Saturday, March 24, 2012
HOT: KEBODOHAN @n_izzah TENTANG ISLAM TERJAWAB! OSTAD PAS DIAM SAJA!!
Pada hari Ahad yang lepas, Nurul Izzah telah membuat aktiviti konvoi dengan rakyat ke Kg Baru. Aktiviti yang dilakukan memang bagus, tapi sebagai seorang pemimpin yang perasan diri sendiri tu bagus memang tak apa yang jadi keadaan sekeliling. Yang beliau tahu program berjalan lancar.
GR nak cakap bahawa Nurul Izzah ini seorang yang sungguh biadap. Kenapa GR mengatakan demikian?? Pembaca lihat sendiri gambar di bawah :
Apa yang pembaca lihat gambar di atas?? Seorang wanita bukan beragama Islam dibenarkan masuk ke dalam surau / masjid. Dah la masuk rumah Allah S.W.T tanpa tutup aurat, kurang ajar pula tu, pakai seluar pendek. Ostad PAS yang ada kat situ tengok saja ker?? Sebab syok layan betis amoi yer!! Tak clear gambar di atas, meh tengok lagi di bawah :
Haaaa...apa tu?? Perbuatan yang sungguh biadap. Nurul Izzah diamkan saja ker?? Tak berani nak tegur puak-puak ni ker? Atau pun sebab diaorang ni puak-puak DAP, itu pasal Nurul Izzah dan Ostad-ostad PAS diamkan saja. Apa nak jadi dengan Pakatan Rakyat GR pun tak tau lah. Islam dipermainkan begitu saja demi kepentingan politik mereka. Pakatan Rakyat harus kita TOLAK!!!
Baca juga di sini
GR kata: Sedih Islam dan rumah Allah dicemari dan dipermainkan begitu saja. Sedarlah wahai umat Islam semua sebelum terlambat!!!
PERHATIAN: CIKGU SEKOLAH TELAH DICULIK DAN DILARIKAN! MOHON SEBARKAN!!
Minta perhatian kepada semua pembaca sekalian!!!
Andai pembaca sekalian terjumpa atau terserempak dengan wanita seperti gambar di atas, sila hubungi balai polis yang berhampiran atau boleh hubungi terus ke talian 019-7986520 atau 07-8952486 (bapa wanita terbabit).
Untuk maklumat pembaca sekalian, wanita terbabit ialah seorang guru yang dipercayai telah dilarikan oleh seorang lelaki. Wanita terbabit dipercayai kemungkinan disihir/dipukau dan dilarikan. Maklumat diri wanita tersebut seperti berikut :
NAMA : SITI AZLIZA BINTI JOHAN
UMUR : 27 TAHUN
STATUS : BUJANG
PEKERJAAN : GURU
WARNA KULIT : CERAH
TINGGI : 5 kaki 6 inci
LOKASI TERAKHIR : BANDAR KOTA TINGGI
Mohon sebarkan pada rakan-rakan yang lain. Pertolongan kita yang ikhlas
insyaallah dibalas di akhirat kelak.
@NajibRazak Tak GOYANG Serangan Pembangkang! @anwaribrahim Meroyan Lagi!!
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak bimbang dengan serangan peribadi yang semakin memuncak yang dilancarkan pembangkang terhadapnya kebelakangan ini. Menyifatkan perkara itu sebagai biasa dalam dunia politik, Perdana Menteri berkata, keadaan itu lebih teruk berlaku kepada pihak yang menyerangnya.
"Biasalah... biasa... tapi dia lagi teruk kena," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato' Onn di sini, malam tadi.
Ditanya mengenai kebocoran maklumat kerajaan, Najib berkata, kerajaan cuba menyekat perkara itu daripada berlaku tetapi dalam dunia tanpa sempadan, perkara itu amat sukar untuk dilakukan. Mengenai isu Felda, beliau berkata, segala dakwaan pembangkang akan dijawab dalam persidangan Dewan Rakyat minggu depan.
"Dakwaan itu tidak benar... perkara ini akan dijawab di Parlimen minggu depan. Datuk Ahmad Maslan (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri) ada semua faktanya. (Dakwaan) ini sama sekali memutarbelitkan keadaan," katanya.
Ditanya sama ada beliau akan mengeluarkan arahan menghentikan Projek Lynas sementara menunggu Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Mengenai Projek Kilang Nadir Bumi Lynas bermesyuarat, Najib berkata: "Mereka tidak meneruskannya. Biarlah PSC membincangkan isu itu."
Pada Khamis, Najib berkata kerajaan tidak akan membenarkan projek Lynas di Gebeng, Kuantan di Pahang beroperasi jika bukti saintifik menunjukkan projek itu memudaratkan kesihatan dan mencemar alam sekitar.
Ketika diminta mengulas cadangan Australia berkaitan perjanjian pertukaran pencari suaka dengan Malaysia yang kembali menjadi agenda, Perdana Menteri berkata beliau tidak mempunyai maklumat terkini berhubung perkara itu.
Bagaimanapun, beliau berkata: "Keputusan kini di tangan mereka. Saya tidak boleh mengulas... terserah kepada mereka untuk melaksanakan apa yang
sewajarnya."
Malam kelmarin, Menteri Luar Australia yang baru, Senator Bob Carr berkata, cadangan perjanjian pertukaran pencari suaka dengan Malaysia kembali menjadi agenda pada masa Parlimen membahaskan undang-undang untuk meminda Akta Migrasi.
Ahli Parlimen Bebas Rob Oakeshott memperkenalkan Rang Undang-undang Ahli Persendirian minggu lepas dalam usaha memecahkan kebuntuan berkaitan isu pencari
suaka dan menjadikan pemprosesan luar pesisir sebagai sah. - Bernama
GR kata: Teruskan perjuangan YAB PM, kami rakyat Malaysia sentiasa menyokong PM dan BN dalam mentadbir negara ke arah lebih maju dan makmur. Teruskan berkhidmat untuk rakyat!!!
PANAS: KEBODOHAN @MahfuzOmar TERSERLAH DALAM SUBJEK GEOGRAFI!!
Memang buat lawaklah Naib Presiden PAS ni, YB Mahfuz Omar. GR rasa pembaca pun tergelak dengan perangai si Raja Sampah - Mahfuz Omar yang kononnya mahu jadi jaguh dalam isu anak syarikat FELDA-FISB yang didakwa mempunyai hubungan dagang dengan negara Israel. Masing-masing nak tunjuk power cover sehabis mungkin Anwar Ibrahim sebab dijanjikan jawatan dalam kabinet yer kalau Pakatan Rakyat menang PRU-13 nanti. Ha ha ha ha ha
Kenyataan Ketua Penerangan UMNO, YB Datuk Ahmad Maslan menafikan penglibatan hubungan dagang dengan syarikat Israel cuba diputar belitkan oleh Mahfuz Omar. Katanya, FELDA melalui anak syarikat FISB terbukti menghantar produk berasaskan minyak melalui pelabuhan Israel.
