Thursday, June 28, 2012

VIDEO PRIHATIN: HINA SANGATKAH MEREKA INI!? #bn4wp




Siapa kata golongan gelandangan tidak mendapat perhatian oleh pihak Kerajaan? Walaupun ada sesetengah pihak yang memandang serong terhadap mereka ini, kerana perwatakan mereka yang tidak terurus, tidak cukup makan dan pakai tetapi itu tidak boleh dijadikan kayu pengukur untuk mereka juga boleh hidup seperti manusia lain. Golongan ini juga perlu dibantu.

Atas sebab itulah, Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) merupakan sebuah badan NGO yang bernaung di bawah sayap Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah mengambil langkah inisiatif membantu golongan yang kurang bernasib baik di seluruh Malaysia khususnya di kawasan bandar Kuala Lumpur.

Inilah usaha murni yang dilakukan oleh SHEB membantu golongan-golongan ini sedikit sebanyak meringankan beban mereka menyara hidup yang mencabar di kota Kuala Lumpur. Semalam Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) telah mengadakan Program 'FOOD FOR LIFE' yang telah masuk ke 120 minggu ianya berjaya dijalankan. Program ini turut disertai oleh YB. Datuk Ahmad Maslan selaku Timb Menteri JPM merangkap Ketua Penerangan UMNO Malaysia. Beliau juga turut serta turun padang beramah mesra dengan rakyat dan memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Apa pun lihat video di atas sekitar Program FOOD FOR LIFE berjalan semalam. Cerita lanjut serta gambar sekitar program klik DI SINI


GR kata: Tahniah kepada Pengerusi SHEB kerana terus membantu rakyat warga kota K.Lumpur yang kurang bernasib baik. Rakyat didahulukan....

No comments:

Post a Comment