Saturday, June 30, 2012

AMBOI, DAHSYAT BETUL ARTIS MALAYSIA NI!!


Apa nak jadi dengan artis Malaysia sekarang ni... Aksinya menyeksakan mata memandang? Artis ini pernah digelar Pamela Anderson Malaysia tidak lama dulu. Apa yang GR tahu, artis ini tidak memberikan sebarang komen tentang gelaran tersebut.

Pembaca lihatlah antara aksi Lana semasa berparti bersama teman-teman di Anchol, Jakarta dalam Sandscape Beach Party pada 16 Jun lalu. Parti itu diadakan sempena Festival Bunga Api Antarabangsa Indonesia 2012 dan hiburan sampai pagi yang dianjurkan di tepi pantai di Anchol.



Siapakah lelaki yang bersama artis ini... Pakwe beliaukah atau pun teman tapi mesra? Inikah trend artis Malaysia yang ingin kita banggakan?? Pada pembaca yang tahu siapakah artis yang dimaksudkan ini tidak perlulah GR beritahu. Apa pun pada mereka yang bergelar artis fikir dahulu sebelum buat. Renung-renungkan....


GR kata: Nak popular kena tayang body sana sini ker? Macam-macam dunia artis sekarang...

PANAS: @abby_abadi112 MALUKAN POK NIK DI KELANTAN?


Sekarang ini heboh diperkatakan golongan artis sudah mula cenderung ke arah politik. Apa yang mereka lakukan ini adalah suatu perkara yang sangat baik. Golongan artis juga seperti manusia biasa, mereka juga pernah membuat salah dan silap. Apakah dengan cenderung kepada politik mereka ini ingin menunjukkan sesuatu kepada rakyat?

Pada pendapat GR, jika artis itu menunjukkan sesuatu yang baik itu amat digalakkan kerana mereka ini golongan yang selalu menjadi perhatian masyarakat. Ini termasuk dengan artis cantik manis seperti gambar di atas Abby Abadi yang sekarang ini menunjukkan perubahan diri yang baik terhadap diri beliau. Ada kisah menarik tentang beliau....

GR sokong perkara yang baik dibuat oleh beliau....tapi ada suatu yang membuatkan GR pun terkejut beliau telah memalukan pihak penganjur dalam satu majlis ceramah perdana PAS di Kelantan. Kenapa boleh jadi begitu yer? GR juga dikhabarkan pihak penganjur sudah memberitahu awal-awal kepada mereka yang hadir bahawa ada 'SURPRISE' menanti mereka, tapi lain yang jadi....Kesian Pok Nik kan....Hehe hehe


GR malas nak ulas panjang....ingin tahu apa sebenar yang berlaku [KLIK DI SINI]


GR kata: Berhijrah itu bagus dan digalakkan dalam Islam tapi haruslah memikirkan yang terbaik untuk kehidupan akhirat kelak....Renung-renungkan

BONGKAR: PERANGAI SEBENAR POK NIK AZIZ!?


PADA suatu ketika dulu, semasa menjelang dan selepas PRU-10 (tahun 1999), Nik Aziz Nik Mat mencabar Perdana Menteri ketika itu Tun Mahathir Mohamad supaya meletakkan jawatan Perdana Menteri kerana didakwanya Mahathir sudah tua dan nyanyuk, sentiasa uzur.

Nik Aziz kata lagi, "jika Mahathir letak jawatan pada hari ini, esok ambo (saya) pula letak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan".

Tun Mahathir telah letak jawatan pada tahun 2003. Hingga ke hari ini pun, sudah lebih 9 tahun Mahathir letak jawatan, Nik Aziz masih belum letak jawatan lagi walaupun sudah tua dan nyanyuk seperti apa yang dia pernah kata kepada Mahathir dahulu. Siapa yang auta dalam hal ni?

Ada ulama-ulama berpendapat, di antara orang-orang fasik ialah orang- orang yang suka berjanji tetapi tidak suka menunaikannya, atau sanggup memegang amanah tetapi tidak berpegang kepada amanah itu.

Sebenarnya ajaran agama yang boleh dikategorikan sebagai sesat yang dibawa oleh penceramah dan penyokong PAS ialah dikatakan jika orang-orang itu mati dalam UMNO maka dia akan dimasukkan ke Neraka. Jika orang-orang kita mati dalam PAS akan dimasukkan ke Syurga. Tak pernah pula GR dengar mazhab yang macam ni ada dalam Al-Quran. Kalau ada pembaca yang lebih arif tentang hal ini minta perbetulkan apa yang GR katakan.

Bab-bab kematian ni janganlah dibuat main dan juga dipolitikkkan, harap-harap kita akan mati dalam Islam sahajalah, dan mati dalam keadaan beriman kepada Allah SWT. Sesetengah Mat Rempit pun ada berkata bahawa mereka juga akan dimasukkan ke Syurga jika mati kemalangan semasa merempit kerana 'mati di jalan yang lurus'.

Dalam al-Quran ada ayat menyuruh kita berbuat baik, jangan berbuat jahat dan terus beribadat kepada Allah SWT. Dalam al-Quran juga ada ayat menyuruh kita berlumba-lumbalah membuat kebaikan. Betul tak??

