Saturday, April 28, 2012

LAGI VIDEO PENDEMO #Bersih3 BERTINDAK KURANG AJAR!!





GR kata: Inikah himpunan aman DUDUK dan BANTAH?? Hakkktuihhhhhh

#Bersih3: BUKTI BAGAIMANA KERETA POLIS DISERANG DAN TERBABAS!! @PDRMsia @HishammuddinH20



Inilah bukti keadaan sebenar bagaimana kereta Polis yang dikatakan terbabas sebenarnya diserang oleh pendemo Bersih. Pembaca lihatlah sendiri bagaimana mereka yang memulakan keganasan pada pihak Polis. Inilah video bukti yang telah dibuang oleh Malaysiakini.

Lihat video di bawah bagaimana anggota Polis ini dibelasah tanpa belas kasihan :



Dan ini video dari Malaysiakini yang menunjukkan pendemo terbalikkan kereta Polis. Perempuan mana yang arahkan kereta Polis diterbalikkan yer??



Baca juga DI SINI


GR kata: Siapa tipu sapa sekarang?? Pembaca nilaikan sendiri....

PANAS: KEGANASAN #Bersih3 @PDRMsia @HishammuddinH20


Lihatlah pembaca sekalian, keganasan yang dilakukan oleh puak-puak #Bersih3..di manakah perhimpunan aman yang mereka katakan?? Keganasan inikah yang rakyat Malaysia inginkan??

Kereta polis dan motor polis dihancurkan oleh puak-puak sewel ni..Ternyata bukan perhimpunan ini matlamat mereka...Malu lihat rakyat Malaysia yang tidak bertamadun ni...


GR kata: #Bersih3 himpunan maksiat dan ganas...


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

UPDATE #Bersih3: SUASANA MURAM DI MASJID NEGARA


Sekarang jam 10.50 pagi, suasana hambar di Masjid Negara. Rata-rata penyokong #Bersih3 di sini dah macam orang yang tak ada hala tuju. Lihat gambar GR sertakan...

Kesian pada makcik pakcik yang datang dari kampung tak tahu apa-apa melepek tepi jalan. Puak-puak PAS ni dah macam mengong..

Ambiga tiba di Masjid Negara baru sebentar tadi pun terus hilang lari..dibiarkan saja puak-puak di Masjid Negara.


GR kata: Himpunan Dosa dan Kotor...


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PANAS: MAHASISWA #AmanKampus BIKIN HURU HARA DI MASJID INDIA..?? #Bersih3


Siang tadi sekumpulan mahasiswa Aman Kampus telah mengedarkan risalah 3,000 keping kepada masyarakat di sekitar Masjid Jamek, Kg. Baru dan Masjid India sebaik selesai solat jumaat tengah hari tadi.

Pengedaran risalah bertujuan untuk mendapatkan respon masyarakat terhadap demontrasi Mansuh PTPTN yang diadakan baru-baru ini serta demontrasi Bersih 3.0 yang akan digerakkan oleh Pakatan Haprak

Usaha mereka yang murni ini dimaki hamun oleh masyarakat yang berada sekitar Masjid India dan Jalan Tunku Abd Rahman, tapi mereka tetap mengedarkan risalah tanpa menghiraukan apa yang dikatakan pada mereka. Itulah puak Pakatan Haprak, perkara yang baik dimaki hamun. Inikah yang boleh dijadikan contoh?? Fikir-fikirkanlah....

Lihat risalah yang diedarkan siang tadi di bawah :





Selanjutnya baca DI SINI


GR kata: Mahasiswa inginkan keamanan bukannya huru hara....TOLAK BERSIH!!!

2nd UPDATE: #Bersih3 HIMPUNAN KOTOR & MAKSIAT

 

Lihatlah gambar-gambar ini, apakah yang mereka ingin BERSIHkan?? Bertambah gejala maksiat dan LGBT yang mereka mahukan sebenarnya...

BERSIH apa macam ni?? Baik duduk rumah, bersihkan rumah baju semua lagi baik..Ternyata ini hanyalah agenda KOTOR Pakatan Haprak yang hanya menggunakan rakyat sebagai kepentingan peribadi mereka. Rakyat Malaysia fikir-fikirkanlah...


GR kata: Bersih apa macam ni??? Semua memekik macam BERUK....


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, April 27, 2012

PANAS: ADA YANG SOKONG #Bersih3?? TENGOK NI...








GR kata: Lihat video di atas, siapa yang suka BERSIH ni??? Ambiga dan puak Pakatan tolong jawab...

LIVE UPDATE #Bersih3 DI DATARAN MERDEKA

Adam Adli di Dataran...bikin kecoh


Sekarang GR berada di Dataran Merdeka melihat sendiri keadaan di sini. Puak2 Pakatan Haprak sudah mula membuat provokasi untuk melanggar benteng yang telah dibuat oleh DBKL dan pihak Polis.

Keadaan masih terkawal cuma mereka sedang menghalang lalulintas di sini dan membuat bising. Lihat saja gambar2 ini, inikah perhimpunan aman yang mereka katakan??? HAPRAK

Update seterusnya insyAllah akan GR susuli nanti..


