Saturday, June 16, 2012

AL-KISAH PANAS: SIAPA SEBENAR ALI TINJU SI PREBET LAPOK!!



Prebet Ali Tinju kecoh mahu membayangkan bahawasanya beliaulah pemimpin paling kredibel untuk menerajui bekas tentera dalam menuntut pembelaan yang kononnya diabaikan oleh Angkatan Tentera Malaysia dan Kementerian Pertahanan. Dengan menayangkan pelbagai gambar dengan individu top profile, ditemuramah oleh RTM dan Malaysiakini dan menyuap pembaca dengan kenyataan-kenyataan seperti HERO tentera, masyarakat dipaksa untuk mempercayai bahawa beliau merupakan insan paling layak memimpin angkatan bekas tentera Malaysia. Walaubagaimanapun, sebagai sesama saudara Islam, saya ingin berkongsi 5 kualiti dan  tips kepada Prebet Ali Tinju bagaimana saudara boleh menjadi pemimpin yang disegani.



ADIL
Surah Al-Kahfi ayat 28
…"Dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkahlakunya pula adalah melampaui kebenaran"....


Tetapi…. Rakan-rakan lama mengetahui latar belakang saudara yang merupakan seorang kaki perempuan dan gemar berfoya-foya. Saudara sendiri telah berlaku tidak adil kepada wanita-wanita yang pernah menjadi isteri saudara. Bagaimana perasaan mereka apabila mereka mengetahui bahawa saudara telah berlaku curang dengan wanita lain termasuk wanita Cina dan isteri orang? Cukuplah apa yang berlaku di Kem Pasifik (belakang RISDA KL), skandal dengan pranita di MINDEF dan amoi di NEWS KTV Ampang Park KL? Sudah cukup membuktikan segala-galanya keburukan saudara. Kerana kerakusan dek hawa nafsu, isteri saudara pula DITALAK TIGA?


BENAR
Surah An-Nisa' ayat 5
…"Dan janganlah kamu serahkan kepada orang-orang yang belum sempurna aqalnya akan harta kamu yang Allah telah menjadikannya untuk kamu sebagai asas pembangunan kehidupan kamu"


Tetapi... Saudara telah melakukan pelbagai penyelewengan dan penipuan-penipuan sebelum ini dengan menyamar sebagai Dato'. Jiran-jiran saudara di Bandar Bukit Puchong turut  dibohongi kononnya saudara merupakan saudara kepada Timbalan Perdana Menteri, saudara seorang Dato' dan kini, saudara berbohong dengan mengaku bukan ahli UMNO sedangkan puluhan bendera UMNO terpacak dirumah saudara. Mungkin saudar tidak sedar bahawa tindakan saudara hanya akan memecahbelahkan lagi bekas tentera. Bertepuk tanganlah golongan kiasu Chauvanis melihat usaha mereka selama ini dilaksana secara automatik oleh saudara.



SABAR

Sabda Rasulullah SAW  yang diriwayatkan dari Abu Hurairah:
"Sesungguhnya kalian nanti akan sangat bercita-cita menjadi pemimpin, padahal kelak di hari kiamat ia akan menjadi penyesalan." (HR. Al-Bukhari).


Tetapi... Apakah kesalahan isteri saudara sehingga sanggup menceraikannya dengan TALAK TIGA? beliau dijamu dengan maki hamun. Beliau telah lama bersabar dengan kecurangan yang saudara lakukan dan dengan mudah beliau ditalak? Sehingga beliau terpaksa meminta pertolongan dari jiran-jiran? Mungkin saudara juga lupa hubungan seks saudara dengan ramai perempuan lain. Caci maki hamun di Facebook terhadap mana-mana individu juga merupakan bukti bahawa saudara tidak mempunyai kesabaran sebagai seorang pemimpin. Oh ya..sebelum terlupa, kes di Kem Sri Kinabatangan dahulu sehingga berparang jelas membuktikan saudara seorang panas baran dan mudah bertindak melulu.


AMANAH
Surah An-Nisa ayat 58
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya)"

Tetapi... saudara telah gagal melaksana amanah sebagai seorang suami dan seorang Islam. Siapa tidak kenal Ali Tinju? Dulu di Sandakan (semasa di kem Sri Kinabatangan), saudaralah HERO tonggang air kencing syaitan dan barangkali saudara sudah lupa perempuan-perempuan Filipina langganan saudara dahulu? Duit amanah PVTM saudara joli dengan amoi-amoi cina di pusat karaoke dan kini apabila sudah muflis, saudara canang sana sini mengenai perjuangan untuk bekas tentera walhal saudara mahu dana bantuan yang akan menguntungkan poket saudara?


TAULADAN
Surah Az-Zumar ayat 9
"Katakanlah: Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui"

Tetapi... apa yang saudara pamerkan di Facebook, saudara jelas mempromosikan budaya orang gua kerana mengajak bekas tentera melakukan demonstrasi jalanan yang telah terbukti hanya akan membawa kerosakan dan menyusahkan aktiviti harian orang lain. Saudara juga tidak mempamerkan kepimpinan terpuji melalui tauladan kerana perilaku dan salahlaku saudara selama seperti seks, penyelewengan, penipuan, salah laku, pelanggaran hukum syariat Islam telah menggambarkan bahawa saudara tidak layak menjadi pemimpim kepada bekas tentera.

Ada ratusan lagi kualiti dan tips untuk melayakkan saudara menjadi pemimpin namun hanya 5 yang saya mampu bentangkan dan tidak ada satu kualiti pun yang saudara mampu tonjolkan. Saudara hanya mahu mencari jalan short-cut untuk dikenali demi meraih populariti dan kekayaan namun ketahuilah bahawa saudara telah menjerat leher saudara sendiri. Banyak pihak yang merasa aneh dengan tindakan saudara menjaja populariti yang hanya akan membawa lebih banyak pendedahan mengenai siapakah saudara yang sebenarnya. Saudara hanya mencemar imej bekas tentera!

BERUNDURLAH PREBET ALI TINJU... BAIKI DIRI DAN INSAFI SEGALA DOSA-DOSA YANG KAMU LAKUKAN... 


Dipetik dari blog Askar Setia


GR kata: Kaki ampu...bila dapat puji melambung, bila tak dapat macam-macam cakap. Alahai...


Sent from Samsung tablet

PANAS: ANWAR BERTAMBAH BENGANG DENGAN KENYATAAN INI!!




KENINGAU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat di negara ini supaya menoleh ke belakang untuk menilai rekod lampau ketua pembangkang yang menurutnya melakukan pembohongan besar kepada rakyat pada 16 September 2008.
Beliau berkata ketua pembangkang mendakwa bahawa 30 Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) akan menyeberang ke parti pembangkang pada tarikh itu, sekaligus mengambil alih kerajaan Persekutuan.
"Pada masa itu satu negara dia bohong. Ini merupakan pembohongan terbesar dalam sejarah politik Malaysia. Adakah kita maafkan pemimpin yang bohong kepada rakyat...jangan kita mudah lupa sejarah ini," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Pusat Kraftangan Sabah yang berharga RM30 juta di sini, Sabtu.
Najib berkata para pemimpin pembangkang termasuk ketua pembangkang kini datang ke Sabah untuk menabur pelbagai janji untuk meraih sokongan rakyat terutama menjelang pilihan raya.
"Kita (BN) tidak menjanjikan lautan yang luas ataupun langit yang biru tapi janji yang berpijak di atas bumi nyata yang kita boleh tunaikan.
"Saya percaya orang Sabah bijak menilai yang mana permata dan yang mana kaca. Kalau kita menilai pemimpin, kita tidak boleh tengok ke depan sahaja...jangan lupa menoleh ke belakang, sejarah dan rekod lampau dia iaitu bukan sahaja waktu pembangkang tetapi juga waktu dia berkuasa," katanya.
Najib berkata ketua pembangkang kini melemparkan "bermacam-macam tuduhan" terhadap kerajaan BN "tetapi cuba kita melihat krisis kewangan 1997".
"Siapa Menteri Kewanganan waktu itu? Siapa yang menyerah negara kita kepada IMF dan pada ketika itu siapa yang memotong peruntukan pembangunan...saya tahu siapa yang menyerahkan kedaulatan negara kita kepada IMF kerana saya duduk dalam kabinet pada waktu itu.
"Nasib baik Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) kita pada masa itu memutuskan untuk tidak menyerahkan kedaulatan kita kepada IMF.
"Kita ada kemampuan, kita ada idea kita sendiri, kita ada kebolehan untuk mencari formula kita sendiri dan kita pulihkan ekonomi negara kita...jangan lupa sejarah ini dan ia seharusnya menjadi renungan kita," katanya. -BERNAMA


GR kata: Rakyat harus pandai menilai jangan mudah percaya dengan kata-kata Si Pengkhianat bangsa dan negara.....


