Tuesday, January 15, 2013

KELUHAN: KHALID IBRAHIM PUNYA PASAL, GR YANG TANGGUNG RISIKONYA!!


Masih berkisarkan cerita mengenai 'KEHEBATAN' MB Selangor TS Khalid Ibrahim ini. Malam tadi GR mengeluarkan artikel mengenai KEJAYAAN yang beliau telah lakukan pada rakyat khususnya di Selangor dan juga Bdr Tun Razak.

Pada hakikatnya ramai yang melenting dan menyindir bahawa artikel yang GR keluarkan malam tadi berbau lucah. GR mohon maaf jika ada yang berfikiran demikian tapi jika di adaptasikan maksud yang sebenarnya mungkin ramai juga yang mengerti apa yang Khalid Gagap ini telah buat rakyat merana. Artikel tersebut boleh baca DI SINI.

Jika kita semua lihat sejak Khalid Ibrahim memegang jawatan ahli parlimen, ADUN dan juga MB Selangor apa yang beliau lakukan untuk kebaikan dinikmati oleh rakyat? GR ingin menyentuh di kawasan Bdr Tun Razak kerana beberapa pembaca yang mengatakan artikel-artikel yang dikeluarkan sebelum ini artikel bodoh semuanya.

GR tak nak ulas panjang sebab dah berkali-kali perkara yang sama...hasilnya Khalid Ibrahim tiada sebarang tindakan susulan yang dibuat. MOHON TAN SRI JAWAB SOALAN DI BAWAH :

1. Apakah fungsi ahli parlimen di Bdr Tun Razak? Tugas dan mandat yang diberikan oleh rakyat kenapa tak laksanakan dengan penuh tanggungjawab?

2. Apakah fungsi pejabat ahli parlimen di Bdr Sri Permaisuri? Rakyat mahu adukan masalah pada siapa jika pintunya selalu ditutup?

3. Kenapa jika ada sebarang bantuan dari ahli parlimen, penerimanya hanya diberikan pada golongan terpilih saja sebagai contoh mereka yang taksub pada PKR saja. Inikah keadilan namanya?

4. Di mana pembangunan untuk kebaikan rakyat BTR seperti yang dijanjikan pada PRU 12 yang lepas?

5. Kawasan peniaga makanan di Bdr Sri Permaisuri di hadapan deretan kedai diberikan jaminan oleh Khalid Gagap untuk dinaiktaraf kepada yang lebih baik, sejak memegang jawatan Ahli Parlimen BTR hingga sekarang indah khabar dari rupa. Kenapa?

6. Tiada sebarang bantuan untuk anak muda dibangunkan. Kemudahan yang dibangunkan adalah hasil dari pihak lain. Kenapa YB makan gaji buta?

7. Adakah YB ambil mudah berkhidmat di BTR kerana K.Lumpur ini di bawah pentadbiran kerajaan pusat? Sebab itu YB boleh goyang kaki...macam tu ker??

8. Bantuan untuk warga emas dan golongan kurang mampu yang dijanjikan masih belum dikotakan?


Mungkin ada yang membaca blog ini terpedaya dengan tajuk yang ajak berbau lucah, tapi apa yang ingin disampaikan pada pembaca ialah tugas dan perkhidmatan sebenar yang diberikan oleh YB2 dari Pakatan Haprak ini kepada rakyat. Mungkin dikalangan pembaca ada yang menerima nasib yang sama seperti rakyat di Bdr Tun Razak dan mereka ini telah buka mata kerana undi mereka pada PRU 12 hanyalah sia-sia.

Semua lapisan masyarakat Bdr Tun Razak harus sedar, jika diberikan mandat sekali lagi kepada YB seperti Khalid Ibrahim ini nasib serupalah yang korang akan terima. Sudah hampir 5 tahun memerintah jadinya macam tu juga...nak tambah lagi 5 tahun ker? Korang fikirlah sendiri yer...

Lihat video di bawah, keluhan rakyat untuk renungan kita bersama :




GR kata: Rindulah nak jumpa Khalid Ibrahim....

No comments:

Post a Comment