GR kata: rakyat Malaysia TOLAK Bersih


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PANAS: RUMAH ALLAH S.W.T BUKAN TEMPAT KEMPENLAH..!! #Bersih3


Mana depa belajaq ni, pergi ke Mekah dan Madinah untuk menunaikan ibadah haji ke umrah ni?? Ini sibuk pergi mempromosi Bersih 3.0. Kata bodoh kang marah, tapi pembaca lihatlah sendiri apa yang mereka lakukan ini benar-benar menunjukkan sifat seorang Islam atau pun tidak??

Disebabkan terlampau taksub, puak-puak Pakatan Haprak ini sanggup memperlekehkan agama Islam yang suci. GR pun tak faham, mereka ini menggunakan fatwa mana yer?? Inilah manusia kalau otaknya dah dicuci dengan benda kotor maka tidak boleh berfikir secara matang. Di manakah nilai sifat sebagai seorang Islam dalam diri mereka?? Perwatakan yang baik jika dilihat dari segi luaran, tapi dalaman HANCUR.

Mekah dan Madinah adalah tempat kita semua umat Islam beribadat, bukannya berkempen benda yang tidak berfaedah macam ni. Nak tanyala kan...buat macam ni DIJAMIN Syurga ker??? Boleh tolong jawab tak?? Dalam Islam ketika zaman Nabi S.A.W ada ke contoh sebegini Nabi kita buat??
Fikir-fikirkanlah.....


GR kata: PAS is DEAD....

PANAS: FATWA BARU #Bersih3, ISLAM DIPERLEKEHKAN..!!


Selanjutnya baca DI SINI


GR kata: Dalam hadis & Quran manalah kata boleh berhimpun yer..???

PANAS: ORANG KUAT DAP TOLAK #Bersih3! UMNO YANG SALAH??


Seorang ahli Dewan Negara daripada DAP menggemparkan sesi sidang dewan apabila secara terbuka menyatakan bantahan terhadap penganjuran perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka, Sabtu ini.

Ahli Dewan Negara berkenaan, Senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim (gambar) yang juga Naib Pengerusi DAP menyatakan pendirian tersebut ketika bangun berucap membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada sesi tengah hari ini.

Tegas beliau, bantahan itu berdasarkan pengalaman serta pemerhatian terhadap penganjuran beberapa perhimpunan jalanan di luar negara yang kononnya aman tetapi berakhir dengan keganasan.

‘‘Walaupun saya daripada pembangkang, bukan semua pembangkang sokong Bersih. Saya tak akan sokong Bersih. Saya dah biasa tengok, bukan sahaja di negara kita tetapi saya biasa bekerja duduk di banyak negara. Semua demonstrasi kononnya mula dengan secara orang kata aman tetapi kebanyakan di mana-mana pun kita tengok terjadi sebaliknya. - Utusan





GR kata: Senasib dengan Hassan Ali la gamaknya tak lama lagi...orang kuat DAP pun tak sokong. Apa cerita..??? Rakyat janganlah diperbodohkan macam tu sekali....

VIDEO KENYATAAN JAWAB DS @HishammuddinH20 MENGENAI #Bersih3

Ini adalah kenyataan jawab Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein mengenai tidak ada sebab penganjur Bersih 3.0 tidak diberi tempat untuk mengadakan perhimpunan secara aman. Tempat telah diberikan dan alasan tidak sempat oleh puak-puak Pakatan Haprak TIDAK masuk akal.

Lihat video di bawah :



GR kata: Pembaca nilailah sendiri, untuk apa mereka berhimpun sebenarnya?? Adakah rakyat yang turut serta ini faham maksuh ADIL??? Jangan jadi keldai Pakatan nanti anda yang akan menyesal tak sudah....

PANAS: ANWAR MENANGIS 'COUNTDOWN' #Bersih3 DI BTR MENCANAK-CANAK..??


Inilah suasana ketika ceramah umum yang menabur fitnah dan penipuan pada rakyat oleh Pakatan Haprak. Kali ini dibuat di parlimen Khalid Gagap di Bdr Tun Razak di padang Flat Sri Labuan. GR lalu di situ dan singahlah tengok apa yang best. Nak tau tak?? Macam pasar malam GR tengok, memang lawak la puak-puak Pakatan Haprak ni....

Suasana pasar malam seperti gambar di atas, ramai yang hadir bukannya dari masyarakat BTR sendiri tapi dari kawasan lain. Mana pergi rakyat BTR yer?? Itu yang menjadi kemusykilan sebab Khalid Gagap buat program di kawasan sendiri. GR tanya pengunjung yang hadir rata-rata dari Serdang, Keramat, Bangi dan dari Shah Alam pun ada. Patutlah tengok ada 2,3 bas yang sampaikan turunkan penumpang...Isk isk isk


Lihat gambar di atas, inilah suasana ketika ceramah berlangsung, kurang dari 900 orang yang hadir dengan penipuan puak-puak Pakatan Haprak ni. Penceramahnya biasalah, Khalid Gagap sendiri, Anwar Ibrahim, Kadiaq Kicap, Khalid Gereja dan Shamsul Ketot. Isi ceramah yang biasa GR dengar...berjanji dan terus berjanji..bercakap tanpa fakta yang kukuh. Lebih teruk lagi, mengajak semua yang hadir untuk turut serta Bersih 3.0 pada hari Sabtu ini. Kesian tengok makcik pakcik yang duduk dengar tak tau apa-apa.