Sent from Samsung tablet

ANAK MUDA LEPAK SANTAI SAMBIL LAYAN BOLA EURO! #TwtupKJ #BNYV @Khairykj



Malam tadi berlangsungnya Program TweetUp BN Youth Volunteers bersama YB Khairy Jamaluddin di NZ Garden KLCC. Ramai anak muda yang hadir memeriahkan program ini. Rata-rata anak muda yang hadir mereka sungguh berminat untuk menjadi volunteers untuk Pemuda BN. Diprogram ini mereka boleh bertanyakan sebarang soalan kepada YB KJ secara santai.

Acara sempoi seperti inilah yang menjadi kesukaan anak muda sekarang yang membolehkan diri mereka dekat dengan pemimpin dan juga menyuarakan suara serta pandangan mereka terus kepada pemimpin. Program ini dilancarkan adalah untuk menarik minat anak muda penyokong BN sekaligus menyokong Kerajaan dalam memberikan idea yang bernas demi pembangunan negara yang lebih baik di masa akan datang. Tahniah GR ucapkan pada YB KJ program yang baik untuk anak muda....

Selepas program santai ini, YB KJ bersama-sama anak muda menonton perlawanan bola sepak Euro 2012 antara France vs Ukraine di NZ Garden KLCC.


GR kata: YB, kaler baju Perancis sama macam Argentina...kira okla kan..He he he

Published with Blogger-droid v2.0.4

PANAS: NEELOFA BAGI LAST WARNING..??


PENDEDAHAN yang dibuat oleh pelakon Nur Anzalna Md. Nasir, 24, terhadap perbuatan Noor Neelofa Mohd. Noor, 23, yang telah memburuk-burukkan namanya menerusi artikel sebuah akhbar pada Ahad lalu pastinya mengejutkan ramai pihak.

Dalam laporan akhbar tersebut, Anzalna yang kini sedang popular menerusi drama bersiri Indera Joned itu mendakwa Neelofa telah menghina keluarganya menerusi laman sosial Facebook atas sebab yang tidak diketahui.

Anzalna juga membuat kenyataan bahawa Neelofa ada membuat ugutan sekiranya Anzalna memenangi pertandingan Dewi Remaja 2010/2011 yang disertai mereka dua tahun lalu.

Pertandingan tersebut menyaksikan Neelofa dinobatkan sebagai Dewi Remaja 2010/2011 sedangkan Anzalna tidak memenangi sebarang gelaran dan sekadar muncul sebagai finalis.

Mengakui dirinya sangat kecewa, Neelofa yang juga pengacara rancangan Nona kelmarin telah tampil untuk menangkis segala dakwaan yang telah dibuat oleh Anzalna. Ikuti temu bual bersama aktres jelita kelahiran Kelantan ini.

Kosmo!: Apakah reaksi Neelofa sebaik sahaja membaca artikel akhbar tersebut?

NEELOFA: Sudah tentu saya terkejut dan kecewa kerana ia telah menjejaskan nama baik saya sebagai seorang pelakon. Ingin saya tegaskan bahawa segala tuduhan yang telah dilemparkan terhadap saya itu adalah fitnah semata-mata.

Apakah tindakan yang akan dilakukan anda?

Saya telah melantik dua orang peguam iaitu Ahmad Hidayat Md. Noor dan Mohd. Irwan Mohd. Mubarak untuk mengendalikan kes ini. Apabila perbincangan dilakukan bersama peguam, kami mendapati banyak kenyataan yang dibuat oleh Anzalna memang berbaur fitnah.

Ketika ini peguam saya telah menghantar satu notis tuntutan kepada Anzalna dan dia diberi masa seminggu untuk memberikan bukti serta penjelasan terhadap tuduhannya itu. Kalau benar seperti apa yang dikatakannya menerusi akhbar itu, sila kemukakan bukti kepada saya dengan segera.

Bagaimana pula kalau Anzalna tidak memberikan sebarang maklum balas dalam tempoh yang ditetapkan itu?

Saya akan mengambil tindakan selanjutnya dan saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan saman ke atasnya. Bagi saya perbuatan yang dilakukannya ini telah menjejaskan nama baik saya sebagai seorang pelakon dan duta produk.

Setelah kerap kali terbabit dengan kontroversi, kenapa kali ini baru anda mahu mengambil tindakan?

Sebelum ini saya tidak mahu mengambil sebarang tindakan kerana segala kontroversi yang timbul tidak terlalu memberi kesan kepada diri saya. Namun, tuduhan yang dibuat oleh Anzalna memang telah memburukkan nama baik saya. Sekarang saya cuma menantikan setiap bukti terhadap segala tuduhannya itu. Kalau dia tidak dapat mengemukakan bukti-bukti tersebut, dia perlu membuat permohanan maaf secara terbuka.

Boleh ceritakan sedikit mengenai persengketaan yang berlaku antara anda dan Anzalna ketika sama-sama bersaing dalam pertandingan Dewi Remaja 2010/2011?

Kalau boleh saya tidak mahu mengulas lebih lanjut tentang persengketaan yang berlaku antara kami berdua. Buat masa ini saya mahu lebih fokus kepada notis tuntutan yang dibuat kepadanya.

Semenjak artikel tersebut diterbitkan, adakah terdapat sebarang tawaran kepada anda yang telah dibatalkan?

Buat masa ini masih belum ada tawaran yang dibatalkan, cuma kini saya sedang melakukan perbincangan setelah ditawarkan menjadi duta kepada sebuah produk. Namun, saya percaya pihak yang memberikan tawaran itu pasti mengikuti perkembangan tentang perkara ini dan tidak mustahil mereka boleh berubah fikiran.

Sekiranya ditawarkan berlakon dalam mana-mana drama atau filem yang turut membabitkan Anzalna, anda akan menolak atau menerima tawaran tersebut?

Saya tidak ada masalah untuk menerima tawaran tersebut kerana sebagai pelakon saya perlu bertindak profesional. Saya perlu menghormati kehendak penerbit atau pengarah dan tidak kisah kalau kami ditakdirkan berlakon bersama-sama. - Kosmo


GR kata: Tunggu dan lihat jer...

Friday, June 15, 2012

PANAS: GAMBAR INI MENCERITAKAN SEGALANYA..!!


Satu ketika dahulu, Nik Aziz ada melarang orang ramai khususnya rakyat Kelantan supaya tidak menggantungkan gambar Perdana Menteri (Mahathir) kerana perbuatan itu menjadikan kita mendewa-dewakan manusia. Hari ini bagaimana? Di seluruh pelosok Kelantan sama ada di bulatan jalan atau di persimpangan, atau di mana-mana sahaja penuh dengan gambar Nik Aziz. Ada gambar Nik Aziz menangis sedang berdoa, ada gambar Nik Aziz sedang bersolat dan berbagai-bagai lagi. Sakit mata kita melihat gambar itu, dan perbuatan itu sebenarnya adalah riak, perbuatan itu juga mengharapkan supaya orang jahil memuji atau mendewa2kan Nik Aziz.

Nik Aziz berkata UMNO tolak Islam (rujuk kepada kenyataan Nik Aziz seperti yg disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia Selasa 6 Disember di muka 7) bahawa pihak yg menolak Islam juga adalah kufur. Pihak mana yg sebenarnya menolak Islam? UMNO atau Pas? atau DAP (langkah mayat aku dulu kata Karpal Singh). Rasulullah saw ada bersabda bahawa al-Quran itu adalah menjadi hujah atau bukti yg kuat untuk menolong diri seseorang itu pada hari kiamat kelak, atau untuk menyusahkan dan menyulitkannya hingga ditimpakan azab ke atas seseorang itu pada hari tersebut.

Ini memang jelas. Dengan keterangan ini tiada sesiapa pun boleh atau dibenarkan berdusta dengan ajaran al-Quran iaitu wahyu Allah swt. Sebenarnya kita tiada pilihan, suka atau tidak suka, kita kena ikut al-Quran, bukan al-Quran kena ikut cakap kita. Nik Aziz suruh al-Quran ikut cakap dia. Contoh, ringkas saja, dalam al-Quran banyak ayat yg Allah melarang kita daripada mendekati syaitan, contoh, di surah Faatir ayat 6 bermaksud: Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadilah dia musuh yg mesti dijauhi tipu dayanya. Sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi penduduk neraka.

Tetapi Nik Aziz kata, kita boleh berkawan dengan syaitan jika syaitan itu mahu membantu kita menubuhkan negara Islam. Syaitan mana? Allah kata tak boleh, Nik Aziz kata boleh. Jadi, sekarang siapa kufur? Pernahkah pemimpin UMNO kata begitu? Jawapannya adalah tidak. Hanya Nik Aziz sahaja yg berani berkata begitu.