Setelah berakhirnya PRU DUN Sarawak Ke-10 pada 16 April 2011 yang lalu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali telah mengeluarkan kenyataan sombong bahawa BN kehilangan banyak kerusi DUN di Sarawak.

Kenapa pula beliau tidak sebut yang Pas langsung tidak menang apa-apa kerusi DUN? Sebelum itu ada seorang pemimpin Pas Sarawak berkata, penyertaan Pas dalam PRU DUN Sarawak adalah untuk berdakwah.

Pelik bunyinya! Namun orang Islam Sarawak menolak Pas secara baik. Tetapi Nik Aziz sakit hati dan mengeluarkan kenyataan "orang Sarawak bodoh pakai cawat".

Dulu Nik Aziz ada berkata kepada orang di Tenang, Johor yang menolak Pas dalam PRK DUN N5 Tenang sebagai "orang Arab Jahiliah". Pok Nik Aziz hang sudah tua, sebaik-baiknya bercakaplah elok-elok sikit melambangkan kita ini ulama, berimej Islam yang tinggi melalui pakaian serban, berjubah dan berjanggut. Ini tidak, tua-tua pun mulut masih jahat dan sewajarnya malulah kepada generasi muda. Harap Nik Aziz boleh faham suara daripada tulisan orang muda ini.

Hukum Islam atau Fatwa yang keluar daripada mulut Nik Aziz itu sentiasa berubah-ubah mengikut seleranya dan dengan itulah maka ramai orang berkata, PAS itu adalah sebuah parti politik yang membawa ajaran yang berubah-ubah.

Orang bukan Islam yang makan daging babi 3 kali sehari dinobatkan sebagai Khalifah Umar Abdul Aziz. Tak logik langsung. Orang-orang UMNO punya satu kiblat dengannya dikatakan kafir kerana tidak menyokong partinya dan bermacam- macam lagi. Kita tidak boleh berpecah-belah dalam agama kerana ini memang ada larangan daripada Allah. Rujuk al-Quran Surah Al-An'Aam Ayat 159 dan ikrar kita di ayat seterusnya, Ayat 160 hingga 163.


GR kata: Alahai Pok Nik, dah nyanyuk tu buat cara nyanyuk...Hehe Hehe

SAH! IRMA HASMIE SUDAH JADI ISTERI ORANG!


Pelakon dan pengacara, Irma Hasmie, 30, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Reza Syah Azmeer Mohd Redzuan, 31, dengan sekali lafaz.

Majlis pernikahan mereka diadakan di Dewan Persidangan, Kompleks Perbadanan Putrajaya di sini kira-kira pukul 3.50 petang, Jumaat. Pasangan tersebut dinikahkan sendiri oleh bapa Irma iaitu Ibrahim Othman di hadapan Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Mohd Redza Ahmad.

Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 300 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga pengantin kedua-dua belah pihak dan wakil media.


Pengantin perempuan menerima tiga dinar emas (RM2,220) sebagai mas kahwin sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya daripada pengetahuan umum.

Dalam pada itu, pihak perempuan menerima 11 dulang hantaran daripada pihak lelaki dan dibalas 13 dulang.Selain sebentuk cincin, antara barang hantaran lain yang diberikan Redza kepada Irma termasuklah sirih junjung, manisan, jam tangan, tas tangan, coklat dan set mandian.

Manakala Irma membalas sirih junjung, sebentuk cincin, Al-Quran, sejadah, kurma dan komputer riba. Majlis resepsi kedua-dua mempelai akan diadakan pada 1 Julai ini di Dewan D2, Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) pukul 8 malam.


GR kata: Tahniah Irma! Semoga berkekalan hingga akhir hayat....

Friday, June 29, 2012

AL FATIHAH! OSMAN KERING TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH


Pelakon dan pelawak Osman Kering,58, meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras, dekat sini kira-kira pukul 3.45 petang, Jumaat.

Allahyarham meninggal dunia akibat kegagalan fungsi otak selepas mengalami batuk berdarah di rumahnya di Bandar Sri Permaisuri, Cheras pada 11 Jun lalu. Beliau meninggal dunia di sisi isterinya Che Norhayati Che Omar,48, dan tujuh orang anak berusia antara 10 tahun hingga 28 tahun.

Anak kedua Allahyarham iaitu Nur Ain,25, yang dihubungi mStar Online petang Jumaat berkata, sejak dimasukkan ke hospital, ayahnya berada dalam keadaan tenat serta tidak sedarkan diri sehinggalah dia meninggal dunia.

“Keadaan ayah amat kritikal dan tidak menunjukkan tanda-tanda dia akan sembuh sehinggalah dia meninggalkan kita semua,” katanya.

Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Al-Najihin, Taman Tasik Permaisuri, Cheras selepas solat Maghrib dan jadualkan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Tandang, di sini. Allahyarham yang berasal dari Bachok, Kelantan aktif berlakon sejak tahun 1986 dan membintangi lebih daripada 20 buah filem dan drama. Filem terakhir beliau ialah Kantoi, arahan Mat London dan memegang watak sebagai pelakon pembantu. - mStar


GR kata: Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman. Al Fatihah

WELCOME TO SELANGOR: PELAJAR SEKOLAH IKUT CARA #AzminEskrim !!


