Monday, December 31, 2012

Selamat Tahun Baru 2013! Azam Yang Diingikan, Hidup Dalam Aman Dan Harmoni!!

Masa terus berdetik, berlalu tanpa menunggu sesiapa. Begitu pantas tahun 2012 melewati kita.

Kedatangan tahun baru 2013 kita sambut dengan penuh kesyukuran ke hadrat ALLAH s.w.t kerana dipinjamkan sedetik lebih umur. Tahun 2012 pula kita lepaskan pergi dengan seribu pengajaran.

Setiap peristiwa manis dan indah, masam dan pahit yang dilalui biarlah menjadi peringatan dan amaran. Bahawa, sebagai hambaNYA kita sentiasa diuji olehNYA untuk menentukan tahap keimanan kita semua terhadapNYA.

Sesungguhnya, apa jua yang telah dikecapi sama ada pangkat atau imbuhan, anugerah atau sanjungan, zuriat atau kejayaan mahu pun musibah atau kekecewaan adalah ujianNYA jua.

GR ingin ucapkan Selamat Tahun Baru 2013 pada pembaca blog Gossip Rakyat. Terima kasih GR ucapkan kerana sentiasa menyokong blog ini.

Kita semua rakyat Malaysia harus kekalkan kestabilan kemakmuran yang kita kecapi sejak dari kemerdekaan lagi. Jangan biarkan petualang hancur dan gadaikan maruah negara.


GR kata: Selamat Tahun Baru 2013


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment