Tuesday, January 8, 2013

Siapa Anwar Nak Kurang Ajar Dengan Sultan?? #PRmenipu

Apa sajalah puak Pakatan Haprak ni, ada saja yang tak kena. Isu penyelewengan Tanah Kelantan masih belum selesai...kenapa diam membisu??

Jika berani dan bersikap adil untuk rakyat...apatah lagi perjuangan politik mereka selama ini 'bersih belaka' tiada sebarang kotoran degil, perjelaskan perkara sebenar pada rakyat.

GR ingin memberitahu pembaca sekalian, isu Kalimah Allah ini adalah perkara lama yang cuba ditimbulkan semula oleh puak Pakatan Haprak semata-mata untuk kaburkan pemikiran rakyat dari isu Tanah Kelantan. Keputusan mahkamah rayuan juga masih dalam proses dan pertimbangan.

Anwar sekarang cuba untuk menjadi 'Mufti' yang tak bertauliah, menyokong Kalimah Allah boleh digunapakai oleh agama lain. Ini adalah salah satu cara puak Pakatan untuk menimbulkan kemarahan semua kaum dan lama-kelamaan boleh menghuru-harakan negara.

Alasan tak masuk akal Anwar macam biasa...semuanya salah UMNO/BN. Persoalannya sekarang siapa yang menimbulkan isu-isu mengarut ni yer demi kepentingan peribadi? Siapa? Jawablah Pak Sheikh Anwar....

Anwar cuba memutarbelitkan fakta dengan fungsi MAIS ini adalah kerana Exco Agama Neg Selangor sekarang siapa ye? Korang fikir-fikirkanlah yer....

Baca lagi di bawah :

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa mempertikai titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melarang penggunaan kalimah Allah di kalangan orang bukan Islam di negeri ini.

"Mais bergerak bebas dan tak ada kena-mengena dengan kerajaan negeri Selangor...bahkan beberapa kenyataan Mais itu tidak semestinya mewakili kerajaan negeri.

"Sebab itu semua larangan berkenaan hanya terpakai kepada Pakatan Rakyat dan tidak kepada Umno," katanya dalam nada sinis pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini.

Setiausaha Mais, Datuk Mohd Misri Idris dalam satu kenyataan berkata, Sultan Sharafuddin melahirkan rasa kesal terhadap kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng baru-baru ini yang menggesa Kerajaan Persekutuan membenarkan kalimah 'Allah' digunakan dalam kitab Bible versi bahasa Melayu.

Berikutan itu, Mohd Misri berkata Tuanku telah memanggil satu mesyuarat tergempar dengan ahli-ahli Mais, Mufti Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 6 Januari lalu berhubung perkara itu.

Tegasnya, baginda membuat keputusan dan menetapkan bahawa kalimah Allah adalah perkataan suci yang khusus bagi umat Islam dan dilarang untuk digunakan oleh mana-mana agama bukan Islam di Selangor seperti yang dinyatakan dalam fatwa dan diwartakan pada 18 Februari 2010.

GR kata: MAIS di bawah JAIS...itu bukan kuasa di bawah Kerajaan Negeri ke??

No comments:

Post a Comment