Jom baca pendedahan yang dibuat oleh blooger 1 PELURU tentang kebodohan Mahfuz Omar yang ternyata GAGAL dalam subjek GEOGRAFI melibatkan isu yang dibawanya.Tahniah yer Mahfuz Omar!!!
Baca di sini 1peluru.blogspot.com
GR kata: Wahai Ostad Mahfuz, settlekan isu sampah di Kedah tu dulu kawasan sendiri jangan nak tunjuk pandai nak fitnah benda yang tak betul. Kan dah kena!! He he he
Friday, March 23, 2012
Khas Buat Tatapan Rakyat Malaysia!!!
GR kata: Berapa banyak yang Kerajaan berikan pada rakyat?? Masih ada yang tak mengenang budi ker?? Fikirlah yang terbaik untuk masa depan negara yang cemerlang serta nasib rakyat terbela. Bukan hanya pandai berjanji seperti seorang pemimpin-pemimpin PR...Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan!!!
EKSKLUSIF: ELI WONG KANTOI BERBOGEL LAGI?? #Lynas
Pembaca masih ingat dengan skandal gambar lucah YB Eli Wong ni tak?? Masakan lupe yer tak. Kali ini pendedahan sangat menarik yang dilakukan oleh rakan blogger JawaBer6 mengenai surat permohonan dari Pengerusi Penggerak Belia Tempatan, Majlis Perbandaran (PBT MPS) Selayang ini.
Apa yang menariknya PBT MPS telah menghantar permohonan tajaan kepada Elizabeth Wong. Tajuk surat tertera MEMOHON PERUNTUKAN UNTUK LAWATAN KE HIMPUNAN HIJAU 2.0. Kena PAW ker YB?? he he he.... Lihat di bawah :
Apa cerita pulak ni yer?? Ternyata segala apa program yang dibuat oleh Pakatan Rakyat mereka cuba untuk menggunakan wang rakyat dan ternyatalah ADUN atau Ahli Parlimen yang memegang portfolio di dalam kerajaan negeri yang bertanggungjawab dalam hal ini. Dalam kes ini pula, ada baiknya YB Eli Wong tidak menyatakan persetujuan apabila cuba diPAW oleh suku sakat mereka.
Pendedahan penuh baca KLIK di sini
GR kata: Pakatan Rakyat tidak LAYAK membela nasib rakyat...Fikir-fikirkanlah!!!
TERKINI: MAHASEWEL SMM MENGAMUK DEPAN PEJABAT KPT!! @khalednordin @NajibRazak
Terkini...berita pisang goreng PANAS!!!...Baru sebentar tadi mahasewel-mahasewel SMM telah menghantar memerandum kepada Menteri KPT DS Khaled Nordin. Memerandum tersebut adalah untuk menuntut Pilihanraya Kampus diadakan awal. Aik?? sapa korang ni nak suruh buat awal ke lambat?? Apa lagi yang Anwar dan sekutunya dah goreng otak korang yer??
Dalam pada itu, GR rasa tentu ibu bapa mahasewel ini berbangga mempunyai anak seperti mereka dengan apa yang telah mereka buat selama ini. Sudahlah meraih simpati menuntut ilmu dalam IPTA di bawah Kerajaan dan sekarang menuntut bermacam-macam dengan menunjukkan mereka ini 'pandai' segalanya.
Lihat gambar di bawah, ternyata KEBODOHAN mereka terserlah dan KEANGKUHAN mereka juga menunjukkan sikap KURANG AJAR mereka kepada pihak KPT.
Setpol Menteri KPT menerima batu nisan merah dari Mahasewel SMM
GR kata: Inikah sikap seorang mahasiswa yang bakal menjadi pelapis pada negara suatu hari nanti. Belajar pandai-pandai tapi otak kat lutut. Kebodohan tindakan kalian belum melayakkan kalian dipanggil mahasiswa...
AKHIRNYA @rafiziramli MENGAKU BERSALAH FITNAH PM HANYALAH AGENDA PR!!
Pertunangan Anak PM : Selepas Penafian Shangri-La
Semua kita perlu maklum bahawa perkara pokok penipuan PKR dalam soal penganjuran Majlis pertunangan anak Perdana Menteri pada Jun 2011 ialah MAJLIS TERSEBUT DIBIAYAI DENGAN MENGGUNAKAN WANG RAKYAT. Setelah penafian dibuat Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada hari yg sama pun, Rafizi mengadakan 8 tuntutan yg perlu dijawab Perdana Menteri pada keesokkan harinya, semuanya berkisar tentang dakwaannya pada bahawa wang rakyat digunakan untuk membayar kos majlis tersebut.
Tetapi setelah pihak Shangri-La sendiri menafikan bahawa wang kerajaan digunakan untuk membiayai majlis itu, tiba-tiba Rafizi mengubah kenyataannya dan mendakwa Perdana Menteri masih menyalahgunakan kuasa kerana menggunakan Pejabat Perdana Menteri (PMO) untuk menguruskan majlis tersebut. Dakwaan yg boleh membuatkan mana-mana pihak yg biasa menguruskan Pejabat Menteri Besar, Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, Pejabat Pengarah Urusan di syarikat-syarikat besar. Aduyai, Rafizi buat lawak BODOH dan membuatkan rakyat Malaysia ketawa guling-guling.
Ini kerana, memang biasa untuk para pegawai di pejabat yg disebutkan di atas menguruskan hal-hal peribadi boss masing-masing. Tapi itu tidak membuktikan bahawa wang rakyat digunakan untuk membayar sebarang bentuk urusan peribadi. Rafizi perlu tanya dirinya sendiri, apa fungsinya sebagai CEO di pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, kalau tidak menguruskan hal ehwal Anwar??
Penipuan dan putar belit macam ini yg kita perlu faham. Ini memang strategi pembangkang bila sudah tersepit. Dalam erti kata lain, tanpa sedar Rafizi mengakulah bahawa dakwaannya wang rakyat digunakan untuk membayar majlis tersebut tidak betul, sebab itu dia mengubah strateginya sekarang ya.
Rafizi ini nama saja muda tapi politik yg dibawanya tidak banyak beza dari politik zaman awal merdeka dulu, malah lebih teruk lagi dengan tidak langsung mempedulikan dosa dan pahala. Fitnah orang lain yg berbeza fahaman politik, burukkan imej orang dengan berita bohong dan lain-lain lagi, semuanya menjadikan Rafizi tidak layak dipanggil manusia. Rafizi hanya dilembukan Anwar untuk kepentingan politiknya sahaja. Tidak ramai orang berpendidikan tinggi yg sanggup buat kerja sia-sia seperti yg dibuat Rafizi sekarang (walaupun bayarannya tinggi). Akan sampai masa Rafizi jadi tidak berguna dan tidak diperlukan – pada waktu dan ketika itulah sampah pun lebih bernilai dari harga dirinya.