Sepuluh pelajar lelaki tingkatan dua bertindak rakus apabila menceroboh tandas wanita sekolah mereka, dekat sini sebelum mencabul dua rakan sekelas secara bergilir-gilir, selain mengugut akan merogol mangsa jika menceritakan kejadian itu kepada orang lain.

Walaupun kedua-dua mangsa berusia 14 tahun sudah mengunci pintu tandas dan bersembunyi di dalamnya, kumpulan pelajar ganas terbabit nekad memanjat dinding tandas sebelum masuk dan mencabul mangsa.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 6 petang 19 Jun lalu, namun ia tidak berakhir di situ saja kerana selepas itu mereka terus mengganggu kedua-dua mangsa malah turut diugut supaya tidak membocorkan rahsia perbuatan mereka atau akan dirogol.

Tidak tahan dengan gangguan dan ugutan yang diterima, seorang daripada mangsa nekad membuat laporan di Balai Polis Rawang, kelmarin.

Menurut sumber, sebelum kejadian kedua-dua mangsa masuk ke dalam tandas sekolah mereka sebelum terdengar bunyi bising di luar. - MPP


GR kata: Bagus betul MP Gombak ni ajar rakyat gombak benda macam ni...Welcome To Selangor!

VIDEO HANGAT TIZ ZAQYAH? DAHSYAT BETUL!!


Memang betul video yang GR lihat ini...wanita dalam video tersebut nak kata seiras memang sebiji pun. Memang dahsyat Tiz Zaqyah dalam video ni....GR tak nak ulas panjang, pembaca lihat sendiri dan nilaikan....





GR kata: Memang sedap suara Tizz ni kan...boleh jadi penyanyi la...

Thursday, June 28, 2012

CIKGU NORMALA KECIL HATI DENGAN PAS!? DIBUANG MACAM 'SAMPAH'?


Beberapa minggu yang lepas, dunia alam maya digemparkan oleh pendedahan dari blog penaksj.wordpress.com mengenai bekas calon PAS ketika PRK Tenang iaitu Cikgu Normala. Beliau dikatakan begitu kecewa dengan PAS Negeri Johor yang telah 'membuang' beliau disebabkan kekalahan beliau ketika PRK dahulu.

GR juga diberitakan perkhabaran beliau ingin memasuki UMNO betul kuat dengan sumber-sumber yang memberitahu pelbagai janji bulan dan bintang diberikan pada Cikgu Mala oleh PAS Johor. Tapi itu semua hanyalah janji manismu PAS Johor kepada Cikgu Mala.

Normala Sudirman yang asalnya seorang guru kemudian terpaksa meletak jawatan kerana dipilih menjadi calon PAS dalam pilihanraya kecil Dun Tenang pada awal 2011. Bagaimanapun nasib tidak menyebelahinya kerana beliau kalah dalam pilihanraya berkenaan. Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Kejar jawatan YB tak dapat jawatan guru yang dipegang dilepaskan. Inilah juga orang kata "Orang tamak selalu rugi, macam anjing dan bayang-bayangnya"....

Sewaktu baru-baru kalah Normala masih lagi dijulang oleh PAS dan diheret ke hulu dan ke hilir kononnya sebagai ikon baru PAS. Kebetulan dia juga mempunyai wajah yang sedikit cantik. Empat ke lima bulan selepas itu Normala tidak lagi dihargai PAS. Kenapa begitu Cikgu Mala? Boleh tolong jawab tak??

Memandangkan beliau telah meletak jawatan sebagai guru , maka beliau bercadang untuk pergi lebih jauh dalam politik. Lalu beliau mencuba nasib untuk bertanding sebagai AJK PAS Pusat dalam pemilihan pada pertengahan tahun 2011.

Jika diikutkan cara PAS julang beliau selepas beliau kalah bertanding pilihanraya dan diberi gelaran sebagai ikon baru, beliau sepatutnya menang top 5 dalam 18 calon yang dipilih. Sungguh mengecewakan apabila beliau langsung tidak terpilih AJK PAS Pusat. Sudah jatuh ditimpa tangga, jawatan guru dilepas, nak jadi YB DITOLAK rakyat, nak jadi AJK PAS DITOLAK pula oleh ahli-ahli PAS. Macam mana ni Cikgu Mala? Kalau sudah jadi pendidik anak bangsa tu, kenapa tidak diteruskan saja....

Nama Normala yang sebelum itu kembang mekar dan harum subur makin lama makin layu. Orang-orang PAS  sudah tidak ingat lagi kewujudannya. Undangan ceramah juga makin lama makin berkurangan.

Setelah berhenti sebagai guru dan kalah bertanding pilihanraya Normala hilang punca pendapatan. Wang ada banyak dikeluarkan semasa bertanding. Undangan ceramah menjadi pendapatan beliau. Apabila undangan ceramah berkurangan , maka pendapatannya juga kurang. Sumber dalaman PAS Johor memberitahu GR, Cikgu Mala terpaksa menanggung hutang ketika bertanding pilihanraya. PAS langsung tidak bertanya khabar tentang kedudukan ekonomi beliau. Difahamkan semakin hari beliau semakin tertekan dengan kedudukan ekonomi keluarganya.

Lalu muncullah berita yang mengatakan beliau akan masuk UMNO kerana berpatah arang berkerat rotan dengan PAS yang tidak mengambil peduli atau bertanya khabar dengannya tentang hutang-hutang yang ditanggungnya untuk bertanding dalam pilihanraya,  dan juga tidak menghargai pengorbanannya melepas jawatan sebagai guru untuk menjadi calon PAS.


