Saturday, June 16, 2012

PANAS: NEELOFA BAGI LAST WARNING..??


PENDEDAHAN yang dibuat oleh pelakon Nur Anzalna Md. Nasir, 24, terhadap perbuatan Noor Neelofa Mohd. Noor, 23, yang telah memburuk-burukkan namanya menerusi artikel sebuah akhbar pada Ahad lalu pastinya mengejutkan ramai pihak.

Dalam laporan akhbar tersebut, Anzalna yang kini sedang popular menerusi drama bersiri Indera Joned itu mendakwa Neelofa telah menghina keluarganya menerusi laman sosial Facebook atas sebab yang tidak diketahui.

Anzalna juga membuat kenyataan bahawa Neelofa ada membuat ugutan sekiranya Anzalna memenangi pertandingan Dewi Remaja 2010/2011 yang disertai mereka dua tahun lalu.

Pertandingan tersebut menyaksikan Neelofa dinobatkan sebagai Dewi Remaja 2010/2011 sedangkan Anzalna tidak memenangi sebarang gelaran dan sekadar muncul sebagai finalis.

Mengakui dirinya sangat kecewa, Neelofa yang juga pengacara rancangan Nona kelmarin telah tampil untuk menangkis segala dakwaan yang telah dibuat oleh Anzalna. Ikuti temu bual bersama aktres jelita kelahiran Kelantan ini.

Kosmo!: Apakah reaksi Neelofa sebaik sahaja membaca artikel akhbar tersebut?

NEELOFA: Sudah tentu saya terkejut dan kecewa kerana ia telah menjejaskan nama baik saya sebagai seorang pelakon. Ingin saya tegaskan bahawa segala tuduhan yang telah dilemparkan terhadap saya itu adalah fitnah semata-mata.

Apakah tindakan yang akan dilakukan anda?

Saya telah melantik dua orang peguam iaitu Ahmad Hidayat Md. Noor dan Mohd. Irwan Mohd. Mubarak untuk mengendalikan kes ini. Apabila perbincangan dilakukan bersama peguam, kami mendapati banyak kenyataan yang dibuat oleh Anzalna memang berbaur fitnah.

Ketika ini peguam saya telah menghantar satu notis tuntutan kepada Anzalna dan dia diberi masa seminggu untuk memberikan bukti serta penjelasan terhadap tuduhannya itu. Kalau benar seperti apa yang dikatakannya menerusi akhbar itu, sila kemukakan bukti kepada saya dengan segera.

Bagaimana pula kalau Anzalna tidak memberikan sebarang maklum balas dalam tempoh yang ditetapkan itu?

Saya akan mengambil tindakan selanjutnya dan saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan saman ke atasnya. Bagi saya perbuatan yang dilakukannya ini telah menjejaskan nama baik saya sebagai seorang pelakon dan duta produk.

Setelah kerap kali terbabit dengan kontroversi, kenapa kali ini baru anda mahu mengambil tindakan?

Sebelum ini saya tidak mahu mengambil sebarang tindakan kerana segala kontroversi yang timbul tidak terlalu memberi kesan kepada diri saya. Namun, tuduhan yang dibuat oleh Anzalna memang telah memburukkan nama baik saya. Sekarang saya cuma menantikan setiap bukti terhadap segala tuduhannya itu. Kalau dia tidak dapat mengemukakan bukti-bukti tersebut, dia perlu membuat permohanan maaf secara terbuka.

Boleh ceritakan sedikit mengenai persengketaan yang berlaku antara anda dan Anzalna ketika sama-sama bersaing dalam pertandingan Dewi Remaja 2010/2011?

Kalau boleh saya tidak mahu mengulas lebih lanjut tentang persengketaan yang berlaku antara kami berdua. Buat masa ini saya mahu lebih fokus kepada notis tuntutan yang dibuat kepadanya.

Semenjak artikel tersebut diterbitkan, adakah terdapat sebarang tawaran kepada anda yang telah dibatalkan?

Buat masa ini masih belum ada tawaran yang dibatalkan, cuma kini saya sedang melakukan perbincangan setelah ditawarkan menjadi duta kepada sebuah produk. Namun, saya percaya pihak yang memberikan tawaran itu pasti mengikuti perkembangan tentang perkara ini dan tidak mustahil mereka boleh berubah fikiran.

Sekiranya ditawarkan berlakon dalam mana-mana drama atau filem yang turut membabitkan Anzalna, anda akan menolak atau menerima tawaran tersebut?

Saya tidak ada masalah untuk menerima tawaran tersebut kerana sebagai pelakon saya perlu bertindak profesional. Saya perlu menghormati kehendak penerbit atau pengarah dan tidak kisah kalau kami ditakdirkan berlakon bersama-sama. - Kosmo


GR kata: Tunggu dan lihat jer...

No comments:

Post a Comment