GR kata: Ada otak pandai tapi tak pandai menghargainya, itulah manusia yang gilakan kuasa!!
#Lynas : Ajal Maut Ditangan Tuhan! Apa Cer @fuziah99 ??
Apa lagi yang puak Pakatan Rakyat masih tidak berpuas hati? Fitnah yang dilemparkan oleh mereka terutama dari MP Kuantan YB Fuziah Salleh tidak berasas langsung. Video giler yang dibuat oleh beliau juga menampak keBODOHan diri beliau sendiri. Kata LYNAS ini boleh membawa maut?? Abis tu kilang di Selangor dan Batu Kawan apa cerita??
Lynas ini tidak mendatangkan keburukan atau kematian seperti yang dicanang oleh puak Pakatan Rakyat. Pelbagai pihak juga mengatakan kilang LYNAS yang memproses nadir bumi di Gebeng, Kuantan tidak mendatangkan kesan yang buruk rakyat. Jom baca fakta yang menarik dari akhar The Sun mengenai LYNAS...
POTASSIUM tablets your doctor gives you for high blood pressure are highly radioactive with a radioactivity of 32 Bq/gm and we need about 2-3gm of potassium a day to stay alive.
The radioactivity comes from potassium-40. This is more than five times the radioactivity of the Lynas waste which contains only 6 Bq/gm mainly from Thorium-232.
All the potassium that we eat daily contains potassium-40 and the normal dietary potassium would give a total of about 80 Bq a day. The so-called sodium free salt recommended by health experts to combat high blood pressure is nothing more than highly radioactive potassium salt.
Thorium-232 decay produces only alpha particles which can be stopped by a piece of thin paper and cannot penetrate even the outer layer of the skin, whereas potassium-40 in our diet produces highly dangerous gamma and beta rays from all the three types of beta decay, ie electron emission, electron capture and positron emission.
The longer the half-life of a substance the less radioactive it is. Thorium-232 found in the Lynas waste has an incredibly long half-life of 14 billion years and as such is much less radioactive than the potassium-40 whose half-life is only 1.25 billion years.
Below is a comparison of radioactivity in Bq (number of atoms decaying in 1 second).
» Pure thorium-232 = 4,080 Bq/gm
» Pure potassium-40 = 254,000 Bq/gm
» Naturally occurring potassium = 31.825 Bq/gm
» Lynas rare earth waste = 6 Bq/gm
It has been estimated that in the worst case scenario, the radiation risk from the Lynas plant is only 0.002 mSv/yr. In Ramsar, Iran, the naturally occurring radiation is extremely high at 260 mSv/yr. This is 13,000,000% higher than the expected worse case scenario in Kuantan.
And the people in Ramsar have been found to be healthier and live longer than Iranians in other parts of the country. There is also no increase in the number of cancer cases.
We are exposed to radiation all our lives. We get 4,400 Bq of radiation from the potassium-40 with a further 3,000 Bq from carbon-14 which forms part of our body tissues. There is no way we can escape from radiation. Even outer space is full of radiation.
Dato’ Dr Looi Hoong Wah
DIMP,AMP, KMN, (MSIA),MRCS (England), LRCP, London)
MB.,ChB(Manchester), MRCP (UK), FAMM
Consultant Physician.
18 Perkampungan BatuSawar,
Jalan Sungai Lembing, Kuantan, Pahang D.M.
Baca juga di sini
GR kata: Buat benda baik pun salah...Pakatan Rakyat semakin sempit otak mereka!!!
PANAS: Apa Kes Pula PM Kali Ni??? @NajibRazak
Apa hal pula kali ni..ianya melibatkan individu yang akan dicalonkan untuk PRU-13 nanti. Calon tidak perlu yang syok sendiri tidak boleh dikira pakai, yang penting rakyat yang diduduk di kawasan parlimen tersebut mestilah suka atau senang hati dengan pemimpin yang akan dicalonkan.
Jom baca kenyataan di bawah :
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau perlu mengikut kehendak rakyat dalam memilih calon bagi pilihan raya.
"Sebagai seorang pemimpin, adalah wajar saya mendengar apa yang rakyat mahu. Maka, saya akan membuat keputusan sama ada tempoh bagi seseorang itu sudah sampai dan dia tidak lagi harus bertanding," kata Perdana Menteri dalam satu temubual dengan DJ Sam Mak dan Tan Yi Hui dari stesen radio 988 FM dalam program satu jam "988 Street VIP" hari ini.
Sebagai contoh, kata Najib, jika orang ramai di sesuatu kawasan itu mendapati wakil rakyat mereka gagal menjalankan tugas dengan baik dan mereka tidak lagi mahu orang ini mewakili mereka, maka beliau perlu membuat keputusan.
Persoalan yang akan timbul akhirnya ialah sama ada beliau selaku Perdana Menteri dapat memenuhi kepentingan rakyat atau tidak, katanya. Najib berkata beliau akan dipersalahkan kerana menggugurkan mereka.
"Kita tidak boleh salahkan pemimpin kerana pemimpin melakukan apa yang terbaik untuk rakyat. Itulah prinsip yang saya pegang," katanya.
Ketika ditanya sama ada pilihan raya umum kali ini akan diadakan pada Mei atau Jun, Perdana Menteri berkata apa saja boleh berlaku tetapi memilih tarikh pilihan raya bergantung kepada banyak faktor.
Katanya apa yang penting ialah untuk meyakinkan rakyat bahawa masanya adalah sesuai dan terdapat keyakinan yang tinggi terhadap kerajaan.
"Saya masih menilai keadaan semasa lawatan saya ke seluruh negara. Saya ingin lihat sejauh mana sokongan rakyat terhadap saya dan terhadap kemampuan kita menyelesaikan isu-isu semasa.
"Mudah-mudahan terdapat faktor-faktor keyakinan yang baik malah yang kukuh, maka itulah masanya saya rasa kita akan adakan," katanya.
Mengenai serangan peribadi dalam laman Facebook beliau, Najib berkata itu sudah dijangka kerana dalam alam siber, semuanya boleh belaka.
"Tapi, jika ada teguran positif dan membina, saya rasa ianya baik untuk negara melibatkan rakyat.
"Rakyat harus menyatakan pendapat. Sebagai pemimpin, terpulang kepada kita untuk melibatkan mereka. Proses penglibatan rakyat ini baik untuk kita. Saya menyambut baik proses ini dan berharap rakyat akan melihatnya secara positif," katannya.