Dengan secara tiba-tiba jugalah Cikgu Normala muncul menafikan yang beliau akan masuk UMNO dan mengugut akan menyaman blog yang menyiarkan berita berkenaan. Yang menjadi kemusykilan, kenapa Cikgu Normala membuat sidang media di Pejabat PAS W.Persektuan KL, kenapa tidak dibuat saja di pejabat PAS Johor? Bukankah ini sudah menampakkan bahawa ada yang tak kena perhubungan antara Cikgu Normala dan PAS Johor. Benarkah begitu Cikgu Mala? Di pejabat PAS Johor tidak ada kelengkapan dan tempat untuk buat sidang media ker??

Pembaca lihatlah sendiri inikah perjuangan Islam yang dilaungkan oleh PAS. Sedangkan kebajikan dikalangan mereka sendiri juga tidak boleh mereka laksanakan, inikan pula untuk menjaga kebajikan rakyat Malaysia. Hancurlah jawabnya.....Renung-renungkan!!


GR kata: Lawakla Cikgu Mala ni, tergesa-gesa naik bas dari Johor ke KL semata-mata buat sidang media....

VIDEO PRIHATIN: HINA SANGATKAH MEREKA INI!? #bn4wp




Siapa kata golongan gelandangan tidak mendapat perhatian oleh pihak Kerajaan? Walaupun ada sesetengah pihak yang memandang serong terhadap mereka ini, kerana perwatakan mereka yang tidak terurus, tidak cukup makan dan pakai tetapi itu tidak boleh dijadikan kayu pengukur untuk mereka juga boleh hidup seperti manusia lain. Golongan ini juga perlu dibantu.

Atas sebab itulah, Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) merupakan sebuah badan NGO yang bernaung di bawah sayap Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah mengambil langkah inisiatif membantu golongan yang kurang bernasib baik di seluruh Malaysia khususnya di kawasan bandar Kuala Lumpur.

Inilah usaha murni yang dilakukan oleh SHEB membantu golongan-golongan ini sedikit sebanyak meringankan beban mereka menyara hidup yang mencabar di kota Kuala Lumpur. Semalam Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) telah mengadakan Program 'FOOD FOR LIFE' yang telah masuk ke 120 minggu ianya berjaya dijalankan. Program ini turut disertai oleh YB. Datuk Ahmad Maslan selaku Timb Menteri JPM merangkap Ketua Penerangan UMNO Malaysia. Beliau juga turut serta turun padang beramah mesra dengan rakyat dan memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Apa pun lihat video di atas sekitar Program FOOD FOR LIFE berjalan semalam. Cerita lanjut serta gambar sekitar program klik DI SINI


GR kata: Tahniah kepada Pengerusi SHEB kerana terus membantu rakyat warga kota K.Lumpur yang kurang bernasib baik. Rakyat didahulukan....

TERKINI: BIDUANITA NEGARA SAH SEBAGAI PENGUNDI!


Pejabat Pos Besar di sini semalam menerima kunjungan pelanggan istimewa iaitu biduanita negara, Datuk Sharifah Aini yang hadir untuk mendaftar sebagai pengundi baharu pada pilihan raya umum akan datang.

Sharifah yang lebih mesra disapa Kak Pah berkata, walaupun rasa malu dan bersalah kerana sudah terlewat untuk mendaftar namun sebagai warganegara bertanggungjawab, semua itu terpaksa diketepikan demi memastikan masa depan negara akan terjamin.

Menurutnya, kesedaran itu timbul selepas Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menasihatinya agar berbuat demikian pada Hari Himpunan Bintang MyIPO-Kosmo! 2012 Isnin lalu.

"Beliau (Ismail Sabri) memberitahu saya bahawa kerajaan sentiasa ingin membantu kami semua (golongan artis) dan oleh kerana itu, saya rasa ini adalah platform yang sesuai untuk menentukan siapa kerajaan yang ingin dipilih nanti.

"Pendaftaran hari ini (semalam) boleh dianggap sebagai hadiah hari jadi saya pada 2 Julai depan dan saya akan membuang undi di kawasan Parlimen Petaling Jaya," katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam. - Kosmo


GR kata: Tunaikan kewajiban sebagai rakyat Malaysia. Masa depan negara terletak ditangan rakyat Malaysia.

PANAS: AWEKS DUA ORANG NI MUSLIMAH PAS?


GR malas nak cerita panjang lebar mengenai gambar peminat Nik Aziz di atas. Perbuatan tidak senonoh ini yang dibangga-banggakan oleh puak PAS terutama sekali Pok ni. GR serahkan kepada pembaca untuk menilainya....

Cerita lanjut: KLIK DI SINI


GR kata: Islam makin rosak di bawah PAS!!

JANJI MANISMU PAS HANYA DI MULUT SAJA!


GR kata: Lihat di atas dan renung-renungkan....mana Manifesto PRU 12? Dah laksana ker??

Wednesday, June 27, 2012

INFO: DUIT BARU DI PASARAN TAK LAMA LAGI!


Bank Negara Malaysia (BNM) berkata, wang kertas siri baru Malaysia akan berada dalam edaran mulai 16 Julai 2012.