Pada tahun 1999 (PRU-10) apabila Pas menang di Terengganu, penceramah Pas kata, Nik Aziz berkata ramai malaikat turun dari langit ke bumi membantu pengundi untuk mengundi PAS. Kata penceramah itu lagi, Nik Aziz berkata malaikat memegang dan menggerakkan tangan pengundi untuk mengundi Pas. Nik Aziz nampakkah malaikat turun dari langit? Siapa berbohong dan siapa kufur?

Pada tahun 2004 (PRU-11) apabila Pas tewas di Terengganu lain pula kata penceramah Pas, penceramah Pas kata, Nik Aziz berkata ramai pengundi hantu UMNO datang dari Kuala Lumpur dengan berpuluh2 bas untuk mengundi UMNO hingga Pas hilang kuasa. Kata Nik Aziz lagi, ini pilihan raya tidak adil dan pilihan raya tidak bersih. Persoalannya, mana perginya para malaikat di tahun 1999 itu? Siapa berbohong dan siapa kufur? Dengan hujah2 di atas, seolah2 pada tahun 1999 Nik Aziz nampak para malaikat turun ke bumi, dan pada tahun 2004 Nik Aziz nampak hantu pula sebagai pengundi. Tidak logik langsung.

Nik Aziz ialah manusia biasa. Nik Aziz bukan manusia istimewa. Nik Aziz bukan manusia ajaib. Nik Aziz bukan antara 10 sahabat Nabi saw yg dijanjikan syurga oleh baginda. Nik Aziz ialah Menteri Besar Kelantan sejak tahun 1990 (22 tahun lalu). Nik Aziz juga seperti manusia lain, Nik Aziz juga terikat kepada ibadat kepada Allah swt, Nik Aziz juga tertakluk kepada syurga dan neraka. Namun, Nik Aziz sentiasa bercakap besar seolah2 dia adalah manusia paling hampir dengan Allah swt.

Tentu ramai masih ingat, menjelang PRU pada tahun 1990, 1995, 1999, 2004 dan 2008 penceramah Pas menggunakan strategi yg sama iaitu mana2 calon yg diputuskan oleh parti merupakan calon terbaik kerana Nik Aziz mendapat petunjuk setelah bermunajab kepada Allah swt. Penyokong tidak boleh menolak mana2 calon yg diputuskan oleh parti kerana ia telah diputuskan terlebih dahulu oleh Mursyidul Am Pas setelah diperkenankan oleh Allah swt kata penceramah Pas dengan sombong, dan disambut dengan takbir, takbir, takbir. Tetapi yg peliknya ramai juga calon yg diputuskan oleh Nik Aziz itu telah tewas di tangan UMNO.... Pembaca yang budiman boleh fikir sendiri.


GR kata: Pok Nik dah nyanyok gamaknya...he he he

GEMPAR: ANWAR MENGAMUK DENGAN BEKAS PEGUAMNYA..??


Dewan Rakyat telah dikejutkan dengan pendedahan bekas peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Zulkifli Noordin iaitu beliau mengakui pernah diarah Ketua Pembangkang untuk mengada-adakan bukti dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Menurut Zulkifli, Anwar memberi arahan tersebut bagi memastikan kes Altantuya dapat dijadikan modal politik untuk mensabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (ketika itu Timbalan Perdana Menteri) selepas menyedari kes tersebut tiada kaitan dengan Ahli Parlimen Pekan itu.

Katanya, selaku peguam bela Anwar pada ketika itu, beliau membuat pelbagai semakan undang-undang untuk mencari bukti bagi mengaitkan Perdana Menteri dalam kes pembunuhan berkenaan, namun tiada sebarang petunjuk Najib terlibat, tetapi pembangkang cukup galak melempar fitnah.

"Tiada sebesar zarah pun bukti Perdana Menteri terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya dan apabila saya beritahu Anwar, dia marahkan saya. Anwar kata, kalau tiada bukti, kamu kena adakan bukti tersebut, tetapi sebagai peguam yang berprinsip saya tidak mengikut arahan berkenaan.

"Kalau ada bukti sudah lama saya gunakan untuk menyerang Perdana Menteri, tetapi hari ini isu pembelian kapal selam Scorpene ditimbulkan lagi. Apa tujuan mereka timbulkan isu ini, tujuannya tidak lain untuk kembali mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan Altantuya yang terbukti fitnah.

"Saya peguam Anwar, saya lebih tahu. Mereka mendakwa kononnya ada surat akuan bersumpah yang mengaitkan Najib, semua itu bohong sebagaimana akuan sumpah palsu (diarah Anwar) dalam kes Mohd. Saiful Bukhari Azlan," katanya semasa sesi perbahasan.

Semalam, isu kapal selam Scorpene kembali ditimbulkan oleh Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) dalam sidang Parlimen dan anak kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh itu sekali lagi cuba mengaitkan Perdana Menteri dalam 'skandal' tersebut, selain mendakwa Najib tidak berintegriti.

Dalam pada itu, Zulkifli yang juga Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu menempelak Gobind agar terlebih dahulu 'cermin diri sendiri' dengan melihat pendiriannya dan bapanya sebelum menuduh Perdana Menteri tidak berintegriti.

"Kalau beliau lupa, saya suka ingatkan kembali, pada tahun 1997 di dewan inilah Karpal mendedahkan bahawa beliau mempunyai bukti yang Permatang Pauh (Anwar) terlibat dalam aktiviti liwat dan menuntut tindakan tegas kerajaan, tetapi hari ini siapa peguam bela Anwar kalau bukan Karpal," katanya.


GR kata: Anwar dah meroyan tahap cipan...He he he

RAHMAT ALLAH S.W.T BERIKAN PADA RAKYAT BDR TUN RAZAK! @rizalmanmokhtar @Khalid_Ibrahim #bn4wp cc: @MuhyiddinYassin


Semalam sekali lagi YAB Timb. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat lawatan kerja ke Parlimen Bdr Tun Razak. Apa yang bestnya, tahun ini saja sudah lebih 2x YAB TPM mengadakan lawatan ke Bdr Tun Razak. Yang menyedihkan lagi, di manakah Ahli Parlimen Bdr Tun Razak?? Kenapa tidak menyambut kedatangan YAB TPM di Bdr Tun Razak?? Inikah sikap baik yang ditunjukkan oleh seorang pemimpin??

Lawatan YAB TPM semalam di Bdr Tun Razak bermula dengan sesi soal jawab bersama Persatuan NGO di Institut Latihan DBKL. Selepas menunaikan Solat Zohor di Surau Kg Malaysia Raya, YAB TPM meluangkan masa sebentar menjamu selera bersama penduduk Kg Malaysia Raya dan Kg. Malaysia Tambahan.



Ada beberapa permohonan daripada penduduk Kg. Malaysia Raya dan Kg. Malaysia Tambahan, antaranya memohon untuk memanjangkan tempoh pemilikan tanah yang diduduki mereka sekarang. Menariknya, permohonan tersebut telah dipersetujui oleh TPM secara tak rasminya. Selepas itu, YAB TPM ke Pekan Sg. Besi untuk mendengar taklimat pembangunan Masjid Jame' Ibnu Khaldun.

Persoalannya yang GR ingin utarakan kepada Ahli Parlimen Bdr Tun Razak Tan Sri Khalid Ibrahim a.k.a Khalid Gagap kenapa tidak pernah turun padang bertemu rakyat. Kenapa tidak boleh meluangkan sedikit masa bersama rakyat di Bdr Tun Razak?? Kenapa tidak ada sebarang perubahan dan pembangunan untuk rakyat Bdr Tun Razak?? Kenapa dan kenapa?? Janganlah menjadikan alasan kesibukan kerja sebagai Menteri Besar Selangor anda tidak boleh turun padang bertemu rakyat. Mandat yang rakyat berikan kenapa tidak digunakan dengan sehabis baik. Janganlah makan gaji buta dan gilakan kuasa yer YB Khalid Gagap...Pembaca yang budiman fikir-fikirkanlah pemimpin seperti inikah yang perlu diangkat untuk membantu rakyat???


Di atas lawatan kerja YAB TPM semalam, masyarakat Bdr Tun Razak sangat berterima kasih dengan Kerajaan meluluskan pembangunan di Bdr Tun Razak serta menyelesaikan masalah masyarakat Bdr Tun Razak selama ini. Kelulusan bantuan yang diberikan oleh YAB TPM ialah :
  1. Sambungan pajakan tanah 99 tahun kepada penduduk Kg. Malaysia Raya dan Kg. Malaysia Tambahan.
  2. Pembinaan bumbung untuk gelanggang futsal Kg. Malaysia Rakya sebanyak RM 300 ribu.
  3. Peruntukan RM 300 ribu untuk menaiktarafkan Surau sementara di Pekan Sg. Besi.
  4. Peruntukan RM 300 ribu untuk menaiktaraf Pusat Penjaja di Pekan Sg Besi.
  5. Peruntukan RM 200 ribu untuk menurap kawasan letak kereta di Pekan Sg. Besi.
  6. Kebenaran menggunakan Banglo milik MAWIP untuk dijadikan Surau sementara di Pekan Sg. Besi.
  7. Kelulusan pembinaan Surau di PPR Muhibbah Bkt Jalil sebanyak RM 600 ribu.
  8. Kelulusan pembinaan dewan masyarakat di PPR Muhibbah Bkt Jalil sebanyak RM 1.3 juta.
  9. Pembinaan baru Masjid Jame' Ibnu Khaldun, Pekan Sg. Besi sebanyak RM 9.5 juta.

