Tuesday, March 20, 2012

BIBIK GAJI RM700, MACAM KERJA OFIS?? @NajibRazak


GR mengikuti perkembangan cerita pembantu rumah warganegara Indonesia yang menuntut gaji yang tidak munasabah untuk mereka. Perjanjian yang tidak masuk akal langsung menuntut gaji minima mereka sebanyak RM700. Wah..kalau maksima pula berapa?? Dah macam level pekerja profesional macam ni.

GR berpendapat kenaikan gaji yang mereka tuntut adalah tidak munasabah langsung. Kalau dikira proses yang dikenakan oleh ejen yang membawa mereka bekerja di Malaysia sebagai pembantu rumah juga adalah tinggi. Walhal gaji yang mereka terima sekarang sememangnya berpatutan dengan kerja yang mereka seharian lakukan. Persoalannya nak gaji tinggi mereka ini perlu bayar sewa rumah ker?? Makan minum kena bayar ker?? Duit api air mereka perlu bayar juga ker??


Pendapat GR mereka ini boleh dikira tak sedar diuntung. Diberi peluang mencari rezeki di Malaysia tapi bila diberi betis nak pula peha. GR harap Kerajaan Malaysia kaji semula permintaan mereka yang tidak masuk akal ni. Jangan pula nanti boleh membebankan rakyat yang berpendapatan sederhana. Bayar gaji mahal-mahal kerja tak seberapa, lepas tu timbullah bermacam-macam kes yang tidak perlu GR huraikan lagi.

Baca kenyataan di bawah:
Datuk Seri Najib Tun Razak musykil dengan tindakan kerajaan Indonesia menetapkan peraturan baru penghantaran pembantu rumah yang antara lain memperuntukkan mereka hanya melakukan satu tugas khusus dengan gaji minimum RM700.

Perdana Menteri berkata peraturan baru yang diumumkan Ketua Pengarah Pembinaan dan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia Dr Reyna Usman itu "ia tidak munasabah langsung".

"Kita harap pihak Indonesia akan kembali kepada semangat persefahaman yang telah dimeterai antara saya dan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono.

"Semua syarat telah dibincangkan dan kedua-dua menteri berpuas hati dengan persefahaman yang telah dicapai dan tidak ada apa pun dibangkitkan pada waktu itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru empat tingkat Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Wan Hwa2, yang bernilai RM9 juta di sini.

GR kata: Mohon dikaji semula dan jangan berlembut sangat kelak kita yang rugi...

No comments:

Post a Comment