Berikutan itu, BNM telah mengadakan beberapa sesi pertemuan sejak beberapa bulan yang lalu dengan pihak berkepentingan bagi membolehkan pengenalan wang kertas siri baru Malaysia ini berjalan dengan lancar.

Mereka yang terlibat ialah institusi kewangan, kompleks membeli-belah, syarikat pengangkutan awam, syarikat telekomunikasi, pengendali tempat letak kereta, pemilik kios pembayaran serta pengendali mesin wang tunai dan tiket.

BNM dalam kenyataan di sini berkata, sekiranya pihak berkepentingan tersebut belum berbuat demikian, mereka hendaklah mempercepatkan pengubahsuaian mesin mereka agar boleh menerima wang kertas siri baru untuk kemudahan orang ramai. - Utusan

BONGKAR: @Khalid_Ibrahim NAK JAWAB APA DENGAN VIDEO NI?





GR kata: Pembaca nilailah sendiri adakah MB ini mempunyai pendirian yang tetap??

LUAHAN: DEMI MELAYU DAN ISLAM! SEDARLAH BANGSAKU!

Baca dan Hayati

PRU 13 semakin nyata dan hampir namun Melayu masih berpecah-belah akibat fahaman politik yang berbeza. Ada Melayu dalam UMNO,PAS dan PKR serta tidak terkecuali Melayu dalam DAP. Dari sudut demokrasi sememangnya sihat namun dari aspek ikatan Melayu ternyata berpecah, rapuh dan mudah dieksploitasi oleh bukan Melayu.

Paparan ini tidaklah bertujuan untuk memperkecilkan bangsa bukan Melayu tetapi hanya sekadar mahu melihat Melayu bersatu dalam ikatan yang jitu agar menjadi bangsa yang kuat di bumi Malaysia yang tercinta. Resolusinya ada tetapi sukar untuk menyatukan semua Melayu........

Melayu dalam parti politik sibuk dengan pelbagai isu, Melayu yang 'atas pagar' pula tiada landasan kukuh untuk memperjuangkan nasib dan masa depan Melayu demi membela bangsanya. Yang amat mengecewakan, ada kelompok yang menggunakan agama untuk kepentingan politik dan peribadi mereka.

Melihat senario ini, wujud rasa bimbang melihat anak-anak dan cucu-cicit Melayu. Bagaimanakah agaknya masa depan mereka? Sememangnya agak sukar untuk diramalkan tetapi jika Melayu kini masih terus berpecah...agak jelaslah masa depan anak dan cucu-cicit Melayu tiada sebarang jaminan.

Siapa yang perlu bertanggungjawab jika Melayu melarat di bumi sendiri.... Renungkanlah wahai insan yang mengaku Melayu!! Parti manakah jika berkuasa dan memerintah kelak mempunyai kemampuan untuk membela nasib dan masa depan Melayu? Adakah PAS? PKR? DAP? atau UMNO?

Rujuklah kepada lipatan sejarah sebagai panduan. Bandingkanlah Melayu dulu dan sekarang. Parti manakah yang lebih berjasa, jelas dan terbukti kemampuannya. Tepuk dada tanya selera....apa jua keputusan anda nanti pada PRU 13, utamakanlah kepentingan Melayu dan Islam kerana Melayu-Islam hari inilah yang bakal mencorak Melayu-Islam esok. Demi agama Islam, fahaman politik hendaklah diketepikan kerana setiap pengorbanan untuk memartabatkan Islam akan mendapat balasan ganjaran berlipat ganda daripada Allah SWT jua. Fikir-fikirkan.....


GR kata: Bersatu teguh bercerai roboh.....

PANAS: ARTIS TAK LAKU SANGGUP BERBOGEL KERANA MAHU NAMA!?


Masakan pembaca tidak kenal dengan wanita dalam gambar di atas bukan? Nama beliau Mislina Mustafa, seorang artis suatu ketika dahulu boleh dikatakan sering keluar dalam drama di TV. GR rasa dah lama juga muka beliau tak keluar TV. Apakah disebabkan namanya sudah tidak popular beliau sanggup memBOGELkan diri beliau semata-mata kerana mahukan millage... Tak ker BODOH namanya tu!!

Pembaca juga tahu, beberapa bulan yang lepas beliau turut serta dalam Demo PTPTN di Dataran Merdeka atau lebih dikenali dengan nama #OccupyDataran. Motif apa beliau turut serta dalam demo tersebut yer? Adakah beliau juga merupakan peminjam PTPTN atau pun sedara mara beliau, sibuk mempertahankan sistem pelajaran percuma ingin mansuhkan PTPTN tapi adakah beliau faham maksud sebenar Pakatan Haprak sebenar?



Lihatlah gambar-gambar di atas, kenapa PAS senyap tak kata apa-apa malah menyokong apa yang artis ini buat bersama dengan mahasiswa yang tak ada otak ketika demo tersebut dilakukan. Apakah peranan Ostad-Ostad PAS untuk mengubah artis ini kembali ke jalan yang benar? Apa tugas muslimah PAS pula, tidak mahu pula mendorong artis ini menutup aurat? Tepuk dada tanyalah iman yer....



GR kata: Adam Adli suka sangat dengan artis tak berapa nak laku ni kenapa yer??

ARTIS DUTA KOPI JANTAN DIMASUKKAN KE WAD!