GR ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada YAB TPM dan Kerajaan BN yang selama ini sentiasa mendengar keluhan rakyat khususnya di W.Persekutuan. Bukan itu saja malah berusaha memberikan kemudahan dan pembangunan yang terbaik untuk rakyat serta keselesaan rakyat demi masa depan yang baik untuk mereka. Tahniah juga GR ucapakan kepada UMNO/BN Bdr Tun Razak yang tidak putus asa sentiasa memberi bantuan kepada masyarakat Bdr Tun Razak. Kepada pembaca sekalian, fikirkanlah yang terbaik demi masa depan kita semua. Jika inginkan pemimpin Pakatan Rakyat menjadi wakil rakyat anda lihatlah apa yang mereka lakukan selama mereka menjadi wakil rakyat untuk anda. Kalau selama memegang mandat sebagai Ahli Parlimen mahupun ADUN turun padang setahun sekali baik tak payah jadi pemimpin....



GR kata: Khalid Gagap MP malas yang makan gaji buta...!!!

MAZHAB BARU PAS - PRU LAGI PENTING DARI TUNAIKAN HAJI!!


Inilah dia puak-puak PAS, nak kata BODOH dalam agama Islam mereka ini semuanya mempunyai latarbelakang ilmu agama yang tinggi. Pembaca lihatlah sendiri demi kepentingan peribadi politik mereka sanggup mengeluarkan 'fatwa' meminta supaya penyokong tegar PAS dan juga rakyat Malaysia untuk menangguhkan mereka pergi menunaikan Haji.

Menunaikan Haji bukankah itu adalah rukun Islam yang ke 4. Pembaca fikirkanlah apakah yang PAS lakukan ini baik atau sebaliknya. Tidak kasihankah kepada umat Islam yang sudah sampai masa mereka untuk pergi menunaikan Haji tapi dipaksa tangguhkan demi kepentingan BODOH puak-puak PAS ni. Kalau mereka tangguh, tahun bila pula mereka dapat pergi....so jika berlaku masalah tersebut mereka terpaksa tanggung sendirilah yer....

Baca kenyataan Naib Presiden UMNO, YB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai isu ini :
"Tanggunglah risiko jika terpaksa menunggu lama selepas ini." Itu peringatan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada jemaah haji yang menolak tawaran ke Makkah semata-mata kerana mahu  mengundi pada pilihan raya umum akan datang.

Zahid berkata, jemaah haji tahun ini yang menolak tawaran ada kemungkinan tidak akan mendapat tawaran untuk menunaikan haji semula pada tahun hadapan kerana kuota   haji telah ditetapkan setiap tahun dan mereka yang menolak perlu menunggu giliran seterusnya.

Dalam keadaan itu, katanya, jika terpaksa menunggu lama, mereka tidak boleh menyalahkan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) mahupun kerajaan kerana apa yang berlaku adalah kehendak mereka sendiri.

“Individu yang mendaftar tahun ini akan mengerjakan haji pada 2030. Yang mendapat tawaran tahun ini tetapi menolak jangan anggap mereka boleh pergi pada tahun hadapan," katanya.

"Peringatan saya, jangan utamakan politik untuk ketepikan agama dan jangan bercakap soal hukum sahaja dengan mengatakan haji boleh ditangguhkan jika dalam keadaan darurat,” katanya.

Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilaporkan sebuah akhbar kelmarin meminta penyokong parti itu supaya menangguhkan haji tahun ini supaya  mereka tidak ketinggalan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang dijangka akan serentak dengan musim haji.

Zahid turut membidas tindakan pembangkang yang mengaitkan situasi politik dan pilihan raya sebagai darurat sehingga sanggup menangguhkan fardu haji.

"Pembangkanglah yang semakin darurat dari segi politik kerana takut hilang undi dan sanggup menyarankan ahli mereka menangguhkan haji.

"Lihatlah dan rujuklah kepada al-Quran,  hadis termasuk alim ulama dalam perkara sebegini. Berikanlah keutamaan dalam hal-hal agama.

“Politik itu adalah sandaran kuatkan agama dan bukan menggunakan agama untuk kuatkan politik,” katanya. - SH


GR kata:  Tangguh Haji lagi banyak pahalanya gamaknya puak-puak PAS ni yer...Undi PAS masuk Syurgakan!! He he he

Thursday, June 14, 2012

BONGKAR: SIRI PEMBOHONGAN LEBUHRAYA 'SYURGA' DI KELANTAN!!


Dalam artikel kronologi yang seringkas mungkin ini, GR hanya ingin berkongsi latarbelakang serta hanya sedikit ulasan berkenaan projek lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai (KB-KK) yang sekarang sedang hangat digebang merata alam oleh pemimpin dan penyokong PAS.

Umum sedia maklum sejak seawal bulan Disember 2010, dunia politik tanahair telah dihangatkan dengan desas desus dan khabar angin yang bertiup kencang menjangkakan parlimen akan dibubarkan dan pilihanraya umum ke 13 bakal dilangsungkan dalam bulan Mac 2011. Ramalan tersebut kemudiannya tersasar lantaran itu ia dianjak pula dengan jangkaan ianya akan diadakan pada akhir tahun yakni bulan November 2011.

Tidak semena-mena pada tanggal 10 Ogos 2011 (Sinar Harian 11082011), Husam Musa mengumumkan kerajaan PAS Kelantan akan membina lebuhraya KB-KK yang panjangnya 63 km secara penswastaan dengan kos sekitar RM1.9 bilion dan apabila ‘siap’ kelak mungkin pengguna akan dikenakan tol. Pada 24 Ogos 2011 (Sinar Harian Online 24082011), Husam Musa mendakwa tiga (3) syarikat kelas A berminat telah menghantar tawaran masing-masing untuk membida projek lebuhraya sepanjang 63 kilometer itu.

Seterusnya pada 15 September 2011 (Haprakdaily 15092011 & Sinar Harian 16092011), sekali lagi beliau mengulangi pengumuman bahawa kerajaan PAS Kelantan telah tekad akan membina lebuhraya KB-KK itu secara penswastaan dan diikuti dengan pengesahan kadar tol yang akan dikenakan adalah pada tahap minima yang tidak membebankan pengguna.

Selanjutnya kata Husam lagi, kutipan tol akan dibatalkan sebaik sahaja pakatan pembangkang mengambil alih kerajaan pusat dan royalti minyak dikembalikan. Dengan duit royalti itu, lebuhraya tersebut akan diambil alih oleh kerajaan negeri.

Respon terakhir bagi tahun 2011 berkaitan ura-ura lebuhraya tersebut datangnya dari Nik Aziz melalui kenyataannya pada 18 Oktober 2011 semasa sidang DUN Kelantan. Kata Nik Aziz, kerajaan Kelantan sedang meneliti cadangan tersebut yang akan dibangunkan dengan kerjasama swasta.

Kelihatan seakan bersungguh benar kerajaan PAS Kelantan tika itu mahu membina lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai sekalipun kantung kewangannya tipis dan belanjawan negeri acapkali mengalami defisit manakala di masa yang sama hutangnya dengan kerajaan pusat terus meningkat kepada lebih satu billion.

Bagaimanapun barangkali disebabkan ramai pihak telah tampil secara lantang mempertikaikan kenapa perlunya diwujudkan kutipan tol sedangkan selama ini Pakatan Haprak khususnya PAS dan PKR sering mendakwa kutipan tol adalah bentuk penindasan kapitalis terhadap rakyat, maka untuk seketika isu lebuhraya tidak lagi kedengaran.

Dan tarikh 11.11.11 yang dikhabarkan parlimen akan bubar akhirnya berlalu begitu sahaja, turut berlalu dan senyap sepi ialah perkhabaran berkenaan lebuhraya ‘syurga’.

Tahun baru 2012 kemudiannya menjelang tiba, tika itu hangat isu Anwar Ibrahim dan pemecatan Hasan Ali dek angkara tangan ghaib dari PKR dan DAP. Saat ini tidak kedengaran walau sebutir kata perkhabaran terkini perihal lebuhraya yang gah diwar-warkan beberapa ketika sebelum ini.

Tika ini juga kembali hangat desas desus dan ura-ura pilihanraya umum ke 13 kemungkinan akan berlangsung sekitar Jun 2012 selepas beberapa ramalan sebelumnya tidak menepati sasaran.