Ketika ditanya sama ada beliau menganggap dirinya seorang ahli politik atau seorang negarawan, Perdana Menteri berkata beliau berpendapat kombinasi kedua-duanya perlu ada pada seorang pemimpin sebuah negara demokrasi yang segar seperti Malaysia dan negara-negara lain. Katanya kerajaan mempunyai perancangan jangka panjang dan visi yang amat jelas untuk Malaysia.
"Namun, pada masa yang sama, saya harus berpijak di bumi nyata. Saya sedar bahawa untuk mencapai visi jangka panjang ini, kita perlu menang dalam pilihan raya akan datang," kata Najib - Bernama
GR kata: Setuju sangat dengan calon yang disenangi oleh rakyat. Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan!!!
Thursday, March 22, 2012
Nahhh Tu Dia, Bukti Anwar Seorang Yang 'ROMANTIK'!!
Pernahkah anda tahu bahawa Anwar Ibrahim ini seorang yang sangat 'romantik'. Kalau dilihat dari segi perwatakan beliau nak garang ker?? He he he...Nak tergelak pun ada bila GR lihat sendiri apa sebenarnya yang terjadi. Kalau kita lihat dalam ceramah-ceramah beliau, nahhhh amik kau. Maki hamun jelah jawabnya dengan cakap terjerit-jerit macam berukkan. Keh keh keh
Apa yang GR nak beritahu di sini, perwatakan 'romantik' beliau dalam perbualan adakah hanya untuk kaum LELAKI saja? Beliau takder perasaan pada wanitakah?? Geli geleman bila GR lihat sendiri dair rakan blogger Double Y. Pembaca lihat sendiri di bawah :
"Lol...Berani ker keje dgn sy? Mcm2 dgr ha ha"
"Baru tiba di rumah. Sekejap lagi ke pejabat mesyuarat ***** serius nak kerja?..."
"Nak follow sampai ke mana?"
Selepas tu, beliau menghantar email kepada pekerja yang berminat nak bekerja dengan beliau :
GR kata: Takut dengan orang suka sama suka ni....
VIDEO PANAS: GILER STIM KALAH VIDEO ANWAR CHINA DOLL!!
Apabila keluar isu Anwar Ibrahim yang hadir di dalam satu program Conclave di India bersama-sama dengan Salman Rushdie, penulis buku "Satanic Versus"(ayat-ayat Syaitan) yang menghina Nabi Muhamad SAW, lihat video di atas.
Pada pendapat GR, inilah yang lebih teruknya akidah Anwar Ibrahim. Apa yang beliau buat ni tak berfikir dahulu ker?? Atau pun beliau ini bukan seorang yang masih beragama Islam?? Bertaubatlah Anwar, anda dah jauh terpesong ni....
Pada pendapat GR, video lucah Anwar tidak mendatangkan apa-apa impact pada UMNO dan juga rakyat Malaysia. Sebabnya, rakyat dah muak nak tengok dan ada yang berkata pada GR "Lantaklah dia nak buat apa, dosa dia sendiri tanggung". Lagi dimainkan video lucah tersebut, makin sukalah si Anwar ni sebab dia makin popular. Betul tak?? Apa yang perlu dipatahkan ialah fitnah dan kelentong sana sini Anwar pada rakyat. Anwar bercita-cita tinggi untuk ke Putrajaya sebab nak gadaikan Malaysia ni. Hak-hak masyarakat yang terbina sejak dahulu lagi akan terkubur. Percayalah!!! Renung-renungkan!!!
GR kata: Bosan dah dengan video Anwar, kesian dengan rakyat yang terpedaya dengan janji melangit Anwar!!!!
Wednesday, March 21, 2012
PANAS: OSTAD-OSTAD PAS JADI MURTAD?? @anwaribrahim @nikabdulaziz
Pembaca lihat sendiri gambar di atas, apa yang boleh kita kategorikan pada Ostad-ostad PAS ni?? Apakah mereka ini sanggup mempermainkan Islam dengan berdoa bersujud di dalam Tokong Buddha demi meraih simpati undi masyarakat Cina?? Bawak mengucap wahai Ostad-ostad PAS, jangan sampai diri itu boleh keluar dari landasan Islam. Nauzubillah!!!
GR sedih dengan politik yang dibawakan oleh PAS. Bukan niat GR mengatakan Ostad-ostad PAS ini murtad, tapi lihatlah apa yang mereka perjuangkan selama ini. Apakah mengikut matlamat mereka yang sebenar dalam memperjuangkan Islam yang mereka utarakan sejak zaman penubuhan PAS??
GR akur dalam PAS ini terdiri dari ulama'-ulama' yang bijak pandai dalam agama. Tapi kenapa mesti memperjudikan Islam itu sendiri demi kepentingan peribadi. Lihat Ustaz Haron Din dan Ulama' PAS yang seangkatan dengan beliau, tidak pernah pun mengeluarkan fatwa yang bukan berlandaskan Islam. Islam itukan agama yang suci, janganlah cemari Islam itu dengan membuat perkara-perkara yang boleh mendatangkan mudarat pada Islam dan juga diri sendiri. Berdoa di dalam tempat beribadat kaum bukan Islam boleh ker?? Kesucian rumah ibadat itu terjamin ker??
Sedarlah wahai Ostad-ostad PAS, rakyat sudah menyampah dengan tingkah laku yang korang buat. Satu persatu Islam dipermainkan begitu saja. Janganlah ikut telunjuk dan janji-janji seorang pemimpin yang ingin menguasai semua pucuk pimpinan Pakatan Rakyat dan juga bercita-cita untuk menang pada PRU 13 nanti. Si pemimpin itu hanya gunakan korang jer untuk capai apa yang beliau inginkan...kalau dapat nanti jawabnya Good Bye lah!!!! Renung-renungkan....
Baca kisah sama di sini
GR kata: Parti Islam SeMalaysia ker ni macam ni?? PAS Is Dead!!!
TAHNIAH!! SPM 2011 PENCAPAIAN SANGAT BAIK!! @MuhyiddinYassin @NajibRazak
Seramai 559 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2011 memperoleh gred cemerlang tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding 403 pada tahun 2010.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud berkata, daripada jumlah itu, seramai 506 adalah calon sekolah menengah kebangsaan manakala 53 lagi calon dari sekolah selain sekolah menengah kebangsaan berbanding masing-masing 363 dan 40 calon pada tahun 2010.
"Pencapaian keseluruhan calon SPM 2011 bertambah baik dengan Gred PurataNasional (GPN) 5.04, berbanding 5.19 pada tahun 2010," katanya pada majlispengumuman analisis keputusan peperiksaan SPM di sini, Rabu.