Siapa tidak kenal dengan artis popular ini bukan? Zaman dahulu terkenal dengan lawak beliau yang bersahaja...tapi sekarang itu semua tinggal kenangan apabila beliau menyertai PAS kerana mahukan perubahan diri yang pada beliau baik dan dalam PAS ada jalan menuju ke Syurga. Betul ker? Pembaca nilailah sendiri....

Baru-baru ini beliau dimasukkan ke hospital kerana sesak nafas dan keletihan. Mungkin terlalu banyak buat promosi untuk produk Kopi Jantan agaknya. Apa pun GR doakan semoga beliau cepat sembuh.

Dan ingatlah Ostad Bob Lokman setiap sakit yang kita terima dari Allah S.W.T adalah untuk sembuhkan dosa-dosa kecil kita. Janganlah lepas ni keluarkan fatwa yang sesuka hati gaban, beringatlah sebelum membuat sesuatu jangan menyesal suatu hari nanti.


GR kata: Semoga cepat sembuh dan berjuanglah dilandasan yang betul bukan fitnah dan maki hamun sesama Islam....

Tuesday, June 26, 2012

GEMPAR! ALI TINJU TERDIAM DENGAN KENYATAAN HARI NI DI PARLIMEN! cc: @Zahid_Hamidi


Menteri Pertahanan Dato' Seri Ahmad Zahid bin Hamidi berkata satu akta akan ditubuhkan bagi membela nasib bekas anggota tentera yang telah bersara dari perkhidmatan mereka. Beliau memberitahu perkara tesebut pada sidang media di Parlimen, hari ini, bahawa kerajaan akan memberi bantuan seumur hidup kepada bekas pesara dan veteran angkatan tentera.
Zahid turut berkata kerajaan Malaysia memberikan bantuan lebih baik dari apa yang telah dilakukan oleh negara-negara lain kerana bantuan seumur hidup itu turut meliputi bantuan kepada isteri dan anak-anak anggota tentera.

Beliau memberitahu akta yang akan dibahaskan ini dalam Dewan Parlimen akan dibentangkan dan diperkenankan oleh Yang DiPertuan Agong bagi membolehkan objektif bantuan ini tercapai.

"Kerajaan amat menghargai jasa dan pengorbanan anggota Angkatan Tentera Malaysia termasuk mereka yang telah bersara.

"Melalui akta ini, 202,675 anggota yang memilih berkhidmat secara jangka pendek dan mereka yang telah memohon berhenti sebelum tamat perkhidmatan asas yang ditetapkan 21 tahun, juga layak menerima pencen," katanya.

Bantuan yang akan diberikan kepada bekas anggota tentera yang telah bersara diharap tidak dipolitikkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, isu ini (bantuan) tidak harus dipolitikkan kerana usaha ini merupakan bantuan jangka panjang yang akan diberikan kepada mereka.

"Bantuan ini tidak perlu disalahertikan dengan menganggap ia sebagai pujukan daripada pihak-pihak yang ingin mengambil kesempatan terhadap rakyat memandangkan pilihanraya akan diadakan tidak lama lagi.

"Isu tersebut tidak seharusnya timbul kerana usaha ini akan dijalankan untuk jangka masa yang lama dan pihak kami telah melakukan pro-failling skills selama 3 tahun sebelum mereka bersara," katanya kepada pemberita di sidang media di Lobi Parlimen di sini hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, pro-failling skills tersebut meliputi bidang kerja yang akan mereka ceburi selepas tamat berkhidmat dan bantuan kewangan akan diberikan bagi yang layak. Akta yang akan ditubuhkan begi membela nasib bekas anggota tentera yang telah bersara dari berkhidmat ini akan ditubuhkan setelah diperkenankan oleh Yang DiPertuan Agong.

Sehubungan itu, seramai 202, 675 pesara diharap dapat mendaftarkan diri di persatuan- persatuan yang berkenaan bagi memudahkan penyaluran dan pengagihan wang ini kelak.


GR kata: Ali Tinju tau bertinju jer, mana tau pikir pasal hal kebajikan. Tak sudah-sudah meroyan sana sini, perangai lebih kurang sama macam Ketua Pembangkang tu...Siapa yer??

JOM KE MASJID INDIA PETANG NI! ADA KEJUTAN UNTUK WARGA KOTA KL! @SHEBMALAYSIA @tengkuazman @razlanrafii @rizalmanmokhtar @umbkl @ahmadmaslan


Membela dan Membawa Suara Masyarakat Bandar "Rakyat Diutamakan" itulah tema atau pun slogan Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) merupakan biro di bawah Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia didaftarkan sebagai sebuah NGO sekitar tahun 2010.

Peranan yang diambil oleh SHEB ialah :

1. Membantu menaikkan taraf hidup masyarakat bandar.
2. Mengembalikan warisan.
3. Merancang dan mewujudkan program2 bagi mengatasi dan mengenal pasti masalah sosial masyarakat bandar.
4. Membantu dan memastikan keselamatan kehidupan penduduk bandar dlm konteks kemudahan dan persekitaran.
5. Bertindak sebagai pengantara agensi berkaitan.
6. Menjadi PENDESAK kepada masaalah masyarakat terhadap pihak yang bertanggung jawab.

