DAP pada Mei tahun lepas turut mendakwa beliau digelar sebagai "mabuk" oleh Kok kerana sering membangkitkan isu masalah rakyat yang tidak diselesaikan oleh DAP dalam beberapa mesyuarat parti itu.
"Pada tahun 2008, masa itu mereka (pakatan pembangkang) tiada tempat untuk mesyuarat, kita bagi tempat di kuil, mereka janji akan bagi sumbangan dan tanah dengan geran untuk kuil, tetapi sampai sekarang tak ditunaikan," katanya.
11 memorandum yang dihantar oleh Vellasamy kepada Teresa Kok, kesemuanya telah dibakulsampahkan. Dan apabila Vellasamy kerap bertanyakan masalah rakyat yang tidak dihiraukan oleh Teresa Kok, akhirnya dia dipecat dari parti.
Boleh desak dan tuntut sajalah. Cina Yahudi itu tidak akan peduli dengan tuntutan sesiapa pun. Sebabnya dia tahu, Lim Guan Eng sendiri pun tidak akan berani menyentuhnya. Dengan slogan Teresa Kok yang begitu berlagak "No Complain, No Help" rakyat di Seputeh hanya makan asap saja.
GR kata: Sedap sangat kot Ahsooo DAP ni..tu yang Guan Eng takut sangat.
No comments:
Post a Comment