Wednesday, February 13, 2013
BUDAK DAP BANGSAT DIJATUHKAN HUKUMAN PENJARA! PADAN MUKA!!!
Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara sebulan dan didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah dan anggota polis, Isnin lepas.
Leong Pei Koe, 29, seorang juruukur bahan, didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah ketika kenderaan rasmi baginda melalui balai pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, dekat sini,pada pukul 11.50 pagi, 11 Feb lepas.
Bagi pertuduhan kedua, Leong didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada anggota polis ASP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid di tempat, masa dan tarikh yang sama.
Bagi kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dihukum menurut Seksyen 294 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan pertama Majistret Muhamad Hidayat Wahab menjatuhi hukuman penjara 30 hari dan denda RM6,000 atau penjara dua bulan jika gagal membayar denda.
Bagi pertuduhan kedua Leong dijatuhi hukuman penjara tujuh hari dan dendaRM2,000 atau penjara sebulan jika gagal membayar denda itu.
Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman dijalankan serentak dari tarikh tangkapan iaitu 11 Feb.
Leong membayar denda itu. Muhamad Hidayat menjatuhi hukuman itu berdasarkan pengakuan salah dan rayuan Leong bahawa dia memohon maaf atas kesalahan itu selain kepentingan awam.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA
GR kata: Hukuman terlampau ringan, pihak kerajaan perlu kaji semula undang-undang baru untuk kesalahan menghina Kesultanan DiRaja.
Kita tidak lagi hidup berharmoni dan saling mnghormati spt dahulu,raja di perlekehkan, Islam di cerca.. Mereka semakin biadap dan kurang ajr kerana tindak tanduk kita juga... Kerajaan harus lebih tegas mnangani gejala ini agr tidak mnjadi budaya kurang ajr!
ReplyDeletesaya setuju pendapat sdari hamidah. tindakan penjara itu perlu tapi pihak kerajaan harus kaji semula rang undang2 demi menjaga kesultanan DiRaja.
ReplyDeleteMula2 Namewee, dia minta maaf pas tu lepas, seolah olah tidak ada perkara berlaku. Kemudian Patrick Teoh...dah maki hamun dengan perkataan kesat tentang umat Islam lengkap degan perkataan 'Mother @#*%&#..., lepas juga DAN ini yang ke tiga. Kalau di Thailand,China atau di Singapura, budak ni dah di halau dan kerakyatan di lucut serta merta... Kerajaan kita masih berlembut... Nak tunggu apa??? Orang mengamok bakar kedai dan bunuh membunuh baru nak ambil tindakan????? Sebelum berlakunya 13 Mei 1969 dahulu, PROVOKASI seperti ini lah di mainkan oleh parti lawan sebelum pilihan raya... Saya syorkan pada pemerintah jangan lah tunduk sangat pada budaya seperti ini sebelum terlambat. Jangan lah di ganggu si Harimau yg sedang lena tidor... Faham akan maksud saya?
ReplyDelete