Oleh sebab itu, SHEB di bawah penerajunya Sdr Tengku Azman Tengku Zainol Abidin bertanggungjawab memastikan SHEB terus mendapat tempat di hati masyarakat terutama di kawasan bandar Kuala Lumpur. Sehingga tahun 2011, SHEB telah berkhidmat kepada lebih 200,000 rakyat Malaysia.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, aktiviti mingguan SHEB adalah mengedarkan makanan kepada kumpulan gelandangan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur melalui program 'Food For Life'. SHEB turut berperanan menyampaikan bantuan kepada golongan-golongan yang memerlukan tanpa mengira masa, ketika dan juga pegangan politik.

Oleh itu, GR ingin MENJEMPUT pada semua warga kota Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya pada petang ini (26 Jun 2012), SHEB akan mengadakan sambutan minggu ke 120 'Food For Life' di Perkarangan Masjid India, Kuala Lumpur sekitar jam 5.00 petang. Majlis ini akan turut disertai bersama Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO.


GR kata: Korang nak tau apa kejutan tue...datang jangan tak datang petang ni yer!

HAYATILAH KENYATAAN NIK AZIZ YANG MAKIN SEWEL!!


KENYATAAN NIK AZIZ NIK MAT - NAMPAK BENO NIPUNYA.. DAN SEMAKIN MENYELEWENG!!

1. “Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

2. “Bukan sahaja dalam manifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu.” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

3. “Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir” – Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

4. “Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid.” – Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

5. “Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya.” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.

6. “Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima.” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

7. “Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara,
menjadi kafir atau haram” – Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

8. “Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.

9. “Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.

10. “Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya.” – Nik
Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 19 November 1992.

11. “PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa…” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.

12. “Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24
April 1994.

Rupanya gelaran Tok Guru adalah propaganda PAS untuk kelirukan rakyat seperti pendedahan arwah Ust Omar. - Kredit to Kelab Anti Anwar Ibrahim III



GR kata: Penyakit nyanyok Pok Nik dah tahap kronik ni...hai obat, makanlah obat Pok Nik oii

PANAS: ARTIS POPULAR LAHIR ANAK LUAR NIKAH??


Sekitar hujung tahun lalu, kecoh juga dalam dunia hiburan Malaysia tentang seorang aktress yang di’katakan mengandung luar nikah & telah tinggal di Bali, Indonesia.

Ramai pemerhati dunia hiburan mengatakan ianya Norish Karman yang kemudian’nya telah pun di’nafikan oleh empunya badan sendiri sekitar Disember 2011 yang lalu.

Melalui forum Cari beberapa hari lalu, seorang peminat hiburan telah mendedahkan beberapa keping gambar yang di’percayai sebagai Norish Karman yang berada di’hospital.

Gambar pertama didakwa sebagai Norish Karman bersama seorang bayi lelaki yang dilahirkan pada 24 September 2011 di KPJ Cheras (atau Kajang?) sekitar jam 6.13 petang.

Gambar kedua pula menunjukkan maklumat hospital yang tertulis pada tag yang dipakai oleh si ibu (Norish Karman) dan bayi lelaki yang di’beri nama Alexander Bin Abdullah. - RotiKaya




GR kata: Anak adalah anugerah Allah S.W.T, tunggu jelah penjelasan artis berkenaan....

Monday, June 25, 2012

TAHNIAH PAS! KELANTAN LAHIRKAN NEGERI MAKSIAT!


Seorang pelajar sekolah tidak menyangka gumpalan kertas surat khabar berlumuran darah yang ditemuinya semalam dalam perjalanan ke sekolah, mengandungi seorang bayi lelaki yang masih hidup.

Mohd Razif Zaid, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Mas di sini berkata, dia menemui bayi berkenaan dalam kertas surat khabar di tepi semak ketika berjalan ke sekolah bersama seorang rakan pukul 7.20 pagi.

"Saya bersama rakan terkejut apabila ternampak kertas surat khabar itu penuh dengan darah di tepi semak dan apabila mendekati melihat seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan ditinggalkan di situ.

"Saya kemudian memberitahu pekerja kantin sekolah mengenainya sebelum dia (pekerja kantin) menghubungi polis untuk tindakan seterusnya,” kata Mohd Razif kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Pelajar itu berkata, bayi itu masih bertali pusat dan tidak menangis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Azham Othman ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan berkata, bayi berkenaan kini ditempatkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk pemeriksaan susulan. – BERNAMA


GR kata: Apalah nasib anak kecil ini....Inilah yang PAS bangga-banggakan...Hancus!!!

DAPAT TAYAR FREE PULAK, APA BENDA NI? @NajibRazak #TR1Ma


Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian subsidi tayar kepada 67,000 pemandu teksi berjumlah RM35 juta di bawah inisiatif Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1M).

Subsidi itu membolehkan setiap pemandu teksi menerima baucar sebanyak RM520 bagi penggantian empat tayar.

Pada majlis himpunan terbesar pemandu teksi itu di sini, beliau turut mengumumkan penyediaan dana lebih RM1 juta untuk melindungi lebih 100,000 pemandu teksi seluruh negara melalui skim insurans perlindungan kemalangan diri.


GR kata: Terima kasih pada Kerajaan yang berikan banyak bantuan kepada rakyat.