Beliau berkata, seramai 468,808 calon menduduki peperiksaan itu tahun lepas.
GR kata: Tahniah diucapkan kepada adik-adik yang berjaya dalam SPM 2011, yang kurang berjaya jangan cepat berputus asa. Teruskan lagi menuntut ilmu insyaallah korang akan berjaya suatu hari nanti.
PANAS: Inikah Dia Pengundi HANTU?? @Khalid_Ibrahim
Pakatan Rakyat selama ini menuduh UMNO/BN menggunakan taktik pengundi HANTU untuk meraih undi sekaligus memenangi pilihanraya yang diadakan sebelum ini. Tu la jangan mengata orang, sekarang apa jadi, kan dah kena batang hidung sendiri. He he he
Maklumat terbaru GR terima, PKR telah membuat permindahan beramai-ramai pengundi bagi menentukan kawasan yang mereka menang untuk kekal menang di dalam PRU yang akan datang.
Terkini, Tan Seri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor tidak lari daripada terlibat dengan proses pemindahan beramai-ramai penyokong tegar PR. Apa cerita ni?? Dah tau nak kalah main kotor ker??
Sebelum ini, Khalid mengundi di Petaling Jaya..
Kad Pengenalan | : 461214105273 / 0556617 |
Nama | : ABD KHALID BIN IBRAHIM |
Jantina | : LELAKI |
Lokaliti | : 105 / 34 / 05 / 003 - JLN 16/2 |
Daerah Mengundi | : 105 / 34 / 05 - SEKSYEN 16 |
DUN | : 105 / 34 - BUKIT GASING |
Parlimen | : 105 - PETALING JAYA SELATAN |
Negeri | : SELANGOR |
Pembaca lihatlah sendiri taktik KOTOR yang dilakukan oleh PKR. Untuk memastikan Nurul Izzah menang di Lembah Pantai, beliau telah meminjam alamat di Universiti Malaya untuk menjadi PENGUNDI HANTU di Lembah Pantai. Haaaa...kan dah kantoi!!!
Proses permindahan pengundi beramai-ramai ini sudah sekian lama dilakukan oleh PR dan tidak pasti sejauh mana pihak SPR memantau proses ini dari masa ke semasa. Di sini kita sudah dapat cari satu hantu yang akan mengundi di Lembah Pantai, mungkin ada ramai hantu lagi yang bakal muncul untuk mengundi Nurul Ezah di Lembah Pantai.
Pendedahan seterusnya baca di Suara Razlan
GR kata: Macam-macam hantu ada sekarang yer?? Boleh jadi MP lagi tue....
Tuesday, March 20, 2012
TERKINI: @n_izzah KANTOI Hantar Budak Menyamar Jadi SPR?? @RajaNongChik @umbkl
Haaaa...tu dia. Terserlah jugak keBODOHan MP Lembah Pantai ni yer. Macam manalah ade MP yang macam ni dalam dunia ni. Walaupun umur setahun jagung dalam politik, tapi fikirlah secara rasional. Ker bapak salah turunkan ilmu pada MP Lembah Pantai ni yer?? He he he
Info yang GR terima ini dari rakan FB GR yakni Sdr Nua Leen. Al-kisahnya baru saja petang tadi, seorang budak menyamar sebagai seorang pegawai dari SPR di kawasan Lembah Pantai. Alahai...takkan main kotor pulak YB. Jangan la ini macam, kata mahukan sistem pilihanraya yang BERSIH.
Lihat gambar di bawah, inilah pemuda yang diupah oleh Nurul Izzah untuk menyamar sebagai pegawai SPR. Agenda jahat apa yang beliau cuba buat yer?? Dah tau diri tu tak kebal lagi di Lembah Pantai, sedar-sedarlah diri tu sikit. Berani ker nak lawan YB. Dato' Raja Nong Chik. He he he
GR kata: Kredit pada rakan FB Nua Leen dan terima kasih kepada pihak Polis kerana bertindak dengan cepat!!!
WAJIB BACA: AGENDA JAHAT DAP PADA KAUM MELAYU!! SIAPA RASIS??
Baca dulu petikan di bawah:
SOS – Great health risk put under wraps by Guan Eng
Posted on March 8, 2012 by editor
Penangites better be warned that great health risk is lurking at your doorsteps. A massive RM2.2bil solar panel manufacturing plant had been given the go ahead by the State government.
And this was despite that a plant with similar manufacturing operations in China was forced to close down not too long ago because of health risks.
The reason – effluent from a large solar cell manufacturer in Zhejiang Province had wiped out a local fishing industry. It is a known fact that the manufacturing of Photovoltaic would pollute the environment and affect human health.
A similar threat is now looming over the Province Wesley people in Penang where a similar plant is being built in Batu Kawan. Their fate is now in the hands of the Penang government to stop the setting up of the plant.
Although Robert Bosch GmbH claims it is delaying construction of the plant, its president for South East Asia Martin Hayes had said that the company remained committed in the construction of the plant in Penang.
However there are contradictions here. Invest Penang general manager Loo Lee Lian had said that the state government would do its best to expedite the solar panel project.
She also said that Robert Bosch had started to make payments to fulfill the terms and conditions of the sale of the 80-acre site for the plant in Batu Kawan.
Construction of the plant was scheduled to start end of last year with production process to begin end of 2013.
Kenyataan di atas jelas membuktikan puak DAP di P.Pinang membunuh kaum Melayu Pulau Pinang dengan meluluskan segera projek Panel Solar di Batu Kawan. Dikhabar dari negara China, mereka telah menutup operasi Panel Solar yang sama seperti di Batu Kawan, P.Pinang kerana boleh menjejaskan kesihatan manusia.
Maklumat yang GR perolehi dari sumber dalaman DAP, kawasan yang ingin dibangunkan Panel Solar tersebut kini sedang dibangunkan kawasan perumahan kos untuk penghuni orang Melayu. Apa makna ini semua?? LYNAS ditentang kononnya mendatangkan mudarat la dan macam-macam lagi. Tapi keparat-keparat DAP meluluskan projek Panel Solar ni, dibuat di kawasan penempatan orang Melayu pula tu. Siapakah yang rassis?? Renung-renungkan...
GR kata: DAP memang ada perancangan JAHAT untuk jadikan Malaysia negara dia....
Kata Melayu BODOH Marah..Tengoklah Sendiri!!!
Apa nak jadi dengan budak Melayu sekarang?? Disuruh belajar tak nak...menghabiskan duit mak bapak no.1. Kalau dihabiskan dengan membuat kerja berfaedah tak perlah jugak. Ini dihabiskan dengan menghidu gam. Siapa yang ingin kita persalahkan dalam hal ini?? Adakah pergaulan yang tiada batasan itu menjadi masalah utama??
