Saturday, February 9, 2013

ANWAR JUMPA HARON DIN MINTA TALQIN SEBAB NAZAK NAK 'MATI'!!


Apa saja kalau tak menggunakan kaedah pusing 360 darjah bukan Anwar Ibrahim orangnya. Baru-baru ini ada pertemuan sulit antara Anwar dan Ust Haron Din.

Dalam blog MSO si penjilat tegar Anwar Ibrahim telah memusing fakta perkara yang sebenar berlaku. Kononnya Ust Haron Din yang beria-ia pergi ke rumah Anwar dan pertemuan sulit itu adalah untuk membantu Anwar. Berapa banyak Anwar BAYAR anda wahai saudara MSO untuk menipu rakyat?

Ust Haron Din nak melutut pergi jumpa Anwar? Fikirlah secara logik akal fikiran kita, nak bandingkan taraf Ust Haron Din dan Anwar Ibrahim antara langit dan bumi. Kenapa puak-puak Anwar ni sanjung tinggi melangit manusia seperti ini? Tengok muka dia seorang yang suci dari segala dosa ker??

Kita lihat dari dulu lagi, 'Fatwa Politik' yang dikeluarkan oleh Anwar memang tak masuk akal. Contohnya sejak tahun 2010 isu kalimah Allah, Anwar kata berhak digunakan dalam Bible. Gila ke apa dia ni? Dan kenyataan beliau ditentang hebat oleh Ust Haron Din. Imbas kembali video di bawah :



MSO kata “Pada pertemuan itu Haron Din dikatakan datang bersendirian manakala Anwar ditemani oleh seseorang yang lain mungkin untuk dijadikan saksi. Pertemuan itu di luar rumah Anwar? Tiada kenyataan akhbar bersama dikeluarkan oleh mereka berdua selepas itu dan ini menguatkan lagi tanggapan ia amat SULIT dan PENTING. Jangan menghiris hati sudahlah…

“Sekiranya ia atas urusan Pakatan Rakyat sudah pasti pertemuan itu akan melibatkan salah seorang lagi wakil PR iaitu DAP. Tetapi yang nyata tiada wakil DAP,”katanya.
Pertemuan bersifat misteri konon dengan dihidangkan susu pekat panas, buah-buahan, air kopi O dan sandwich...pandai betul main wayang kulit yer. Pertemuan di rumah Anwar Ibrahim yer....

Perkara yang sebenar ialah : Pada 4 Feb 2013, Anwar telah datang ke rumah Ust Haron Din di Bangi pada waktu malam. Tujuan Anwar jumpa Ust Haron Din disebabkan beliau dah 'Nak Mati' kerana mesyuarat Dewan Ulama' PAS pada 3 Feb 2013 memutuskan tidak menerima Anwar sebagai Perdana Menteri jika Pakatan menang PRU13 nanti.

Sebab itu lah Anwar Ibrahim pergi ke rumah Ust Haron Din untuk memujuk Ust Haron Din dan menyatakan kesediaan beliau untuk tak jadi Perdana Menteri nanti dan yang penting agenda PR harus diteruskan untuk PRU13 nanti.

Persoalannya sekarang, selepas Anwar jumpa Ust Haron Din boleh percaya ker beliau sedia untuk dengar keputusan Dewan Ulama' PAS? Bersediakah beliau untuk tak jadi PM sedangkan sejak dari dalam penjara dulu lagi beliau dah pukul canang akan jadi PM suatu hari nanti? Macam mana pula agenda tersembunyi beliau dengan DAP...boleh biar terkubur macam tu saja ka??


GR kata: Kita lihat siapa yang kena cerai talak 3 nanti....

No comments:

Post a Comment