Sent from Samsung tablet
 

Sunday, June 24, 2012

BEKAS PLAYER ARSENAL MEMELUK ISLAM


Pemain bola profesional Swiss yang kini bermain dengan kelab bola sepak British Fulham, Philippe Senderos telah memeluk Islam, lapor PressTV.

Senderos mengucap dua kalimah Syahadah di Pusat Islam, bandaraya Menchester, sebuah pusat dakwah Islam.

Philippe Senderos sebelum ini bermain dengan Arsenal, kini adalah salah seorang pemain negaranya, Switzerland.

Senderos, seorang pelajar theology, telah menunjukkan minatnya kepada Islam dengan banyak menghabiskan masa membaca buku-buku agama di luar padang bola.

"Saya sangat minat dengan agama-agama di dunia dan banyak membaca buku-buku mengenai," kata Senderos dalam satu wawancara dengan Majalah Arsenal.

"Jika saya bukan pemain bola, bola jadi saya sudah menjadi paderi," tambahnya.



GR kata: Alhamdulillah bertambah umat Islam di muka bumi Allah S.W.T ini. Amin

FOTO: BUKTI DOA POK NIK MEMBAWA KE SORGA!!



GR kata: PAS bukan perjuangkan Islam tapi meruntuhkan Islam. Fikir-fikirkanlah....

PANAS: SARANG PELACUR MP BKT BINTANG DISERBU! DAP DAH GOYANG! #MPmalas


Sekumpulan 33 pegawai perhubungan pelanggan (GRO) warga asing yang turut menawarkan khidmat seks kepada pelancong di sebuah pusat hiburan di Jalan Bukit Bintang di sini dicekup semalam.

Kesemua pelacur, masing-masing 15 wanita Uzbekistan, Tajikistan (15), Kyrgyzstan (1) dan Thailand (2) ditahan dalam serbuan oleh polis Cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada pukul 1.30 pagi.

Ketika ditahan, kesemua warga asing yang berusia 23 hingga 36 tahun itu menunjukkan pas pelajar beberapa buah kolej swasta di ibu negara.

Bagaimanapun, Ketua Penolong Pengarah D7 Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, semakan polis dengan pihak pengurusan kolej-kolej terbabit mendapati kumpulan warga asing itu tidak pernah menghadiri sesi pembelajaran walaupun mendaftar masuk ke negara ini untuk belajar.

 Pelacur yang ditangkap

"Kumpulan warga asing itu hanya memohon untuk mendapatkan kad perakuan pelajar untuk bekerja sebagai GRO atau pelacur dan bukan untuk belajar," kata beliau pada sidang akhbar di Bukit Aman.
- Kosmo


GR kata: Ahli Parlimen Bkt Bintang makan gaji buta...apa pun tak boleh!!

PANAS: PELAKON POPULAR KANTOI HISAP GANJA??


Pelakon Nur Arina Abdul Malek, 18, atau lebih dikenali sebagai Erin Malik, dikatakan telah mengambil dadah jenis ganja di set penggambaran drama Mis Cinta bulan lalu di Kemaman, Terengganu.

Namun pelakon yang popular menerusi drama Tentang Bulan itu enggan mengulas lanjut tentang dakwaan yang tidak berasas ke atas dirinya.

“Saya tidak mahu komen lagi, jika saya nafikan, orang masih lagi tidak percaya dan terus-menerus menuduh saya di laman Twitter dan sebagainya.

“Sepatutnya media perlu bertanyakan kepada orang yang menyebarkan berita ini, bukan saya.

“Maaflah, saya tidak mahu layan cerita kontroversi begini kerana ianya boleh menjatuhkan maruah dan karier saya,” katanya.

Erin yang telah menerima pelbagai tohmahan dari gosip yang melibatkan dirinya itu menegaskan jika perkara ini berpanjangan, dia tidak teragak agak untuk mengambil tindakan kepada pihak yang bertanggungjawab.

Tambah Erin lagi, dia sendiri tidak tahu mengapa orang sanggup menabur fitnah dan mempunyai perasaan cemburu ke atasnya. Erin yang baru sahaja selesai dari penggambaran drama Mis Cinta kini sedang menjalani penggambaran telemovie , Nur Iman. - Murai


GR kata: Dadah musuh negara!

MAT SABU DITOLAK DI PERLIS! ANAK MUDA TAWAN KANGAR! #BNPilihanOrangMuda


Hari ini anak muda negeri Perlis telah menunjukkan semangat yang begitu tinggi di Pelancaran BN Pilihan Orang Muda peringkat Negeri Perlis di Dewan Dato' Syed Ahmad, Kangar.

Program yang bermula sejak tengahari dihadiri lebih 2000 orang anak muda dan lebih memalukan PAS Negeri Perlis juga membuat Himpunan Hijau ke Putrajaya hanya dihadiri kurang 500 orang yang hadir. Ini menunjukkan rakyat negeri Perlis menolak kepimpinan Pakatan Haprak.

Program petang tadi dihadiri oleh Menteri Besar Perlis, YAB Dato' Seri Dr. Md. Isa B. Sabu, Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin, Ketua Puteri UMNO Malaysia, YB Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin dan kepimpinan parti kompenan negeri.

Lihat foto di bawah bukti dan semangat anak muda di Kangar, Perlis sekitar program petang tadi :







GR kata: Tahniah pada anak muda negeri Perlis, semangat yang tinggi ditunjukkan.