Pembaca lihatlah video di atas, fikir-fikirkanlah. GR tak mahu ulas panjang sebab sedih dengan masyarakat Melayu sekarang. Sedarlah sebelum terlambat, bangsa lain sudah lebih ke depan.
GR kata: Mohon pihak Polis lebih kerap menjalankan rondaan di kawasan seperti di atas. Undang-undang penjualan gam perlu diperketatkan!!!
BIBIK GAJI RM700, MACAM KERJA OFIS?? @NajibRazak
GR mengikuti perkembangan cerita pembantu rumah warganegara Indonesia yang menuntut gaji yang tidak munasabah untuk mereka. Perjanjian yang tidak masuk akal langsung menuntut gaji minima mereka sebanyak RM700. Wah..kalau maksima pula berapa?? Dah macam level pekerja profesional macam ni.
GR berpendapat kenaikan gaji yang mereka tuntut adalah tidak munasabah langsung. Kalau dikira proses yang dikenakan oleh ejen yang membawa mereka bekerja di Malaysia sebagai pembantu rumah juga adalah tinggi. Walhal gaji yang mereka terima sekarang sememangnya berpatutan dengan kerja yang mereka seharian lakukan. Persoalannya nak gaji tinggi mereka ini perlu bayar sewa rumah ker?? Makan minum kena bayar ker?? Duit api air mereka perlu bayar juga ker??
Pendapat GR mereka ini boleh dikira tak sedar diuntung. Diberi peluang mencari rezeki di Malaysia tapi bila diberi betis nak pula peha. GR harap Kerajaan Malaysia kaji semula permintaan mereka yang tidak masuk akal ni. Jangan pula nanti boleh membebankan rakyat yang berpendapatan sederhana. Bayar gaji mahal-mahal kerja tak seberapa, lepas tu timbullah bermacam-macam kes yang tidak perlu GR huraikan lagi.
Baca kenyataan di bawah:
Datuk Seri Najib Tun Razak musykil dengan tindakan kerajaan Indonesia menetapkan peraturan baru penghantaran pembantu rumah yang antara lain memperuntukkan mereka hanya melakukan satu tugas khusus dengan gaji minimum RM700.
Perdana Menteri berkata peraturan baru yang diumumkan Ketua Pengarah Pembinaan dan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia Dr Reyna Usman itu "ia tidak munasabah langsung".
"Kita harap pihak Indonesia akan kembali kepada semangat persefahaman yang telah dimeterai antara saya dan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono.
"Semua syarat telah dibincangkan dan kedua-dua menteri berpuas hati dengan persefahaman yang telah dicapai dan tidak ada apa pun dibangkitkan pada waktu itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru empat tingkat Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Wan Hwa2, yang bernilai RM9 juta di sini.
GR kata: Mohon dikaji semula dan jangan berlembut sangat kelak kita yang rugi...
Monday, March 19, 2012
PANAS GILER: CHINA DOLL ANWAR DIKENALPASTI??
Berita PANAS ni..China doll pak Anwar sudah kenalpasti?? Betul ker? Mau lagi meroyan lah pak Anwar ni. Makin popular macam pelakon hollywood la yer Pak Anwar. he he he
Dikhabarkan juga dari sumber dalaman GR, terdapat 5 koleksi video Pak Anwar pi boremen dengan China Doll dan Thailand Doll. Perghhhh..hebat tu sampai 5 koleksi. Siapa yang kenakan siapa ni Pak Anwar?? Takkan ini pun salah n konspirasi UMNO juga. Aduyaiii...gelak guling-guling GR pasal kisah pak Anwar ni.
Sekarang ni tengah panas di pasaran video ke-2 Pak Anwar dengan China Doll. Video tersebut disebarkan melalui pasar malam, Betul ker?? Pada siapa yang dah dapat video tu faham-faham jela yer. Fikir-fikirkanlah, manusia seperti Anwar inikah yang korang nak angkat sebagai pemimpin? Rakyat jelata dikelentongnya, beberapa pemimpin negara pun habis dikelentongnya. Ada hati pula yang kata beliau ni Imam Mahdi. Rosak!! Rosak!! Rosak!!!
Inikah ChinaDoll Pak Anwar?? Tunggu....
GR kata: Video Pak Anwar 3-Sum pun ada yer?? He he he
Rayuan BR1M Dilanjutkan Bukti Kerajaan Prihatin!! @NajibRazak
Sudah terbukti Kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan YAB PM berjaya menyelami denyut nadi rakyat. Bukan sahaja janji yang diberikan rakyat dikotakan malah pelbagai usaha dan produk yang dihasilkan oleh Kerajaan adalah untuk dirasai oleh semua rakyat di Malaysia. Produk-produk Kerajaan yang dihasilkan oleh Kerajaan juga diterimabaik oleh semua masyarakat di Malaysia. Jika nak dibandingkan oleh apa yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat jauh sama sekali. Mereka hanya pandai berjanji tapi nak kotakan jauh sama sekali...
Baca kenyataan di bawah :
Tindakan kerajaan melanjutkan tempoh rayuan permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang tamat Khamis lepas, menunjukkan satu sikap keterbukaan dan keprihatinan terhadap kebajikan rakyat, kata Timbalan Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hassan Malek.
Beliau berkata ini kerana peruntukan BR1M bertujuan membela rakyat dan mensejahterakan negara sesuai dengan gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.
"Rakyat kena ambil keprihatinan ini untuk sama-sama melihat keterbukaan kita kepada hal yang ada hubung kaitnya dengan kebajikan rakyat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bayaran Khas Kepada bekas kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Negeri Melaka, Isnin.
Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Presiden Persatuan Bekas Anggota Kemas Malaysia Datuk Melati Ali. Pada majlis itu, seramai 363 bekas kakitangan Kemas menerima bantuan khas RM3,000 sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan khidmat pekerja kontrak yang tidak menerima pencen. Melaka merupakan negeri keenam mengadakan majlis penyerahan bayaran khas itu selepas Kelantan, Sarawak, Terengganu, Perlis dan Johor.
Sementara itu, Mohd Ali yang juga Penasihat Persatuan Bekas Anggota Kemas Malaysia, berkata sumbangan tersebut adalah satu penghargaan dan pengiktirafan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada kakitangan Kemas yang banyak berjasa kepada negara. Justeru, beliau berharap sumbangan itu dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh kakitangan Kemas.
Bekas kakitangan Kemas yang pernah berkhidmat selama 12 tahun, Muhamad Abdul Ghani, 69, berkata beliau gembira kerana pemberian itu membuktikan keprihatinan kerajaan bagi menghargai pengorbanan golongan tersebut dalam memajukan masyarakat.