Tiba-tiba pada 12 Februari 2012 (Haprakdaily 12022012), Husam Musa kembali membuka mulut katanya, kerajaan negeri telah menerima cadangan dari lima (5) buah syarikat yang berminat dengan projek lebuhraya KB-KK sepanjang 73 kilometer itu sejak tawaran dibuka dari 2 Januari 2012 hinggalah ditutup pada 9 Februari 2012.

Agak menghairankan kerana sebelum ini dalam kenyataannya pada 24 Ogos 2011, Husam mendakwa telah menerima cadangan dari tiga syarikat kelas A. Kenapa pula sekali lagi tawaran dibuka pada 2 Januari hinggalah tawaran ditutup pada 9 Februari 2012 yang menyaksikan lima syarikat dikatakan telah menghantar cadangan projek?

Pada 3 April 2012, semasa berucap di majlis Makan Malam Dana Piliharaya PAS Kawasan Kota Bharu, Husam mendakwa “tiga dari tujuh tender syarikat yang memohon tander untuk mengambil bahagian dalam pembinaan Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai, akan dibawa ke mesyuarat exco pertengahan April”.

Sekali lagi timbul persoalan yang buat GR berfikir, kenapa angka syarikat yang memohon boleh berubah-ubah. Dari tiga menjadi lima dan sekalipun tawaran telah lama ditutup, tiba-tiba sekarang menjadi tujuh pula? Ada sesiapa yang mahu memberi penjelasan tak??

Kemudian pada 10 Mei 2012 (Haprakdaily 10052012), Husam mengumumkan pembinaan lebuhraya akan dimulakan pada akhir bulan ini disamping itu katanya lagi konsep lebuhraya tersebut adalah bebas tol kerana ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri.

Bagaimanapun pada 16 Mei 2012, konsep bebas tol dengan tanggungan sepenuhnya oleh kerajaan negeri telah ditukar menjadi konsep gotong royong dengan mengharapkan derma dari rakyat serta pihak lain bagi menjayakan projek berkenaan.

Menurut Husam, konsep tersebut diperkenalkan bukan kerana ketidakmampuan kerajaan negeri sebaliknya untuk menanam semangat kerjasama dikalangan rakyat yang sebelum ini hanya pernah terdedah terlibat langsung menderma dalam pembinaan masjid dan surau sahaja.

Jelasnya lagi, jajaran pertama lebuhraya tersebut akan melalui kawasan Hutan Lipur Bukit Bakau. Untuk makluman, Hutan Lipur Bukit Bakau juga adalah antara hutan simpan yang digazetkan oleh Jabatan Perhutanan. Boleh tahan banyaknya kayu balak di sana. Akhirnya pada 28 Mei 2012, Nik Aziz menyempurnakan majlis pecah tanah untuk permulaan projek tersebut di Kampung Berangan Mek Nab, Machang, Kelantan.

Juak-juak PAS bersorak sakan bangga seolah-olah sebaik sahaja majlis pecah tanah selesai, lebuhraya ‘Syurga’ juga sudah terbentang siap untuk diguna. Tiada terdetik walau sekelumit persoalan, semuanya angguk dan gembira. Ada penyokong PAS yang sudah tidak sabar menderma wang ringgit sebagai jaminan penghubung menuju ‘Syurga’ dek kerana kata Nik Aziz adanya pahala untuk sesiapa menderma menjayakan projek lebuhraya tersebut tanpa terfikir risiko tragedi tabung memali mungkin berulang kembali.

Agaknya, jika mereka mengikuti kronologi dan percanggahan demi percanggahan dengan banyak persoalan bermain di minda sejak awal cetusan idea Husam Musa, adakah mereka berani menyatakan lebuhraya KB-KK tidak akan menerima nasib sama seperti projek kambing jamnapari?

Hanya satu pesanan GR, bila dekat pilihanraya pandai-pandailah jaga duit dan harta benda kalian semua, bukan apa menjelang pilihanraya akan banyak tabung dan kutipan derma datang dan pergi. Banyak wayang dan banyak temberang, gitulah selalunya. Apapun, terpulang pada pembaca yang budiman untuk menilainya mengikut gerak hati masing-masing. Renung-renungkan.....


GR kata: Senang betul masuk Syurga ek dengan puak-puak PAS ni..??

NOW: LAGI BANYAK @MuhyiddinYassin TURUN BTR DARI @Khalid_Ibrahim! @RajaNongChik @rizalmanmokhtar #bn4wp




Hari ini YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan lawatan kerja ke Wilayah Persekutuan dan kawasan fokusnya Bandar Tun Razak. GR nak tanya juga, mana Ahli Parlimen Bdr Tun Razak?? Tido ker??

Dalam tengahari tadi, YAB TPM berada di Institut Latihan DBKL. Beliau bertemu dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Wilayah Persekutuan. Di sini ahli-ahli NGO berkesempatan bertanyakan soalan dan masalah dalam sesi soal jawab bersama TPM di program tersebut.

Sambutan kehadiran hari ini lebih 2,000 orang. GR difahamkan sekarang YAB TPM berada di Kg Malaysia Tambahan mengadakan lawatan dan bertemu rakyat di sana. Selepas itu YAB TPM akan ke Pekan Sg. Besi mengadakan taklimat pembangunan. Beliau diiringi Menteri W.Persekutuan YB Dato' Raja Nong Chik, Ketua Pemuda W.Persekutuan Datuk Rizalman Dato' Mokhtar dan juga barisan kepimpinan kompenan lain.

Baca juga DI SINI


GR kata: Mana Ahli Parlimen Bdr Tun Razak ni..?? Makan gaji buta ker??

KARTUN PANAS: INILAH PEMIMPIN LIDAH BERCABANG..!!



GR kata: Inilah dia pemimpin Pakatan Haprak, cakap tak serupa bikin. Baru kena 'test' sikit sudah mengelupur tak tentu arah. Lain kali kaji dulu sebelum cakap...Sendiri mau ingatlah!!

BONGKAR: AWAS RANGKAIAN OPERASI @anwaribrahim !!


Nampaknya Anwar kini kembali dengan muslihat lamanya: menggunakan sekutu-sekutu dan NGO belaanya untuk menjatuhkan kerajaan dan mencemarkan imej pilihan raya Malaysia.

Sejak dua minggu lalu, beberapa laporan akhbar dan blog telah mendedahkan bahawa rekaan fakta terhadap sistem pilihan raya di Malaysia hanya dilakukan oleh rakan-rakan asing Anwar. “Misi” yang diketuai oleh seorang Senator di Australia, Nick Xenophon, telah mengkritik sistem pilihan raya di Malaysia dan mencadangkan satu siri perubahan yang dijangka akan memihak kepada PKR.

Kini, terdapat satu lagi kumpulan yang kononnya mengatakan bahawa mereka adalah organisasi bebas, Suaram, sebenarnya hanyalah salah satu daripada “kawan-kawan” Anwar. Kumpulan tersebut sering menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sejak beberapa minggu lepas dengan perkara yang bermotifkan politik dengan mengembalikan isu Scorpene – namun, Suaram tetap cuba sedaya upaya untuk menyembunyikan fakta di mana mereka bekerjasama bersama Anwar.

Walaupun laman web mereka tidak menyatakan identiti sebenar mereka. Walau bagaimanapun, setelah diteliti, Suaram sebenarnya dipenuhi oleh orang PKR. Jadi, mereka sebenarnya hanyalah pihak pembangkang.

Antara mereka termasuk aktivis kanan organisasi Suaram, Ahli Parlimen PKR Tian Chua dan Sivarasa Rasiah, ahli Majlis Tertinggi PKR Irene Fernandez, anggota ADUN PKR, Elizabeth Wong dan bekas Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin. Ahli-ahli Suaram yang lain di Suaram termasuk Ahli Parlimen DAP dan pegawai-pegawai kanan Parti Sosialis Malaysia – kedua-duanya sebahagian daripada Pakatan Rakyat.

Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel juga merupakan ahli majlis perbandaran di Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Jadi, Suaram sememangnya Pakatan Rakyat. Mungkin ini menjelaskan mengapa dalam beberapa bulan kebelakangan ini,terbuktilah mengapa mereka tidak bertindak sebagai sebuah organisasi bebas, tetapi sebagai sebuah parti politik bagi menghadapi pilihan raya.

Dan bagi menghidupkan kembali isu lama di mahkamah Perancis, Suaram telah berusaha keras hinggakan mereka telah mengadakan majlis makan malam yang dinamakan sebagai “Scorpene 2.0” yang mengenakan bayaran sebanyak RM10,000 bagi satu meja.

