Thursday, January 3, 2013

#TanahKelantan: ANGKARA NGA DAN NGEH, NIZAR LAMBAI HILANG ENTAH KE MANA!?


Hari ini sudah masuk hari yang ke 17 sejak pembongkaran mengenai penyelewengan PAS dalam mendapatkan jawatan Menteri Besar Perak. Rakyat seharusnya sedar dan berfikir kenapa penyelewengan tanah di Kelantan ini diberikan kepada 2 ekor puak DAP ini. Sedangkan ramai rakyat di Kelantan yang memohon untuk memiliki tanah tapi permohonan mereka ditolak.

Apa akibatnya tanah yang seluas 10,526 ekar diberikan begitu saja kepada Nga dan Ngeh ini? Sudah tentulah nasib rakyat merana, kesannya GR lihat boleh membuat rakyat hidup merempat dan hasil pendapatan negeri juga terjejas disebabkan ada pihak yang sanggup mengadaikan nasib rakyat demi kepentingan peribadi.

Dalam hal ini, GR ingin bertanyakan di manakah YB Nizar Jamaluddin? Kenapa diam membisu? Sedangkan beliau mengelarkan diri sendiri 'Champion' dan lancang berkata-kata dalam menghentam UMNO/BN. Bukan itu saja menghentam sistem perlembangaan dan sistem Diraja negara kita juga beliau berani. Masih ingat dengan perangai bodoh beliau yang menghentam Sultan Johor mengenai pembelian no. plat kereta beberapa bulan yang lepas??

Dalam hal ini KENAPA NIZAR MAHU LEPAS TANGAN? Walhal beliau jelas kita nampak dijadikan sebagai kambing hitam dan sanggup membuat apa saja arahan yang diberikan oleh Nik Aziz kepada beliau. Kalau tak, takkan beliau jadi Menteri Besar Perak...ye tak??

Banyak perkara pelik yang Pakatan Haprak cuba untuk 'coverline' dari isu ini dan seharusnya kita semua rakyat Malaysia tidak mudah lupa. Guan Eng cuba menimbulkan perasaan marah pada umat Islam mengenai penggunaan Kalimah Allah S.W.T boleh digunapakai oleh bukan Islam. Sehinggakan beliau sanggup pulang ke Malaysia dari bercuti di Australia semata-mata untuk cuba menutup isu penyelewengan tanah di Kelantan ini. Keesokkkan harinya beliau terbang pula ke Hong Kong untuk sambung percutiannya.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, isu penggunaan Kalimah Allah S.W.T ini telah pun ditimbulkan oleh DAP pada sekitar tahun 2009-2010 dan ianya masih dalam perbicaraan kes mahkamah rayuan. Pendapat GR tidak perlu untuk ditimbulkan lagi dan Guan Eng nak pi meroyan bagai buat apa dan kenapa??

Dalam pemilikan penyelewengan tanah ini, berdasarkan iklan yang mula tersiar di sebuah laman web pembelian hartanah terkenal, pada 12 Januari 2012, konsesi seluas 10,526 ekar tersebut adalah milik Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan dipajakkan kepada UPSB.

Pada peringkat awalnya keluasan tanah 10,526 ini pemilikan pajakanya adalah selama 40 tahun, TAPI BAGAIMANA pemilikan pajakan menjadi kepada 70 tahun dari 3 Mei 2006 hingga 3 Mei 2092??

Mustahil perkara ini tanpa pengetahuan Nik Aziz sedangkan jelas terbukti ini adalah hasil dari kelulusan yang diberikan sendiri oleh beliau. Inikah sikap seorang pemimpin yang kononnya memperjuangkan Islam tapi dari segi muamalat sesama manusia hancur teruk. Seorang Menteri Besar sanggup mengadaikan nasib rakyat demi kepentingan politik peribadi mereka sendiri.

GR cabar pada YB Nizar Jamaluddin, kalau beliau anak jantan dan berani memperjuangkan serta menegakkan keadilan seperti mana yang beliau 'Champion' sebelum ini, bangun dan tampil ke hadapan berikan penjelasan mengenai penyelewengan tanah Kelantan ini. Janganlah pula ikut perangai pemimpin dalam Pakatan yang lain, tak nak masuk campur dalam hal ini. Biarkan Ngah dan Ngeh terkial-kial untuk defend diri sendiri. Sekejap kata tak terlibat, last-last mengaku jugak terlibat sama.

GR dengar pemimpin dalam Pakatan kata "Pandai makan, pandai simpanlah".....


GR kata: 10,526 ekar tanah 4x besar Putrajaya tu...Wow!!!

No comments:

Post a Comment