GR ucapkan terima kasih pada anak muda Bdr Tun Razak kerana GR lihat tidak ramai langsung dan boleh dikira mereka yang turun. Hadir pun sebab pergi ke kedai jualan mereka di sebelah padang ceramah. Ramai yang datang pergi tengok jualan dan makan di gerai-gerai sebelah padang ceramah dari yang dengar ceramah...macam mana tu??? Khalid Samad sibuk di BTR buat apa yer, tak jaga Shah Alam ka???


Sorang saja Si Gagap ni, mana pemimpin lain??


Seperti biasa, kotak derma wajib ada...


GR kata: PKR sibuk buat ceramah cepat sebab takut dengan gelombang anak muda gegar WP pada Ahad lepas kot...He he he

Thursday, April 26, 2012

SELANGOR 'SYORGA' ALAT SEKS! TAHNIAH #MBmalas @Khalid_Ibrahim


Sebuah patung getah yang menyerupai tubuh perempuan yang dijual pada harga RM50 dan menjadi kegemaran lelaki untuk melepaskan nafsu antara pelbagai produk berahi yang dirampas penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK) dalam tujuh siri serbuan di sini, 18 April lalu.

Pengarah Jabatan Penguatkuasa MPK, Andry Arman Masrom berkata, pihaknya merampas pelbagai peralatan dan ubat seks yang dianggarkan bernilai RM10,000 kerana dijual secara terbuka.
“Antara kawasan yang terbabit dalam operasi ini ialah Taman Klang Jaya, Taman Bayu Perdana, Persiaran Raja Muda Muda, Jalan Kapar, Lorong Cungah, Taman Klang Utama dan Taman Sentosa.

“Serbuan dijalankan pada jam 4 petang di tujuh kawasan secara serentak selepas kami melakukan risikan dan hasil aduan awam,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Andry Arman berkata, peniaga terbabit menjadikan pelanggan di premis nombor ekor berhampiran sebagai sasaran utama berikutan premis berkenaan tumpuan orang ramai. Katanya, rungutan orang awam yang melalui kawasan itu terutama ibu bapa disalurkan kepada MPK yang kemudian membuat serbuan dan merampas hampir 300 produk berahi termasuk barang perhiasan wanita selain menyita peralatan berniaga. - Metro


GR kata: Hebat betul Selangor ni kan?? Dengan Pakatan macam-macam ada....

ROUND 2 & 3: DEBAT @Khairykj vs @Ambiga_S #DebatPRU


Jom ikuti round 2 and final round Debat KJ vs Ambiga :








GR kata: Tahniah KJ jawapan penuh dengan fakta, Ambiga hang perlu study lagi maa...

VIDEO PANAS: KP SEPUTEH WARNING PAKATAN HAPRAK!! @razlanrafii #BNpilihanorangmuda


Sekarang bahang pilihanraya semakin hampir, semua parti baik Barisan Nasional dan juga Pakatan Haprak giat berkempen. Apa yang menarik perhatian GR, sokongan anak muda pada Barisan Nasional menunjukkan suatu perkara yang sangat positif berbanding pada tahun 2008. Terutama sokongan anak muda di ibu kota Kuala Lumpur. Tahniah GR ucapkan....

Pada pelancaran BN Pilihan Orang Muda pada Ahad lepas, GR sempat bertemu KP Seputeh, Sdr Razlan Rafii (gambar di atas) yang juga merupakan BOSS UMBWP. Ada yang menarik perhatian GR, nak tau apa dia lihat video ini :





GR kata: Teruskan momentum ini anak muda sampai bila-bila....

ROUND 1: DEBAT KJ VS AMBIGA #DebatPRU


Pembaca yang budiman, di sini GR sediakan video #DebatPRU KJ vs Ambiga. Pada yang tidak berkesempatan menyaksikan debat tersebut, lihat di bawah dan sama-samalah kita fikir-fikirkanlah apakah selama ini sistem pilihanraya negara kita masih tidak telus??





GR kata: Alahai Ratu PAS ni.....

Wednesday, April 25, 2012

HOT STORY: MAKCIK #Bersih3 YANG DAH NYANYOK..!!


Lihat keratan artikel dari portal menipu rakyat Malaysiakini, makcik #Bersih ni masih waras lagi atau tidak yer?? Inilah agenda JAHAT puak Pakatan HAPRAK sanggup melakukan apa saja demi meraih simpati rakyat untuk turut serta berdemo pada 28/4/12 ini. Jika kita lihat secara zahirnya pada makcik ini menunjukkan seolah-olah seorang rakyat berbangsa Cina yang daif kehidupannya dan inginkan perubahan. Berlakon memang hebat puak Pakatan ni, tengoklah siapa Tok Guru dia kan....

Apa yang boleh kita lihat di atas, makcik #Bersih yang dah nyanyok ni cuba mempengaruhi golongan sebaya dengannya untuk turun berdemo pada Sabtu ini. Apakah golongan seperti beliau ini jenis tak sedar diri?? GR sarankan kepada makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang di rumah tu fikirlah diri sebelum turun sertai demo yang tidak berfaedah ini. Bukankah golongan veteran ini hidup lebih lama dan banyak pengalaman. Ada di antara mereka yang hidupnya sejak dari zaman sebelum merdeka lagi. Apakah sudah tidak cukup bersyukur dengan hidup yang makcik dan pakcik semua kecapi selama ini??

