Tuesday, January 22, 2013
"SAYA UCAP KALIMAH SYAHADAH KALI KE 2 SEBAB TAK NAK SESAT BERSAMA PAS..!!"
Che Ramli Daud, 55, yang awalnya dianggap bukan penyokong PAS terpaksa mengucap dua kalimah syahadah sekali lagi sebagai tanda kembali ke dalam Islam bagi membolehkan imam dan penduduk kampung menghadiri majlis tahlil arwah ibunya.
''Biar pun terfikir bahawa saya bukan kafir, saya melakukan juga di hadapan imam di rumah arwah emak di Kampung Beris Tengah Kubur Besar, Bachok, Kelantan sebelum majlis tahlil kerana sekitar kampung kebanyakannya orang Pas.
''Saya pula ketika itu dilihat sebagai penyokong UMNO kerana menjalankan usaha membuat perabot dengan bantuan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), jabatan yang dikaitkan dengan kerajaan Barisan Nasional dan orang UMNO," ujarnya.
Menyingkap masa lalunya, dia yang menetap di Bukit Perepat dekat sini sejak hampir dua dekad lalu menceritakan ketika Amanat Haji Hadi memuncak sehingga menjadi pegangan hampir keseluruhan penduduk, UMNO seolah-olah tidak lagi wujud.
Janganlah kita terlalu taksub dalam berpolitik, jika berpolitik gunakanlah akal dan fikiran yang Allah S.W.T berikan pada kita demi masa depan agama, bangsa dan negara. Pakatan Pembangkang hanya menggunakan pelbagai propaganda jahat untuk menyesatkan umat Islam.
Dalam Islam kita boleh berpolitik tapi jangan berpolitik yang boleh menyesatkan semua umat. Berfatwa dalam bab agama Islam perlulah berlandaskan Al Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W bukannya berfatwa mengikut kepala sendiri. Renung-renungkan...
GR kata: Pemimpin tertinggi PAS pun ada yang tak boleh ikut fatwa Nik Aziz. Macam mana tu??
No comments:
Post a Comment