Namun, bagi mereka yang inginkan kebenaran, terdapat beberapa perkara yang perlu kita tahu terhadap isu yang dikeluarkan oleh Suaram. Penyiasatan yang dijalankan oleh Hakim Mahkamah Perancis bagi isu yang ditimbulkan oleh Suaram dikatakan akan mengambil masa dua tahun untuk disiapkan. Mengapa Suaram tidak boleh tunggu sehingga keputusan dikeluarkan?

Mungkin mereka bimbang bahawa hakim mungkin akan mengumumkan bahawa bukti-bukti mereka tidak kukuh? Atau mungkin mereka rasakan bahawa isu ini adalah modal terbaik mereka bagi menghadapi PRU-13?

Organisasi ini juga kelihatan seperti tidak membenarkan wartawan untuk menyiasat sendiri perkara ini. Apabila wartawan bertanyakan soalan sama ada mereka boleh mendapatkan sumber asli daripada Suaram, mereka berkata bahawa menurut undang-undang Perancis, mereka tidak boleh membawa bukti-bukti mereka keluar daripada Perancis.

Suaram telah mereka satu keadaan di mana segala informasi yang diberikan kepada pihak media tidak boleh disiasat dan mereka mahu pihak media percaya akan setiap perkara yang mereka nyatakan – namun, sepertimana yang kita ketahui, Suaram bukanlah satu organisasi yang bebas ataupun mereka mahu memperjuangkan hal rakyat.

Bagi mereka yang tahu akan modus operandi Anwar, perkara ini adalah sesuatu yang tidak mengejutkan. Namun, rakyat perlu tahu akan kebenaran sebelum segalanya terlambat. Suaram perlu menjelaskan hubungan mereka dengan PKR dan mereka perlu menjelaskan kepada rakyat tentang mengapa mereka bertindak sebegini rupa... - AIDC



GR kata: Sedarlah rakyat Malaysia, jangan menyesal nanti apa pun tak guna. Anwar yang hidup suka ria....

Wednesday, June 13, 2012

PANAS: ARTIS POPULAR ADA TATOO..??


Perghhhh...Jeng! Jeng! Jeng! Terperanjat jugak GR melihat gambar ni. Masakan masa awal tahun ini, heboh gosip apabila penyanyi popular ini mempunyai tatoo di badan dan gosip menuduhnye sentiasa memakai baju lengan panjang untuk menutup tatoo di badannye.

Ketika itu, penyanyi popular ini menafikan gosip tersebut dan mencabar mereka yang menyebar gosip untuk menunjukkan gambarnye bertatoo. Salah seorang peminat `biarlah rahsia` telah menghantar dua keping gambar dengan kiriman teks bertajuk penyanyi ini penipu serta keterangan bahawa penyanyi ini mempunyai tatoo di lengan dan bahu serta satu gambar kelihatan seperti dia sedang memegang segelas air beralkohol.

GR tidak berani mengesahkan kebenaran gosip ini. Biar tuan punye badan yang menjawabnya....

Kalau di’ikutkan gaya penulisan e-mail yang kami terima lewat petang semalam, memang si pengirim seakan marah habis dengan penyanyi lelaki yang sedang popular ini. Penyanyi popular ini di’katakan masih mengekalkan kehidupan liar beliau di’belakang para peminat yang mempercayai imej baik yang beliau bawa selepas membuat kemunculan pertama.

Walaupun ketika ini beliau mengakui memiliki kekasih hati, pengirim e-mail mendakwa penyanyi ini masih menjalinkan hubungan dengan bekas kekasih lama’nya.

Berderet juga nama yang di’senaraikan kepada kami lengkap dengan tempoh mula & tamat percintaan. Si pengirim seakan mempunyai pengetahuan tinggi tentang kehidupan penyanyi ini.

Oh berkaitan tatu? Anda boleh lihat sendiri gambar gambar yang di’kirim selepas ini. Tatu yang ada di’katakan wujud sejak beliau tinggal di’luar negara lagi. - Roti Kaya




GR kata: Tunggu apa jawapan artis tersebut....

VIDEO PANAS: PAS HANYA HAMBA ABDI PADA DAP..!! #PRmenipu




Apakah dunia sekarang sudah terbalik?? Ingin melaksanakan undang-undang Islam perlu mendapat mandat dari orang bukan Islam. Adakah golongan orang bukan Islam ini bijak pandai dalam landasan hukum Islam serta memahaminya dengan lebih mendalam??

Inilah dia PAS, dari dulu hingga sekarang memperkatakan perjuangkan HUDUD untuk dilaksanakan di Malaysia apabila mereka menang pilihanraya kelak. GR rasa dari satu pilihanraya ke satu pilihanraya kita sudah tempuhi tapi mana perlaksanaan HUDUD yang mereka gembar-gemburkan??

Pembaca lihat di atas, itu jawapan yang dilontarkan oleh orang kuat DAP. Perlaksanaan HUDUD hanya mainan PAS apabila menjelang pilihanraya. Mereka hanya menggunakan Islam sebagai landasan mereka untuk meraih simpati rakyat. Rakyat yang bijak pandai saja boleh menilai apakah rancangan dan janji Pakatan Haprak ini boleh digunapakai atau pun tidak....

Jika kita lihat selama ini ternyata PAS hanya menjadi keldai pada DAP dan PKR. Mereka tidak mempunyai persefahaman yang baik dalam melandaskan perkara demi untuk rakyat. Mereka hanya mempergunakan rakyat dengan JANJI KOSONG mereka demi mencapai agenda peribadi mereka. Pada pembaca fikirlah yang terbaik demi masa depan korang. Janganlah perjudikan sesuatu demi kepentingan peribadi. Korang semua adalah harapan pada agama, bangsa dan negara...


GR kata: HUDUD hanya mainan PAS....

BONGKAR (PART 2): SIAPA SEBENAR BG DATO' ABDUL HADI (TUDM BERSARA) YANG SERTAI PKR??


Sebelum ini GR ada kongsikan artikel dari rakan blog MerapuSakan siapakah BG Dato' Abdul Hadi. Baca DI SINI untuk part 1. Kali ini part 2 menyusul....baca di bawah :


Dato’ Abdul Hadi bin Abdul Khatab 'Tidak Dibenarkan Menggunakan Gelaran Pangkat Brigadier Jeneral TUDM’ yang disandang selepas bersara daripada perkhidmatan berdasarkan Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT). Perintah ini agak jarang berlaku melainkan seseorang Pegawai Kanan mempunyai masalah besar di mana tindakan pegawai berkaitan sebelum ini telah mencemarkan imej Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Setelah diperhalusi, sememangnya tepat tindakan Majlis Angkatan Tentera (MAT) berbuat demikian kerana Dato’ Abdul Hadi seorang Pemerintah yang telah diamanahkan oleh ATM dan dipertanggungjawab sepenuhnya ke atas keselamatan pangkalan termasuk 2 buah enjin pesawat TUDM yang dilaporkan hilang.

Beliau juga telah banyak mengambil ‘keuntungan peribadi’ daripada pelbagai transaksi pembelian peralatan dan senggaraan TUDM. Akan tetapi…….beliau terlepas daripada sebarang dakwaan pihak ATM kerana kekurangan bukti kukuh. Apapun Allah SWT jua yang Maha Mengetahui……….!!!

Dato’ Abdul Hadi memang terkenal dengan sifat ‘berdendam’ dan ‘bijak memutarbelitkan’ sesuatu perkara, apatah lagi jika ianya membawa keuntungan peribadi terutama berbentuk wang tunai. Kini beliau mempunyai ruang terbuka luas untuk mengumpul dana setelah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Rundingan Keselamatan PKR. Barulah kena…… ‘buku dengan ruas’!! Yang sedih lagi mengecewakan……Dato’ Abdul Hadi sanggup melemparkan pelbagai tohmahan terhadap ATM dan Kerajaan, hanya untuk mencapai impiannya menjadi calon PKR pada PRU 13 kelak. Namun, ianya tidak pelik kerana beliau sanggup berbuat apa saja demi memenuhi cita-cita peribadinya.

Jika kemudian hari PKR tidak dapat memberi keuntungan kepadanya, beliau akan ‘menggigit kembali tangan yang menyuapnya’ malah mungkin akan bersikap lebih dasyat lagi…….pembohongan yang melampau!

Awas PKR….!!, rahsia keselamatan PKR kini dikawal sepenuhnya oleh seorang yang ‘tidak berpendirian’ bagaikan ‘lalang menanti tiupan angin’. Beliau mudah beralih sokongan dengan syarat mendapat keuntungan lebih. Enough is enough……..!!! Insaflah dan kembali ke jalan yang benar adalah lebih afdal daripada terus memfitnah dan menjadi pembohong melampau.

Dipetik dari blog MerapuSakan


GR kata: Sibuk join Pakatan Haprak hanyalah untuk kepentingan peribadi, janji bagaikan bintang dilangit...Haktuiihhh!!

PANAS: NIK AZIZ TAHAP ULAMA' NASI BUNGKUS..!!