Fikirkanlah...jika turun berdemo ditakdirkan jadi perkara yang tidak diingini berlaku seperti umur tak panjang ker?? Jangan menyesal tak sudah pulak nanti. Kalau jadi apa-apa, jangan mimpilah puak-puak Pakatan Haprak ni nak tolong. Contoh yang ada dah banyak, jika mereka ini betul-betul buat sesuatu demi rakyat, KENAPA NASIB RAKYAT TIDAK PERNAH MEREKA BELA???

Renung-renungkanlah....


GR kata: Makcik pakcik duduk rumah layan cucu lagi bagus....

PANAS: RAKAMAN PERBUALAN 'MANJA' TIAN CHUA & ELI WONG..??


(Date:4/15/12, Time:23:12:22:03, Duration:03:17:12:00, Place:KualaLumpur, File:mmio010max)
code:ma/ce/malaysia/kualalumpur# bar code:17098273650000000012 number:+60122053277+60122841025
------cut----------

Terjemahan :

Eli: u ada call anwar bout Bersih?

Tian Chua: This morning belum, why?

Eli: we have big poblem, budak kita kat dataran dah tak tahan, kita kena bagi makan lagi banyak

Tian Chua: nonit la (terjemahan: tak payahlah), kita bagi orang kita, Melayu biar Pas urus

Tian Chua: u tau teng akan jadi chairman Bn,

Eli: Hmm, Selangor maybe kita lost, Sultan sudah campur, Hassan Ali banyak kacau, Nasharudin patut buang sekarang sebelum dia lagi buat kacau, jangan tunggu, pls la

Tian Chua: one more, saya susah hati bendera parti kita belum sampai, masih sangkut di China,

Eli: thats why i tak setuju cetak sana, ask anwar to pay lah, kuan yew just say Penang,

Eli: tak boleh cakap pasal kuan yew, orang melayu sudah tau byk

Tian Chua: ok, malam ne anwar ada Penang, tapi maybe cancel, ummi ada sana kacau, Pekida Perkasa semua jahanam ada sana

Eli: i tak confident anwar, hes look play save

Tian Chua: no la, dia kurang sehat, kurang tidor, boyfren u simpan mana, dah lepas or, simpan dulula, jgn bawa balik malaysia

Eli: k tq



GR kata: Org kaya menyimpan dahulu, kemudian berbelanja, orang miskin, berbelanja dahulu, kemudian baru menyimpan jika ada berbaki....Renung-renungkan

PANAS: GAMBAR & VIDEO SHAMSIDAR 'ISAP' AISKRIM ANWAR TERSEBAR..??


Inilah dia pemimpin yang disanjung-sanjung oleh segelintir rakyat Malaysia. Inikah pemimpin yang boleh dijadikan contoh pada semua rakyat Malaysia?? Sekarang heboh diperkatakan satu persatu kisah peribadi Anwar Ibrahim bakal dibongkarkan. Kalau GR ingin ceritakan terlalu banyak, yang lepas-lepas pun masih belum selesai...China Dollnya, aksi al-juburinya dan sekarang bini orang kuatnya sendiri pun ditibai juga. Alahai Anwar....siapa sebelah hang dalam gambar di atas tu..???

GR tidak ingin mengulas panjang mengenai isu ini, biarlah individu yang rapat dengan beliau dan sudah menyampah dengan terberang beliau yang dedahkan. Apa pun lihatlah video panas di bawah, yang dikatakan Shamsidar syok blowjob Anwar Ibrahim punya....




Sumber: Kedah KL


GR kata: Jangan marah haaa...Apa pun Anwar Ibrahim memang tak boleh pakai..!!!

PANAS: AGENDA JAHAT PUAK PR KETIKA #Bersih3


Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ruslan Kassim mendakwa bahawa wujud usaha pihak tertentu dari Bersih yang akan mencederakan penyokong sendiri pada himpunan Bersih 3.0 yang akan berlangsung di Dataran Merdeka pada 28 April ini.

Menurut bekas ‘orang kuat’ Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ini, berkemungkinan pihak tersebut akan menyamar dengan memakai seragam lengkap Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk menyerang penyokong mereka sendiri atas tujuan mahu memburuk-burukkan pihak berkuasa dan kerajaan.

“Ada pihak tertentu yang akan mencedera para penyokong sendiri supaya pihak anggota-angota polis dipersalahkan dan ini akan membangkitkan kemarahan orang ramai terhadap kerajaan dan pihak polis. “Pengkhianat ini mungkin akan pakai uniform polis. Ini adalah tujuan dan matlamat utama perhimpunan Bersih bagi pihak tertentu ini. Mereka tidak ada isu tapi mereka ada matlamat iaitu mewujudkan suasana sama seperti Arab Spring,” katanya di sini hari ini.
Justeru itu, beliau menggesa agar pihak berkuasa agar mengambil tindakan segera bagi mematahkan usaha pihak tersebut sebelum ia berlangsung kerana ia dijangka akan mencetus huru-hara terhadap ketenteraman awam.