"Saya juga berharap pemberian tersebut dapat diteruskan setiap bulan bagi meringankan beban hidup pekerja kontrak seperti saya yang tidak mempunyai pendapatan tetap bagi menyara hidup," katanya.
Seorang lagi penerima, Maznah Abu Hassan, 55, yang berkerusi roda selepas kehilangan kaki kiri akibat penyakit kencing manis, pula bersyukur dengan pemberian khas itu kerana ia dapat meringankan beban warga emas sepertinya yang tidak mempunyai pencen.
"Bantuan ini amat bermakna, dan makcik akan gunakan untuk membeli keperluan harian serta ubat-ubatan," katanya. - BERNAMA
GR kata: Terima kasih Kerajaan BN kerana membantu mengurangkan beban rakyat!!
Kadiaq Keluar UMNO - Ada Aku Kisah?? @NajibRazak
Hari ini bekas pak Menteri dan MT UMNO, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir meletak jawatan beliau sebagai ahli UMNO. So, apa masalahnya?? Itu pendirian beliau dalam berparti. Pada pendapat GR baguslah beliau meletakkan jawatan sebab dah tahu beliau sudah tidak ada tempat dalam parti. Betul ka Kadiaq? Ke kecewa sebab tak dapat jadi calon?? He he he
Hari ini petikan dari portal PKR (Keadilan Daily) 'mempromosi' tindakan Kadiaq keluar dari UMNO. Jika kita lihat itulah kerja mereka, meraikan bekas pemimpin UMNO yang keluar parti. Kenapa mereka keluar parti?? Bukankah mereka ini terlalu banyak jasa yang diberikan kepada parti. Apakah mereka-mereka ini merasakan diri itu wajib menjadi pemimpin baru boleh berkhidmat kepada rakyat?? Tepuklah dada, tanyalah iman.
Pada pendapat GR, bekas MP Kulim Bharu ini boleh dikategorikan sebagai parasit dalam UMNO. Kita lihat kenyataan beliaun sebelum ini yang memberitahu bahawa UMNO/BN sentiasa melakukan taktik kotor pada PRU-12. Dengan cara membeli undi / memberi rasuah kepada rakyat supaya memangkah calon UMNO/BN ketika pilihanraya. Bukankah apa yang beliau katakan itu kena pada batang hidung sendiri?? Membeli undi rakyat di Parlimen Kulim Bharu dan diri sendiri menang pada pilihanraya. Awat hang bukak pekung dada sendiri wahai bekas pak menteri oii...
GR juga ada mendengar dari sumber dalaman UMNO Bahagian Kulim, tindakan TS Abdul Kadir ini adalah kerana beliau merasa sangat kecewa dengan pucuk pimpinan tertinggi parti kerana beliau 'dibuang' begitu saja. Kecewa kerana tidak tercalon dalam parti dan juga tidak mendapat sebarang jawatan dalam GLC seperti mana kawan-kawan beliau yang mendapat tempat dalam GLC di bawah Kerajaan. Perlu ker beliau menjawat jawatan? Tak cukupkah dengan apa yang beliau kecapi selama ni?? Masih tak cukup kayakah dengan apa yang beliau dapat selama beliau menjadi pak menteri dan menjadi MP semasa zaman beliau?? Ker beliau masih merasakan diri beliau laku di mata masyarakat khususnya rakyat di Kulim Bharu?? Tolong jawab yer Pak Kadiaq....Jangan syok sendiri la yer!!!
GR mohon kepada semua pemimpin UMNO/BN, jadikanlah ini sebagai pengajaran. Walau apa pun terjadi, sayangilah parti keramat ini. Berkhidmatlah dengan ikhlas bukan untuk poket sendiri. Rakyat sekarang pandai, bukan saja mereka ingin melihat tapi ingin kecapi apa isi hati mereka dengan pemimpin. Kerana merekalah diri anda menjadi pemimpin untuk menjaga kebajikan mereka. Jangan disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga. Renung-renungkanlah....
GR kata: Jadilah Orang UMNO, jangan jadi Ahli UMNO!!!
AL FATIHAH RAFIZI HAMDAN..Rakaman CCTV Beliau DiLanggar!!
AL FATIHAH...Pelumba pelapis basikal negara, Rafizi Hamdan terbunuh dalam satu kemalangan langgar lari di KM 20.3 Jalan Lingkaran Tengah 2,Taman Melawati,Ampang,pagi Semalam.
Dalam kejadian pukul 7.30 ke 7.50 pagi,Rafizi yang mewakili pasukan Le Tua dan baru menimang cahaya mata kedua dipercayai dilanggar sebuah kereta ketika dalam perjalanan ke Hospital Orang Asli Batu 12,Gombak seterusnya menuju ke Genting Sempah.
AL FATIHAH
GR kata: Doakan semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang yang beriman..amin.
PANAS: @n_izzah & @tianchua Tak Nak Bertanding di WP PRU13 Nanti??
Dikhabarkan inilah sebabnya kenapa Nurul Izzah dan Tian Chua membuat keputusan untuk tidak bertanding di mana-mana parlimen di W.Persekutuan pada PRU 13 nanti. Melihat gambar di atas menunjukkan keseluruhan ahli UMNO dan BN sudah bersiap sedia untuk berperang pada PRU 13 nanti.
Seramai 20,000 ribu orang yang hadir pada Pelancaran Jentera PRU 13 UMNO W.Persekutuan. Mereka yang hadir bukan saja dari kalangan ahli malah juga terdiri dari masyarakat warga kota yang mereka sebenarnya bukan ahli UMNO pun. Syabas diucapkan kepada UMNO WP kerana berjaya menjayakan majlis ini dengan jayanya.
Lihat lagi gambar di bawah:
GR kata: Teruskan momentum ini, dahulukan kepentingan parti. Ayuh bangkit, perjuangan masih belum selesai....
Sunday, March 18, 2012
JANJI PAKATAN RAKYAT DITUNAIKAN?? BAGUS NI...
Betul ke Pakatan Rakyat TUNAIKAN janji melangit mereka?? Segala yang dijanjikan pada rakyat tapi akhirnya rakyat yang menangung kesusahan. Tapi masih ada lagi rakyat yang nak kata ada otak boleh fikir mana yang baik dan buruk...tapi otak mereka macam tu juga. Bila Kerajaan di bawah pemerintahan YAB PM melaksanakan janji pada rakyat, ada saja puak-puak Pakatan ni mengeluarkan dalil mereka.