Untung orang bernama Nik Aziz...apa dia cakap pun puak PAS percaya...haha...dia solat orang AMBIL gambar supaya rakyat sedunia tahu yang dia tak tinggal solat...barulah boleh jadi panduan untuk masuk syurga PAS...kalau tak...puak PAS tak boleh riak beb...

Nik Aziz solat tu urusan dia dengan Allah..tapi yang bodoh...pengikutnya...berkerumun bukan mau jadi makmum..tapi ambil gambar...sudah-sudahlah mainkan sentimen politik macam ni..Macam orang tak ada otak pun ada GR tengok. Allah sendiri bagitau dalam Al-Quran, soal Iman seseorang itu adalah urusan Allah S.W.T bukan dengan cara menunjuk-nunjuk dan kata diri kita sendiri beriman. Kalau berkata macam-macam orang kafir dan diri sendiri yang betul boleh jatuh riak. Apa hukumnya kalau macam tu???

Apa ada hal..puak2 PAS makan nasi bungkus pun sanggup puji...Pembaca ada dengar tak suatu hari Nik Aziz nak makan..kebetulan nasi dia terjatuh...yang GR herannya..puak-puak PAS tolong kutip bukan untuk buang (KOTOR) tapi makan...sedih....agak2 kalau nasi GR jatuh ada tak puak PAS nak makan atau kutipkan??? Hebat tahap dewa Pok Nik ni kan...He he he

Baca lagi DI SINI


GR kata: Alahai Pok Nik, udah-udahlaaa tu. Zaman dah abis laaaa....

Tuesday, June 12, 2012

PANAS: SOLAT MEREKA INI AKAN MEMBAWA KE SYURGA??


GR bukan niat nak menghina, jauh sekali niat mempersenda. Tidak ada niat di hati ini untuk mempertikaikan solat yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Haprak. Gambar di atas Pok Nik solat di kawasan hutan. Si anak Pok Nik pula solat di kawasan taman. Persoalannya adakah solat mereka ini benar-benar ikhlas atau pun mahu menunjuk-nunjuk kepada orang ramai?? Sepanjang GR bersembahyang di luar rumah di dalam negara Malaysia ini, belum pernah rasanya GR mengalami masalah untuk mencari masjid atau surau waima di mana-mana tempat sekalipun. Solat bersaksikan kamera flash sana flash sini, khusyuk ker solat tu..??

Kalau nak kata selalu ke sana ke mari, GR pun lebih kurang ini juga dengan tugas kerja yang selalu "outstation" ke sana ke mari. Rasanya belum pernah GR bersembahyang di tempat seperti mereka bersembanhyang. Rasanya cukup surau dan masjid di mana-mana tempat di Malaysia ini. Kenapa kedua beranak ini sengaja mencari tumpuan ramai? Tidak bolehkah bersembahyang di surau atau masjid berdekatan? Atau apakah ke semua masjid dan surau telah ditutup?


GR cuma ingin tahu juga, tempat mereka bersolat ini benar-benar bersih ker?? Kalau kita lihat gambar Pok Nik kira oklah ada sejadahnya tapi keadaan sekeliling pula semua orang kerumun tengok, KHUSYUK ka macam tu?? Yang gambar anak Pok Nik ni mana sejadah atau alas ketika solat?? Yakin 100% kah kawasan taman ini suci dari segala najis?? Tolonglah jangan permainkan Islam...bukankah solat itu tiang agama!!



Bagaimana pula gambar bakal Perdana Menteri bayangan ni pula?? Solat Zohor diluar Masjid Negara ketika Bersih 3.0 hari tu...GR ada di situ pada hari tersebut dan GR lihat dalam Masjid Negara masih terdapat ruang untuk umat Islam menunaikan solat. Solat diluar dengan putusnya saf berjemaah dari dalam masjid lebih afdal ker?? Tengok alas (sejadah) pula gambar entah apa-apa...Apa pun pembaca nilailah sendiri cara mereka ini. Adakah Islam ini dipelihara dengan sebaiknya oleh mereka-mereka yang bertopengkan Syaitan ini.. Renung-renungkan...


GR kata: Solat jangan main-main...Solat itu tiang agama!!

PANAS: KANTOI MASA TENGAH 'SEDAP'...!!



Seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi awam berdekatan, dicekup pihak berkuasa dalam keadaan berpelukan bersama teman lelakinya atas katil bertingkat di dalam sebuah stor pusat cuci kereta, dekat sini, pagi kelmarin.

Pelajar perempuan terbabit dipercayai bertandang ke tempat mencuci kereta yang bakal dibuka itu, sebaik menamatkan kuliahnya untuk memadu asmara bersama teman lelakinya yang difahamkan seorang penganggur.

Namun pelajar IPTA yang berasal dari kampung Cacar, Paka yang sama sekali tidak menyangka bahawa teman lelakinya itu penagih bagaimanapun terkedu seketika, apabila menerima kehadiran sepasukan anggota polis narkotik yang melakukan serbuan di tempat berkenaan.

Susulan penangkapan tersebut, remaja perempuan yang merupakan seorang pelajar kejuruteraan awam dan anak seorang pesara syarikat swasta di Paka itu, terpaksa diserahkan kepada pihak Jabatan Agama untuk tindakan lanjut kerana disyaki berkhalwat.

Sementara itu, teman lelakinya yang berasal Kampung Durian Mas itu juga didapati positif dadah jenis methapethamine setelah menjalani unian saringan air kencing dan disiasat mengikut seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kedua-dua pasangan terbabit bakal menghadapi pendakwaan di Mahkamah Rendah Syariah pada 9 Julai 2012 nanti atas kesalahan berkhalwat mengikut seksyen 31(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.

Jika sabit kesalahan hukuman denda maksima RM3,000 atau tidak melebehi dua tahun penjara boleh dikenakan ke atasnya. Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan tangkapan terbabit. - SH


GR kata: Dah sedap tak ingat dunia..alahai....

AL FATIHAH! IBU DS @JamilKhir_myg TELAH MENINGGAL DUNIA!


Ibu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Hasiah@Halijah Ahmad, 71, meninggal dunia akibat sakit tua di kediaman menteri itu di ibu negara, pagi ini.

Setiausaha akhbar Jamil Khir, Mejar Suleiman Moideen, berkata jenazah Hasiah yang meninggal dunia selepas Subuh tadi kini ditempatkan di rumah Jamil Khir di No 8, Jalan 5-12 C, Kg Batu Muda, Batu 4 1/2 Jalan Ipoh.

Jenazah akan disembahyangkan selepas solat Zohor di Masjid Saidina Hamzah dan dikebumikan di tanah perkuburan Raudahtul Sakinah, Kg Batu Muda, kata Suleiman ketika dihubungi hari ini. Allahyarhamah meninggalkan tiga orang anak. Jamil Khir adalah anak sulung beliau. - BH


GR kata: Al Fatihah...semoga roh ibu DS Jamil Khir ditempatkan dikalangan orang yang beriman serta dijauhi dari azab kubur dan masuk Syurga tanpa hisab. Amin

PANAS: ANWAR IBRAHIM 'CON MAN' TERULUNG DI MALAYSIA!!


Pada Ahad lepas, Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang masih juga tidak serik mendendangkan janji pendidikan percuma, tentu saja ramai yang ketawa berdekah mendengar propaganda tersebut. Dalam ceramahnya di Stadium Kajang itu, katanya pakatan pembangkang optimis untuk menyediakan pendidikan percuma dan PTPTN tetap akan dimansuhkan.

Menurutnya, dengan cuma RM5 bilion setahun tanggungan untuk pendidikan percuma, bukan satu masalah kerana kos itu nanti boleh diambil dari hasil keuntungan jualan minyak negara yang berjumlah RM80 bilion. 

Nampak mudah dan ringkas penyelesaiannya, seolah-olah segala hasil minyak itu akan kekal selamanya manakala sektor lain seperti kesihatan, pertahanan, pengurusan, bayaran pencen, kos subsidi dan lain-lain tidak memerlukan perbelanjaan.

Pada minggu lepas, kita dipertontonkan dengan aksi kalut malut menyelubungi kem pakatan pembangkang gara-gara langlah pembekuan sementara pinjaman PTPTN kepada UNISEL milik kerajaan negeri Selangor.

Paling penting, dalam tempoh pembekuan sementara itu kita berpeluang melihat model pendidikan percuma yang mereka propagandakan selama ini rupanya berkonsepkan gadai dan jual aset milik universiti.

Penyelesaian mudah ala korporat keparat yang jika menjadi budaya dalam urus tadbir kerajaan tentunya bakal melingkupkan semua harta benda rakyat, negeri dan negara. Itu baru melibatkan keperluan menanggung sebuah IPT dan jumlah pelajar yang terlibat pula cuma 1000 orang.  Jika semuanya mengambil pengajian ijazah, bermakna sejumlah RM7 juta setahun sahaja diperlukan untuk menampung seribu orang pelajar tersebut.