“Kita mendesak pihak polis mematahkan usaha ini diperingkat awal. Tanggungjawab utama pihak polis adalah kepada ketenteraman awam. “Jika pihak polis takut untuk menghalang niat jahat kumpulan ini maka saya meminta Ketua Polis Negara letak jawatan sebelum negara hancur akibat niat jahat pihak tertentu ini,” katanya lagi.

Ruslan yang dahulu mempertaruhkan nyawa demi Anwar di era reformasi sebelum meninggalkan Ketua Pembangkang itu turut menegaskan bahawa himpunan tersebut merupakan satu ‘konspirasi politik’ pihak pembangkang untuk mengalih perhatian rakyat dari skandal seks melibatkan Anwar.

“Semua pihak tidak boleh bersifat ‘naive’ dalam perkara ini. Ini semua sebenarnya satu ‘konspirasi politik’ untuk mengalih perhatian rakyat dari skandal seks bebas dalam parti PKR,” ujarnya.

Himpunan Bersih 3.0 dijadualkan berlangsung di Dataran Merdeka bermula jam 8 pagi pada 28 April ini bakal diketuai oleh Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said, Datuk Ambiga Sreevenasan bersama beberapa pemimpin utama parti politik pembangkang serta penyokong-penyokong mereka yang dikerah dari seluruh negara. - mynewshub


GR kata: Ada sumber bagi tau, siapa yang join Bersih 3.0 sanggup mati wooo. Mati syahid ker?? Isk isk isk....

HOT PAGI: VIDEO PANAS AZMIN ALI MENGATA BOSNYA SENDIRI..??





GR kata: Jangan marah yer...selingan di waktu pagi. Azmin pun dah menyampah dengan boss dia ek?? he he he


Tuesday, April 24, 2012

MESTI BACA: INI JANJI PM @NajibRazak BUKAN JANJI ANWAR IBRAHIM!!


Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji akan melakukan yang terbaik untuk menangani kenaikan kos sara hidup dan mencari jalan bagi mengurangkan kesannya terhadap rakyat menerusi proses transformasi. Perdana Menteri berkata, kerajaan sentiasa bekerja keras memastikan usaha menjana pertumbuhan ekonomi yang konsisten tidak akan menjejaskan kepentingan golongan miskin dan pekerja.

''Rakyat Malaysia yang komited melakukan pekerjaan mereka tidak sepatutnya dibebankan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. ''Justeru, inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Kos Sara Hidup merupakan cara saya untuk memastikan isu-isu berkaitan pendapatan rakyat ditangani dengan sewajarnya," katanya dalam entri terbaru bertajuk NKRA Kos Sara Hidup menerusi laman blognya di http://www. 1Malaysia.com.my hari ini.

Beliau memberitahu, pelbagai langkah telah diperkenalkan di bawah NKRA itu bagi membantu meringankan beban kewangan rakyat terutamanya golongan miskin dan pekerja yang berpendapatan di bawah RM800 sebulan. Kata Najib, kerajaan telah menyalurkan pelbagai bentuk bantuan berjumlah RM36.7 bilion kepada rakyat sepanjang 2010 hingga 2011.

Menurut beliau, kerajaan menanggung subsidi agar harga petrol RON95 kekal pada RM1.90 seliter selain memberi subsidi untuk minyak masak, gula dan barang keperluan lain. ''Saya juga telah mengumumkan pakej bantuan kewangan yang lebih dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berjumlah RM500 kepada setiap isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah. Seramai 4.78 juta orang menerima manfaat daripada pakej bantuan tersebut.

''Manakala bantuan 'kembali ke sekolah' sebanyak RM530 juta disumbangkan oleh kerajaan kepada rakyat di mana ibu bapa layak menerima RM100 bagi setiap anak yang masih bersekolah," ujarnya. Najib berkata, langkah-langkah lain yang diambil di bawah inisiatif NKRA Kos Sara Hidup adalah mewujudkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan Klinik 1Malaysia.

Dalam entri sama, beliau memberitahu, banyak kampung di negara ini telah dilawati dan sebahagian daripada kampung-kampung berkenaan dihuni penduduk berpendapatan rendah serta mengamalkan gaya hidup hampir primitif.

''Salah sebuah kampung yang paling saya ingat ialah Kampung Bantal. Penduduk kampung tersebut hanya bergantung kepada kemudahan asas dan pendapatan mereka yang rendah menyebabkan kehidupan mereka lebih sukar," katanya. Tegas Najib, sebagai seorang Perdana Menteri yang bertanggungjawab, beliau tidak akan membiarkan rakyat, misalnya penduduk Kampung Bantal, Pahang tercicir daripada arus kemajuan negara. - Utusan


GR kata: Terima kasih PM kerana sentiasa memberikan yang terbaik kepada rakyat...

TERKINI: #Bersih3 TAK DILULUSKAN, MAU KATA APA LAGI??


Untuk makluman pembaca yang budiman, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan juga Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Dang Wangi telah mengeluarkan surat kepada penganjur Bersih 3.0 bahawa tidak memberi kebenaran kepada mereka untuk berhimpun pada tarikh 28 April 2012 ini di Dataran Merdeka.

