Tuesday, April 24, 2012
TERKINI: #Bersih3 TAK DILULUSKAN, MAU KATA APA LAGI??
Untuk makluman pembaca yang budiman, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan juga Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Dang Wangi telah mengeluarkan surat kepada penganjur Bersih 3.0 bahawa tidak memberi kebenaran kepada mereka untuk berhimpun pada tarikh 28 April 2012 ini di Dataran Merdeka.
Surat di atas adalah yang dikeluarkan oleh DBKL dan PDRM. Persoalannya...Apakah kesan lanjutan daripada kedegilan penganjur untuk terus mengadakan perhimpunan Bersih 3.0 nanti? Apakah mereka akur dengan perintah yang dikeluarkan?? Bagaimana dengan Bersih 2.0 yang lepas? Pembaca masih ingat lagikah??
Ketika Bersih 2.0 pihak Kerajaan dan PDRM menawarkan Stadium Merdeka untuk mereka berhimpun, tapi tidak diendahkah juga. Huru-hara dan kacau bilau yang mereka lakukan di sekitar bandar K.Lumpur. Bukankah ini menyusahkan warga kota untuk keluar beriadah bersama keluarga. Pelancong juga sukar untuk keluar melawat tempat-tempat menarik di ibu kota yang lebih penting mereka ini telah mencalarkan nama baik negara di mata dunia.
Kepada yang berhajat untuk turun berhimpun, GR nak tanya apa yang korang dapat?? Masyuk sangat 'suapan' yang pemimpin Pakatan Haprak ni bagi korang?? Fikirlah dengan matang, adakah himpunan Bersih 3.0 akan membawa suatu ideologi baru kepada rakyat Malaysia? Atau pun hanya kepentingan politik mereka saja?? Fikir-fikirkanlah....
GR kata: Sertai Bersih 3.0 dapat penat adalah...buang masa!!!
No comments:
Post a Comment