Tapi dek kerana ura-ura menyediakan pendidikan percuma hanyalah propaganda politik semata-mata, mereka hilang punca untuk mempraktikkan janji tersebut. Yang terlintas di kepala mereka jual dan gadai tanah.  RM5 bilion seakan dipandang sebelah mata oleh Anwar tapi RM7 juta setahun untuk UNISEL pun sampai timbul ura-ura bergolok gadai tanah.

Haru...

Jika angka sekecil RM7 juta setahun pun tidak mampu ditanggung sekalipun dikatakan kantung kerajaan negeri memiliki aliran tunai RM1.8 bilion, sebaliknya tanah milik universiti juga yang mahu dijual. Bukankkah lawak namanya bila begitu yakin Anwar mahu menyelesaikan kos tanggungan yang lebih besar sehingga mencecah RM berbilion setahun?

Tidak syak lagi dengan sikapnya yang bermuka tebal dan gemar menabur janji tanpa mengukur baju di badan sendiri, Anwar layak digelar sebagai satu-satunya politikus yang memiliki pakej yang lengkap untuk dianugerahkan sebagai pelawak politik tanahair.

Barangkali untuk sekurang-kurangnya 100 tahun akan mendatang, Anwar Ibrahim akan dikenang oleh rakyat Malaysia sebagai pelawak politik paling tersohor yang sukar dicari ganti. - BB

PANAS: ROZITA CHE WAN & BEEGO BERCINTA..??


SETELAH dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan beberapa artis lelaki seperti Shahir AF dan Zain Saidin, kini tiba-tiba pelakon janda popular Rozita Che Wan dikatakan bercinta pula dengan Beego.

Biarpun Rozita pernah menafikan mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan Beego pada akhir bulan lalu, kali ini timbul pula gosip berkenaan kedua-dua pelakon tersebut apabila dilihat berpimpin tangan semasa di pusat beli-belah Pavilion dan The Curve.

Sementara itu, Beego pula pada bulan Februari lalu pernah memberitahu Kosmo! bahawa dia sedang menjalinkan hubungan dan sudah bertunang dengan seorang ahli perniagaan bernama Azlina pada April 2011.

Ingin mendapatkan kepastian terhadap status sebenar mengenai hubungan Rozita dan Beego, Kosmo! telah menghubungi kedua-dua pelakon berkenaan bagi mendapatkan penjelasan yang sebenar terhadap gosip yang timbul.

Kosmo!: Benarkah Beego dan Rozita Che Wan pernah keluar berdua-duaan sambil berpimpin tangan?

Beego: Tidak. Saya sendiri sangat hairan apabila cerita ini timbul. Memang kami berdua ada berpimpin tangan, tetapi ia hanya satu lakonan sewaktu kami menjalani penggambaran drama Chef Cinta. Mungkin individu atau pihak yang melihat dan menyebarkan gosip tersebut tidak tahu yang kami sedang menjalani penggambaran, sehingga menyebarkan cerita yang tidak benar.

Bagaimana boleh timbul gosip tersebut?

Itu saya tidak tahu. Saya ingin menegaskan bahawa lelaki yang dimaksudkan keluar berjalan-jalan dengan Rozita sambil berpimpin tangan di Pavilion dan The Curve itu bukan saya.

Jadi, anda memang tidak pernah keluar berdua-duaan dengan Rozita?

Memang kami tidak pernah keluar berdua-duaan sehingga sekarang. Kalau ada yang nampak saya dan Rozita berdua, itu semasa kami menjalani penggambaran drama Chef Cinta yang dilakukan di Port Dickson dan sekitar Kuala Lumpur. Saya minta maaf, kalau boleh saya tidak mahu mengulas mengenai perkara ini dengan lebih lanjut. - Kosmo


GR kata: Macam-macam dunia artis ni...

TERKINI: OSMAN KERING MASIH HIDUP!!


Inilah dia bila dunia sudah terlampau canggih dan ke depan. Dengan teknologi yang ada sekarang, dunia IT yang sudah semakin maju...manusia boleh menyampaikan apa saja berita melalui platform yang ada. Benar atau tidak itu perkara yang kedua...Betul tak??

Berita kematian seseorang bukan boleh dibuat mainan, ini sudah berkali-kali jadi dikalangan artis khususnya. Apakah mereka yang menyampaikan berita palsu ini atau pun broadcast message benar-benar ingin mendoakan seseorang itu mati?? Fikir dulu sebelum buat....

GR turut bersimpati dengan berita yang menimpa Abang Osman Kering, pelawak terkenal tanahair. Beliau sebenarnya sekarang berada dalam kritikal di ICU HUKM. Marilah kita semua rakyat Malaysia mendoakan agar beliau tabah hadapi dugaan yang Allah berikan ini dan semoga beliau cepat sembuh.

Pelakon dan pelawak, Osman Kering atau nama sebenarnya Osman kassim, 58, sedang dirawat di Hospital Universiti kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini, Isnin. Sehingga berita ini ditulis pada pukul 9.40 malam, keadaan Osman berada dalam keadaan kritikal dengan bantuan alat pernafasan.

Anak kedua Osman iaitu Mohd Al Amin, 27, mengesahkan perkara itu dan menolak khabar angin bapanya sudah meninggal dunia sekitar pukul 7 malam Isnin.

"Alhamdulillah, ayah masih hidup dan kini dibawah pemerhatian doktor di wad kecemasan dan akan dibawa ke Unit Penjagaan Rapi (ICU) untuk rawatan selanjutnya," katanya kepada mStar Online ketika ditemui di HUKM malam Isnin.

Amin menjelaskan, bapanya rebah sekitar pukul 6 petang Isnin di rumah mereka di Bandar Permaisuri, Cheras selepas mengalami batuk berdarah sebanyak dua kali. Dia memberitahu seorang jiran yang datang untuk membantu kemudiannya mengesahkan bapanya telah meninggal dunia pada pukul 6.45 petang sebelum diperiksa sekali lagi oleh adiknya iaitu Nur Ain, 25, yang kebetulan bekerja dalam bidang perubatan.

"Selepas adik periksa nadi ayah, dia memberitahu ayah masih hidup tetapi nadinya lemah dan kami bergegas membawanya ke hospital," katanya.

Tambah Amin, ketika kejadian, ibunya iaitu Che Norhayati Che Omar, 48, berada disisi bapanya bersama seorang lagi adiknya. Dalam pada itu, Amin memberitahu, bapanya memang sudah lama mengalami penyakit batuk kering dan sesak nafas dan keadaannya bertambah teruk sejak akhir-akhir ini. "Doakan ayah saya kembali sihat dan dapat kembali seperti biasa," ujarnya.

GR kata: Doakan semoga Abang Osman Kering cepat sembuh...

Monday, June 11, 2012

PANAS: DYMM SULTAN JOHOR MENANGIS??


Kira-Kira 30,000 rakyat Johor pelbagai kaum dan agama berhimpun secara aman di pekarangan Istana Pasir Pelangi bagi menyatakan sokongan dan taat setia kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Mereka membawa pelbagai sepanduk dan mula berhimpun sejak 10 pagi tadi di Sangkar Kristal, Taman Pelangi sebelum berarak sejauh 1 kilometer ke Istana Pasir Pelangi, yang merupakan kediaman rasmi Sultan Johor pada 2 petang.

Sultan Johor turut berangkat ke Himpunan Menjunjung Kasih dan Taat Setia Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Johor itu, yang dianjurkan Majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu Negeri Johor (Gabung).

Suasana di pekarangan istana yang penuh sesak bertukar menjadi emosional apabila baginda tiba-tiba menjadi sebak dan menitiskan air mata ketika menyampaikan ucapan ringkas kepada hadirin.

"Saya tidak akan melupakan hari yang amat bersejarah seperti hari ini,” kata baginda sambil mengesatkan air mata dan laungan “Daulat Tuanku” rakyat yang menghadiri perhimpunan itu terus berkumandang.

Sultan Ibrahim yang berterima kasih kepada mereka yang menghadiri perhimpunan itu berkata adalah menjadi amanahnya sebagai Sultan Johor untuk menyayangi rakyat.

"Tidak ada rakyat, tiadalah raja. Raja dan rakyat berpisah tiada,” katanya sambil mengingatkan seluruh rakyat negeri Johor, tanpa mengira kaum dan agama, supaya terus bersatu padu.

"Jika bersatu, kita akan kuat,” titah baginda yang ditemani isteri, Raja Zarith Sofia dan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris serta kerabat diraja Johor lain.

Perhimpunan itu sebagai reaksi balas terhadap kenyataan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menerusi laman Twitter mengenai bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 oleh Sultan Johor. — BERNAMA


GR kata: Daulat Tuanku!!