Surat di atas adalah yang dikeluarkan oleh DBKL dan PDRM. Persoalannya...Apakah kesan lanjutan daripada kedegilan penganjur untuk terus mengadakan perhimpunan Bersih 3.0 nanti? Apakah mereka akur dengan perintah yang dikeluarkan?? Bagaimana dengan Bersih 2.0 yang lepas? Pembaca masih ingat lagikah??

Ketika Bersih 2.0 pihak Kerajaan dan PDRM menawarkan Stadium Merdeka untuk mereka berhimpun, tapi tidak diendahkah juga. Huru-hara dan kacau bilau yang mereka lakukan di sekitar bandar K.Lumpur. Bukankah ini menyusahkan warga kota untuk keluar beriadah bersama keluarga. Pelancong juga sukar untuk keluar melawat tempat-tempat menarik di ibu kota yang lebih penting mereka ini telah mencalarkan nama baik negara di mata dunia.

Kepada yang berhajat untuk turun berhimpun, GR nak tanya apa yang korang dapat?? Masyuk sangat 'suapan' yang pemimpin Pakatan Haprak ni bagi korang?? Fikirlah dengan matang, adakah himpunan Bersih 3.0 akan membawa suatu ideologi baru kepada rakyat Malaysia? Atau pun hanya kepentingan politik mereka saja?? Fikir-fikirkanlah....


GR kata: Sertai Bersih 3.0 dapat penat adalah...buang masa!!!

PANAS: VIDEO PALING DAHSYAT KETUA PEMUDA WP @rizalmanmokhtar #BNPilihanOrangMuda


Tahniah GR ucapkan kepada Barisan Nasional dengan Pelancaran BN Pilihan Orang Muda peringkat W.Persekutuan mencetuskan semangat baru dalam mendokong Barisan Nasional sebagai wadah terbaik untuk anak muda.

Program ini juga telah berjaya mengumpulkan lebih 10,000 ribu anak muda dari seluruh W.Persekutuan berhimpun secara sihat dan ini juga telah mewujudkan tanda anak muda sudah mula menyokong Barisan Nasional.

Mari kita lihat video di bawah, kata-kata semangat dari Ketua Pemuda W.Persekutuan, Datuk Rizalman Dato Mokhtar :





GR kata: Nurul Izzah dan Tian Chua apa cite tengok semangat anak muda sekarang??He he

PANAS: MAHASISWA KANTOI BEROMEN..!!!


Perbuatan tidak bermoral seorang pelajar perempuan sebuah institut kemahiran tempatan yang memadu asmara bersama teman lelaki di hotel murah, menerima padah apabila dia didenda RM2,800, atau dua bulan penjara kerana berkhalwat.

Pelajar berkenaan, Nurul, 19, dari Besut Terengganu menghadapi pendakwaan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 2001. Dia dicekup sepasukan pegawai penguat kuasa syariah, bersama teman lelakinya, di sebuah bilik di rumah tumpangan, dekat sini, kira-kira jam 1.30 pagi.

Ketika serbuan dilakukan, Nurul ditemui dalam keadaan terbaring tanpa pakaian dalam selimut. Lelaki terbabit, dikenali sebagai Mohd Firdaud, 30, pula, hanya memakai jeans tanpa baju ketika membuka pintu bilik. Soal siasat mendapati mereka tiada hubungan muhrim. Pasangan terbabit juga mengaku telah melakukan persetubuhan sebelum itu. Turut dirampas, pakaian dalam milik Nurul sebagai bahan kes.

Kedua-duanya yang mengaku bersalah selepas fakta kes dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah kemudiannya menjelaskan denda masing-masing untuk mengelakkan dipenjara.


GR kata: Ada sumber beritahu, sorang budak pompuan tak pakai spender berdua-duan dalam khemah di Dataran Merdeka. Siap ada bukti lagi tu. Fuiyooooooo....

INFO: EKUITI BUMIPUTERA MENINGKAT!! @NajibRazak


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengumumkan peningkatan pemilikan ekuiti bumiputera kepada 23.09 peratus bernilai RM167.7 bilion pada 2010 berbanding dengan tahun 2008 pada 21.9 peratus bernilai RM127.4 bilion.

Selain itu, beliau turut mengumumkan kolaborasi Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dengan dua syarikat induk di bawah program TeraS iaitu Ahmad Zaki Resources Bhd dan MITC Ancasa Hotel (M) Sdn Bhd, yang bakal melibatkan pemberian kontrak pembekalan bernilai RM500 juta kepada syarikat-syarikat bumiputera dalam masa dua tahun.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata peningkatan ekuiti tersebut adalah berdasarkan pelaksanaan program untuk memperkasakan agenda bumiputera sebagai agenda utama negara yang dilaksanakan kerajaan. Beliau berkata dasar itu telah dapat mengembangkan peranan agensi-agensi Amanah Bumiputera dan juga badan-badan yang layak diiktiraf sebagai bumiputera seperti Lembaga Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan juga kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB).

"Ini semua telah menambah kepada ekuiti tambahan kepada bumiputera dengan peningkatan begitu baik sekali, kita juga melihat kemampuan syarikat-syarikat bumiputera kian bertambah dan mereka juga ada menyumbang kepada peningkatan peratusan syarikat bumiputera," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Agenda Bumiputera yang berlangsung selama kira-kira dua jam di sini, Isnin.