Dalam Buku Jingga ilham pakatan pembangkang, semua lebuh raya bertol di Malaysia mahu dimansuhkan. Bagus sungguh idea tersebut. Mana ada rakyat Malaysia yg suka dan rela bayar tol. Tapi kita perlu ingat, bermacam-macam idea yg sedap didengar ini dicanangkan oleh pemimpin PKR, DAP dan PAS semata-mata meraih undi rakyat. Belum tentu apa yg digembar-gembur ini akan ditunaikan selepas menang pilihan raya. Tengoklah manifesto Pakatan Rakyat di Selangor, mereka tunaikan ke tak??
Sebelum menang, mereka berjanji akan menamatkan bayaran tol jika berjaya menawan Selangor. Tapi bila sudah menang dan berkuasa, ada sahaja dalih mereka. Alasan utama adalah tanggungjawab itu dikatakan di luar bidang kuasa kerajaan negeri PKR. Mereka campak beban itu kepada Kerajaan Pusat kerana sedar bidang kuasa dan kemampuan mereka kecil. Rakyat kini tidak perlu tertunggu janji2 pemimpin pembangkang ditunaikan – sebab di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak pemansuhan tol telah dilaksanakan. Ia dibuat secara berperingkat2.
Tahun lalu pemansuhan kutipan tol dilakukan di plaza tol Cheras dan Petaling Jaya di Lebuh Raya Hubungan Timur-Barat (Metramac). Terbaru, masalah kadar bayaran tol di Lebuh Raya Cheras-Kajang yg dikatakan membebankan pengguna laluan itu sudah berakhir semalam, 2 Mac 2012. Penghapusan sebanyak 50 peratus daripada kadar tol sedia ada melegakan pengguna kerana perlu membayar sebanyak RM1.90 berbanding RM3.80 setiap kali berulang-alik ke Kuala Lumpur dan Kajang, sebelum ini.
Ia sebagai hadiah daripada kerajaan kepada rakyat khususnya pengguna terbabit. Nampaknya apa yg diusahakan oleh kerajaan BN sejak 2009 kini berhasil. Pemansuhan tol ini juga adalah janji yg pernah diungkapkan Perdana Menteri pada 21 Ogos 2011 supaya Jabatan Kerja Raya mengkaji kadar tol di lebuh raya itu untuk meringankan beban pengguna. Kini jelas, pemansuhan tol yg diumumkan oleh Najib bukan meniru Buku Jingga.
Sebab itu, jangan ada pihak tertentu yg buat ‘tuntutan’ semua ini hasil usaha mereka terutama pembangkang. Dan bila perkara kurang baik berlaku kepada pihak mereka, semua ini akan dituduh sebagai perbuatan jahat dan konspirasi daripada musuh mereka. Ingatlah, untuk memansuhkan atau mengurang bayaran tol bukan kerja mudah. Ia memerlukan perundingan dengan syarikat konsesi dan kajian secara terperinci dilakukan.
Biarpun ia mengambil masa, masalah dan kepayahan hidup rakyat dapat diringankan oleh Kerajaan BN. Setelah permasalahan rakyat dengan tol lebih terarah sebelah Cheras dan Kajang di Lembah Klang ini, apa kata Kerajaan Pusat mempertimbangkan beban yg terpaksa dipikul oleh warga Shah Alam dan Klang pula. Saban hari penduduk di sekitar Shah Alam dan Klang terpaksa membayar sebanyak RM4.20 untuk berulang alik dari kediaman mereka sekiranya bekerja di ibu kota.
Guna laluan mana sekalipun untuk ke ibu negara, mereka perlu membayar tol. Jika mengguna Lebuh Raya Baru Pantai (NPE), Lebuh Raya Shah Alam (Lebuh Raya Kesas) dan Lebuh Raya Lembah Kelang Baru (NKVE) atau Lebuh Raya Damansara Puchong, semua kena ‘sekatan’ tol. Lebuh Raya Persekutuan adalah lebuh raya paling tua di Lembah Klang sekarang sejak mula beroperasi pada 1974. Mungkin sudah tiba masanya Kerajaan Pusat membuat kajian untuk memansuhkan terus bayaran tol di laluan sibuk ini.
GR kata: Bagus Kerajaan BN kerana sentiasa mendengar keluhan rakyat...
APA NAK JADI DENGAN REMAJA SEKARANG..!!!
Sedih bila GR lihat gambar di atas. Inikah anak bangsa Melayu yang kita banggakan?? Walhal inilah mereka-mereka yang akan mengharumkan negara suatu hari nanti. Apakah mereka berkelakuan begini boleh membuatkan mereka bangga diri?? Jika kita lihat mereka ini cukup baik dari sifat luarannya, seorang pelajar yang sangat baik. Betul kan???
Keruntuhan akhlak sekarang ini semakin berleluasa dikalangan remaja terutama sekali pelajar sekolah. Siapakah yang ingin kita persalahkan dalam perkara ini. Adakah mereka ini kurang didikan agama dalam keluarga mereka atau pun kurang didikan agama di sekolah?? Ibu bapa yang salah atau guru di sekolah??
GR mohon agar pihak sekolah dan ibu bapa khususnya sentiasa memantau kegiatan dan cara pergaulan anak kita. Siapa lagi pewaris bangsa dan negara kalau bukan dari kalangan anak muda. Betul tak?? Renung-renungkan....
GR kata: Pemimpin yang kurang ajar, ada tak???
PANAS: LAUTAN BIRU BUAT KACAU DI TITIWANGSA?? @MuhyiddinYassin @RajaNongChik
Jom lihat sekitar pelancaran di bawah:
Tahniah...seramai 20 ribu orang yang hadir pelancaran jentera PRU-13 ini. Barisan Nasional sudah bersedia gempur dan merampas balik W.Persekutuan dari tangan Pakatan Rakyat.
Update seterusnya akan menyusul....
GR kata: Gempur habis-habisan
PANAS: @rafiziramli CURI NASI BAGI TETAMU MAKAN??
Pembaca lihatlah keratan akhbar di atas, GR mahu Rafizi Ramli menjawab kesahihan hal di atas. Pendapat GR ia mencalar imejnya selaku Pengarah Strategi PKR yang sedang sibuk mencari bukti perbelanjaan kos pertunangan anak gadis PM Najib yang menggunakan dana kerajaan. Ternyata kerja BODOH yang sedang dilakukan oleh Rafizi Ramli.
Alahai Rafizi, takkan pemimpin Pakatan Rakyat nak curi nasi bagi tetamu makan. Bikin malu lah. Apa hukumnya mengenai perkara di atas?? Ostad-ostad PAS tolong jawab...
GR sarankan Rafizi jawab perkara di atas dahulu, jangan sibuk nak fitnah YAB PM. Perbaiki dulu diri dan parti hangpa tu dulu. FITNAH ITU LEBIH BURUK DARI MEMBUNUH!!!
GR kata: Sia-sia jer jadi Pengarah Strategi PKR....