Mengulas mengenai keyakinan untuk mencapai sasaran pemilikan ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus pada tahun 2020, Najib berkata ia tertakluk kepada beberapa faktor termasuk suasana dan iklim ekonomi dalam dan luar negara.

"Mengikut analisa kita, kalau ekonomi boleh berkembang seperti setahun dua kebelakangan ini dan jika kita dapat meneruskan momentum ini, ada harapan besar, Insya-Allah, matlamat 30 peratus itu dapat dicapai menjelang 2020," kata perdana menteri. Peningkatan pemilikan ekuiti pada 2010 adalah berasaskan keseluruhan ekuiti yang berjumlah RM726.4 bilion pada 2010 berbanding RM581.8 bilion pada 2008, kata beliau.

Najib berkata pemilikan ekuiti bumiputera itu termasuk pemilikan individu-individu, Institusi Kepentingan Bumiputera seperti Lembaga Tabung Haji dan LTAT dan Agensi Amanah (yang diberi mandat oleh kerajaan) seperti PNB, Perbadanan Usahawan Nasional Bhd, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN).

Di bawah program TeraS, perdana menteri berkata sebanyak 130 syarikat bumiputera telah dikenalpasti dan kolaborasi TERAJU, Ahmad Zaki dan MITC Ancasa di bawah program itu, bakal memberi lebih banyak peluang perniagaan kepada syarikat bumiputera yang lebih kecil ke arah menjadi juara korporat bumiputera pada masa hadapan. Ahmad Zaki bakal bekerjasama dengan TERAJU untuk memperkenal program pembangunan rantaian pembekalan dalam industri pembinaan di mana syarikat itu akan menawarkan kontrak pembekalan bernilai RM500 juta.

MITC Ancasa Hotel pula akan melabur RM100 juta dalam jangka masa tiga tahun untuk merealisasi pelan perkembangan perniagaannya secara agresif, yang bakal memberi peluang kepada syarikat Bumiputera yang lain melalui pewujudan perniagaan sampingan, termasuk makanan halal, logistik serta persembahan kebudayaan.

Sementara itu, Unit Perancang Ekonomi (EPU) dalam satu kenyataan berasingan, berkata pemilikan ekuiti Bumiputera tertinggi mengikut sektor terdiri daripada industri kewangan, insurans dan takaful, yang telah meningkat kepada 37.56 peratus bagi tahun 2009 dan 38.97 peratus pada tahun 2010.

Dari segi nilai, pemilikan ekuiti Bumiputera dalam industri berkenaan meningkat daripada RM53.35 bilion pada tahun 2009 kepada RM65.37 bilion pada tahun 2010, iaitu peningkatan sebanyak 22.5 peratus. Industri perdagangan borong dan runcit merupakan industri yang mempunyai bilangan syarikat Bumiputera tertinggi berbanding industri lain, katanya. - BERNAMA


GR kata: Tahniah...semoga Bumiputera semakin maju.

Monday, April 23, 2012

PANAS! ISU SKANDAL: KENYATAAN AKHBAR DS @mohdshafieapdal #FitnahPR


Lihat di bawah kenyataan akhbar Dato' Seri Hj Mohd Shafie Hj Apdal mengenai fitnah isu skandal yang dilemparkan ke atas beliau :





GR kata: Kepada pihak yang tabur fitnah tu...jaga-jaga haaa!!!

VIDEO WAJIB TONTON: @AdamAdli KENA SOUND DENGAN @Khairykj #BNPilihanOrangMuda


HIDUP! HIDUP! HIDUP BN!!....Itulah ungkapan yang dilaungkan oleh Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), YB Khairy Jamaluddin pada pelancaran BN Pilihan Orang Muda peringkat W.Persekutuan semalam di Pusat Latihan DBKL, Bdr Tun Razak.

Beliau juga berkata, pembangkang begitu terdesak untuk mendapat sokongan orang muda sehingga sanggup memberi janji-janji kosong yang tidak dapat dilaksanakan dan hanya memperdayakan mereka. Dan lihat video di bawah, khas untuk golongan mahasewel yang berhimpun di Dataran Merdeka sekarang ini :




“Kita tengok berapa suara mahasiswa yang keluar ke Dataran Merdeka, kalau tak silap saya tak sampai lima khemah, kononnya suara mahasiswa nak hapuskan PTPTN dan menyokong pakatan pembangkang, saya rasa lebih ramai anak muda yang keluar beratur untuk beli iPad yang baru,” katanya.


GR kata: iPad lagi laku woooo dari suara mahasewel kat Dataran tu...He he he

VIDEO PANAS: KETUA PEMUDA WP DISAHKAN TERBABIT..?? @rizalmanmokhtar #BNPilihanOrangMuda


Inilah dia Ketua Pemuda W.Persekutuan, Datuk Rizalman Dato' Mokhtar. Difahamkan ada kisah video beliau terbabit dalam sesuatu insiden..?? Jom kita lihat apa jawapan beliau berkenaan isu terbabit. Lihat di bawah :





GR kata: Inilah pemimpin anak muda yang boleh dicontohi dan sentiasa membawa suara dan kehendak anak muda untuk direalisasikan. Tahniah Ketua Pemuda W.Persekutuan, sokongan anak muda yang jitu kepada BN. BN Pilihan Orang Muda!!!

PANAS: ASAL USUL AWEK MELAYU KAHWIN DI GEREJA..!!


Sebelum ini GR ada mengeluarkan entri berkenaan seorang gadis Melayu berkahwin di gereja. Sudah tersebar luas kisah mengenai anak gadis Melayu ini. Memang menyedihkan kita, di mana adat resam beliau sebagai seorang Melayu dan Islam??

Gambar di atas menunjukkan dari mana asalnya beliau. Dari P.Pinang...benar atau tidak sama-samalah kita tunggu kenyataan dari beliau. GR juga ingin menyarankan pihak kerajaan agar dapat memantau pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di luar negara. Pihak kedutaan perlulah mengadakan sebarang program ilmiah agar mereka tidak akan jauh terpesong dengan budaya lain. Kepada mereka-mereka yang belajar dan tinggal di luar negara, ingat-ingatlah budaya kita dan ingat jika kita sebagai seorang Islam...sayangilah Islam itu sendiri janganlah ikutkan nafsu semata-mata untuk kepentingan hidup.


GR kata: Ramai orang Islam tidak takut akan azab Allah S.W.T....renung-renungkanlah!!!

#Bersih3 YANG ENTAH APA-APA..!!!



Apa yang kita tahu mengenai Bersih 3.0?  Apakah tuntutan mereka?
1. Bersihkan senarai undi
2. Reformasikan Undi Pos
3. Gunakan Dakwat Kekal
4. Akses Media yang Bebas dan Adil
5. Tempoh Kempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor

Dan apa yang kita tahu mengenai Bersih 2.0? Apakah tuntutan mereka?
1. Bersihkan senarai undi
2. Reformasikan Undi Pos
3. Gunakan Dakwat Kekal
4. Akses Media yang Bebas dan Adil
5. Tempoh Kempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor

Dan inilah antara perkembangan yang terjadi antara jangkamasa Bersih 2.0 iaitu 9 Julai 2011 dan Bersih 3.0 yang bakal diadakan pada 28 April 2012.Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen yang dianggotai oleh wakil kerajaan dan pembangkang, serta bebas untuk mengkaji mengenai penambahbaikan sistem pilihanraya.

Tapi mengapakah puak-puak Pakatan Haprak ini masih tidak berpuas hati? Ada saja fitnah dan penipuan yang tidak berasaskan mereka lemparkan. Jika pilihanraya di Malaysia ini tidak adil, kenapa pada PRU 12 mereka berjaya menawan 5 negeri?? Perlu dengar segala penipuan mereka itu betul, baru nak setuju ker??

Dan sekarang Bersih 3.0 ini mereka tukar pula berDEMO semata-mata ingin capai hasrat ke Putrajaya. Apa benda ni?? Boleh tukar-tukar pula yer...janganlah jadi macam Anwar Ibrahim tu tak ada pendirian hidup. Sekejap macam ni, sekejap macam tu...yang pening rakyat. Dan alhamdulillah rakyat Malaysia sekarang sudah pandai menilai Kerajaan mana yang boleh membela dan mengotakan janji kepada rakyat....Fikir-fikirkanlah!!!


GR kata: Pemimpin puak Pakatan Haprak semuanya 'maksumkan'...ha ha ha

KISAH SERAM: HANTU POCONG MUNCUL DI DATARAN MERDEKA!!


Inilah dia hantu pocong yang dimaksudkan..baru saja sebentar tadi lebih kurang sejam setengah yang lalu GR ronda-ronda KL. Singgah la Dataran Merdeka, sedihnya ada lagi puak-puak mahasewel ni. Suara majoriti mahasiswa yang kononnya diaorang bawakan, tapi kenapa kurang 30 orang jer?? Yang dengar pun bukan masyarakat yang datang situ untuk dengar, tapi puak-puak depa sendiri. Macam cakap sorang-sorang la der...Ha ha ha

Yang sedihnya GR lihat keadaan mereka dah memang tak terurus, macam orang tak siuman pun ada. Dah macam tak ada rumah dan keluarga budak-budak ni. Memang patut pun mereka ini digelar MAHASEWEL. Buat kerja tak berfaedah, bercakap caci mencaci, maki hamun, fitnah memfitnah dan lebih hebat lagi cakap tanpa fakta. Bercakap pun terketaq-ketaq, tergelak GR tengok tadi...


GR masih ingat lagi sorang mahasewel bercakap "Saya 4 tahun ambil ijazah tapi bila habis kena bayar hutang banyak"...Itu ayat BODOH ker tak yer?? Pada pandangan GR senang saja, kalau kelulusan ijazah mahasewel yang bercakap itu melebihi 3.70 ke atas sudah tentu PTPTN dia jadi FREE, betul tak?? Belajar pun tak habis, kelas pengajian pun entah ke mana sibuk berDEMO jer...


GR kata: Tak ada sorang pun pemimpin Pakatan Haprak join mahasewel ni, macam keldai BODOH budak-budak ni dipergunakan...alahai orang muda...

Sunday, April 22, 2012